Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75: “Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”


“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71–75: ‘Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Menentang Kamu Akan Berjaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Jun–4 Julai. Ajaran dan Perjanjian 71-75,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Yesus dan domba

Dear to the Heart of the Shepherd, oleh Simon Dewey

28 Jun–4 Julai

Ajaran dan Perjanjian 71–75

“Tidak Ada Senjata yang Dibentuk Untuk Menentangmu yang Akan Berjaya”

Elder Quentin L. Cook mengajarkan, “Pengaruh Roh Kudus sering menemani ketika kajian tulisan suci dan doa individu di rumah.” (“Penukaran hati yang Mendalam dan Kekal kepada Bapa Syurgawi dan Tuhan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 10).

Mencatat Tanggapan Anda

Sejak dia masih muda, Joseph Smith menghadap pengkritik—bahkan musuh—ketika dia berusaha melakukan pekerjaan Tuhan. Tetapi ia pasti sangat menyedihkan pada lewat 1831 apabila Ezra Booth mula mengkritik Gereja secara terbuka, kerana dalam hal ini, pengkritik adalah bekas orang yang percaya. Ezra telah melihat Joseph menggunakan kuasa Tuhan untuk menyembuhkan seorang wanita. Dia telah dijemput untuk menemani Joseph pada pemantauan pertama tanah Sion di Missouri. Tetapi dia telah kehilangan imannya dan, dalam usaha untuk mengaibkan Nabi, dia menerbitkan beberapa siri surat dalam akhbar Ohio. Dan usahanya kelihatan berhasil: “perasaan kurang senang … telah berkembang menentang Gereja” dalam kawasan itu (Ajaran dan Perjanjian 71, pengenalan bahagian). Apakah yang perlu dilakukan oleh penganut dalam kes sedemikian? Walaupun tiada satu jawapan yang tepat untuk setiap keadaan, sering kali—termasuk dalam kes ini pada 1831—sebahagian daripada jawapan Tuhan adalah untuk mempertahankan kebenaran dan membetulkan kepalsuan dengan “mengkhutbahkan injil” (ayat 1). Ya, pekerjaan Tuhan akan sentiasa mempunyai pengkritik, tetapi pada akhirnya, “tidak ada senjata yang dibentuk untuk menentang [nya] yang akan berjaya.” (ayat 9).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 71

Tuhan akan menundukkan pengkritik pekerjaan-Nya dalam masa-Nya sendiri.

Kita mungkin bimbang apabila kita mendengar orang mengkritik atau menghina Gereja atau pemimpinnya, terutama ketika kita takut orang yang kita kenal dan kasihi akan dipengaruhi oleh kritikan itu. Ketika hal serupa berlaku di Ohio pada 1831 (lihat pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 71), pesanan Tuhan kepada Joseph Smith dan Sidney Rigdon adalah tentang iman, bukannya takut. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 71, apakah yang anda temui yang membina iman anda pada Tuhan dan pekerjaan-Nya? Apakah yang mengagumkan anda tentang arahan yang Tuhan berikan kepada para pelayan-Nya dalam keadaan ini?

Ajaran dan Perjanjian 72

Uskup adalah pengawas urusan rohani dan duniawi kerajaan Tuhan.

Apabila Newel K. Whitney dipanggil untuk melayani sebagai uskup kedua Gereja, tugasnya sedikit berbeza daripada para uskup masa kini. Contohnya, Uskup Whitney mengawasi kebaktian harta dan keizinan untuk menetap di Missouri, di tanah Sion. Tetapi semasa anda membaca tentang panggilan dan kewajipannya dalam Ajaran dan Perjanjian 72, anda mungkin sedar terdapat kaitan dengan tugas uskup pada masa kini—sekurang-kurangnya dalam roh, jika tidak terperinci, tentang kewajipan mereka. Sebagai contoh, dalam cara apakah anda “memberikan laporan” kepada uskup anda? (ayat 5). Dalam cara apakah uskup anda “mengawasi gudang simpanan Tuhan” dan mengurus kematian para ahli bahagian? (lihat ayat 10, 12). Bagaimanakah seorang uskup telah membantu anda?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Uskup,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

Imej
tong dan karung makanan

Newel K. Whitney mengurus gudang simpanan uskup.

Ajaran dan Perjanjian 73

Saya boleh mencari peluang untuk berkongsi injil.

Selepas Joseph Smith dan Sidney Rigdon kembali dari misi pendek menginjil mereka bagi membaiki kerosakan yang Ezra Booth telah lakukan (lihat Ajaran dan Perjanjian 71), Tuhan mengarahkan mereka untuk menyambung kerja penterjemahan Alkitab (lihat Panduan Tulisan Suci, “Terjemahan Joseph Smith”). Tetapi Dia juga ingin mereka untuk terus mengkhutbahkan injil. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 73, pertimbangkan bagaimana anda boleh menjadikan kerja mengkhutbahkan injil suatu usaha yang berterusan, “dapat dilaksanakan” (ayat 4)—atau realistik—sebahagian dari kehidupan anda selain tanggungjawab anda yang lain.

Ajaran dan Perjanjian 75:1–12

Tuhan akan memberkati mereka yang memaklumkan injil-Nya dengan penuh iman.

Menjawab arahan untuk “pergilah kamu ke seluruh dunia” untuk mengkhutbahkan injil (Ajaran dan Perjanjian 68:8), banyak penatua yang beriman mencari maklumat tambahan tentang bagaimana Tuhan ingin mereka penuhi perintah ini. Apakah kata atau frasa yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 75:1–12 yang membantu anda memahami cara untuk mengkhutbahkan injil dengan lebih berkesan? Apakah berkat yang Tuhan janjikan kepada para penginjil yang beriman? Pertimbangkan bagaimana arahan dan berkat ini berguna kepada anda semasa anda berkongsi injil.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 71.Apakah yang Joseph Smith dan Sidney Rigdon diminta untuk lakukan apabila orang lain mengkritik Gereja dan para pemimpinnya? Bagaimanakah kita “mempersiapkan jalan” bagi orang untuk menerima wahyu Tuhan? (Ajaran dan Perjanjian 71:4).

Ajaran dan Perjanjian 72:2.Bagaimanakah uskup telah memberkati keluarga kita? Apakah yang uskup kita minta kita lakukan, dan bagaimana kita boleh menyokong dia? Mungkin keluarga anda boleh membuat sekeping kad ucapan terima kasih bagi pelayanan uskup anda.

Ajaran dan Perjanjian 73:3–4.Adakah keluarga anda mendapat kebaikan dari mempelajari tentang Terjemahan Joseph Smith dari Alkitab? (lihat Panduan Tulisan Suci, “Terjemahan Joseph Smith”). Anda boleh mencari beberapa ayat yang diperbaharui dalam Terjemahan Joseph Smith dan bincangkan kebenaran berharga itu yang Tuhan ungkapkan melalui Nabi. Untuk beberapa contoh, lihat Terjemahan Joseph Smith tentang Kejadian 14:25–40 dan Kejadian 50:24–38 dalam lampiran Alkitab; pelbagai nota kaki dalam Matius 4:1–11; dan Lukas 2:46, nota kaki c.

Ajaran dan Perjanjian 74:7.Apakah yang ayat ini ajarkan kita tentang Yesus Kristus dan kanak-kanak kecil?

Ajaran dan Perjanjian 75:3–5, 13, 16.Anda boleh membantu keluarga anda memahami bagaimana Tuhan mahu kita melayani-Nya dengan membincangkan perbezaan antara menjadi “malas” dan “bekerja dengan daya [kita].” Mungkin anda boleh memilih beberapa kerja rumah dan menjemput ahli keluarga untuk melakukan kerja tersebut dengan malas dan kemudian dengan segala daya mereka. Bagaimanakah kita dapat melayani Tuhan dengan segala daya kita? Menurut Ajaran dan Perjanjian 75:3–5, 13, 16, apakah yang Dia janjikan kepada para pelayan-Nya yang beriman?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Cadangan lagu: “Mari Lakukan Cepat,” Nyanyian Rohani, no. 113.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mencari perkataan dan ayat-ayat yang mengilhami. Semasa anda membaca, Roh akan menarik perhatian anda kepada kata atau frasa tertentu. Pertimbangkan untuk membuat nota dari kata dan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 71–75 yang mengilhami anda.

Imej
remaja putera dan pemimpin Imamat

Ilustrasi remaja putera dan seorang pemimpin imamat oleh D. Keith Larson

Cetak