Ajaran dan Perjanjian 2021
12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80: “Aku Akan Menuntunmu”


“12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80: ‘Aku Akan Menuntunmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“12–18 Julai. Ajaran dan Perjanjian 77–80,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
domba mengikuti Yesus

Going Home, oleh Yongsung Kim

12–18 Julai

Ajaran dan Perjanjian 77–80

“Aku Akan Menuntunmu”

Tuhan berfirman kepada Joseph Smith bahawa Dia akan “berfirman ke dalam telinga[nya] firman kebijaksanaan” (Ajaran dan Perjanjian 78:2). Apakah firman kebijaksanaan yang anda terima semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 77–80?

Mencatat Tanggapan Anda

Kurang daripada dua tahun selepas Gereja Yesus Kristus dipulihkan, ia telah berkembang kepada lebih daripada 2,000 ahli dan telah menyebar dengan cepat. Pada bulan Mac 1832 Joseph Smith bertemu dengan para pemimpin lain “untuk mempertimbangkan hal-hal Gereja”: keperluan untuk menerbitkan wahyu-wahyu, membeli tanah untuk berkumpul, dan menjaga orang miskin (lihat Ajaran dan Perjanjian 78, pengenalan bahagian). Untuk memenuhi keperluan ini, Tuhan memanggil sejumlah kecil pemimpin Gereja untuk membentuk Syarikat Bersatu, satu kumpulan yang akan bergabung usaha mereka untuk “memajukan tujuan” Tuhan (ayat 4) dalam bidang ini. Tetapi dalam hal-hal pentadbiran seperti itu, Tuhan memberi tumpuan kepada hal-hal yang keabadian. Tujuan akhbar cetak atau gudang penyimpanan—seperti semua yang lain dalam kerajaan Tuhan—adalah untuk mempersiapkan anak-anak-Nya untuk menerima “sebuah tempat di dunia selestial” dan “kekayaan keabadian” (ayat 7, 18). Dan jika berkat itu sukar difahami sekarang, di tengah-tengah kesibukan kehidupan seharian, Dia meyakinkan kita, “Cerialah, kerana Aku akan menuntunmu” (ayat 18).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 77

Tuhan mengungkapkan hal-hal misteri-Nya kepada mereka yang mencari tahu.

Dua belas tahun selepas Penglihatan Pertama, jemputan dalam Yakobus 1:5 untuk “bertanya kepada Tuhan” terus membimbing Joseph Smith apabila dia kurang kebijaksanaan. Apabila dia dan Sidney Rigdon mempunyai soalan tentang kitab Wahyu ketika mereka bekerja dalam penterjemahan Alkitab yang diilhami, Joseph mencari kebijaksanaan daripada Tuhan. Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 77, pertimbangkan untuk mencatat pandangan anda dalam bab yang berkaitan dalam kitab Wahyu.

Di samping itu, renungkan bagaimana anda boleh mengikuti contoh Nabi Joseph ketika anda mengkaji tulisan suci. Anda boleh bertanya kepada Bapa Syurgawi, “Apakah yang perlu saya fahami?”

Imej
Joseph Smith dan Sidney Rigdon sedang membaca

Translation of the Bible, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 78

Apakah itu Syarikat Bersatu?

Syarikat Bersatu ditubuhkan untuk menguruskan urusan penerbitan dan perniagaan Gereja di Ohio dan Missouri. Ia terdiri daripada Joseph Smith, Newel K. Whitney, dan para pemimpin Gereja yang menggabungkan sumber-sumber mereka untuk memenuhi keperluan duniawi Gereja yang semakin berkembang. Malangnya, Syarikat Bersatu jatuh ke dalam hutang dan dibubarkan pada tahun 1834 apabila hutang menjadi tidak terkawal.

Ajaran dan Perjanjian 78:1–7

Saya boleh membantu “memajukan tujuan” Gereja.

Tuhan memberitahu Joseph Smith dan para pemimpin Gereja yang lain yang menguruskan gudang penyimpanan dan sebuah mesin cetak akan membantu “memajukan tujuan, yang telah kamu sertai” (Ajaran dan Perjanjian 78:4). Bagi anda apakah “tujuan” Gereja itu? Renungkan ini semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 78:1–7. Mungkin berfikir tentang ayat-ayat ini boleh mempengaruhi cara anda memenuhi panggilan Gereja anda atau melayani kepada keluarga anda. Bagaimanakah pelayanan anda boleh “memajukan tujuan” Tuhan? Bagaimanakah ia menyediakan anda bagi “sebuah tempat di dunia selestial”? (ayat 7).

Ajaran dan Perjanjian 78:17–22

Tuhan akan menuntun saya.

Adakah anda pernah merasa seperti seorang anak kecil, mungkin kerana sesuatu yang anda “masih belum lagi memahami” atau “tidak dapat menanggung”? (Ajaran dan Perjanjian 78:17–18). Cari nasihat dalam beberapa ayat ini yang dapat membantu anda “[menjadi] cerialah” (ayat 18) dalam masa-masa sedemikian. Mengapakah ada masanya Tuhan memanggil para pengikut-Nya sebagai “anak-anak kecil”? (ayat 17). Anda juga boleh merenungkan bagaimana Tuhan boleh “menuntun anda” (ayat 18).

Ajaran dan Perjanjian 79–80

Panggilan untuk melayani Tuhan adalah lebih penting daripada di mana saya melayani.

Berkaitan Ajaran dan Perjanjian 80, Elder David A. Bednar mengajarkan, “Mungkin salah satu pengajaran Juruselamat mengajar kita dalam wahyu ini adalah bahawa satu tugas untuk bekerja dalam satu tempat tertentu adalah penting tetapi tidak berapa penting berbanding dengan panggilan untuk melayani” (“Dipanggil Pada Pekerjaan Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 68). Fikirkan tentang panggilan semasa dan panggilan lalu anda. Apakah pengalaman yang membantu anda pelajari bahawa kata-kata Elder Bednar adalah benar? Apakah pengajaran tambahan yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 79–80 yang boleh membantu seseorang yang baru menerima panggilan baru?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 77:2.Setelah membaca ayat ini, ahli keluarga boleh melukis gambar “binatang, … merayap, … [atau] burung-burung” kegemaran mereka yang dicipta oleh Tuhan. Apakah yang kita pelajari tentang ciptaan Tuhan dari ayat ini? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 59:16–20). Anda juga boleh menyanyikan lagu tentang ciptaan Tuhan, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-anak, 16–17), dan memaparkan lukisan yang disertakan dalam panduan ini.

Ajaran dan Perjanjian 77:14.Ayat ini menjelaskan bahawa Yohanes memakan sebuah buku yang mewakili misinya untuk mengumpulkan Israel. Apakah yang dicadangkan oleh lambang makan tentang bagaimana kita harus menjalankan peranan kita dalam mengumpul Israel atau melakukan hal-hal lain yang Tuhan mahu kita lakukan? Berikut adalah beberapa ayat suci lain di mana makan digunakan untuk mengajar kebenaran rohani: Yohanes 6:48–51; 2 Nefi 32:3; Moroni 4. Malah anda boleh menyediakan makanan kegemaran untuk dijamu bersama ketika perbincangan ini.

Ajaran dan Perjanjian 78:17–19.Ahli keluarga boleh melukis gambar berkat daripada Tuhan yang mereka syukuri. Apakah yang kita lakukan untuk menyatakan kesyukuran kita untuk berkat ini? Anda juga boleh membincangkan bagaimana keluarga anda mengikuti nasihat untuk menerima “segala hal dengan rasa terima kasih” (ayat 19). Apakah yang Tuhan janjikan kepada mereka yang melakukannya?

Ajaran dan Perjanjian 79:1.Kongsi kesaksian tentang “kuasa” yang anda terima ketika anda ditahbiskan atau ditetapkan untuk panggilan dalam Gereja. Apakah kurnia dan ilham yang Tuhan telah berkati anda semasa anda melayani?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Hitunglah Berkatmu,” Nyanyian Rohani, no. 111.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Lukis sebuah gambar. Sebagai sebuah keluarga, anda boleh membaca beberapa ayat dan kemudian berikan masa kepada ahli keluarga untuk lukis sesuatu yang berkaitan dengan apa yang mereka telah baca. Paparkan gambar di sekeliling rumah anda untuk mengingatkan keluarga anda mengenai asas yang anda pelajari.

Imej
haiwan-haiwan di taman

God’s Garden, oleh Sam Lawlor

Cetak