Ajaran dan Perjanjian 2021
19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut”


“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83: Di Mana ‘Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut,’” Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“19–25 Julai. Ajaran dan Perjanjian 81–83,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Imej
Kristus dan pemerintah muda yang kaya

Christ and the Rich Young Ruler, oleh Heinrich Hoffman

19–25 Julai

Ajaran dan Perjanjian 81–83

Di mana “Banyak yang Diberikan, Banyak yang Dituntut”

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 81–83, catatkan tentang asas yang dapat membantu anda berbuat baik terhadap keluarga anda, kawan-kawan anda, dan orang lain.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada bulan Mac 1832, Tuhan memanggil Jesse Gause untuk menjadi penasihat kepada Joseph Smith dalam Presidensi Imamat Agung (sekarang dipanggil Presidensi Utama). Ajaran dan Perjanjian 81 adalah wahyu kepada Brother Gause, mengarahnya dalam panggilan barunya dan menjanjikan berkat-berkat bagi pelayanan yang setia. Tetapi Jesse Gause tidak melayani dengan setia. Oleh itu Frederick G. Williams dipanggil untuk menggantikannya, dan nama Brother Gause digantikan dengan nama Brother Williams dalam wahyu itu.

Ini mungkin kelihatan seperti butiran kecil, tetapi ia membuktikan kebenaran yang ketara: Kebanyakan wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian ditujukan kepada orang tertentu, tetapi kita boleh menggunakannya untuk diri kita (lihat 1 Nefi 19:23). Nasihat Tuhan kepada Frederick G. Williams untuk “menguatkan lutut-lutut yang lemah” dapat memalingkan fikiran kita kepada orang yang kita dapat kuatkan (Ajaran dan Perjanjian 81:5). Nasihat Tuhan untuk para ahli Syarikat Bersatu untuk “mengikatkan dirimu dengan perjanjian ini” untuk memenuhi keperluan duniawi Gereja dapat memalingkan fikiran kita kepada perjanjian kita sendiri. Dan janji Tuhan bahawa Dia akan “terikat apabila kamu melakukan apa yang Aku firmankan” dapat mengingatkan kita tentang janji-Nya kepada kita ketika kita patuh (Ajaran dan Perjanjian 82:10, 15). Itulah yang sepatutnya, kerana Tuhan juga menyatakan, “Apa yang Aku firmankan kepada seorang Aku firmankan kepada semua” (ayat 5).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 81

Saya boleh menjadi setia dalam melakukan apa yang Tuhan minta dari saya.

Adakah anda kadangkala tertanya bagaimana anda boleh memenuhi tanggungjawab penting dalam kehidupan anda? Sebagai seorang penasihat kepada Nabi Joseph Smith, Frederick G. Williams sememangnya mempunyai banyak tanggungjawab penting. Dalam bahagian 81, Tuhan memberikannya nasihat untuk bagaimana memenuhi tanggungjawabnya. Apakah yang anda temui dalam bahagian ini yang dapat membantu anda untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan kepada anda oleh Tuhan?

Di sini adalah beberapa soalan untuk membantu anda merenungkan ayat 5:

  • Apakah beberapa keadaan yang membuat seseorang menjadi “lemah”? Apakah maksud untuk “menyokong” mereka yang lemah?

  • Apakah yang menyebabkan tangan seseorang “terkulai”? Bagaimanakah kita dapat “mengangkat” tangan-tangan tersebut?

  • Apakah maksud “lutut-lutut yang lemah”? Bagaimanakah kita dapat “menguatkan” lutut-lutut yang lemah itu?

Dengan mengkaji ayat ini, seseorang yang anda boleh “sokong,” “mengangkat,” atau “menguatkan” mungkin akan muncul di minda anda. Bagaimanakah anda akan melayani orang itu?

Imej
Sidney Rigdon, Joseph Smith, Frederick G. Williams

Presidensi Utama: Sidney Rigdon, Joseph Smith, Frederick G. Williams

Ajaran dan Perjanjian 82:1–7

Tuhan menjemput saya untuk bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa saya.

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 82:1–7, pertimbangkan untuk membuat dua senarai hal-hal yang anda pelajari: amaran tentang dosa dan kebenaran tentang pengampunan. Bagaimanakah kebenaran ini membantu anda menahan godaan musuh?

Ajaran dan Perjanjian 82:8–10

Perintah adalah untuk keselamatan dan perlindungan saya.

Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali—pernah tertanya mengapa Tuhan memberikan begitu banyak perintah, Ajaran dan Perjanjian 82:8–10 boleh membantu. Apakah pandangan dalam ayat-ayat ini yang dapat membantu anda menjelaskan kepada seseorang mengapa anda memilih untuk mengikuti perintah Tuhan? Anda juga boleh mempertimbangkan bagaimana perintah-perintah-Nya telah mengubah kehidupan anda. Apakah yang anda pelajari tentang Tuhan semasa anda mengkaji ayat 10?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 130:20–21; Carole M. Stephens, “Jika Kamu Mengasihi Aku, Kamu Akan Mentaati Perintah-Perintah-Ku,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 118–20.

Ajaran dan Perjanjian 83

“Para balu dan yatim piatu haruslah disara.”

Pada bulan April 1832, seperti yang diarahkan oleh Tuhan, Joseph Smith mengembara hampir 800 batu untuk melawat para Orang Suci yang berkumpul di Missouri (lihat Ajaran dan Perjanjian 78:9). Satu komuniti yang dikunjungi nabi termasuklah para balu yang membesarkan anak-anak mereka sendiri. Antaranya ialah Phebe Peck dan Anna Rogers, yang dikenali oleh Nabi secara peribadi. Di Missouri pada tahun 1830-an, undang-undang negeri memberi balu hak terhad atas harta suami mereka. Apakah yang anda pelajari dari bahagian 83 tentang bagaimana perasan Tuhan bagi para balu dan yatim piatu? Adakah anda kenali sesiapa dalam situasi ini yang akan mendapat manfaat dari kasih atau penjagaan anda?

Lihat juga Yesaya 1:17; Yakobus 1:27.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 81:3.Anda boleh memberikan kertas bentuk hati kepada ahli keluarga dan menjemput mereka untuk melukis atau menulis sesuatu yang mereka ingin doakan. Bincangkan apa yang dimaksudkan untuk berdoa “sentiasa, dengan bersuara dan dalam hatimu.”

Ajaran Dan Perjanjian 81:5.Untuk mempelajari asas-asas dalam ayat ini, ahli keluarga dapat berkongsi contoh apabila mereka merasa “lemah” dan seseorang menolong atau menguatkan mereka. Bincangkan bagaimana keluarga anda dapat secara kerap melayani satu sama lain dalam cara yang mudah.

Ajaran dan Perjanjian 82:8–10.Mungkin memainkan satu permainan yang mudah boleh membantu keluarga anda merasa bersyukur untuk perintah-perintah Tuhan. Seorang ahli keluarga boleh memberi arahan untuk membantu ahli keluarga yang ditutup mata membuat sandwic atau melalui laluan berhalangan. Fikirkan sesuatu yang menyeronokkan dan kreatif! Kemudian bincangkan bagaimana perintah-perintah Tuhan seperti arahan dalam permainan ini.

Ajaran dan Perjanjian 82:18–19.Apakah yang boleh dilakukan setiap ahli keluarga untuk “memperbaiki bakatnya” dan “memperoleh bakat lain”? Ia akan jadi menyeronokkan untuk membuat satu persembahan bakat keluarga. Fikirkan cara untuk memasukkan bakat yang tidak mudah ditunjukkan (seperti kurnia rohani; lihat Ajaran dan Perjanjian 46:11–26). Bagaimanakah kita boleh menggunakan bakat kita dan berkongsi benda yang kita punyai untuk memberkati keluarga dan jiran kita? Apakah maknanya untuk menggunakan bakat kita dengan “tumpuan matamu hanya satu pada kemuliaan Tuhan”?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?Nyanyian Rohani, no. 101; lihat juga “Idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan yang membawa kepada tindakan. Pertimbangkan soalan yang boleh menyebabkan ahli keluarga anda untuk merenungkan bagaimana mereka boleh menjalani injil dengan lebih penuh. “Perkara ini selalunya bukan soalan untuk dibincangkan, ia adalah untuk renungan peribadi” (Teaching in the Savior’s Way,31).

Imej
Yesus menyembuhkan seorang lelaki

Ilustrasi tentang Yesus menyembuhkan seorang lelaki oleh Dan Burr

Cetak