“Jika Kamu Mengasihi Aku, Kamu Akan Mentaati Perintah-perintah-Ku”
Perintah-perintah Tuhan ialah penyataan kasih-Nya bagi kita, dan kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya ialah satu penyataan kasih kita kepada Dia.
Selepas anak perempuan sulung kami membawa bayi ketiganya balik dari hospital, saya pergi ke rumahnya untuk menolong. Selepas membawa anak sulungnya ke sekolah, kami berputus bahawa Jen perlu berehat. Jadi bantuan terbaik yang boleh saya lakukan adalah untuk membawa anak perempuan keduanya, Chloe ke rumah saya supaya Jen dan bayi baru itu dapat rehat.
Saya meletakkan Chloe dalam kerusi keretanya dan ikatkan tali pinggang keledarnya, saya juga berbuat yang sama dan kemudiannya mula memandu. Tetapi sebelum kami mencapai hujung jalan itu, Chloe telah melepaskan tali pinggang keledarnya dan berdiri di belakang kerusi dan berbual-bual dengan saya! Saya menghentikan kereta di tepi jalan, keluar dari kereta, dan mengikatkan tali pinggang keledarnya semula.
Saya mula memandu sekali lagi tetapi dalam jarak yang pendek dia telah keluar dari kerusi keretanya. Saya ulangkan langkah yang sama, tetapi kali ini, sebelum saya masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar saya, Chloe berdiri lagi!
Saya mendapati diri, duduk dalam kereta di tepi jalan, berjuang dengan seorang kanak yang berusia tiga tahun. Dan dia sedang menang!
Saya cuba dengan sedaya upaya untuk menyakinkan dia bahawa duduk dalam kerusi keretanya ialah satu idea yang baik. Tetapi dia tidak percaya. Akhirnya, saya cubakan cara berikut.
Saya berkata, “Chloe, jika kamu kekal duduk dalam kerusi kereta, kita akan main dengan “play dough” apabila kita sampai ke rumah nenek.”
Diam.
“Chloe, jika kamu kekal duduk dalam kerusi kereta, kita boleh bakar roti apabila kita sampai ke rumah nenek.”
Diam.
Saya mencuba lagi. “Chloe, jika kamu kekal duduk dalam kerusi kereta kamu, kita boleh pergi ke pasar dan beli makanan yang kamu suka!”
Selepas tiga cubaan ini, saya sedar bahawa cara saya tidak berkesan. Dia bertekad, dan tidak ada cara apa pun yang boleh menyakinkan dia untuk duduk dalam kerusi keretanya.
Kami tidak boleh duduk di tepi jalan sepanjang hari, tetapi saya mahu mematuhi undang-undang, dan adalah tidak selamat memandu ketika Chloe berdiri dalam kereta. Saya berdoa dengan diam-diam dan terdengar satu bisikan Roh, “Ajarlah dia.”
Saya berpaling kepada dia dan menunjukkan tali pinggang keledar saya. Saya berkata, “Chloe, saya memakai tali piggang keledar ini kerana ia akan melindungi saya. Tetapi kamu tidak memakai tali pinggang keledar kamu, jadi kamu tidak akan selamat. Saya akan berasa sedih jika kamu tercedera.”
Dia memandang saya; saya boleh nampak dia sedang berfikir tentang sesuatu ketikanya saya menunggukan balasannya dengan resah. Akhirnya, dia membuka matanya dan berkata, “Nenek, kamu hendak saya memakai tali pinggang keledar kerana kamu menyayangi saya!”
Kereta dipenuhi Roh sambil saya ungkapkan kasih saya terhadap kanak tercinta ini. Saya tidak ingin kehilangkan perasaan itu, tetapi saya tahu inilah peluang saya, jadi saya keluar dan dudukkan dia dalam kerusi keretanya. Kemudian saya bertanya, “Chloe, bolehkah kamu kekal duduk dalam kerusi kamu?” Dan dia berbuat demikian—sepanjang perjalanan ke pasar untuk membeli makanan! Dan dia kekal duduk sepanjang perjalanan dari pasar ke rumah saya, di mana kami membakar roti dan bermain dengan “play dough” kerana Chloe tidak lupa janjian saya!
Semasa saya memandu balik hari itu, satu ayat suci datang ke minda saya: “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku”1 Kita ada peraturan untuk mengajar, membimbing, dan melindungi kanak-kanak. Mengapa? Kerana kita menyayangi mereka. Tetapi sehingga Chloe faham hasrat saya untuk memastikan dia kekal duduk dalam kerusi kereta adalah kerana saya menyayangi dia, dia tidak sudi mematuhi sesuatu yang dipandang sebagai satu sekatan. Dia rasa tali pinggang keledarnya mengehadkan kebebasannya.
Seperti Chloe, kita boleh memilih untuk menganggap perintah-perintah sebagai pembatasan. Kadangkala kita mungkin terasa bahawa perintah Tuhan menyekatkan kebebasan peribadi kita, menyingkirkan hak pilihan kita, dan mengehadkan perkembangan kita. Tetapi apabila kita carikan pemahaman yang lebih besar, dan membenarkan Bapa mengajar kita, kita akan mula nampak bahawa perintah-perintah Tuhan ialah penyataan kasih-Nya bagi kita, dan pematuhan kepada perintah-perintah-Nya ialah satu penyataan kasih kita bagi Dia.
Jika kamu mendapati diri bagaikan terberhenti di tepi jalan, benarkan saya mencadangkan beberapa prinsip, jika diikuti, akan menolong kamu kembali ke “perjalanan iman dan pematuhan” dengan selamat.2
Pertama, percayailah Tuhan. Percayalah dalam rancangan abadi-Nya untuk kamu. Setiap kita ialah “anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.” Kasih sayang mereka terhadap kita jelas ternampak dalam perintah-perintah. Perintah-perintah adalah arahan yang penting untuk mengajar, membimbing, dan melindungi kita semasa kita “memperolehi pengalaman bumi.”3
Dalam “dunia prafana” kita telah menggunakan hak pilihan untuk menerima rancangan Tuhan,4 dan kita belajar bahawa pematuhan kepada perintah Tuhan adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam rancangan-Nya. Tulisan suci mengajar, “Ada suatu hukum, dengan tak terbatalkan ditetapkan di syurga sebelum pelandasan dunia ini, yang di atasnya segala berkat dilandaskan.”5 Jika kita mematuhi perintah, kita menerima berkat.
Walaupun wujudnya semua kesalahan, pertentangan, dan pelajaran sebagai peneman pengalaman fana kita, Tuhan tidak lupa akan potensi abadi kita, walaupun ada masanya kita lupa. Kita boleh percayai-Nya “kerana Tuhan ingin anak-anak-Nya kembali kepada Dia.”6 Dan dia telah menyediakan satu cara melalui Korban Tebusan Putera-Nya, Yesus Kristus. Korban Tebusan “ialah pusat rancangan penyelamatan.”7
Kedua, percayailah Yesus. Penyataan terbesar pematuhan dan kasih ialah Korban Tebusan Yesus Kristus. Dengan menyerahkan diri-Nya kepada kehendak Bapa, Dia korbankan nyawa-Nya untuk kita. Dia berfirman, “Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya.”8
Yesus juga telah mengajar:
“Kasihilah Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.
“Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting!
“Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”9
Setiap hari Ahad kita berpeluang untuk merenungkan dan mengingati kasih suci Juruselamat semasa kita mengambil lambang Korban Tebusan-Nya yang tidak terbatas. Semasa sakramen, saya melihat tangan-tangan yang mengambil dan menghantar sakramen. Apabila saya mencapai dan mengambil sakramen, saya berjanji bahawa saya rela mengambil nama-Nya ke atas diri, selalu mengingati Dia, dan mematuhi perintah-Nya. Dan Dia berjanji bahawa “ [Kita] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”10
Ketiga, percayalah kepada bisikan Roh. Kamu ingat semasa pengalaman saya dengan Chloe, Roh telah membisikkan satu ayat suci kepada saya? Ia terdapat dalam Yohanes 14:15 : “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.” Dan ia diikuti dengan ayat-ayat berikut:
“Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya;
“Dia Roh Tuhan, yang menunjukkan apa yang benar tentang Tuhan. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.”11
Setiap ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang sudah ditetapkan dan yang layak, berhak untuk menerima penemanan Roh Kudus. Puasa, doa, kajian tulisan suci, dan kepatuhan akan meningkatkan keupayaan kita untuk mendengar dan merasai dorongan Roh.
Apabila minda anda dipenuhi dengan keraguan dan kekeliruan, Bapa dan Putera akan menghantarkan Roh Kudus untuk memberi amaran dan membimbing anda melalui kebahayaan perjalanan fana ini. Dia akan menolong anda untuk mengingati, menyenangkan hati anda, dan mengisikan diri anda “dengan harapan dan kasih yang sempurna.”12
Keempat, percayalah kepada nasihat para nabi hidup. Bapa telah menyediakan satu cara untuk kita mendengari firman-Nya dan untuk mengetahui perintah-perintah-Nya melalui para nabi-Nya. Tuhan berfirman, “Firman-Ku … akan digenapi, apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.”13
Baru-baru ini, para nabi menasihatkan kita untuk “rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci,”14 dan mematuhi hukum puasa. Kepatuhan kepada nasihat ini memberikan kita satu cara untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan, untuk menyayangi Dia dan jiran kita apabila kita meningkatkan iman kepada Yesus Kristus dan menyayangi dan menjaga orang lain.15
Terdapat keselamatan dalam kepatuhan kepada firman Tuhan melalui nabi-nabi-Nya. Tuhan memanggil Presiden Thomas S. Monson, para penasihat dalam Presidensi Utama, dan ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu. Dalam dunia yang dipenuhi ketakutan, gangguan, pertentangan, dan kemarahan, kita boleh melihat bagaimana seorang pengikut Yesus Kristus, yang dipenuhi belas ihsan—harus berwajah, berucap, dan bertindak terhadap isu-isu yang memecahbelahkan. Mereka bersaksi tentang Yesus Kristus dan membalas dengan belas ihsan, iaitu kasih suci Yesus Kristus, yang mereka saksi.
Selepas pengalaman saya dengan Chloe, saya mencarikan tulisan suci untuk perenggan yang menyebutkan perintah dan kasih sayang. Saya menjumpai banyak. Setiap ayat-ayat itu memperingatkan kita bahawa perintah-perintah-Nya ialah penyataan kasih sayang-Nya bagi kita, dan kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya ialah satu penyataan kasih sayang kita bagi Dia.
Saya bersaksi bahawa jika kita memercayai Tuhan, Bapa Abadi kita; memercayai Putera-Nya, Yesus Kristus dan Penebusan-Nya; percayai bisikan Roh; dan percaya kepada nasihat para nabi hidup, kita akan dapat meninggalkan tepi jalan itu dan meneruskan perjalanan dengan selamat—bukan sahaja untuk bertahan tetapi mendapati kebahagiaan sepanjang perjalanan kita untuk kembali ke rumah. Dalam nama Yesus Kristus, amin.