2010–2019
Firman Tuhan Yang Menyenangkan
Oktober 2015


11:18

Firman Tuhan Yang Menyenangkan

Firman Tuhan yang menyenangkan menunjukkan kepada kita perlunya pertaubatan yang terus menerus dalam hidup kita supaya kita boleh mengekalkan pengaruh Roh Kudus.

Ramai di antara kita betemu untuk mengambil bahagian dalam persidangan ini telah datang untuk “mendengar firman Tuhan yang menyenangkan, ya, firman yang menyembuhkan jiwa yang luka” (Yakub 2:8). Firman itu boleh didapati dalam kitab suci dan dalam pesanan dari para pemimpin kita, memberi kita harapan dan ketenangan semasa penderitaan yang sukar.

Melalui pengalaman kita dalam kehidupan, kita belajar bahawa kebahagiaan di dunia ini tidak lah penuh, tetapi dalam Yesus Kristus kesukaan kita penuh (lihat Ajaran & Perjanjian 101:36). Dia akan memberikan kita kekuatan agar kita tidak akan menderita bermacam-macam kesengsaraan kecuali ia tertelan dalam kebahagiaan Kristus (lihat Alma 31:38).

Hati kita mungkin dipenuhi dengan kesedihan apabila kita melihat orang yang kita kasihi menderita kesakitan dari penyakit yang mengerikan.

Kematian daripada seseorang yang kita kasihi boleh menyebabkan kesedihan yang hebat.

Apabila beberapa anak-anak kita menyeleweng dari jalan Injil, kita boleh merasa bersalah dan ketidakpastian tentang takdir kekal mereka.

Harapan mencapai perkahwinan selestial dan mewujudkan sebuah keluarga dalam kehidupan ini boleh mula pudar seiring berjalannya waktu.

Penganiayaan oleh mereka yang sepatutnya mengasihi kita boleh meninggalkan kesan kepedihan yang amat menyakitkan di dalam jiwa kita.

Ketidaksetiaan dari seorang pasangan boleh memusnahkan hubungan yang kita harapkan akan menjadi abadi.

Ini dan banyak kesusahan lain yang merupakan bagian dari masa percubaan, kadang-kadang menyebabkan kita bertanya diri kita soalan yang sama yang Nabi Joseph Smith bertanya: “Ya Tuhan, di manakah Engkau?” (Ajaran & Perjanjian 121:1).

Pada saat-saat yang sukar itu dalam kehidupan kita, firman Tuhan yang menyenangkan yang menyembuhkan jiwa membawa pesanan ketenangan berikut kepada hati dan fikiran kita:

“PuteraKu, damai sejahtera bagi jiwamu; kemalangan dan penderitaanmu akan tinggal sebentar saja;

“Kemudian, bila engkau bertahan dengan baik, Tuhan akan memuliakan kamu di atas; engkau akan mendapat kemenangan atas semua musuhmu” (Ajaran & Perjanjian 121:7–8).

Firman Tuhan yang menyenangkan itu memenuhi kita dengan harapan, kerana kita mengetahui bahawa mereka yang setia dalam penderitaan akan mempunyai pahala yang lebih besar dalam Kerajaan Syurga dan bahwa “setelah banyak percubaan datanglah berkat” (lihat Ajaran & Perjanjian 58:3–4).

Firman Tuhan yang menyenangkan, seperti yang mana telah diucapkan melalui para nabi, memberi kita jaminan bahawa pemeteraian abadi kita, disokong dengan kesetiaan kita kepada janji-jani ilahi yang telah diberikan kepada kita untuk perkhidmatan yang berani demi kebenaran, akan memberkati kita dan anak cucu kita (lihat Orson F. Whitney, dalam Conference Report, Apr. 1929, 110).

Ia juga memberi kita jaminan bahawa, selepas kita telah hidup dengan setia, kita tidak akan kehilangan apa-apa berkat kerana tidak melakukan perkara tertentu jika kita tidak pernah diberikan peluang untuk melakukannya. Jika kita telah hidup dengan setia hingga waktu kematian kita, kita “akan mempunyai semua berkat, dan kemuliaan yang setiap lelaki atau wanita [yang telah berpeluang] akan mempunyai.” (Lihat The Teachings of Lorenzo Snow, ed. Clyde J. Williams [1984], 138.)

Sekarang, ia penting untuk difahami bahawa beberapa penderitaan dan kesengsaraan juga boleh masuk ke dalam kehidupan kita jika kita gagal untuk benar-benar bertaubat dari dosa-dosa kita. Presiden Marion G. Romney mengajarkan: “Kebanyakan dari penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh orang-orang di muka bumi ini adalah akibat daripada dosa yang tanpa pertaubatan dan dosa yang belum dibayar. … Sama seperti penderitaan dan kesedihan datang sebagai akibatnya, demikian kebahagiaan dan kegembiraan datang sebagai akibat daripada pengampunan dosa-dosa” (dalam Conference Report, Apr. 1959, 11).

Mengapa kekurangan pertaubatan menyebabkan penderitaan dan rasa sakit?

Salah satu jawapan yang mungkin adalah bahawa “hukuman itu [telah] dikaitkan dan hukum yang adil telah diberikan, yang mana membawa penyesalan suara hati” (lihat Alma 42:18; lihat juga ayat 16). Nabi Joseph Smith mengajar bahwa kita adalah orang-orang yang mengutuk diri kita sendiri dan bahwa ia adalah seksaan daripada kekecewaan dalam fikiran kita yang membuatnya bagaikan tasik api dan belerang yang sengit (lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 224).

Jika kita mencuba memujuk suara hati kita dengan mencuba “memaafkan [diri kita] sedikitpun kerana dosa-dosa [kita]” (Alma 42:30) atau dengan mencuba menyembunyikan dosa kita, satunya perkara yang kita akan capai adalah menyinggung Roh (lihat Ajaran & Perjanjian 121: 37) dan menunda pertaubatan kita. Jenis bantuan ini, selain menjadi sementara, akhirnya akan membawa lebih banyak kesakitan dan kesedihan ke dalam hidup kita dan akan mengurangkan kemungkinan kita menerima pengampunan dosa-dosa kita.

Bagi penderitaan jenis ini, firman Tuhan yang menyenangkan juga membawa ketenangan dan harapan; ia memberitahu kita bahawa terdapat kelegaan dari kesakitan yang disebabkan oleh kesan-kesan dosa. Kelegaan ini datang dari korban tebusan Yesus Kristus dan ia akan berlaku jika kita menjalankan iman kita kepada-Nya, bertaubat, dan patuh terhadap perintah-perintah-Nya.

Adalah penting bahawa kita menyedari bahawa sama seperti pengampunan dosa-dosa, pertaubatan adalah proses dan bukan sesuatu yang terjadi pada satu saat tertentu. Ia memerlukan ketekalan dalam setiap langkah-langkah.

Sebagai contoh, apabila kita mengambil sakramen, kita menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita akan sentiasa mengingat-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Ini adalah satu pernyataan akan niat kita yang tulus.

Saat kita bermula mengingat-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya setiap hari—dan bukan hanya pada hari Sabat sahaja—adalah ketika pengampunan dosa-dosa kita mula beransur-ansur berkesan dan janji-Nya untuk mempunyai Roh-Nya bersama kita mula dipenuhi.

Tanpa kepatuhan yang sepatutnya yang mesti diiringi dengan niat kita, kesan pengampunan boleh hilang kemudian dan persahabatan dengan Roh mula menarik balik. Kita akan menghadapi risiko menghormati-Nya dengan bibir kita sementara mengalihkan hati kita jauh dari Dia. (lihat 2 Nefi 27:25).

Selain daripada menenangkan kita, firman Tuhan yang menyenangkan memperingatkan kita bahawa proses daripada menerima pengampunan dosa-dosa kita ini boleh terganggu apabila kita menjadi terjebak “dalam kesombongan dunia”, dan pengampunan dosa boleh dimulakan semula melalui iman jikalau kita bertaubat dengan tulus dan merendahkan diri kita (lihat Ajaran & Perjanjian 20:5–6).

Apa yang mungkin menjadi sebahagian daripada perkara keangkuhan yang boleh masuk campur dalam proses menerima pengampunan dosa-dosa kita dan yang berkaitan dengan mematuhi hari Sabat suci?

Beberapa contoh termasuk datang terlambat ke pertemuan sakramen tanpa alasan yang sah; datang tanpa sebelumnya memeriksa diri kita, memakan roti dan minum dari cawan dengan tak layak (lihat 1 Korintus 11:28); dan datang tanpa terlebih dahulu mengaku dosa kita dan memohon kepada Tuhan bagi pengampunan dosa.

Contoh-contoh lain: menjadi kurang sopan dengan bertukar-tukar pesanan pada peranti elektronik kita, meninggalkan pertemuan itu selepas mengambil sakramen, dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di rumah kita yang tidak sesuai untuk hari suci itu.

Apa yang mungkin menjadi salah satu sebab mengapa kita, mengetahui semua perkara ini, tetapi sering gagal untuk mematuhi hari Sabat suci?

Dalam kitab Yesaya, kita boleh menemukan sebuah jawapan yang, walaupun berkaitan dengan hari Sabat, juga berlaku untuk perintah-perintah lain yang harus kita patuhi: “Menghargai hari-Ku yang suci dan menghormatinya dengan tidak berpergian pada hari itu, tidak bekerja, dan tidak bercakap kosong” (Yesaya 58:13).

Kata kunci “menghargai hari-Ku yang suci,” atau dengan kata lain, melakukan kehendak Tuhan. Sering kali, kehendak kita—dipengaruhi oleh keinginan, nafsu, dan nafsu manusia alamiah yang bercanggah dengan kehendak Tuhan. Nabi Brigham Young mengajarkan bahawa ”apabila kehendak, nafsu, dan perasaan seseorang dengan sempurna patuh kepada kehendak Tuhan dan tuntutan-Nya, orang itu dikuduskan.—Itu adalah, kehendak saya ditelan oleh kehendak Tuhan, yang akan menuntun saya kepada semua yang baik, dan akhirnya memahkotai saya dengan kebaqaan dan kehidupan abadi”(Deseret News, Sept. 7, 1854, 1).

Firman Tuhan yang menyenangkan menjemput kita untuk menggunakan kuasa Korban Tebusan Kristus untuk dikenakan kepada diri kita dan menjadi rukun dengan kehendak-Nya—dan bukan dengan kehendak iblis dan daging—sehingga kita, melalui rahmat Tuhan, boleh diselamatkan (lihat 2 Nefi 10:24–25).

Firman Tuhan yang menyenangkan menunjukkan kepada kita perlunya pertaubatan yang terus menerus dalam hidup kita agar kita boleh mengekalkan pengaruh Roh Kudus untuk seberapa lama mungkin.

Mempunyai persahabatan dengan Roh akan menjadikan kita orang yang lebih baik. “Ia akan membisikkan kedamaian dan sukacita kepada jiwa [kita], … ia akan mengambil niat jahat, kebencian, iri hati, perselisihan, dan semua kejahatan dari hati [kita]; dan semua kehendak [kita] hanyalah akan berbuat baik, mendatangkan kebenaran, dan membina kerajaan Tuhan” (lihat Teachings: Joseph Smith, 98).

Dengan pengaruh Roh Kudus, kita tidak akan tersinggung, kita tidak juga akan menyinggung perasaan orang lain; kita akan merasa lebih bahagia, dan fikiran kita akan menjadi lebih bersih. Cinta kita kepada orang lain akan meningkat. Kita akan lebih bersedia untuk memaafkan dan menyebarkan kebahagiaan kepada orang-orang di sekitar kita.

Kita akan merasa syukur melihat kemajuan orang lain, dan kita akan mencari kebaikan dalam diri orang lain.

Adalah doa saya agar kita boleh mengalami kebahagiaan yang datang dari berusaha untuk hidup dalam kebenaran dan agar kita boleh mengekalkan persahabatan dengan Roh Kudus dalam kehidupan kita melalui pertaubatan yang ikhlas dan berterusan. Kita akan menjadi orang yang lebih baik, dan keluarga kita akan diberkati. Atas prinsip ini saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.