Menangani Cabaran Dunia Hari Ini
Pilihan yang anda buat—misi, pelajaran, perkahwinan, pekerjaan dan pelayanan dalam Gereja—akan membentuk takdir abadi anda.
Banyak yang ditulis dan diperkatakan tentang generasi dewasa muda sekarang. Kajian menunjukkan ramai menentang agama terancang. Ramai yang berhutang dan tidak berkerja. Kebanyakan orang suka idea perkahwinan, tetapi ramai yang enggan mengambil langkah itu. Semakin ramai yang tidak mahu anak-anak. Tanpa Injil dan petunjuk yang diilhamkan, ramai berkeliaran di jalan yang pelik dan sesat dalam perjalanan mereka.
Syukurnya, ahli Gereja anak muda ketinggalan dalam trend yang membimbangkan ini, sebahagiannya kerana mereka diberkati dengan rancangan Injil. Rancangan abadi itu termasuk memegang kuat batang besi—memegang erat kepada firman Tuhan dan firman Nabi-Nya. Kita perlu mengetatkan genggaman kita kepada batang yang membawa kita pulang kepada Tuhan. Sekarang adalah “masa pemilihan”1 untuk kita semua.
Sebagai seorang budak lelaki, apabila saya hampir membuat pilihan yang tidak betul, bapa saya akan kadang-kala berkata, “Robert, berdiri tegak dan terbang betul” Kamu pernah berada disana. Dengan roh percakapannya yang sederhana, Saya ingin bercakap dengan para remaja mulia—dan anak muda kita yang mulia, kerana “lihatlah, jiwaku senang akan kejelasan … agar [kita] dapat belajar.”2
Kamu sedang melalui kehidupan tempoh kritikal dalam hidup anda. Pilihan yang anda buat—misi, pelajaran, perkahwinan, pekerjaan, dan pelayanan dalam Gereja—akan membentuk takdir abadi anda. Ini bererti anda akan sentiasa lihat ke hadapan—melihat ke masa hadapan.
Sebagai seorang juruterbang di dalam tentera udara, Saya mempelajari prinsip ini: jangan secara sengaja terbang ke dalam satu ribut petir. (Saya tidak akan memberitahu anda bagaimana saya mengetahui tentang perkara ini) Tetapi, terbang mengelilinginya, mengambil jalan lain, atau tunggu untuk ribut lepas sebelum mendarat.
Saudara dan saudari anak muda yang disayangi, saya mahu kamu untuk “terbang betul” dalam ribut yang berkumpul pada hari terakhir. Kamu adalah juruterbang. Anda bertanggungjawab untuk memikirkan akibat setiap pilihan anda. Tanya diri sendiri, “Jika saya membuat pilihan ini, apakah perkara yang paling teruk boleh berlaku?” Pilihan benar anda akan menyimpan anda daripada menyimpang.
Fikirkan tentangnya: Jika kamu memilih untuk tidak minum alkohol, kamu tidak akan menjadi kaki botol! Jika kamu memilih untuk tidak berhutang, kamu akan mengelakkan kemungkinan menjadi muflis!
Salah satu tujuan kitab suci adalah menunjukkan kita bagaimana orang soleh bertindak balas dengan godaan dan kejahatan. Secara ringkas, mereka mengelakkannya! Yusuf lari daripada isteri Potifar,3 Lehi mengambil keluarganya dan meninggalkan Yerusalem.4 Maria dan Yusuf lari ke Mesir untuk melarikan diri daripada plot jahat Herodes.5 Pada setiap masa, Bapa Syurgawi memberi amaran kepada orang yang beriman. Sama juga, Dia akan menolong kita sama ada untuk lawan, lari atau mengikut arus keadaan kita yang berlaku. Dia akan bercakap dengan kita melalui doa, dan apabila kita berdoa, kita akan mempunyai Roh Kudus, yang akan menunjukkan jalan. Kita mempunyai kitab suci, ajaran nabi hidup, berkat bapa bangsa, nasihat ibu bapa yang diilhamkan, imamat dan pemimpin badan sokongan, dan di atas semuanya, suara tenang, lembut Roh Kudus,
Tuhan akan sentiasa menyimpan janji-Nya: “Aku akan menuntunmu terus.”6 Soalannya sekarang adalah, adakah kita akan memberikan diri kita untuk dipimpin? Adakah kita akan mendengari suara-Nya dan orang suruhan-Nya?
Saya bersaksi bahawa jika kamu berada di sana untuk Tuhan, Dia akan berada di sana untuk anda.7 Jika kamu menyayangi-Nya dan memyimpan perintah-Nya, kamu akan mempunyai Roh-Nya untuk bersama anda dan membimbing anda. “Taruhlah kepercayaanmu kepada Roh itu yang menuntun untuk melakukan yang baik … melalui ini kamu akan tahu, segala hal … yang berkaitan dengan hal-hal akan kebenaran.”8
Dengan prinsip itu sebagai asas, boleh saya memberi anda beberapa nasihat praktikal?
Ramai diantara generasi anda berdepan dengan hutang yang menghancurkan. Semasa saya seorang anak muda, presiden pancang saya adalah seorang pelabur bank di Wall Street. Dia mengajar saya, “Kamu adalah kaya jika kamu boleh hidup secara gembira mengikut kemampuan anda.” Bagaimana anda boleh membuatnya? Bayar persepuluhan dan kemudiannya jimat! Apabila kamu mempunyai pendapatan yang lebih banyak, simpan lebih banyak. Jangan bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan permainan yang mahal. Jangan beli apa yang kamu tidak boleh mampu.
Ramai anak muda masuk ke dalam hutang untuk mendapatkan pendidikan, hanya untuk mencari bahawa jumlah harga sekolah adalah lebih daripada apa yang mereka boleh bayar, Cari biasiswa atau anugerah. Dapatkan kerja separuh masa, jika boleh, untuk tolong membayar jalan anda. Ini memerlukan beberapa pengorbanan, tetapi ia akan menolong anda untuk berjaya.
Pendidikan menyediakan kita untuk peluang pekerjaan yang lebih baik. Ia meletakkan anda di dalam posisi yang lebih baik untuk melayani dan memberkati mereka di sekeliling anda. Ia akan meletakkan anda di jalan untuk pembelajaran seumur hidup. Ia akan menguatkan anda untuk melawani kebodohan dan kesesatan. Seperti yang di ajar Joseph Smith: “Pengetahuan menghapuskan kegelapan, kebimbangan dan keraguan; kerana ini tidak boleh wujud di mana terdapat pengetahuan. … Dalam pengetahuan terdapat kuasa.”9 “Tetapi menjadi terpelajar adalah baik jika mereka mendengarkan nasihat Tuhan.”10 Pendidikan akan menyediakan untuk apa yang ada di hadapan, termasuk parkahwinan.
Sekali lagi, boleh saya bercakap secara terus terang? Jalan yang membawa ke perkahwinan melalui satu kawasan yang dipanggil pacaran. Berpacaran adalah peluang untuk mengadakan perbualan panjang. Apabila kamu berpacaran, belajar semua yang kamu boleh tentang satu sama lain. Cuba kenali keluarga satu sama lain apabila boleh. Adakah matlamat hidup kamu serasi? Adakah kamu berkongsi perasaan yang sama tentang perintah Tuhan, Juruselamat, imamat, bait suci, keibubapaan, panggilan dalam Gereja, dan melayani orang lain? Adakah kamu telah memerhatikan satu sama lain dibawah tekanan, bertindak balas dalam kejayaan dan kegagalan, menentang kemarahan, dan berurusan dengan sebarang halangan? Adakah orang yang kamu berpacaran menghapuskan orang atau membina orang? Adakah perangai dan bahasa dan kelakuan dia adalah apa yang kamu suka untuk hidup dengan setiap hari?
Dengan itu, tidak seorang pun daripada kita berkahwin kesempurnaan; kita mengahwini potensi. Perkahwinan yang betul bukan sahaja untuk apa yang saya mahu; ia juga berkenaan dengan apa yang dia – yang akan menjadi pasangan saya- inginkan dan perlukan saya untuk menjadi.
Bercakap secara terus-terang, tolong jangan berpacaran melalui zaman 20-an kamu hanya untuk mendapatkan “masa yang baik,” dan melambatkan perkahwinan kerana minat dan aktiviti lain. Kenapa? Kerana berpacaran dan perkahwinan bukan destinasi terakhir. Ia adalah pintu masuk untuk mana kamu akan akhirnya pergi. “Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya.”11
Tanggungjawab anda sekarang adalah untuk menjadi layak kepada seseorang yang kamu ingin kahwini. Jika kamu ingin mengahwini seseorang yang sihat,menarik, jujur, gembira, rajin, seorang rohani, jadi orang itu. Jika kamu adalah orang sebegitu dan belum berkahwin, bersabar. Tunggu kepada Tuhan. Saya bersaksi bahawa Tuhan tahu kehendak kamu dan menyayangi kamu kerana kebaktian penuh iman kamu kepada-Nya. Dia mempunyai rancangan untuk anda sama ada di kehidupan ini atau kehidupan seterusnya. Dengar pada Roh-Nya. “Janganlah berupaya untuk menasihati Tuhan, tetapi untuk menerima nasihat dari tangan-Nya.”12 Dalam dunia ini atau seterusnya, janji-Nya akan dipenuhi. “Tetapi jika kamu siap kamu tidak akan takut.”13
Jika kamu tidak mempunyai sumber yang banyak, jangan bimbang. Seorang ahli Gereja yang bagus baru memberitahu saya, “Saya tidak membesarkan anak saya di atas wang; saya membesarkan mereka di atas iman” Terdapat kebenaran dalam perkara itu. . Mula menggunakan iman anda dalam setiap kawasan hidup anda. Jika kamu tidak, kamu akan menderita dengan apa yang dipanggil “atrofi iman.” Tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan iman anda akan berkurangan. Jadi gunakan iman anda setiap hari dan kamu akan “menjadi semakin kuat dan kuat … dan semakin teguh dan teguh dalam iman kepada Kristus.”14
Untuk bersedia bagi perkahwinan, pastikan kamu layak untuk mengambil sakramen dan memegang rekomen bait suci. Hadir ke bait suci dengan kerap. Melayani dalam Gereja. Selain panggilan Gereja, ikuti contoh Juruselamat, yang “pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.”15
Sekarang, kamu mungkin mempunyai soalan yang serius tentang pilihan di hadapan. Di waktu muda saya. Saya mencari nasihat daripada ibubapa dan dari penasihat yang beriman dan dipercayai. Seorang adalah pemimpin imamat; dan seorang lagi adalah seorang guru yang percaya dalam saya. Kedua-dua berkata kepada saya, “Jika kamu mahu nasihat saya, bersedia untuk menerimanya.” Saya faham apa ertinya itu. Pilih mentor dengan berdoa dan yang mempunyai kesejahteraan rohani kamu dalam hati mereka. Berhati-hati dalam mengambil nasihat daripada rakan-rakan anda. Jika kamu mahukan lebih daripada apa yang kamu ada, capai ke atas, bukan secara lintang!16
Ingatlah bahawa, tidak ada sesiapa yang boleh mencapai ke atas bagi pihak kamu. Hanya iman kamu dan doa akan menyebabkan kamu mengangkat diri dan mempunyai penukaran hati yang perkasa. Hanya azam anda untuk taat boleh menukar hidup kamu. Oleh kerana Korban tebusan Juruselamat, kuasa berada di tangan anda.17 Kamu mempunyai hak pilihan kamu, kamu akan mempunyai kesaksian yang kuat jika kamu patuh, dan kamu boleh mengikut Roh yang membimbing kamu.
Baru-baru ini, seorang pembuat filem muda berkata dia rasa sebahagian daripada “generasi sesat”- satu generasi yang “mencari harapan dan kegembiraan dan kepenuhan, tetapi mencari di semua tempat yang salah dan dengan cara salah.”18
Di dalam perumpamaan Juruselamat tentang anak yang sesat, anak lelaki mempunyai banyak berkat yang menunggunya, tetapi sebelum dia boleh menuntut mereka, dia harus melihat dengan dekat hidupnya, pilihannya, dan keadaannya. Mukjizat yang berlaku selepas ini diterangkan dalam ayat suci dengan frasa yang mudah: “Akhirnya dia sedar.”19 Bolehkah saya menggalakkan kamu untuk sedar diri kamu? Di dalam Gereja, apabila keputusan yang penting mesti dibuat, kami selalunya akan mengadakan mesyuarat majlis. Majlis keluarga melayan untuk perkara yang sama. Kamu mungkin ingin mengadakan apa yang saya akan panggil “majlis peribadi”. Selepas berdoa, habiskan beberapa masa seorang diri. Fikirkan apa yang di masa hadapan. Tanya dirimu: “Kawasan apa dalam hidup saya yang ingin saya perbaiki supaya saya boleh menolong orang lain? Di mana saya ingin berada setahun dari sekarang? dua tahun dari sekarang? Pilihan apa yang harus saya lakukan untuk saya pilih untuk ke sana?” Ingat, bahawa kamu adalah juruterbang, dan kamu yang berkuasa. Saya bersaksi apabila kamu sedar pada dirimu, Bapa Syurgawimu akan datang padamu. Dengan tangan selesa Roh-Nya, Dia akan menolong kamu.
Saya bersaksi bahawa Tuhan hidup, saya memberi kesaksian istimewa saya bahawa Juruselamat sayangkan kamu. “Apakah kita tidak akan meneruskan dalam perkara [Dia] yang sedemikian besar? Maju dan janganlah mundur.”20 Sambil kamu mengikuti-Nya, Dia akan menguatkan dan menegakkan anda. Dia akan membawa anda ke rumah tertinggi anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.