2010–2019
Melalui Mata Tuhan
Oktober 2015


7:0

Melalui Mata Tuhan

Untuk melayan orang lain dengan berkesan, kita perlu melihat mereka melalui mata seorang ibu atau bapa, melalui mata Bapa Syurgawi.

Saudara dan saudari yang dikasihi, terima kasih kerana menyokong saya sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul semalam. Sukar bagi saya untuk mengungkap betapa bermaksud ianya bagi saya. Saya bersyukur terutamanya atas undi sokongan dua wanita luar biasa dalam kehidupan saya: isteri saya, Ruth, dan Ashley, anak perempuan kami yang amat dikasihi.

Panggilan saya memberi banyak bukti akan kebenaran kenyataan Tuhan awal zaman keagamaan ini: “Agar kegenapan Injil [ini] boleh dipermaklumkan oleh yang lemah dan yang sederhana ke hujung-hujung dunia.”1 Sayalah salah satu mereka yang lemah dan yang sederhana. Berdekad-dekad lalu, ketika saya dipanggil untuk menjadi uskup dalam satu bahagian di Amerika Syarikat timur, abang saya, lebih tua dan lebih arif daripada saya, menelefon saya. Dia berkata, “Kamu perlu tahu bahawa Tuhan tidak memanggil kamu kerana apa yang kamu telah lakukan. Dalam kes kamu, ia mungkin kerana sebalik apa yang kamu telah lakukan. Tuhan telah memanggil kamu kerana apa yang Dia memerlukan melalui kamu, dan ia hanya akan berlaku hanya jika kamu melaku mengikut cara-Nya.” Saya kenali kebijaksanaan abang ini berpatutan lebih-lebih lagi hari ini.

Sesuatu yang indah berlaku dalam pelayanan seorang mubaligh apabila dia kenali panggilannya bukanlah mengenai dirinya; tetapi, mengenai Tuhan, kerja-Nya, dan anak-anak Bapa Syurgawi. Saya rasa ia sama bagi seorang Rasul. Panggilan ini bukanlah berkenaan saya. Ia berkenaan Tuhan, kerja-Nya, dan anak-anak Bapa Syurgawi. Tidak kira apapun tugas atau panggilan dalam Gereja, untuk mampu melayan, seseorang itu mesti melayan dengan mengetahui bahawa setiap orang yang dilayan “adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibubapa syurgawi, dan, oleh demikian … mempunyai sifat dan takdir ilahi.”2

Dalam kerjaya sebelumnya, saya seorang pakar jantung khas dalam kegagalan jantung dan transplantasi dan mempunyai ramai pesakit yang sakit tenat. Isteri saya bergurau bahawa ia ramalan yang buruk jika seseorang menjadi pesakit saya. Tanpa mengambil kisah akan gurauan, saya telah melihat ramai orang meninggal, dan saya telah belajar untuk menjarakkan diri secara emosi apabila keadaan pesakit menjadi teruk. Dengan itu, perasaan sedih dan kecewa diledakan.

Pada tahun 1986, seorang lelaki muda bernama Chad mengalami kegagalan jantung dan telah menerima pemindahan jantung. Kehidupan dia baik selepas pemindahan jantung selama sedekad setengah. Dia melakukan segala yang patut untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang normal. Dia melayani misi, bekerja, dan taat setia kepada ibu bapanya. Namun, beberapa tahun akhir kehidupannya sangat mencabar, dan dia kerap keluar masuk hospital.

Suatu petang, dia dibawa ke bilik kecemasan hospital kerana serangan jantung penuh. Rakan-rakan sekerja dan saya berusaha dengan lama untuk memulihkan pengedaran darahnya. Akhirnya, ia jelas Chad tidak dapat dipulihkan. Kami berhenti berusaha, dan mengisytiharkan dia telah meninggal. Walaupun sedih dan kecewa, saya mengekalkan sikap profesional. Saya fikir, “Chad telah dijaga dengan baik. Dia telah hidup lebih lama daripada sebaliknya.” Namun, penjarakkan emosi saya hancur, apabila ibu bapanya masuk ke bilik kecemasan dan melihat anak lelaki mereka yang telah meninggal di atas pengusung. Pada ketika itu, saya melihat Chad melalui mata ibu bapanya. Saya nampak harapan dan keinginan mereka untuknya, hasrat untuknya hidup lebih lama dan lebih baik. Dengan kesedaran ini, saya mula menangis. Dengan peranan diterbalikkan dan kebaikkan yang tidak akan dilupai, ibu bapa Chad telah menghiburkan saya.

Kini saya sedar bahawa di dalam Gereja, untuk melayan orang lain dengan berkesan, kita perlu melihat mereka melalui mata seorang ibu atau bapa, melalui mata Bapa Syurgawi. Hanyalah dengan itu kita boleh mula memahami nilai sebenar suatu jiwa. Hanya demikian kita boleh merasai kasih sayang Bapa Syurgawi terhadap kesemua anak-anak-Nya. Kita tidak dapat memenuhi sepenuhnya tanggungjawab perjanjian untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan kecualilah jika melihat mereka melalui mata Tuhan.3 Sudut pandangan yang diluaskan ini akan membuka hati kita kepada kekecewaan, ketakutan, dan kesedihan orang lain. Tetapi Bapa Syurgawi akan membantu dan menghiburkan kita, sepertimana ibu bapa Chad telah menghiburkan saya di bilik kecemasan bertahun dahulu. Kita perlu mempunyai mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan jantung untuk tahu dan rasa jika kita ingin mencapai keselamatan yang sering digalakkan oleh Presiden Thomas S. Monson.4

Hanya apabila kita melihat melalui mata Bapa Syurgawilah kita akan dipenuhi “kasih suci Kristus.”5 Kita patut merayu kepada Tuhan setiap hari untuk kasih ini. Mormon telah menasihat: “Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, berdoalah kepada Bapa dengan sekuat tenaga hati, agar kamu boleh dipenuhi dengan kasih ini, yang telah Dia berikan kepada semua yang merupakan pengikut sejati Putera-Nya, Yesus Kristus.”6

Dengan sepenuh hati saya ingin menjadi pengikut sejati Yesus Kristus.7 Saya sayangi Dia. Saya memuja-Nya. Saya bersaksi tentang kebenaran kehidupan-Nya. Saya bersaksi bahawa Dialah yang Terpilih, Mesias. Sayalah saksi belas kasihan, rasa kasihan, dan kasih sayang-Nya. Saya menambahkan kesaksian saya kepada Rasul-rasul yang, pada tahun 2000, telah berkatakan, “bahawa Yesus ialah Kristus yang Hidup, Putera Tuhan Bapa yang abadi. … Dia ialah cahaya, hidup, dan harapan dunia.”8

Saya bersaksi bahawa pada suatu hari tahun 1820 di hutan kecil New York utara, Tuhan yang sudah bangkit telah muncul, bersama Tuhan Bapa Syurgawi kita, sepertimana dikatakan oleh Joseph Smith. Kunci-kunci imamat yang terdapat di bumi hari ini membolehkan tatacara-tatacara penyelamatan dan kemulian. Saya ketahui ini. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ajaran dan Perjanjian 1:23.

  2. “Keluarga: Suatu Pengisytiharan kepada Dunia,“ Liahona, Nov. 2010, 129; dibaca oleh Presiden Gordon B. Hinckley sebagai sebahagian pesanannya di Persidangan Umum Lembaga Pertolongan yang telah diadakan pada September 23, 1995, in Salt Lake City, Utah.

  3. Lihat Mosia 18:8–10.

  4. Lihat, contohnya, Thomas S. Monson, “To the Rescue,” Liahona, July 2001, 57–60; “Our Responsibility to Rescue,” Liahona,  Oct. Nov. 2013, 4–5. President Monson mengulangi konsep-konsep ini dalam pesanannya kepada Penguasa Umum pada September 30, 2015, mengingatkan mereka yang terkumpul bahawa dia menekankan semula pesanan yang diberi kepada Penguasa Umum dan Presidensi Kawasan Tujuh Puluh di pertemuan latihan pada April 2009 persidangan umum.

  5. Moroni 7:47.

  6. Moroni 7:48.

  7. Lihat Ajaran dan Perjanjian 18:27–28.

    “Dan Dua Belas akan menjadi murid-Ku, dan mereka akan mengambil ke atas diri mereka nama-Ku; dan Dua Belas adalah mereka yang berhasrat untuk mengambil ke atas diri mereka nama-Ku dengan maksud hati yang sepenuhnya.

    Dan jika mereka berhasrat untuk mengambil ke atas diri mereka nama-Ku dengan maksud hati yang sepenuhnya, mereka dipanggil untuk pergi ke seluruh dunia untuk mengkhutbahkan Injil-Ku kepada setiap makhluk.”

  8. “Kristus yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Liahona, Apr. 2000, 3. Dengan pemetikkan ini di sini, saya ibarat menambahkan tanda tangan saya pada dokumen itu, memberi saksi yang sama sepertimana yang diberi oleh Rasul-rasul tersebut.