Anda Bukan Berseorangan dalam Pekerjaan Tuhan
Semasa anda melakukan pelayanan imamat, anda akan melihat bahawa Tuhan menyertai anda dalam pekerjaan ini.
Saudara-saudara yang disayangi, kita bersyukur kerana Tuhan telah memanggil Elder Ronald A. Rasband, Elder Gary E. Stevenson, dan Elder Dale G. Renlund sebagai Rasul-Rasul Tuhan Yesus Kristus. Hati, doa, dan iman kita menyokong mereka.
Kita mengetahui keupayaan besar mereka. Tetapi mereka akan perlu ketenangan dalam panggilan mereka, seperti kita semua, bahawa Tuhan bersama mereka dalam pekerjaan-Nya. Seseorang diaken yang paling baru perlu keyakinan itu, sama dengan imam tinggi yang berpengalaman paling banyak yang menerima panggilan baru.
Keyakinan itu membesar semasa anda melihat bahawa Dia memanggil anda melalui para pelayan-Nya. Penggalakan saya adalah untuk menolong anda mengetahui bahawa bila anda melaksanakan bahagian anda, Tuhan menambah kuasa-Nya kepada usaha anda.
Mana-mana panggilan yang kita terima di kerajaan Tuhan memerlukan lebih daripada pertimbangan manusia dan kuasa kita sendiri. Panggilan-panggilan itu memerlukan bantuan dari Tuhan, yang akan datang. Bahkan diaken baru itu akan belajar bahawa itu benar, dan dia akan terus belajar hal itu di sepanjang hidup dia.
Salah satu cucu saya berada di sini petang ini di sesi imamat pertama dia. Dia ditahbiskan seorang diaken enam hari lalu. Dia mungkin berfikir bahawa pelaksanaan tugas imamat pertama dia adalah memberi sakramen hari Ahad minggu depan. Saya berdoa agar dia akan betul-betul mengalami kepentingan tugas itu.
Dia mungkin berfikir bahawa kerjanya untuk Tuhan adalah untuk memberi talam sakramen kepada orang yang menghadiri pertemuan sakramen. Tetapi tujuan Tuhan bukan saja untuk membiarkan orang mengambil roti dan air. Ia adalah untuk memberi mereka peluang untuk menepati perjanjian yang akan memajukan mereka di jalan ke kehidupan abadi. Dan untuk hal ini berlaku, Tuhan mesti memberi pengalaman rohani kepada orang itu yang kepadanya diaken memberi talam.
Saya telah melihat hal itu terjadi di rumah penjagaan bila seorang diaken memberi talam kepada seorang saudari yang berambut putih. Dia melihat roti seperti roti itu sangat berharga. Saya tidak pernah lupa senyuman dia ketika dia mengambil sakramen dan menyentuh kepala diaken itu, berkata dengan kuat, ”Oh, terima kasih!”
Diaken itu hanya melaksanakan tugas imamatnya saja. Tetapi Tuhan membesarkan tindakan diaken itu. Ternyata bahawa saudari itu mengingat Juruselamat bila dia menyatakan kesyukuran yang bersungguh-sungguh untuk pelayanan diaken. Bila diaken itu memberi sakramen kepadanya, saudari itu ditenangkan bahawa Roh akan bersama dia. Dia tidak berseorangan pada hari itu di rumah penjagaan. Diaken pun tidak berseorangan dalam pelayanannya yang sopan.
Seorang pengajar dalam Imamat Harun mungkin tidak rasa, bila dia pergi mengajar satu keluarga, bahawa dia merupakan rakan sekerja dengan Tuhan dalam pekerjaan-Nya. Saya masih ingat kesaksian sederhana seorang rakan pengajar keluarga yang masuk rumah kami. Roh mengesahkan kata-katanya kepada saya dan kepada keluarga saya. Dia mungkin tidak ingat hari itu, tetapi saya ingat.
Tuhan akan membesarkan usaha-usaha seorang remaja lagi bila di dipanggil menjadi imam. Contohnya, pembaptisan pertama yang dia melakukan mungkin untuk seseorang muda yang dia tidak kenal. Dia mungkin risau sama ada dia akan mengucapkan kata-kata yang betul dan melakukan tata cara dengan betul.
Tetapi Tuhan, yang dilayani oleh imam itu, akan membesarkan panggilannya. Orang yang dia membaptiskan telah memilih untuk maju di jalan ke kehidupan abadi. Tuhan akan melaksanakan bahagian-Nya yang lebih besar. Dia melakukannya untuk saya sewaktu budak yang saya membaptiskan, dengan air mata turun di mukanya, berkata kepada saya, ”Saya bersih. Saya bersih.”
Semasa anda melakukan pelayanan imamat, anda akan melihat bahawa Tuhan menyertai anda dalam pekerjaan ini. Saya belajar hal ini dari seorang presiden kuorum elder di persidangan pancang bertahun-tahun lalu. Di persidangan itu ada lebih daripada 40 nama lelaki yang disampaikan yang akan menerima Imamat Melkisedek.
Presiden pancang itu berbisik kepada saya, ”Para lelaki itu semua imam yang kurang-aktif.” Dengan rasa takjub, saya bertanya presiden itu apa rancangannya untuk membawa kembali lelaki-lelaki ini.
Dia menuding seorang lelaki yang muda di belakang bilik sakramen. Dia berkata, “Di sanalah dia. Kebanyakan orang laki-laki ini telah dibawa kembali kerana presiden kuorum elder itu.” Dia duduk di barisan belakang, memakai baju kasual, dengan kakinya diregangkan dan butnya yang lusuh tersilang.
Saya minta presiden pancang memperkenalkan dia kepada saya setelah pertemuan. Bila kami berjumpa, saya memberitahu dia bahawa saya terkejut kerana pencapaiannya dan bertanya bagaimana dia melakukannya. Dia mengangkat bahunya. Dia pasti berfikir dia tidak patut terima apa-apa penghargaan.
Lalu dia berkata dengan perlahan, “Saya kenal setiap orang laki-laki yang tidak aktif di bandar ini. Kebanyakan mereka ada lori. Saya pun ada lori. Saya cuci lori saya di tempat di mana mereka cuci lori mereka. Akhirnya, mereka menjadi kawan-kawan saya.
“Selepas itu saya tunggu sampai sesuatu yang susah terjadi dalam kehidupan mereka. Ini selalu terjadi. Mereka beritahu saya tentang kesusahan. Saya mendengar dan tidak mencari kesalahan. Selepas itu, bila mereka berkata, ’Ada sesuatu yang tidak betul dalam kehidupan saya. Mesti ada sesuatu yang lebih baik daripada keadaan ini,’ saya memberitahu mereka apa yang telah hilang dan di mana mereka dapa menemuinya. Kadang-kadang mereka percaya saya, dan bila mereka percaya, saya membawa mereka dengan saya.”
Anda dapat melihat mengapa dia sopan. Kerana dia tahu bahawa dia telah melaksanakan bahagiannya yang kecil dan Tuhan melaksanakan semua yang lain. Tuhanlah yang menyentuh hati orang-orang lelaki itu pada masa kesusahan mereka. Tuhanlah yang telah memberikan mereka perasaan bahawa mesti ada sesuatu keadaan yang lebih baik untuk mereka dan harapan agar mereka dapat menemuinya.
Pemuda itu, yang—seperti anda—menjadi pelayan Tuhan, percaya bahawa jika dia melaksanakan bahagiannya yang kecil, Tuhan akan menolong orang-orang itu untuk maju ke rumah dan ke kebahagiaan yang hanya Dia dapat memberikan mereka. Pemuda ini juga mengetahui bahawa Tuhan telah memanggil dia sebagai presiden kuorum elder kerana dia akan melakukan bahagian dia.
Di masa hadapan akan ada masa-masa dalam pelayanan anda bila anda tidak akan ada kejayaan yang terlihat dan yang menakjubkan seperti presiden kuorum elder itu. Pada masa-masa itu anda akan perlu yakin bahawa Tuhan, yang mengetahui bahawa anda akan melaksanakan bahagian anda, memanggil anda melalui para pelayan-Nya yang ada wewenang. Beriman kepada panggilan para pelayan Tuhan sangatlah penting dalam pelayanan misi moyang saya Henry Eyring.
Dia dibaptiskan pada 11 haribulan Mei, 1855, di St. Louis, Missouri. Erastus Snow mentahbiskan dia seorang imam tidak lama kemudian. Presiden Pancang St. Louis, iaitu John H. Hart, memanggil dia untuk melayani misi ke Bangsa Cherokee pada 6 haribulan Oktober.1 Dia ditahbiskan seorang elder pada 11 haribulan Oktober. Dia menunggang kuda dan pergi ke Misi Cherokee pada 24 haribulan Oktober. Dia berumur 20 tahun dan telah menjadi penganut selama tujuh bulan saja.
Jika sesiapa pemegang imamat mempunyai sebab merasa tidak cukup atau tidak sedia, ia Henry Eyring. Satu-satunya sebab dia dapat mempunyai keberanian untuk pergi adalah bahawa dia tahu dalam hatinya bahawa Tuhan telah memanggil dia melalui para pelayan-Nya yang ada wewenang. Itulah sumber keberaniannya. Itu patut menjadi sumber keberanian kita untuk bertahan, tidak kira apa panggilan kita dalam imamat.
Sesudah Elder Eyring melayani selama tiga tahun yang susah dan pada masa presiden misi meninggal dunia, Henry dipanggil dan disokong menjadi presiden misi di pertemuan yang diadakan pada 6 haribulan Oktober, 1858. Dia terkejut sama seperti seorang diaken baru. Dia menulis, “Bagi saya ini tidak terduga untuk dipanggil melayani dalam posisi yang bertanggungjawab itu tetapi kerana ini adalah kehendak para pemimpin saya menerimanya dengan gembira, sambil rasa kelemahan saya yang besar dan kekurangan pengalaman saya.”2
Presiden Eyring berjalan ke Bangsa Cherokee, Creek, dan Choctaw semasa tahun 1859. Melalui usaha-usaha dia, Tuhan “menambah,” Henry mencatat, “banyak ahli baru kepada gereja.” Dia mendirikan dua cabang tetapi berkata bahawa “hanya beberapa ahli saja rajin dalam mengembangkan dan menyokong Gereja.”3
Satu tahun kemudian, Henry dihadapi dengan keadaan yang susah kerana para pemimpin politik antara orang yang dia melayani tidak lagi membenarkan para mubaligh Orang Suci Zaman Akhir melakukan pekerjaan mereka. Semasa dia merenungkan apa yang dia patut melakukan, dia ingat arahan dari presiden misinya yang lalu yang memberitahu bahawa dia patut melanjutkan misinya sampai ke tahun 1859.4
Pada bulan Oktober tahun itu, Henry menulis surat kepada Presiden Brigham Young meminta arahan, tetapi dia tidak terima jawaban untuk soalannya. Henry mencatat, “Oleh kerana saya tidak menerima apa-apa dari Presidensi Gereja, saya berseru kepada Tuhan dalam doa, meminta agar Dia menunjukkan fikiran dan kehendak-Nya kepada saya mengenai pilihan saya untuk tinggal lebih lama atau berjalan ke Sion.”
Dia melanjutkan: “Mimpi berikut diberikan kepada saya sebagai jawapan untuk doa saya. Saya bermimpi bahawa saya telah tiba di [Salt Lake] City dan segera pergi ke pejabat [Presiden Brigham] Young, di mana saya berjumpa dia. Saya berkata kepadanya: ‘[Presiden] Young saya telah meninggalkan misi saya, dan telah datang secara sukarela, tetapi kalau ada apa-apa yang salah dengan pilihan ini, saya sanggup balik dan habis melayani misi saya.’ [Dalam mimpi nabi] menjawab: ‘Kamu telah tinggal cukup lama, semuanya baik-baik.’”
Henry menulis dalam jurnalnya, “Mempunyai mimpi-mimpi sebelumnya yang telah dipenuhi dengan tepat memberi saya iman untuk percaya, bahawa mimpi ini pun akan dipenuhi dan saya segera mula bersedia untuk berjalan.”
Dia tiba di Salt Lake City pada 29 haribulan Ogos, 1860, sudah berjalan kaki kebanyakan perjalanan. Dua hari kemudian, dia masuk pejabat Presiden Brigham Young.5
Henry menggambarkan pengalaman ini dengan kata-kata ini: “[Saya] memanggil [Presiden] Young, yang menerima [saya] dengan mesra. Saya berkata kepadanya, ‘[Presiden] Young saya telah datang tanpa suruhan, jika saya telah berbuat salah, saya sanggup balik dan habis melayani misi saya.’ [Brigham Young] menjawab: ‘Semuanya baik-baik, kami telah menunggu kamu.’”
Henry menggambarkan kegembiraannya, berkata, “Dengan itu mimpi saya dipenuhi dengan tepat.”6
Kegembiraannya datang dari pengesahan bahawa Tuhan telah bekerja bersama dia dan menjaga dia. Dia belajar sesuatu yang benar untuk semua kita—bahawa para pelayan Tuhan diilhami mengetahui kehendak Tuhan. Dan Henry Eyring mengesahkan apa yang saya tahu juga: bahawa nabi, yang menjadi presiden imamat, diilhami oleh Tuhan untuk melindungi dan menjaga para pelayan Tuhan dan untuk memanggil mereka.
Tidak kira apa panggilan anda dalam imamat, anda mungkin kadang-kadang berfikir bahawa Bapa Syurgawi tidak sedar akan anda. Anda dapat berdoa untuk mengetahui kehendak-Nya, dan dengan keinginan yang jujur untuk melakukan apa sahaja yang Dia meminta anda lakukan, anda akan menerima jawaban.
Bapa Syurgawi akan membiarkan anda merasa bahawa Dia mengenali anda, bahawa Dia menghargai pelayanan anda, dan bahawa anda sedang menjadi layak untuk sambutan Tuhan yang anda sangat ingin mendengar: “Baik sekali perbuatanmu, hai pelayanku yang baik dan setia; engkau telah setia memikul tanggungjawab dalam perkara yang kecil, Aku akan memberikan kepadamu tanggungjawab dalam perkara yang besar: masuklah dan turutlah dalam kebahagiaan tuanmu.”7
Saya berdoa agar setiap pemagang imamat akan menjangkau dengan beriman untuk membawa kembali setiap jiwa yang atasnya dia betanggungjawab. Tuhan akan menambah kuasa-Nya kepada usaha-usaha pelayan-Nya. Hati-hati orang akan diilhami untuk membuat pilihan-pilihan yang akan membawa dan memajukan mereka di jalan Injil yang menuju ke kegembiraan dan yang jauh dari kesengsaraan.
Saya berdoa juga agar setiap pemegang imamat akan rasa penjagaan yang penuh kasih Bapa Syurgawi, Juruselamat, dan nabi Tuhan dalam panggilannya dalam imamat.
Saya bersaksi bahawa kita termasuk dalam pelayanan Tuhan Yesus Kristus yang dibangkitkan. Saya bersaksi bahawa Dia telah memanggil anda dan saya ke dalam pelayanan-Nya sudah mengetahui keupayaan dan bantuan yang kita perlu. Dia akan memberkati usaha kita lebih daripada dugaan kita bila kita melakukan sedaya upaya dalam pelayanan-Nya. Saya bersaksi bahawa nabi Tuhan, yang menjadi presiden semua imamat di dunia, diilhami oleh Tuhan.
Saya bersyukur untuk teladan-teladan para pemegang imamat yang setia di seluruh dunia. Bapa Syurgawi dan Juruselamat bersyukur kerana anda melaksanakan bahagian anda. Mereka menjaga anda, dan Mereka mengasihi anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.