Bertahanlah Pada Jalanmu
Buatkan Tuhan keutamaanmu, tidak kira apapun cabaran yang dihadapi. Kasihi Tuhan. Beriman kepada Kristus, dan percayalah Dia dalam segala hal.
Pada Mac 11, 2011, saya berdiri di atas platform stesyen keretapi Shinagawa Tokyo untuk melawat Misi Kobe Jepun. Pada kira-kiranya pukul 2:46pm, satu gempa bumi yang magnitudnya 9.0 melanda. Saya tidak dapat berdiri kerana bumi bergegar dengan kuat dan saya memegang kukuh kepada susur tangga. Lampu-lampu di siling berdekatan mula jatuh ke lantai. Semua orang di Tokyo menjadi cemas.
Nasib baiknya, saya tidak cedera, dan 4 jam kemudian saya berasa lega untuk mendapat tahu bahawa keluarga saya selamat.
Video-video yang menakutkan ditayang di television. Satu telah tsunami melanda daerah misi Sendai—memusnahkan segala dalam kawasan tersebut: kereta, rumah, kilang, dan padang. Saya terpegun melihat imej-imej tragik itu. Dan saya berdoa agar perlindungan dan bantuan Bapa Syurgawi akan bersama semua orang yang tinggal di daerah yang saya amat sayangi ini.
Kemudian, kami mendapat berita bahawa semua mubaligh dan ahli-ahli Gereja selamat. Tetapi, ramai ahli terjejas, mereka kehilangan ahli keluarga, rumah, dan harta kemilikan mereka. Hampir 20,000 orang terbunuh, komuniti-komuniti termusnah, dan ramai terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat satu kemalangan di loji janakuasa nuklear.
Bencana seperti ini melanda banyak lagi tempat di seluruh dunia hari ini, mengakibatkan kehilangan nyawa yang ramai. Kita telah diberi amaran bahawa bencana, peperangan, dan banyak lagi kesusahan akan berlaku di dunia ini.
Apabila cubaan seperti ini berlaku ke atas diri, kita mungkin bertanya, “Mengapakah ini berlaku kepada saya?” atau “Mengapa saya harus menderita?”
Setelah sekian lama menjadi penganut, saya masih tidak mempunyai jawapan yang jelas bagi soalan “Mengapa saya diberikan cubaan?” Saya faham bahagian rancangan penyelamatan yang mengatakan bahawa kita akan diuji. Tetapi, dalam realiti, mengenai soalan ini, saya tidak yakin bahawa adanya satu jawapan yang cukup. Dan datanglah satu masa dalam kehidupan saya apabila saya menghadapi satu cubaan yang besar.
Semasa saya berusia 30 tahun, saya mengunjungi misi Nagoya untuk bekerja. Selepas pertemuan itu, presiden misi menyuruh para mubaligh untuk memandu saya ke lapangan terbang. Apabila kami tiba di satu persimpangan di kaki gunung, satu lori besar sedang menuju ke arah kami dengan cepat. Lori itu menghentam belakang kereta kami dan mencampakkan kami ke hadapan sejauh 70 kaki (20 m). Yang paling menakutkan ialah lori itu tiada pemandu. Belakang kereta kami telah dipadat ke setengah saiz asalnya. Nasib baik, kedua-dua Elder itu dan saya hidup.
Tetapi, pada hari berikutnya, saya mula mengalami kesakitan leher, bahu dan kepala. Sejak hari itu, saya tidak dapat tidur, dan saya dipaksa untuk mengalami kesakitan jasmani dan kesakitan mental setiap hari. Saya berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkan saya, tetapi kesakitan ini berterusan sepanjang 10 tahun.
Pada masa itu, saya mula berasa ragu, dan saya fikir, “Mengapa saya harus menderita kesakitan yang begitu hebat?” Tetapi, walaupun saya tidak terima penyembuhan yang saya carikan, saya berusaha untuk beriman dalam mematuhi perintah Tuhan. Saya berdoa berterusan untuk memperolehi jawapan berkenaan cubaan saya.
Kemudian datanglah satu masa saya menemui beberapa masalah peribadi tambahan, dan saya menjadi gelisah kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapi cubaan baru itu. Saya berdoa untuk mendapat jawapan. Tetapi saya tidak menerima jawapan dengan serta merta. Oleh itu saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang pemimpin Gereja yang dipercayai.
Semasa kami berbincang, dengan suara penuh kasih sayang, dia berkata, “Brother Aoyagi, bukankah tujuan kamu datang ke bumi adalah untuk melalui cubaan ini? Bukankah kita patut menerima semua cubaan kehidupan ini dan percaya kepadaa Tuhan? Tidakkah kamu fikir bahawa cubaan ini akan diatasi selepas kita dibangkitkan?”
Selepas saya mendengar kata-katanya, saya merasai Roh Tuhan dengan kuat. Saya telahpun mendengar ajaran ini banyak kali, tetapi saya tidak pernah diberkati pemahaman yang begitu mendalam sebelum ini. Saya faham inilah jawapan yang saya carikan dari Tuhan dalam doa-doa saya. Saya dapat faham dengan jelasnya rancangan Bapa Syurgawi dan memperolehi satu pemahaman baru tentang prinsip penting ini.
Dalam Abraham, Tuhan mengisytiharkan, “Dan kita akan menguji mereka dengan ini, untuk melihat apakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang akan Tuhan mereka perintahkan kepada mereka.”1
Prinsip itu adalah bahawa Tuhan yang menciptakan syurga dan bumi tahu rancangan hebat bumi ini, Dia berkuasa ke atas syurga dan bumi ini, dan untuk memenuhi rancangan penyelamatan, Dia berikan kita banyak pengalaman—termasuk cubaan—semasa kita berada di bumi ini.
Dan Tuhan berfirman berikut kepada Joseph Smith:
“Ketahuilah engkau, putera-Ku, bahawa segala hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akanlah demi kebaikanmu. …
“Oleh kerana ini, bertahanlah pada jalanmu …, kerana Tuhan akan besertamu selama-lamanya.”2
Cubaan di bumi ini—termasuk kesakitan dan kematian—adalah sebahagian daripada rancangan penyelamatan dan tidak dapat dielakkan. Ia diperlukan bagi kita untuk “bertahan pada jalan [kita]” dan menerima cubaan kita dengan beriman.
Tetapi, tujuan kehidupan kita bukan hanya untuk menahankan cubaan sahaja. Bapa Syurgawi menghantar Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus, sebagai Juruselamat dan Penebus kita supaya kita boleh mengatasi cubaan yang dihadapi di bumi ini; dalam kata lain, Dia menjadikan kelemahan kita kepada kekuatan,3 Dia menebuskan dosa-dosa dan ketidaksempurnaan kita, dan Dia membolehkan kita untuk memperolehi kebaqaan dan kehidupan abadi.
Presiden Henry B. Eyring berkata: “Cubaan yang Tuhan beri kepada kita bukan untuk menguji sama ada kita boleh menahan kesusahan. Ia adalah untuk menguji sama ada kita boleh bertahan dengan baik. Kita lulus dalam ujiannya dengan menunjukkan bahawa kita ingati Dia dan ingati perintah yang Dia telah berikan kepada kita.”4
“Bertahanlah pada jalanmu” ialah satu pilihan utama pada masa cubaan. Berpalinglah kepada Tuhan, terutamanya apabila kamu menghadapi cubaan. Patuhilah perintah-perintah Tuhan dengan rendah hati. Tunjukkanlah iman untuk mendamaikan kehendak diri dengan kehendak Tuhan.
Marilah kita timbangkan kemalangan yang berlaku di Nagoya. Saya mungkin mati dalam kemalangan itu. Mahupun demikian, melalui rahmat Tuhan, saya masih hidup. Dan saya tahu bahawa penderitaan sayaadalah untuk pengajaran dan perkembangan saya.5 Bapa Syurgawi mengajar saya untuk menjadi sabar, untuk mengembangkan empati, dan untuk menghiburkan mereka yang menderita. Apabila saya sedari ini, hati saya dipenuhi kesyukuran terhadap Bapa Syurgawi saya untuk cubaan itu.
Utamakanlah Tuhan, tidak kira apapun cubaan anda. Kasihi Tuhan. Beriman kepada Kristus, dan percayalah Dia dalam segala hal. Moroni telah membuat perjanjian berikut: “Jika kamu akan menjauhi dirimu daripada segala kejahatan, dan mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran, dan kekuatanmu, maka rahmat-Nya adalah mencukupi bagimu, agar dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus.”6
Saya bersaksi dengan tulus ikhlas bahawa Tuhan Bapa dan Putera terkasih-Nya, Yesus Kristus, hidup dan janjian Tuhan kepada mereka yang “bertahan pada jalan [mereka]” dan mengasihi Dia akan dimakbulkan mahupun di tengah-tengah cubaan. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.