2010–2019
Patuhi Perintah
Oktober 2015


14:24

Patuhi Perintah

Dia yang mencipta kita dan mengasihi kita secara sempurna tahu bagaimana kita harus menjalankan kehidupan kita untuk mendapatkan kegembiraan yang paling besar.

Saudara yang dikasihi, betapa baiknya dapat bersama kamu sekali lagi. Kita diilhamkan pada petang ini dengan perkataan telah kita dengari. Saya berdoa agar saya juga akan diilham dalam ucapan saya.

Pesanan saya pada malam ini adalah jelas. Ia adalah: patuhi perintah.

Perintah Tuhan tidak diberi untuk menghampakan kita atau menjadi halangan kepada kegembiraan kita. Apa yang bertentangan adalah benar. Dia yang mencipta kita dan mengasihi kita secara sempurna tahu bagaimana kita harus menjalankan hidup kita untuk mencapai kegembiraan yang paling besar. Dia telah menyediakan untuk kita garis panduan, jika kita mengikutinya, akan memastikan kita selamat melalui kehidupan fana yang selalunya berbahaya. Kita mengingati perkataan satu lagu rohani yang biasa didengari: “Patuhi perintah! Di dalamnya selamat; dan damai.”1

Bapa di Syurga mengasihi kita sehingga berkata: Jangan menipu; jangan mencuri; jangan berzina; Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri; dan sebagainya.2 Kita tahu semua perintah. Dia memahami bahawa apabila kita patuhi perintah, hidup kita akan menjadi lebih gembira, lebih penuh dan kurang rumit. Cabaran dan masalah kita akan menjadi lebih senang untuk dilalui, dan kita akan menerima berkat-Nya yang dijanjikan. Tetapi Dia memberikan kita undang-undang dan perintah, Dia juga memberikan kita untuk memilih sama ada untuk menerima atau menolaknya. Pilihan kita untuk perkara ini akan menentukan takdir abadi kita.

Saya yakin bahawa setiap orang mempunyai matlamat terakhir iaitu hidup kekal dalam kehadiran Bapa di Syurga dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Ia adalah penting untuk kita membuat pilihan ke seluruh hidup kita yang akan memimpin kita ke arah matlamat itu. Kita tahu, bahawa, si musuh bertekad untuk kegagalan kita. Dia dan kumpulannya tidak henti-henti untuk mengagalkan kehendak soleh kita. Mereka mewakili ancaman yang parah dan berterusan kepada kehidupan abadi kita kecuali kita juga tidak henti-henti dalam keazaman dan usaha untuk mencapai matlamat kita. Rasul Petrus memberi amaran kepada kita, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.”3

Walaupun tidak ada masa dalam hidup kita yang kita terkecuali daripada godaan, anda remaja putera adalah pada umur dimana anda lebih terdedah. Umur remaja adalah umur kegelisahan, perasaan yang anda tidak memenuhi potensi, atau mencari tempat dikalangan rakan-rakan anda, dan cuba untuk menyesuaikan diri. Anda mungkin akan digoda untuk merendahkan standard anda dan mengikut orang ramai supaya anda diterima oleh mereka yang anda mahu jadikan rakan. Tolong menjadi kuat, dan berwaspada kepada apa-apa yang boleh merompak anda daripada berkat abadi. Pilihan yang anda buat disini dan sekarang adalah penting selamanya.

Kita membaca dalam 1 Korintus: “Banyak bahasa di dunia ini.”4 Kita dikelilingi dengan suara yang meyakinkan, suara yang mempesona, suara yang handal, suara yang mengelirukan. Saya hendak tambahkan bahawa ini adalah suara yang kuat. Saya menasihati anda untuk merendahkan suara dan dipengaruhi oleh suara rendah, lembut yang akan memandu anda ke arah keselamatan. Ingat bahawa seorang dengan kuasa telah menumpangkan tangan diatas kepala anda selepas dibaptiskan, dan menetapkan anda sebagai ahli Gereja dengan berkata. “Terima Roh Kudus.”5 Buka hati anda, dan juga jiwa anda kepada suara istimewa itu yang bersaksikan kebenaran. Seperti yang dikatakan nabi Yesaya, “kamu akan mendengar suara-Nya di belakang … , berfirman, “Inilah jalannya, ikutlah jalan ini.”6 Semoga kita sentiasa selaras, dan dapat mendengar suara yang menyelesakan, suara membimbing yang akan memastikan kita selamat.

Tidak kisah kepada perintah akan membuka jalan untuk apa yang saya kirakan sebagai wabak zaman kita. Ia termasuk wabak kebebasan kepermisifan, wabak pornografi, wabak dadah, wabak tidak bermoral, wabak penguguran bayi, untuk menamakan sedikit. Ayat suci memberitahu kita bahawa si musuh adalah “pengasas segala hal ini.”7 Kita tahu bahawa dia adalah “bapa segala kedustaan, untuk menipu dan untuk membutakan manusia.”8

Saya merayu kepada anda untuk mengelakkan apa-apa yang boleh menghalangi anda daripada kegembiraan anda di dunia fana dan kehidupan abadi yang akan datang. Dengan helah dan penipuan dia, si mush akan membawa anda ke bawah cerun licin kemusnahan jika anda membenarkannya. Anda mungkin akan berada diatas cerun yang licin itu sebelum anda sedar bahawa tiada cara untuk berhenti. Kamu pernah mendengar pesan si musuh. Dia memanggil dengan licik: Hanya untuk kali ini tidak apa; semua orang pun melakukannya; jangan mengikut fesyen lama; masa sudah berubah; ia tidak akan menyakitkan sesiapa; hidup anda adalah untuk anda hidupi. Si musuh mengenali kita, dan dia tahu godaan yang akan menjadi susah untuk kita abaikan. Betapa pentingya kita mengamalkan pengawasan yang berterusan untuk menjauhi anda daripada serahan kepada penipuan dan godaan sebegitu.

Keberanian yang hebat diperlukan apabila kita tetap taat dan beriman disamping dikelilingi oleh tekanan yang meninggi, berpengaruh bahaya, memutarbelitkan kebenaran, meruntuhkan yang bagus dan baik, dan cuba menggantikan falsafah buatan manusia dunia. Jika perintah itu ditulis oleh manusia, untuk mengubahnya disebabkan kecenderungan atau perundangan atau apa jua sekalipun adalah prerogative manusia. Tetapi perintah diberi Tuhan. Dengan menggunakan hal pilihan kita, kita boleh menepikannya. Kita tidak boleh, walaubagaimanapun, menukar mereka, sama seperti kita tidak boleh menukar akibat daripada mengingkari dan memecahkan mereka.

Semoga kita sedar bahawa kegembiraan yang paling hebat dalam dunia ini datang apabila kita mengikut perintah Tuhan dan taat pada undang-undang-Nya! Saya amat suka perkataan yang ditemui dalam Yesaya bab 32, ayat 17 : “Negeri itu akan menjadi aman dan tenteram selama-lamanya kerana tiap-tiap orang melakukan apa yang benar” Keamanan sebegitu, dan jaminan hanya boleh datang melalui kesolehan.

Kita tidak boleh membenarkan diri kita sedikit kelonggaran dalam urusan dengan dosa. Kita tidak boleh membenarkan diri kita untuk percaya bahawa kita boleh mengambil “hanya sedikit” bahagian dalam melanggar perintah Tuhan, kerana dosa boleh mengambil kita dengan tangan yang kuat yang akan menjadikannya amat sakit untuk melepaskan diri. Ketagihan yang boleh datang disebabkan dadah, alkohol, pornografi, dan tidak bermoral adalah benar dan hampir mustahil untuk dipecahkan tanpa perjuangan yang besar dan banyak pertolongan.

Jika ada diantara kamu yang tersandung dalam perjalanannya, saya memberi jaminan kepada anda bahawa terdapat jalan pulang kembali. Proses ini dipanggil pertaubatan. Walaupun jalan ini susah, penyelamatan abadi anda bergantung diatasnya. Apa yang lebih layak daripada usaha anda? Saya merayu dengan anda untuk menentukan disini dan sekarang untuk mengambil langkah yang penting untuk bertaubat sepenuhnya. Lebih cepat anda lakukannya, lebih cepat anda boleh merasai kedamaian, keamanan dan jaminan yang disebutkan oleh Yesaya.

Beberapa masa yang lalu saya mendengar satu kesaksian daripada seorang wanita, yang dengan suaminya sesat daripada jalan keselamatan, melanggar perintah dan, dalam proses, hampir memusnahkan keluarga mereka. Apabila mereka dapat melihat melalui jerebu ketagihan yang tebal dan mengenali bagaimana tidak gembira hidup mereka telah menjadi, dan juga bagaimana mereka menyakitkan orang yang mereka sayangi, mereka mula berubah. Proses pertaubatan rasa perlahan dan pada beberapa masa, menyakitkan, tetapi dengan pertolongan pemimpin imamat, bersama pertolongan keluarga dan rakan setia, mereka membuat perjalanan pulang.

Saya berkongsi dengan anda sebahagian kesaksian saudari tersebut mengenai kuasa menyembuh pertaubatan: “Bagaimana seorang pergi daripada domba yang hilang dan dicengkami dosa, kepada keamanan dan kegembiraan yang saya rasa sekarang? Bagaimana ini berlaku? Jawapannya … adalah kerana Injil yang sempurna, seorang Putera yang sempurna dan pengorbanan-Nya untuk saya. … Dimana terdapat kegelapan, sekarang terdapat cahaya. Dimana terdapat putus asa dan kesakitan, terdapat kegembiraan dan harapan. Kita telah diberkati dengan tak terhingga dengan penukaran yang hanya boleh datang melalui pertaubatan disebabkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus.”

Juruselamat kita mati untuk menyediakan anda dan saya hadiah yang diberkati itu. Walaupun perjalanan itu amat susah, janjinya adalah benar. Kata Tuhan kepada mereka yang bertaubat:

“Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji.”9

“Aku akan melupakan kesalahan mereka.”10

Sepanjang hidup kita harus memupuk kesaksian yang kuat dengan mempelajari ayat suci dan berdoa dan memikirkan kebenaran Injil Yesus Kristus. Apabila ditanam dengan tegas, kesaksian kita tentang Injil, tentang Juruselamat, dan Bapa di Syurga akan mempengaruhi semua yang kita lakukan.

Saya bersaksi bahawa kita semua adalah anak-anak Bapa di Syurga yang dikasihi, dihantar ke dunia pada hari ini untuk satu tujuan, dan diberi imamat Tuhan supaya kita boleh melayan dan melakukan pekerjaan Tuhan sini di atas dunia. Kita telah diperintahkan untuk menjalankan kehidupan kita supaya kita kekal layak untuk mempunyai imamat.

Saudaraku, semoga kita patuhi perintah! Perkara yang indah dan mulia disediakan untuk kita jika kita mengikutinya. Semoga ini menjadi berkat kita. Saya berdoa dalam nama Yesus Kristus, Juruselamat dan Penebus kita, amin.