2010–2019
Agar Mereka Selalu Mengingati-Nya
Oktober 2015


10:46

Agar Mereka Selalu Mengingati-Nya

Saya suka mengkaji dan merenungkan kehidupan Dia yang sudah berikan segalanya kepada kita semua.

Saya suka lagu Sekolah Primer yang berkata:

Beritahu saya cerita Yesus yang saya suka dengar,

Hal yang saya akan tanya jika Dia di sini.

Pandangan sepanjang jalan, kisah dari laut,

Cerita Yesus, beritahu saya.1

Saya percaya bahawa tradisi mengucapkan cerita-cerita Yesus kepada anak-anak dan keluarga kita ialah satu cara istimewa untuk mematuhi hari Sabat dalam rumah kita.

Ini tentu akan datangkan satu roh ke dalam rumah kita dan berikan keluarga kita teladan-teladan dari Juruselamat.

Saya suka mengkaji dan merenungkan kehidupan Dia yang sudah berikan segalanya kepada kita semua.

Saya suka baca ayat-ayat suci tentang kehidupan-Nya yang tidak berdosa, dan selepas membaca ayat-ayat suci tentang perkara yang Dia alami, saya tutup mata dan cuba membayangkan saat-saat kudus itu yang mengajarkan saya dan memperkukuhkan saya secara rohani.

Saat-saat seperti:

  • Dia meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludah-Nya, menyapukan tanah itu pada mata seorang yang buta dan berkata kepadanya, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.” Dan orang itu mematuh dan “pergi membasuh muka dan ketika dia kembali, dia dapat melihat.”2

  • Apabila Dia sembuhkan seorang wanita yang menderita penyakitan pendarahan dengan menyentuh hujung jubah-Nya, percaya bahawa dengan berbuat demikian dia akan disembuhkan.3

  • Apabial Dia muncul kepada para pengikut-Nya, berjalan di atas air.4

  • Apabila Dia bersama para pengikut-Nya pergi ke Emaus dan membukakan kitab suci kepada pemahaman mereka.5

  • Apabila Dia pergi kepada orang di benua Amerika dan memberitahu mereka untuk datang kepada Dia dan letakkan tangan mereka ke sisi-Nya dan rasakan bekas paku pada tangan dan kaki-Nya, agar mereka boleh tahu bahawa Dia ialah “Tuhan Israel, dan Tuhan seluruh bumi, dan telah dibunuh demi dosa-dosa dunia.”6

Saya bergembira dalam pengetahuan bahawa ada ibu bapa yang memberitahu anak-anak mereka cerita tentang Kristus. Saya dapat nampak ini apabila saya memerhati kanak-kanak di Gereja, dalam program Sekolah Primer, dan masa lain.

Saya bersyukur kepada ibu bapa saya demi mengajar saya tentang Kristus, saya terus bersyukur kepada teladan Juruselamat yang menolong saya dan isteri saya semasa kami mengajar anak-anak kami.

Hati saya penuh dengan kebahagiaan apabila saya nampak anak-anak saya memberitahu cucu-cucu saya cerita tentang Yesus. Ini memperingatkan saya tentang salah satu ayat suci tergemar saya, yang boleh didapati dalam 3 Yohanes, bab 1, ayat 4, yang berkata, “Tidak ada yang lebih menggembirakan aku daripada mendengar bahawa anak-anakku hidup menurut ajaran Tuhan.” Dan begitu juga dengan cucu-cucu kita.

Saya bersyukur kepada para pemimpin kita yang tidak berhenti mengajar kita tentang Kristus, tentang mematuhi hari Sabat, dan tentang mengambil sakramen setiap hari Ahad untuk menghormati Juruselamat.

Hari Sabat dan sakramen menjadi lebih seronok apabila kita mengkaji cerita-cerita tentang Kristus. Dengan membuat demikian, kita ciptakan tradisi yang membina iman dan kesaksian kita serta juga melindungi keluarga kita.

Beberapa minggu dahulu, semasa mengkaji pesanan Presiden Russell M. Nelson dari persidangan umum lepas, dan semasa merenung pada hari Sabat, saya dapat rasa satu kesyukuran terhadap berkat dan peluang untuk mengambil sakramen. Bagi saya, sakramen ialah satu masa yang takzim, yang kudus, dan yang rohani. Saya benar-benarnya menikmati pertemuan sakramen.

Semasa saya merenung, saya mengkajikan berkat-berkat ke atas roti dan ke atas air dengan teliti. Saya membaca dan merenung tentang doa-doa itu dan tentang tatacara sakramen. Saya mula membayangkan dalam minda dan hati saya kejadian-kejadian yang berkenaan dengan sakramen.

Saya bayangkan hari itu, hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, apabila Yesus menjawab soalan para pengikut-Nya tentang di mana harus mereka bersedia untuk Jamuan Paska, Dia kata, “Pergilah berjumpa dengan seorang di bandar. Katakan kepadanya, ‘Guru berkata, saat-Nya sudah hampir tiba; Dia hendak merayakan Paska di rumahmu bersama dengan pengikut-pengikut-Nya.’”7

Saya cuba gambarkan dalam minda saya, para rasul membeli makanan dan menyediakan meja untuk makan bersama Dia pada hari istimewa itu; satu meja untuk 13 orang, Dia dan dua belas orang rasul-Nya, yang Dia kasihi.

Saya menangis semasa saya menggambarkan Kristus makan bersama mereka, dan Dia umum, “Ketahuilah, seorang daripada kamu akan mengkhianati Aku.”8

Saya fikir tentang para rasul yang sedih menanya Dia, “Tentu bukan aku yang Tuhan maksudkan?”9

Apabila Yudas tanya Dia soalan yang sama, Dia balas dengan tenang, “Demikianlah katamu!”10

Saya boleh gambarkan tangan yang sudah menyembuh, menyenang, meningkat, dan memberkat, memecah roti semasa Yesus berkata, “Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuh-Ku.”11

Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain dan mengucap syukur lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, “Minumlah, kamu semua. Inilah darah-Ku yang mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Tuhan dengan umat-Nya; darah-Ku yang dicurahkan bagi banyak orang supaya dosa mereka diampunkan.”12

Dalam minda saya, saya fikir tentang setiap pengikut, satu demi satu, dan nampak dalam mata mereka kerisauan terhadap Guru yang mereka kasihi. Saya fikir saya duduk bersama mereka. Saya rasa sakit hati, penuh dengan kedukaan dan kesedihan terhadap perkara yang akan Dia hadapi untuk saya.

Jiwa saya penuh dengan satu hasrat untuk menjadi seorang yang lebih baik. Melalui pertaubatan dan kedukaan, saya harap untuk menghentikan dan mengelakkan tumpahan darah-Nya di Getsemani, mahupun beberapa titik sahaja.

Saya kemudian merenung tentang sakramen yang kita ambil sertiap minggu untuk mengingati-Nya. Apabila buat demikian, saya merenung tentang setiap perkataan dalam berkat roti dan berkat air. Saya renungkan kata-kata ini : “selalu mengingat-Nya” dalam berkat roti, dan “mereka selalu mengingat-Nya” dalam berkat air.13

Saya merenung tentang maksud selalu mengingat-Nya.

Bagi saya, ia bererti:

  • Untuk mengingati kehidupan prafana-Nya, apabila planet yang indah ini dicipta oleh Dia.14

  • Untuk mengingati kelahiran-Nya yang rendah hati dalam palung, di Bethlehem, Yudea.15

  • Untuk mengingati apabila hanya berusia 12 tahun, Dia mengajar dan berkhutbah kepada para guru agama di bait suci.16

  • Untuk mengingati apabila Dia pergi ke gurun bersendirian, bersedia untuk pelayanan fana-Nya.17

  • Untuk mengingati apabila Dia berubah rupa di hadapan para pengikut-Nya.18

  • Untuk mengingati apabila Dia memperkenalkan sakramen, dalam Perjamuan Tuhan bersama mereka.19

  • Untuk mengingati apabila Dia pergi ke Taman Getsemani dan menderita begitu hebat untuk dosa, kesakitan, kekecewaan, dan penyakitan kita sehingga Dia menumpahkan darah dari setiap liang roma.20

  • Untuk mengingati apabila, selepas penderitaan dan kesakitan yang hebat, mahupun di Getsemani, Dia dibelot, dengan satu ciuman dari salah seorang pengikut-Nya yang Dia anggap rakan.21

  • Untuk mengingati apabila Dia dibawa ke hadapan Pilatus dan Herodes untuk dibicarakan.22

  • Untuk mengingati apabila Dia dipermainkan, diludahi, dipukul oleh cemeti yang melukakan daging-Nya.23

  • Untuk mengingati apabila satu mahkota ranting-ranting berduri diletakkan pada kepala-Nya.24

  • Untuk mengingati bahawa Dia memikul salib-Nya ke Golgota dan Dia dipaku ke salib, menderita segala kesakitan jasmani dan kesakitan rohani.25

  • Untuk mengingati apabila berada di salib, dengan sanubari-Nya penuh kasih amal, Dia memandang mereka yang menyalibkan Dia dan mengangkat mata terhadap syurga, berseru, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.”26

  • Untuk mengingati apabila Dia tahu Dia sudah laksanakan misi-Nya untuk menyelamat semua manusia, Dia serahkan roh-Nya dalam tangan Bapa-Nya, Bapa kita.27

  • Untuk mengingati Kebangkitan-Nya, yang memastikan kebangkitan kita dan kemungkinan untuk hidup bersama Dia buat kekekalan, bergantung pada pilihan kita.28

Lebih lagi, merenungkan doa sakramen dan perkataan-perkataan doa yang bererti itu memperingatkan saya betapa indah untuk menerima janjiannya, semasa sakramen diberkat, bahawa jika kita selalu mengingat-Nya, kita akan selalu mempunyai Roh-Nya bersama kita.29

Saya percaya Tuhan tentukan waktu Dia memberi wahyu kepada kita. Saya faham tentang hal ini semasa saya membaca Pengkhutbah 3:1, 6, yang berkata:

“Segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Tuhan: …

“Waktu untuk mendapat dan waktu untuk kehilangan, waktu untuk menyimpan dan waktu untuk membuang.”

Sakramen juga satu masa bagi Bapa Syurgawi untuk mengajar kita tentang Penebusan Putera terkasih-Nya—Juruselamat kita Yesus Kristus—dan bagi kita untuk menerima wahyu tentang ia. Ia juga satu masa untuk “ketuklah pintu, maka Tuhan akan membukanya bagi kamu,”30 untuk memohon dan untuk menerima ilmu ini. Ia satu masa bagi kita untuk memohon Tuhan demi ilmu ini. Dan jika kita buat demikian, saya pasti kita akan menerima ilmu ini, yang akan banyak memberkat kehidupan kita.

Saya suka hari Sabat, sakramen, dan maksud semua itu. Saya kasihi Juruselamat dengan segala jiwaku. Dalam nama Yesus Kristus, amin.