Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus
Kerana Korban Tebusan-Nya, Juruselamat mempunyai kuasa untuk menyokong—membantu—setiap kesakitan dan penderitaan fana.
Dalam kefanaan kita ada kepastian akan kematian dan beban dosa. Korban Tebusan Yesus Kristus mengimbangi kedua kepastian kehidupan fana ini. Tetapi selain kematian dan dosa, kita ada banyak cabaran lain semasa kita bersusah payah sepanjang kefanaan. Kerana Korban Tebusan yang sama, Juruselamat dapat memberikan kita kekuatan untuk mengatasi cabaran fana ini. Itu tajuk saya hari ini.
I.
Kebanyakan laporan tulisan suci mengenai Korban Tebusan tentang Juruselamat memutus ikatan kematian dan menderita untuk dosa kita. Dalam khutbah yang tercatat dalam Kitab Mormon, Alma mengajar asas-asas ini. Tetapi dia juga menyediakan jaminan tusan suci yang paling jelas bahawa Juruselamat juga mengalami kepedihan dan kesakitan dan kesengsaraan umat-Nya.
Alma menghuraikan bahagian Korban Penebusan Juruselamat ini: “Dan Dia akan pergi, menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; dan ini agar firman boleh digenapi yang mengatakan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya” (Alma 7:11; lihat juga 2 Nefi 9:21).
Renungkanlah itu! Dalam Korban Tebusan Juruselamat, Dia menderita “kepedihan dan penderitaan dan godaan setiap jenis.” Seperti Presiden Boyd K. Packer menjelaskan: “Dia tidak ada hutang untuk bayar. Dia tidak pernah melakukan salah. Namun begitu, suatu pengumpulan kesemua perasaan salah, kepiluan dan kesedihan, kepedihan dan rasa hina, kesemua seksaan akal, emosi, dan jasmani yang ada di antara manusia—Dia mengalami semuanya.”1
Kenapa Dia menderita cabaran fana ini “dari setiap jenis” Alma jelaskan, “Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka” (Alma 7:12).
Misalnya, Rasul Paulus mengisytiharkan bahawa kerana Juruselamat “telah menderita godaan, Dia dapat menyokong orang yang tergoda” (Ibrani 2:18). Demikian juga, Presiden James E. Faust mengajar, “Semenjak Juruselamat telah menderita apapun dan kesemua ynag dapat kami pernah rasa atau alami, dia dapat membantu yang lemah menjadi lebih kuat.”2
Juruselamat kita mengalami dan menderita kepenuhan semua cabaran fana “menurut keadaan daging” supaya dia akan tahu “menurut keadaan daging” bagaimana “menyokong [yang bermaksud memberi kelegaan atau bantuan] kepada umatnya menurut kesengsaraan mereka.” Oleh kerana ini, dia mengetahui kesusahan kita, kesakitan hati kita, godaan kita, dan penderitaan kita, kerana Dia dengan sanggup mengalami kesemuanya sebagai bahagian yang perlu dari Korban Tebusan Dia. Dan kerana ini, Korban Tebusan Dia memberikan kuasa kepada Dia untuk menyokong kita—untuk memberi kita kekuatan untuk menanggung semuanya.
II.
Sedangkan pengajaran Alma dalam bab tujuh adalah paling jelas dari semua tulisan suci tentang kuasa Korban Tebusan yang perlu, ia juga diajar di seluruh tulisan suci.
Pada awal pelayanan-Nya, Yesus menjelaskan bahawa dia diutus “untuk menyembuh yang patah hati” (Lukas 4:18). Alkitab sering beritahu kita tentang Dia menyembuhkan orang “dari kesengsaraan” (Lukas 5:15; 7:21). Kitab Mormon mencatat Dia menyembuhkan orang yang “menderita dalam apa cara sekalipun” (3 Nefi 17:9). Injil Matius menjelaskan bahawa Yesus menyembuhkan orang “supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi Yesaya: Dialah yang memikul kelemahan kita dan menanggung penyakit kita”(Matius 8:17).
Yesaya mengajar bahawa Mesias akan menanggung “penyakit” dan “kesengsaraan” kita (Yesaya 53:4). Yesaya juga mengajar tentang Dia memberi kekuatan kepada kita: janganlah takut, sebab Aku menyertai anda, janganlah bimbang, sebab Aku ini Tuhanmu; Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau” (Yesaya 41:10).
Maka kita nyanyi:
Jangan kecil hati, janganlah kau takut,
Aku Tuhanmu tetap ‘kan membantu.
Menegakkan engkau sehingga kuat, …
Ditopang tangan-Ku yang maha hebat.3
Berbicara tentang beberapa cabaran fana, Rasul Paulus menulis, “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku” (Filipi 4:13).
Maka kita lihat bahawa kerana Korban Tebusan Dia, Juruselamat mempunyai kuasa untuk menyokong—membantu—setiap kesakitan dan kesengsaraan. Kadang-kadang kuasa-Nya menyembuhkan kesakitan, tetapi tulisan suci dan pengalaman mengacar bahawa kadang-kadang Dia menyokong atau membantu kita dengan memberi kita kekuatan atau kesabaran untuk bertahan kesengsaraan kita.4
III.
Apakah kepedihan fana dan kesengsaraan dan kesengsaraan yang Juruselamat mengalami dan menderita?
Kita semua ada kesakitan dan kesengsaraan dan kesengsaraan pada satu masa atau lain.Selain yang kita alami kerana dosa kita, kefanaan penuh dengan kesusahan yang kerap, patah hati, dan penderitaan.
Kita dan orang yang kita saying mengalami kesakitan. Pada suatu masa, setiap satu kita just mengalami kepedihan dari kecederaan dasyat atau dari kesusahan jasmani atau akal. Kita semua menderita dan berdukacita dengan ketinggalan dunia seorang yang disayangi. Kita semua mengalami kegagalan dalam tanggung jawab kita, hubungan keluarga kita, atau kerja kita.
Apabila seorang suami atau isteri agau anak menolak apa yang kita tahu adalah benar dan menyimpang dari jalan kebenaran, kita mengalami suatu jenis kepedihan yang sangat menekankan, sama seperti ayah kepada anak lelaki pemboros dalam perumpamaan Yesus yang tidak dapat dilupakan (Lihat Lukas 15:11–32).
Seperti si Pemazmur mengisytiharkan, “Kemalangan orang benar banyak, tetapi Tuhan melepaskan dia dari semuanya itu” (Mazmur 34:19).
Maka, lagu rohani kita mengandungi jaminan benar ini: “Dunia tidak ada kesedihan yang syurga tidak dapat sembuhkan.”5 Yang menyembuhkan kita ialah Juruselamat dan Korban Tebusan-Nya.
Khususnya memilukan untuk orang remaja adalah perasaan penolakan apabila rakan-rakan kelihatan terlibat dalam hubungan gembira dan kegiatan dan dengan sengaja tinggalkan mereia keluar. Diskriminasi ras atau etnik menghasilkan penolakan lain yang menyakitkan, untuk remaja dan dewasa. Hidup ada banyak cabaran lain, seperti pengangguran atau pembalikkan lain dalam rancangan kita.
Saya masih berbicara tentang kesengsaraan yang tidak disebabkan oleh dosa kita. Ada orang yang dilahir dengan ketakdayaan secara jasmani atau mental yang menyebabkan penderitaan untuk diri sendiri mereka dan cabaran untuk orang yang menyayangi dan memelihara mereka. Bagi orang ramai, kesengsaraan kemurungan adalah menyakitkan atau melumpuhkan secara tetap. Suatu penderitaan yang lain yang memedihkan ialah keadaan bujang. Orang yang menderita keadaan ini harus ingat bahawa Juruselamat mengalami jenis kepedihan ini juga dan bahawa, melalui Korban Tebusan-Nya Dia memberi kekuatan untuk memikulnya.
Beberapa saja ketakdayaan lebih melumpuhkan dalam hidup fana atau rohani kita daripada ketagihan. Beberapa ini, seperti ketagihan kepada pornografi atau dadah, besar kemungkinan disebabkan oleh kelakuan berdosa. Bahkan bila ia telah ditaubatkan, ketagihan mungkin bertahan. Genggaman itu yang dapat menghilangkan upaya dapat juga dilegakan oleh kekuatan dari Juruselamat yang muktamad. Sama juga untuk cabaran teruk dialami oleh orang yang telah pergi ke penjara kerana telah melakukan jenayah. Sepucuk surat bersaksi tentang kekuatan yang dapat datan bahkan kepada seorang dalam pengalaman itu: “Saya tahu bahawa Juruselamat berjalan di ruang ini, dan saya telah dengan kerap merasa kasih Kristus dalam dinding penjara ini.”6
Saya menyayangi kesaksian pensyair Emma Lou Thayne. Dalam kata-kata yang kita sekarang nyanyi sebagai nyanyian kudus, dia menulis:
Di mana kiranya
Damai sejahtera?
Bila telah hilang pengharapan,
Bila hati patah, marah dan dengki
Bila menyendiri
‘Ku mencari?
Bila sakit hati.
Bila merana
Kemanakah aku dapat lari?
Dimanakah tangan yang menyejukkan?
Yang memahamiku
Dia yang Satu. 7
IV.
Siapa dapat disokong dan diberi kekuatan menurusi Korban Tebusan Yesus Kristus? Alma mengajar bahawa Juruselama akan mengambil ke atas-Nya “kesakitan dan penyakit umat-Nya ” dan “menyokong umat-Nya ” (Alma 7:11, 12; tekanan ditambah). Siapakan “umat-Nya” dalam janji ini? Kepada semua manusia fana—yang gembira dengan kepastian kebangkitan melalui Korban Tebusan ?Atau adakah ia hanya untuk beberapa pelayan-Nya saja yang layak melalui tatacara-tatacara dan perjanjian suci.
Perkataan umat ada banyak maknya dalam tulisan suci. Maknaya yang paling sesuai untuk pengajaran bahawa Juruselamat akan menyokong “umat-Nya” adalah makna Alma gunakan bila dia nanti mengajar bahawa “Tuhan mengambil berat terhadap setiap bangsa, di negeri mana pun mereka mungkin berada” (Alma 26:37). Itu juga apa yang dimaksud malaikat bila mereka mengisytiharkan kelahiran Kristus: “Kesukaan besar untuk seluruh bangsa” (Lukas 2:10).
Kerana pengalaman penebusan-Nya dalam kefanaan, Juruselamat kita dapat menghibur, menyembuh, dan memberi kekuatan kepada semua lelaki dan wanti di mana-mana pun, tetapi saya percaya Dia akan melakukan begitu hanya untuk orang yang mencari Dia dan minta pertolongan Dia. Rasul Yakobus mengajar: “Rendahkanlah dirimu di hadapan Tuhan, dan Ia akan meninggikan kamu” (Yakobus 4:10). Kita layak untuk berkat itu bila kita percaya dalam Dia dan berdoa minta pertolongan-Nya.
Ada jutaan orang yang takut akan Tuhan yang berdoa kepada Tuhan untuk diangkat keluar dari penderitaan mereka. Juruselamat kita telah dedahkan bahawa Dia “turun di bawah segala hal” (A&P 88:6). Seperti Elder Neal A. Maxwell mengajar, “Dengan turun di bawah segala hal, dia mengerti, secara sempurna dan peribadi, julat penderitaan manusia.”8 Kita mungkin sebut bahawa, dengan turun di bawah kesemuanya, Dia ada kedudukan sempurna untuk mengangkat kita dan memberi kita kekuatan yang perlu untuk menahan kesengsaraan kita. Kita hanya perlu minta.
Banyak kali dalam wahyu moden Tuhan menyatakan, “Oleh kerana itu, jika kamu akan meminta dari-Ku kamu akan menerima; jika kamu akan mengetuk akan dibukakan bagimu” (misalnya, A&P 6:5; 11:5; lihat juga Matius 7:7). Sememangnya, kerana kasih-Nya yang tidak terhad, Bapa kita di Syurga dan Putera-Nya yang tersayang, Yesus Kristus, mendengar dan dengan sesuai menjawab doa semua yang mencari Mereka dalam iman. Seperti Rasul Paulus menulis, “Kita menaruh harapan kita kepada Tuhan yang hidup, Juruselamat semua manusia, terutama mereka yang percaya” (1 Timotius 4:10).
Saya tahu bahawa hal-hal ini benar. Korban Tebusan Juruselamat melakukan lebih daripada menjamin kita kebaqaan menurusi kebangkitan yang meliputi semua and memberi kesempatan bagi kami untuk dibersihkan dari dosa melalui pertaubatan dan pembaptisan. Korban Tebusan-Nya juga memberi kita kesempatan untuk memanggil kepada Dia yang telah mengalami kesemua kesengsaraan fana untuk menyembuhkan kita dan memberi kita kekuatan untuk memikul beban kefanaan. Dia mengetahui seksaan jiwa kita, dan Dia ada untuk kita. Seperti orang Samaria yang baik, apabila Dia mencari kita terluka di tepi jalan, Dia akan membalut luka-luka kita dan memelihara kita Lukas 10:34). Penyembuhan dan kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus yang memberi kekuatan tersedia untuk semua yang minta. Saya bersaksi akan ini sama seperti saya bersaksi tentang Juruselamat, yang menjadikan semuanya mungkin.
Satu hari, semua beban kefanaan ini akan berlalu dan tidak akan ada kesakitan lagi (lihat Wahyu 21:4). Saya berdoa bahawa kita semua akan memahami harapan dan kekuatan Korban Tebusan Juruselamat kita: jaminan kebaqaan, kesempatan untuk kehidupan abadi, dan kekuatan yang tabah yang kita dapat terima jika saja kita minta, dalam nama Yesus Kristus, amin.