2010–2019
Langkah Anda Yang Seterusnya
Oktober 2015


9:51

Langkah Anda Yang Seterusnya

Bapa Syurgawi terkasih anda dan Putera-Nya, Yesus Kristus, menjemput anda untuk mengambil langkah anda yang seterusnya terhadap Mereka. Jangan tunggu. Ambilnya sekarang.

Hati saya tenggelam dalam pertemuan baru-baru ini dengan Orang Suci Zaman Akhir yang baik. Soalan yang ditanya, “Siapa yang mengingini untuk hidup dengan Bapa Syurgawi lagi?” Setiap orang mengangkat tangan. Soalan seterusnya adalah “Siapa mempunyai keyakinan bahawa kamu akan berjaya?” Sedih dan menghairankan, kebanyakan tangan diturunkan.

Apabila kita melihat satu jurang di antara siapa kita sekarang dan siapa yang kita ingin menjadi, banyak orang ingin memilih untuk meninggalkan iman dan harapan.1

Kerana “tiada apa pun yang tidak bersih dapat hidup dengan Tuhan,”2 untuk hidup dengan-Nya sekali lagi kita perlu dibersihkan dari dosa3 dan disucikan.4 Jika kita perlu melakukan ini berseorangan tiada seorang dari kita yang akan berjaya. Tetapi kita tidak berseorangan. Hakikatnya, kita tidak pernah berseorangan.

Kita mempunyai bantuan syurga kerana Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya.5 Juruselamat berkata, “Jika kamu akan mempunyai iman kepada-Ku kamu akan memiliki kuasa untuk melakukan apa pun yang adalah sesuai bagi-Ku.”6 Apabila kita beriman, iman akan meningkat.

Mari kita mempertimbangkan bersama tiga prinsip-prinsip yang akan membantu kita dalam perjalanan untuk kembali ke Bapa Syurgawi kita.

Menjadi seperti Anak Kecil

Cucu bongsu kami menggambarkan prinsip pertama. Selepas belajar untuk merangkak dan kemudian berdiri, dia bersedia untuk mencuba berjalan. Pada percubaan-percubaan pertamanya, dia jatuh, menangis, dan memberi pandangan yang berkata, “Saya tidak akan mencuba itu lagi. Saya hanya akan tetap merangkak.”

Apabila dia tersandung dan jatuh, ibu bapa tersayangnya tidak berasa bahawa dia tidak ada harapan atau tidak akan berjalan lagi. Sebaliknya, mereka menghulurkan tangan mereka dan memanggilnya, dan dengan pandangan pada ibu bapanya, dia mencuba sekali lagi untuk bergerak terhadap pelukkan mereka.

Ibu bapa tersayang sentiasa bersedia dengan tangan terbuka untuk mengalukan walaupun langkah kita yang paling kecil dalam arah yang betul. Mereka tahu bahawa kerelaan kita untuk mencuba dan mencuba sekali lagi akan membawa kepada kemajuan dan kejayaan.

Juruselamat mengajar bahawa untuk mewarisi kerajaan Tuhan, kita mesti menjadi seperti anak kecil.7 Oleh itu, bercakap secara rohani, prinsip pertama adalah kita perlu membuat apa yang kita telah buat semasa seorang anak kecil.8

Dengan kerendahan hati seperti anak kecil dan kerelaan untuk menumpu kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, kita mengambil langkah terhadap Mereka, dengan harapan, walaupun jika kita jatuh. Bapa Syurgawi terkasih bergembira dengan setiap langkah yang penuh iman, dan jika kita jatuh, Dia bergembira dalam setiap usaha untuk berdiri semula dan mencuba sekali lagi.

Bertindak dengan Iman

Prinsip yang kedua digambarkan oleh dua Orang Suci yang beriman, masing-masing mempunyai keinginan yang mendalam untuk mencari seorang teman abadi. Kedua-dua mengambil langkah dengan iman dan dalam doa.

Yuri, seorang Orang Suci Zaman Akhir dari Rusia, membuat pengorbanan dan berjimat untuk mengambil perjalanan yang panjang ke bait suci. Di kereta api, dia nampak seorang wanita yang cantik dengan wajah yang cerah dan dia berasa untuk berkongsi Injil dengannya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia mula membaca dari Kitab Mormonnya, dengan harapan wanita itu akan melihatnya.

Yuri tidak sedar bahawa wanita itu, Mariya, adalah seorang Orang Suci Zaman Akhir. Tidak tahu bahawa Yuri juga adalah seorang ahli, dan mengikuti dorongan untuk berkongsi Injil dengannya, Mariya juga mula membaca Kitab Mormonnya, dengan harapan Yuri akan bertanya.

Apabila mereka memandang satu sama lain, Yuri dan Mariya terkejut melihat Kitab Mormon di tangan masing-masing—dan ya, selepas jatuh cinta, mereka dimeteraikan dalam bait suci. Hari ini, Yuri dan Mariya Kutepov dari Voronezh, Rusia, sebagai teman abadi, menyumbang dengan banyak kepada perkembangan Gereja di Rusia.

Penekanannya di sini bukan sahaja pada kerelaan pasangan ini untuk bertindak dalam iman. Ia juga tentang prinsip kedua—Tuhan memadankan dengan kelebihan dalam kerelaan kita untuk bertindak dalam iman. Kerelaan kita untuk mengambil satu langkah tidak saja ditemui—ia dilebihi—melalui berkat-berkat yang dijanji oleh Tuhan.

Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita berhasrat benar untuk memberkati kita. Lagipun, Mereka hanya meminta persepuluhan kepada apa yang Mereka berkati kita dan kemudian berjanji bahawa tingkap-tingkap syurga akan membuka!9

Bila-bila masa kita dengan rela bertindak dengan iman dalam Yesus Kristus dan mengambil satu lagi langkah, terutamanya satu langkah tidak selesa yang memerlukan perubahan atau pertaubatan, kita diberkati dengan kekuatan.10

Saya bersaksi bahawa Tuhan akan membimbing kita kepada—dan di sepanjang —langkah kita yang seterusnya. Dia akan memadankan usaha kita dengan kuasa-Nya dengan kelebihan jika kita rela mencuba, bertaubat, dan bergerak ke hadapan dengan iman pada Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

Kurnia rohani bukan sahaja dijanjikan kepada mereka yang mengasihi Tuhan dan menaati segala perintah-Nya tetapi juga, dengan kesyukuran, kepada kita yang “[berupaya] untuk melakukan demikian.”11 Kekuatan diberikan kepada mereka yang selalu mencari dan mencuba.

Dua panduan penting mingguan yang menandakan perjalanan kita kembali kepada Bapa Syurgawi kita adalah perjanjian abadi tatacara Injil sakramen dan pemeliharaan hari Sabat kita. Presiden Russell M. Nelson mengajar kita dalam persidangan umum yang lalu bahawa hari Sabat adalah kurnia Tuhan kepada kita. Pemeliharaan hari Sabat mingguan setia kita adalah tanda kasih sayang kita kepada Tuhan.12

Setiap hari Sabat kita bersaksi bahawa kita “bersedia untuk mengambil [ke atas diri kita nama-Nya], dan sentiasa mengingati-Nya, dan menaati perintah-perintah-Nya.”13 Sebagai balasan untuk hati yang bertaubat kita dan komitmen kita, Tuhan memperbaharui pengampunan dosa yang dijanjikan dan membolehkan kita untuk “agar boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].”14 Pengaruh Roh Kudus membantu kita menjadi lebih baik, menguatkan, mengajar, dan membimbing kita.

Jika, dalam mengingati-Nya setiap hari Sabat, kita berpaling hati kita kepada Juruselamat melalui kedua-dua panduan penting ini, sekali lagi usaha kita akan dipadankan oleh Tuhan dengan kelebihan melalui berkat yang dijanjikan-Nya. Kita dijanjikan bahawa, dengan setia memelihara hari Sabat, kegenapan bumi adalah milik kita.15

Perjalanan untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita membawa kepada rumah Tuhan, di mana kita diberkati untuk menerima tatacara Injil penyelamatan untuk diri kita sendiri dan orang tersayang yang sudah meninggal. Presiden Boyd K. Packer mengajar bahawa tatacara Injil dan perjanjian menjadi kelayakan kita untuk penerimaan ke dalam hadirat Tuhan.16 Saya berdoa bahawa setiap seorang daripada kita akan sentiasa layak untuk menggunakan sijil rekomen bait suci untuk melayan dengan kerap.

Mengatasi Manusia Alamiah

Prinsip yang ketiga adalah ini: kita mesti menentang manusia alamiah yang mahu berlengah-lengah atau berputus asa.17

Pada masa kita maju di dalam jalan perjanjian, kita akan membuat kesilapan, beberapa kali. Sesetengah dari kita bergelut dengan tingkah laku atau ketagihan yang kita rasa tidak berkuasa untuk mengatasi. Tetapi iman dalam Bapa Syurgawi dan dalam Yesus Kristus adalah prinsip tindakan dan kuasa.18 Jika kita rela untuk bertindak, kita akan diberkati dengan kekuatan untuk bertaubat dan dengan kekuatan untuk berubah.

Kita hanya gagal jika kita gagal mengambil satu lagi langkah beriman ke hadapan. Kita tidak akan gagal, kita tidak boleh, gagal jika kita dengan penuh iman bersatu dengan Juruselamat—Dia yang tidak pernah gagal dan tidak akan mengecewakan kita!

Berkat-berkat Dijanjikan

Saya berjanji bahawa setiap langkah yang dipenuhi iman akan ditemui dengan bantuan dari syurga. Bimbingan akan datang apabila kita berdoa kepada Bapa Syurgawi kita, bergantung kepada Juruselamat kita dan mengikuti-Nya, dan mendengar Roh Kudus. Kekuatan akan datang kerana korban penebusan Yesus Kristus.19 Penyembuhan dan pengampunan akan datang kerana rahmat Tuhan.20 Kebijaksanaan dan kesabaran akan datang melalui kepercayaan pada masa Tuhan untuk kita. Perlindungan akan datang dengan mengikuti nabi hidup Tuhan, Presiden Thomas S. Monson.

Anda telah dicipta “agar [kamu] boleh berbahagia,”21 kebahagiaan yang akan anda rasai apabila dengan layak anda kembali kepada Bapa Syurgawi anda dan Juruselamat anda dan melangkah ke dalam pelukkan Mereka.

Saya bersaksi kepada kebenaran-kebenaran yang pasti ini. Bapa Syurgawi terkasih anda dan Putera-Nya, Yesus Kristus, hidup. Mereka mengenali anda, Mereka mengasihi anda. Dengan kasih Mereka menjemput anda untuk mengambil langkah anda yang seterusnya terhadap Mereka. Jangan tunggu. Ambilnya sekarang. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.