2010–2019
Di Sini Untuk Melayan Tujuan yang Soleh
Oktober 2015


11:26

Di Sini Untuk Melayan Tujuan yang Soleh

Semoga kita memilih untuk melayan tujuan yang soleh sebagai pengutus yang berani Tuhan Yesus Kristus.

Saya amat bersyukur kita boleh berhimpun bersama dengan wanita-wanita beriman, seperti Lisa—saudari di dalam video, yang berhati suci, yang mengasihi Tuhan dan melayani-Nya, walaupun di tengah-tengah kesusahan mereka sendiri. Cerita Lisa mengingatkan saya bahawa kita mesti mengasihi satu sama lain dan melihat keindahan jiwa antara satu sama lain. Juruselamat mengajar, “Ingatlah nilai jiwa adalah mahal dalam pandangan Tuhan.”1 Sama ada kita berumur 8 atau 108, kita masing-masing “berharga bagi-[Nya].”2 Dia mengasihi kita. Kita adalah anak perempuan Tuhan. Kita adalah saudari dalam Sion. Kita mempunyai sifat ilahi, dan kita masing-masing mempunyai pekerjaan yang gemilang untuk dilaksanakan.

Musim panas baru-baru ini saya telah melawat seorang ibu muda yang mempunyai anak-anak perempuan. Dia berkongsi perasaannya bahawa remaja puteri kita memerlukan satu tujuan, sesuatu yang membantu mereka berasa bernilai. Dia tahu bahawa kita boleh menemui nilai peribadi dan abadi kita dengan bertindak mengikut tujuan ilahi kita dalam kefanaan. Malam ini, koir yang agung ini telah menyanyikan kata-kata yang mengajar tujuan kita. Melalui ujian dan percubaan, walaupun melalui ketakutan dan kekecewaan, kita mempunyai hati yang berani. Kita telah memutuskan untuk melakukan bahagian kita. Kita berada di sini untuk melayan tujuan yang soleh.3 Para saudari, di dalam tujuan ini kita semua dihargai. Kita semua diperlukan.

Tujuan soleh yang kita layani adalah tujuan Kristus. Ia adalah kerja penyelamatan.4 Tuhan telah mengajar, “Inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”5 Kita adalah sebab mengapa Yesus Kristus menderita, berdarah dari setiap liang roma, dan dengan kasih sempurna memberikan nyawa-Nya. Tujuan-Nya adalah berita baik, “khabar gembira, … Bahawa Dia datang ke dunia, bahkan Yesus, untuk disalibkan bagi dunia, dan untuk menanggung dosa-dosa dunia, dan untuk menguduskan dunia, dan untuk membersihkannya dari segala ketidaksolehan; agar melalui Dia semua orang boleh diselamatkan.”6 Juruselamat kita telah “membuat tanda dan memimpin perjalanan itu.”7 Saya bersaksi bahawa apabila kita mengikut contoh-Nya, mengasihi Tuhan, dan melayan satu sama lain dengan kebaikan dan belas kasihan, kita boleh berdiri dalam kesucian, “tanpa salah di hadapan Tuhan pada hari terakhir.”8 Kita memilih untuk melayan Tuhan dalam tujuan soleh-Nya supaya kita boleh menjadi satu dengan Bapa dan Putera-Nya.9

Nabi Mormon dengan berani mengisytiharkan, “Kerana kita memiliki pekerjaan untuk dilaksanakan selagi berada di dalam tubuh yang fana ini, agar kita boleh megalahkan musuh segala kebenaran itu, dan merehatkan jiwa-jiwa kita di dalam kerajaan Tuhan.”10 Para pemimpin Gereja dan perintis yang awal maju ke hadapan dengan keberanian dan keimanan berazam untuk menubuhkan Injil yang dipulihkan dan membina bait suci di mana tatacara Injil kemuliaan boleh dilaksanakan. Para perintis hari ini, kamu dan saya, juga maju ke hadapan dengan iman, “untuk bekerja di dalam kebun anggur-Nya demi keselamatan jiwa manusia.”11 Dan, seperti Presiden Gordon B. Hinckley mengajar, “Betapa agungnya masa depan apabila yang Maha Kuasa meneruskan kerja gemilang-Nya … melalui [pelayanan] yang tidak mementingkan diri sendiri oleh mereka yang berhati penuh dengan kasih sayang terhadap Penebus dunia.”12 Kita bergabung bersama para saudari beriman dahulu, masa kini, dan generasi yang akan datang apabila kita bergabung bersama dalam kerja keselamatan!

Sebelum kita dilahirkan, kita telah menerima rancangan Bapa Syurgawi “di mana [kita] boleh menerima tubuh badan jasmani dan pengalaman duniawi untuk maju terhadap kesempurnaan dan akhirnya menyedari takdir ilahi [kita] sebagai pewaris kehidupan abadi.”13 Mengenai perjanjian prafana ini, Elder John A. Widtsoe menjelaskan: “Kita bersetuju, disana, bukan sahaja menjadi juruselamat untuk diri sendiri tetapi juruselamat untuk seluruh keluarga manusia. Kita berada dalam satu perkongsian dengan Tuhan. Rancangan ini bukan sahaja kerja Bapa, dan kerja Juruselamat, tetapi juga kerja kita. Semua orang, yang paling rendah hati, berada dalam perkongsian dengan yang Maha Kuasa dalam mencapai tujuan abadi rancangan keselamatan.”14

Di kefanaan ini kita sekali lagi telah membuat perjanjian untuk melayan Juruselamat dalam pekerjaan keselamatan. Dengan mengambil bahagian dalam tatacara Injil imamat yang kudus, kita berjanji bahawa kita akan melayani Tuhan dengan hati, daya, fikiran, dan kekuatan.15 Kita menerima Roh Kudus dan mencari dorongan-Nya untuk membimbing usaha kita. Kesolehan menyinari dunia apabila kita memahami apa yang Tuhan mahu kita lakukan dan kemudian kita melakukannya.

Saya mengenali seorang kanak Sekolah Primer yang berkata kepada seorang kawan semasa menunggu di perhentian bas, “Hey! Kamu patut datang ke gereja dengan saya dan belajar tentang Yesus!”

Saya melihat gadis-gadis di kelas Remaja Puteri berhubung tangan dan membuat komitmen untuk melayani satu sama lain dan kemudiannya merancang cara yang sesuai untuk membantu seorang remaja puteri yang bergelut dengan ketagihan.

Saya telah melihat ibu muda yang mengorbankan masa, bakat, dan tenaga mereka untuk mengajar dan memberi teladan asas-asas Injil supaya anak-anak mereka, seperti anak-anak lelaki Helaman, boleh berdiri dengan berani dan penuh iman pada masa percubaan, godaan, dan kesusahan.

Mungkin yang paling merendahkan hati adalah apabila saya mendengar seorang saudari bujang yang berkata dengan semangat kesaksian yang suci bahawa pekerjaan yang paling penting adalah untuk bersedia untuk perkahwinan dan keluarga. Walaupun itu bukan pengalamannya, dia tahu bahawa keluarga adalah pusat kerja penyelamatan. “Rancangan kegembiraan ilahi, membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian.”16 Kita menghormati rancangan Bapa dan memuliakan Tuhan apabila kita menguatkan dan memuliakan hubungan tersebut dengan perjanjian baru dan abadi perkahwinan. Kita memilih untuk menjalani kehidupan yang suci dan berhemah supaya apabila peluang tiba, kita bersedia untuk membuat perjanjian kudus itu dalam rumah Tuhan dan menaati selama-lamanya.

Kita semua mengalami waktu dan masa dalam kehidupan kita. Tetapi sama ada kita berada di sekolah, di tempat kerja, dalam masyarakat, atau terutamanya di rumah, kita adalah agen Tuhan dan kita berada dalam kerja suruhan-Nya.

Dalam kerja penyelamatan, tidak ada ruang untuk perbandingan, kritikan, atau kutukan. Ia bukan mengenai umur, pengalaman, atau pujian ramai. Kerja kudus ini adalah tentang pembangunan hati yang hancur, jiwa yang menyesal, dan kerelaan untuk menggunakan kurnia ilahi kita dan bakat unik untuk melakukan pekerjaan Tuhan dalam cara-Nya. Ia adalah mempunyai kerendahan hati untuk jatuh berlutut dan berkata, “Ya Bapa-Ku, … janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”17

Dalam kekuatan Tuhan kita “dapat melakukan segala sesuatu.”18 Kita sentiasa mencari panduan-Nya di dalam doa, dalam kitab suci, dan dalam bisikan Roh Kudus. Seorang saudari, berhadapan dengan satu tugas yang besar menulis, “Kadangkala saya bertanya jika para saudari dalam sejarah awal Gereja tidak, seperti kita, meletakkan kepala mereka pada bantal pada waktu malam dan berdoa, ‘Tidak kira apa yang berlaku esok, adakah Engkau akan membantu saya mengatasinya?’” Kemudian dia menulis, “Salah satu berkat [adalah] kita mempunyai satu sama lain dan kita boleh menyokong sesama!”19 Apa jua keadaan kita, di mana sahaja kita berada dalam perjalanan ke arah penyelamatan, kita bersatu dalam komitmen kepada Juruselamat. Kita menyokong satu sama lain dalam pelayanan-Nya.

Ella Hoskins menyelesaikan Personal Progress

Baru-baru ini, kamu mungkin telah membaca mengenai Sister Ella Hoskins, yang pada umur 100 tahun telah dipanggil untuk membantu remaja puteri dengan Personal Progress dalam bahagiannya.20 Kira-kira dua tahun kemudian, pada umur 102, Sister Hoskins memperoleh anugerah Young Womanhood Recognition. Remaja puteri, presidensi Remaja Puteri dan Lembaga Pertolongan bahagian dan pancang, dan ahli keluarga berkumpul bersama dan meraikan pencapaiannya. Sempadan umur, organisasi, dan status perkahwinan pudar dalam pelayanan penuh iman. Remaja puteri berterima kasih kepada Sister Hoskins, untuk pengajaran, dan untuk contoh solehnya. Mereka ingin menjadi sepertinya. Selepas itu, saya menanya Sister Hoskins, “Bagaimana kamu melakukannya?”

Dia menjawab dengan segera, “Saya bertaubat setiap hari.”

Dari seorang wanita yang lemah lembut, dipenuhi dengan Roh Tuhan yang menyebabkannya bersinar dengan cahaya suci, saya diingatkan bahawa untuk bersinar dengan kecantikan kesucian, untuk berdiri dengan Juruselamat dan memberkati orang lain, kita mestilah bersih. Kesucian dimungkinkan melalui rahmat Kristus apabila kita menjauhi diri daripada segala kejahatan dan memilih untuk mengasihi Tuhan dengan daya, fikiran, dan kekuatan.21 Rasul Paulus mengajar, “Jauhkanlah … nafsu orang muda: … ikut kesolehan, iman, belas kasihan, damai, dengan mereka yang meminta pertolongan Tuhan dengan hati yang tulus.”22 Tidak ada seorang pun daripada kita yang sempurna. Kita semua telah membuat kesilapan. Tetapi kita bertaubat supaya kita boleh menjadi lebih baik dan “mengekalkan nama [Kristus] tertulis selalu dalam hati [kita].”23 Apabila kita melayan dalam nama Tuhan, dengan kesucian hati, kita mencerminkan kasih sayang Juruselamat dan memberi orang lain gambaran syurga.

Semoga kita memilih untuk melayan satu tujuan yang soleh sebagai pengutus berani Tuhan Yesus Kristus. Marilah kita berdiri bersama dan “dengan lagu dalam hati [kita] bergerak ke hadapan, hidup Injil, mengasihi Tuhan, dan membina kerajaan-Nya.”24 Saya bersaksi bahawa di dalam kerja gemilang ini, kita boleh tahu tentang kasih sayang suci Tuhan. Kita boleh menerima kegembiraan yang benar dan memperoleh segala kemuliaan yang abadi. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.