Penyokongan Pegawai Gereja
Saudara dan Saudari, Presiden Monson telah meminta saya sekrang untuk mempersembahkan Penguasa Umum, Ahli Tujuh Puluh Kawasan, dan presidensi badan sokongan umum Gereja untuk undi sokongan anda.
Ia dicadangkan bahawa kita mengekalkan Thomas Spencer Monson sebagai nabi, pelihat dan pewahyu and Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama; dan Dieter Friedrich Uchtdorf sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama
Mereka yang menyokong boleh menyatakannya.
Mereka yang menentang, jika ada, boleh menyatakannya.
Undi telah dicatat.
Ia dicadangkan bahawa kita mengekalkan Russell M. Nelson sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dan ahli berikutnya sebagai ahli kuorum tersebut.: Russell M. Nelson, Dallin H. Oaks, M. Russell Ballard, Robert D. Hales, Jeffrey R. Holland, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, Neil L. Andersen, dan sebagai ahli baru Kuorum Dua Belas Rasul, Ronald A. Rasband, Gary E. Stevenson, and Dale G. Renlund.
Mereka yang menyokong boleh menyatakannya dengan mengangkat tangan.
Ada yang menentang boleh menunjukannya.
Undi telah dicatat.
Ia dicadangkan bahawa kita mengekalkan Penasihat dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.
Mereka yang menyokong boleh menyatakannya.
Sebaliknya, jika ada sesiapa, dengan tanda yang sama.
Undi telah dicatat.
Dengan panggilan mereka untuk melayan sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul, kami melepaskan Ronald A. Rasband sebagai ahli Presidensi Tujuh Puluh dan Elder Rasband, Elder Dale G. Renlund sebagai ahli Kuorum Pertama Tujuh Puluh.
Mereka yang ingin bersama untuk memberi undi penghargaan boleh menunjukkannya.
Ia dicadangkan yang kita melepaskan untuk pelayanan mereka yang setia Elder Don R. Clarke sebagai ahli Kuorum Pertama Tujuh Puluh dan Elders Koichi Aoyagi dan Bruce A. Carlson sebagai ahli Kuorum Kedua Tujuh Puluh dan menetapkan mereka sebagai Penguasa Umum emeritus.
Mereka yang ingin bersama kami untuk mengucapkan terima kasih untuk pelayanan mereka yang cemerlang, sila tunjukkannya.
Kami juga melepaskan Serhii A. Kovalov sebagai ahli Tujuh Puluh Kawasan.
Mereka yang ingin bersama kami untuk mengucapkan terima kasih untuk pelayanan mereka. Sila tunjukkan.
Pada masa ini kita ingin menyatakan pelepasan Brother John S. Tanner sebagai penasihat pertama presidensi umum Sekolah Hari Ahad dan Brother Devin G. Durrant sebagai penasihat kedua Sekolah Hari Ahad. Seperti diumumkan dahulu, Brother Tanner telah dipilih untuk menjadi presiden BYU-Hawaii.
Mereka yang ingin bersama kami untuk mengucapkan terima kasih untuk pelayanan mereka. Sila tunjukkan.
Brother Devin G. Durrant kini dipanggil sebagai penasihat pertama di dalam presidensi umum Sekolah Hari Ahad dan Brother Brian K. Ashton Durrant sebagai penasihat kedua Sekolah Hari Ahad.
Mereka yang menyokong boleh menyatakannya.
Mereka yang menentang, jika ada, boleh menyatakannya.
Ia dicadangkan kita mengekalkan Penguasa Umum, Tujuh Puluh, dan presiden badan sokongan seperti yang ada sekarang.
Mereka yang menyokong boleh menyatakannya.
Mereka yang menentang, jika ada, boleh menyatakannya.
Pengundian telah dicatatkan. Kami menjemput mereka yang telah menentang sebarang cadangan untuk berhubung dengan presiden cabang mereka.
Saudara dan saudari, kami menghargai iman dan doa anda bagi pihak pemimpin Gereja.
Kami sekarang meminta ahli baru Kuorum Dua Belas Rasul untuk mengambil tempat mereka diatas mimbar. Mereka akan mempunyai peluang untuk berucap dengan kita esok pagi.