2010–2019
Ia Tidak Pernah Terlalu Awal dan Ia Tidak Pernah Terlalu Lambat
Oktober 2015


10:19

Ia Tidak Pernah Terlalu Awal dan Ia Tidak Pernah Terlalu Lambat

Ia tidak pernah terlalu awal atau terlalu lambat untuk memimpin, bimbing dan berjalan bersebelahan anak kita kerana keluarga adalah abadi.

Saudara dan saudari, kita berada dalam satu peperangan dengan dunia. Pada masa dahulu, dunia bersaing untuk tenaga dan masa anak kita. Hari ini ia bersaing untuk identiti dan minda. Banyak suara terkenal yang kuat cuba untuk membentuk siapa anak kita dan apa yang mereka harus percaya. Kita tidak boleh membenarkan keluarga kita diubah mengikut bentuk dunia. Kita harus memenangi peperangan ini. Semua perkara bergantung pada ini.

Anak-anak Gereja menyanyikan satu lagu yang mengajar mereka tentang identiti sebenar mereka: “Saya anak Tuhan, …’Ku diciptakan-Nya, Ku di b’eri rumah di bumi.” Kemudian anak-anak merayu kepada kita: “Pimpin aku, bimbing aku, tunjuk jalan-Nya, … Tolong ‘kukaji firman-Nya, Sebelum terlambat.”1

Presiden Russell M. Nelson mengajar kita pada persidangan umum lepas bahawa, dari sekarang, kita harus terlibat dalam “keibubapaan berniat.”2 Ini adalah masa yang berbahaya. Tetapi berita yang baik adalah Tuhan tahu bahawa ini akan berlaku, dan Dia telah menyediakan nasihat di dalam kitab suci untuk kita mengetahui cara menolong anak dan cucu kita.

Juruselamat dengan kanak-kanak Kitab Mormon

Di dalam Kitab Mormon, Juruselamat muncul kepada bangsa Nefi. Dia mengumpulkan kanak-kanak kecil di sekeliling-Nya. Dia memberkati mereka, berdoa untuk mereka dan menangis disebabkan mereka.3 Kemudian dia berkata kepada ibu bapa “Lihatlah anak-anak kecilmu.”4

Perkataan lihatlah bermakna untuk melihat dan tengok. Apa yang Yesus inginkan ibu bapa untuk lihat di dalam anak mereka? Adakah Dia ingin mereka untuk melihat gambaran potensi ilahi mereka?

Apabila kita melihat anak kita dan cucu kita hari ini, apa yang Juruselamat ingin kita melihat di dalam mereka? Adakah kita sedar bahawa mereka adalah kumpulan penyelidik terbesar Gereja? Apa yang harus kita lakukan untuk membawa penukaran hati mereka yang berkekalan?

Di dalam buku Matius, Juruselamat mengajar tentang penukaran hati yang berkekalan. Satu kumpulan yang besar telah berkumpul berdekatan dengan Laut Galilee untuk mendengar-Nya mengajar.

Pada masa ini, Yesus memberitahu tentang cerita menanam benih—perumpamaan tentang seorang penabur.5 Dalam menjelaskan ini kepada pengikut-Nya, dan akhirnya kepada kita, Dia berkata, “orang yang mendengar perkhabaran tentang bagaimana Tuhan memerintah, tetapi tidak memahaminya. Si Jahat iaitu Iblis datang lalu merampas apa yang sudah ditabur di dalam hati mereka.”6 Pesanan kepada ibubapa adalah jelas: terdapat perbezaan antara mendengar dan memahami. Jika anak kita hanya mendengar tetapi tidak memahami Injil, lalu pintu akan terbuka untuk Setan mengeluarkan kebenaran daripada hati mereka.

Walau bagaimanpun, jika kita boleh menolong mereka menumbuhkan akar dengan penukaran hati yang mendalam, dan pada hari yang panas—apabila hidup menjadi susah—dan ia akan berlaku, Injil Yesus Kristus boleh memberikan mereka sesuatu di dalam yang tidak boleh dijejaskan dari luar. Bagaimana kita boleh memastikan kebenaran yang berkuasa ini tidak hanya masuk dalam satu telinga dan keluar di telinga lain? Mendengar kata-kata sahaja mungkin tidak mencukupi.

Kita tahu bahawa perkataan kian berubah. Kadangkala kita bercakap perkataan kita, dan mereka mendengar perkataan mereka. Anda mungkin berkata, “Kamu berbunyi seperti rekod yang rosak.” Jawapannya mereka mungkin, “Ayah, apa itu rekod?”

Bapa Syurgawi kita inginkan kita berjaya kerana sebenarnya, mereka adalah anak-Nya sebelum mereka kepunyaan kita. Sebagai ibu bapa dalam Zion, anda telah menerima anugerah Roh Kudus. Apabila anda berdoa untuk petunjuk, “ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan”7 dalam mengajar anak anda, Sambil anda membina proses pembelajaran, “kuasa Roh Kudus itu membawanya ke hati anak-anak manusia.”8

Saya tidak dapat memikirkan tentang contoh menolong seseorang untuk mencapai pemahaman lebih daripada cerita Helen Keller. Dia buta dan pekak dan hidup di dalam dunia yang gelap dan senyap. Seorang guru bernama Anne Sullivan datang untuk menolongnya. Bagaimana anda menolong seorang anak yang tidak boleh melihat atau mendengar anda?

Helen Keller dan Anne Sullivan

Untuk masa yang lama, Anne bergelut untuk berhubung dengan Helen. Pada satu hari lebih kurang waktu tengah hari, dia membawa Helen keluar kepada pam air. Dia meletakkan satu tangan Helen dibawah beliung dan mula mengepam air. Anne kemudian mengejakan perkataan A-I-R diatas tangan Helen. Tidak ada apa yang berlaku. Jadi dia mencuba lagi. A-I-R. Helen menekan tangan Anne sebab dia sudah mula memahami. Sampai waktu malam, dia sudah mempelajari 30 perkataan. Dalam bebrapa bulan, dia telah mempelajari 600 perkataan dan boleh membaca Braille. Kemudianya Helen Keller mendapat degree kolej dan menolong menukar dunia untuk mereka yang tidak boleh melihat atau mendengar.9 Ia adalah satu keajaiban dan, dan gurunya adalah pekerja yang ajaib.

Saya melihat satu lagi contoh seorang guru yang hebat semasa saya melayani sebagai presiden pancang ahli dewasa yang bujang di BYU-Idaho. Pengalaman itu menukar kehidupan saya. Pada satu petang Selasa, saya menemuramah seorang lelaki muda bernama Pablo, dari Mexico City, yang ingin melayani misi. Saya menanya dia tentang kesaksiannya dan keinginan untuk melayan. Jawapannya kepada soalan saya adalah sempurna. Kemudian saya menanya tentang kelayakannya. Jawapannya sempurna. Sebenarnya, jawapan dia paling bagus, saya tertanya-tanya, “Mungkin dia tidak memahami apa yang saya tanya dia.” Jadi saya mengatakan soalan dengan cara lain dan saya tahu bahawa dia tahu apa yang saya tanya dan adalah jujur sepenuhnya.

Saya amat kagum dengan lelaki muda ini dan bertanya, “Pablo, siapa yang menolong kamu untuk tiba di titik hidup kamu sekarang, berdiri begitu tegak di hadapan Tuhan?”

Dia berkata, “Bapa saya.”

Saya berkata, “Pablo, beritahu saya cerita kamu.”

Pablo berkata: “Semasa saya berumur sembilan, bapa saya membawa saya ke tepi dan berkata, “Pablo, saya juga pernah berumur sembilan tahun. Ini adalah beberapa perkara yang kamu akan lihat. Kamu akan melihat orang menipu dalam sekolah. Kamu mungkin dikelilingi orang yang mencarut. Kamu mungkin akan ada hari yang kamu tidak mahu ke Gereja. Dan, apabila perkara ini berlaku—atau apa-apa masalah kamu—Saya mahu kamu datang dan bercakap dengan saya, dan saya akan menolong kamu melaluinya. Dan saya akan memberitahu kamu apa yang akan datang kemudian.”

“Jadi, Pablo, apa yang dia beritahu kamu apabila kamu berumur 10?”

“Dia memberi saya amaran tentang pornografi dan jenaka kotor.”

“Apa pula apabila kamu berumur 11?” Saya bertanya.

“Dia memberi amaran tentang perkara yang boleh menyebabkan ketagihan dan mengingatkan saya tentang menggunakan hak pilihan.”

Di sini seorang bapa, tahun demi tahun, “huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat,”10 yang menolong anak lelakinya bukan sahaja untuk mendengar tetapi untuk memahami. Bapa Pablo tahu bahawa kanak-kanak kita belajar apabila mereka bersedia untuk belajar, bukan apabila kita bersedia untuk mengajar mereka. Saya amat berbangga dengan Pablo apabila dia mengemukakan permohonan mubalighnya malam itu, tetapi saya lebih berbangga dengan bapa Pablo.

Apabila saya pandu ke rumah malam itu, saya bertanya kepada diri sendiri, “Apakah jenis bapa yang Pablo akan menjadi?” Dan jawapannya amat cerah: dia akan menjadi seperti bapa dia. Yesus berkata, “Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak.”11 Ini adalah corak bagaimana Bapa Syurgawi memberkati anak-anak-Nya dari generasi ke generasi.

Apabila saya berfikir tentang pengalaman saya dengan Pablo, saya berasa sedih kerana empat anak perempuan saya sudah dewasa dan sembilan cucu yang saya ada ketika itu tidak tinggal berdekatan. Saya kemudian berfikir, “Bagaimana saya boleh menolong mereka sebagaimana bapa Pablo menolong dia? Adakah banyak masa sudah berlalu?” Sambil saya berdoa, Roh Kudus berbisik kebenaran yang mendalam: “Ia tidak pernah terlalu awal atau terlalu lambat untuk memulakan proses penting ini.” Saya tahu dengan serta-merta apa ertinya. Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Saya meminta isteri saya, Sharol, untuk menelefon semua anak kami dan beritahu mereka bahawa kami perlu melawat mereka; saya ada sesuatu yang amat penting untuk beritahu mereka. Kesegeraan saya mengejutkan mereka sedikit.

Kita bermula dengan anak perempuan sulung saya dan suaminya dan berkata: “Ibu kamu dan saya mahu kamu tahu bahawa kita pernah sama umur dengan kamu. Kami pernah berumur 31, dengan keluarga yang kecil. Kami mempunyai idea tentang apa yang mungkin kamu akan hadapi. Ia mungkin cabaran kewangan atau kesihatan. Ia mungkin krisis iman. Kamu mungkin dibebani dengan kehidupan. Apabila perkara ini berlaku, kami mahu kamu bercakap dengan kami, dan kami akan menolong kamu melaluinya. Dan, kami tidak mahu sentiasa berada dalam urusan kamu, tetapi kami mahu kamu tahu bahawa kami sentiasa berada di penjuru kamu. Dan kerana kita bersama, saya mahu menceritakan tentang satu temuramah yang saya baru adakan dengan seorang lelaki muda bernama Pablo.”

Selepas cerita itu, saya berkata, “Saya tidak mahu kamu kelepasan peluang untuk menolong anak kamu dan cucu kami memahami kebenaran penting ini.”

Saudara dan saudari, sekarang saya sedar dalam cara yang lebih bermakna yang Tuhan menjangka saya sebagai seorang bapa dan sebagai seorang datuk dalam menubuhkan satu proses untuk menolong keluarga saya untuk bukan sahaja mendengar tetapi memahami.

Semakin saya tua, saya mendapati diri saya merenungkan kata-kata ini:

Masa oh masa, pulanglah dalam penerbangan,

Dan biarkan mereka menjadi anak kecil saya untuk satu malam lagi!12

Saya tahu saya tidak boleh memusing masa, tetapi ini saya tahu—bahawa ia tidak pernah terlalu awal atau terlalu lambat—untuk memimpin, bimbing dan berjalan bersebelahan anak kita kerana keluarga adalah abadi.

Ia adalah kesaksian saya bahawa Bapa Syurgawi amat menyayangi kita sehingga dia menghantar Putera Tunggal-Nya untuk hidup sebagai manusia fana supaya Yesus boleh berkata kepada kita, “Saya pernah berada di mana kamu berada, Saya tahu apa yang datang seterusnya, dan saya akan menolong kamu melaluinya.” Saya tahu Dia akan menolong, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Aku Anak Tuhan,” Lagu Rohani, no. 301.

  2. Lihat Russell M. Nelson, “The Sabbath Is a Delight,” Liahona, Mei 2015, 131.

  3. Lihat 3 Nefi 17:21.

  4. 3 Nefi 17:23.

  5. Lihat Matius 13:1–13.

  6. Matius13:19; penekanan ditambah.

  7. 2 Nefi 32:5.

  8. 2 Nefi 33:1.

  9. Lihat “Anne Sullivan,” biography.com/people/anne-sullivan-9498826; “Helen Keller,” biography.com/people/helen-keller-9361967.

  10. Yesaya 28:10.

  11. Yohanes 5:19.

  12. Diadaptasikan dari puisi Elizabeth Akers Allen’s “Rock Me to Sleep,” dalam William Cullen Bryant, ed., The Family Library of Poetry andSong (1870), 222–23.