Dia Ibumu
Tidak ada kasih sayang dalam kefanaan yang datang dekat dengan kasih sayang suci Yesus Kristus seperti kasih sayang yang tidak mementingkan diri seorang ibu kepada anaknya.
Saya ingin bersama anda semua dalam mengatakan selamat datang kepada Elder Ronald A. Rasband, Elder Gary E. Stevenson, and Elder Dale G. Renlund dan isteri mereka ke dalam pertubuhan yang paling manis mereka boleh fikirkan.
Mewahyukan Korban Tebusan Juruselamat, Yesaya menulis, “penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya.”1 Satu wahyu zaman akhir yang agung menekankan “[Yesus] Dia datang ke dunia … untuk menanggung dosa-dosa dunia.”2 Kedua-dua ayat suci moden dan lama menyaksikan bahawa “Dia menebus mereka, dan memanggul mereka, dan mengangkat mereka sepanjang zaman dahulu.”3 Satu lagu rohani yang digemari merayu kepada kita untuk “Dengarkanlah suara-Nya !”4
Menanggung, memanggul, mengangkat, membebaskan. Ini adalah perkataan mesias yang berkuasa dan menggembirakan. Mereka menyampaikan pertolongan dan harapan.untuk perjanjian pergerakan yang selamat dari mana kita sekarang ke mana yang kita patut berada—tetapi tidak boleh sampai, tanpa pertolongan. Kata-kata ini melambangkan beban dan perjuangan, keletihan dan kesakitan-kata-kata sesuai dalam menerangkan misi Dia yang, dengan harga yang tidak boleh dikira, mengangkat kita yang jatuh, mengangkat kita ke hadapan apabila semua kekuatan telah hilang, menghantar kita selamat ke rumah apabila keselamatan nampak jauh dari pegangan kita. “Bapa-Ku mengutus-Ku,” Dia berkata, “agar Aku boleh diangkat ke atas salib; … agar seperti Aku telah diangkat … demikian juga manusia akan diangkat … untuk berdiri di hadapan-Ku.”5
Tetapi bolehkah kamu mendengar dalam bahasa ini di arena yang berlainan dalam ikhtiar manusia di mana kita menggunakan perkataan seperti menanggung dan memanggulmengangkat dan mendukungkerja dan membebaskan? Seperti Yesus mengatakan kepada Yohanes apabila dalam tindakan Korban tebusan, begitu juga Dia berkata kepada kita semua, “Dia ibumu!”6
Hari ini saya mengisytiharkan dari mimbar ini apa yang pernah dikatakan: bahawa tidak ada kasih sayang di kefanaan yang datang dekat dengan penghampiran kepada kasih suci Yesus Kristus daripada kasih sayang yang tidak mementingkan diri seorang ibu kepada anaknya. Apabila Yesaya, bercakap secara mesias, ingin untuk menyampaikan kasih sayang Yehovah, dia menggunakan gambaran kebaktian seorang ibu. “Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya?”dia bertanya. Betapa tidak masuk akal, dia bayangkan, walaupun ia tidak begitu tidak masuk akal seperti memikirkan bahawa Kristus akan melupakan kita.7
Jenis kasih sayang yang tabah ini “kesabaran yang panjang, dan adalah baik hati, … tidak mementingkan dirinya sendiri, … tetapi … bergembira di dalam kebenaran, menanggung semua hal, mempercayai semua hal, mengharapkan semua hal, bertahan dalam segala hal.”8 Yang paling menyakin sekali, kesetiaan yang “tidak mengagal.”9 “Kerana gunung-ganang akan berganjak dan bukit-bukau dialihkan” kata Yehovah, “tetapi kebaikan hati-Ku tidak akan berganjak daripadamu.”10 Begitu juga kata ibu kita.
Kamu lihat, bukan sahaja mereka menanggung kita, tetapi mereka bersambung untuk menanggung dengan kita. Ia bukan sahaja mengangkat waktu sebelum dilahirkan tetapi mengangkat untuk sepanjang hidup yang membuat keibuan satu perbuatan yang menggemparkan. Sememangnya, terdapat pengecualian yang menyedihkan tetapi kebanyakan ibu tahu secara intuitif, dengan naluri bahawa ini adalah kepercayaan suci dari perintah tertinggi. Beban kesedaran itu, terutamanya di atas bahu ibu yang muda, boleh menjadi amat menakutkan.
Seorang ibu yang baik menulis satu surat kepada saya baru-baru ini: “Bagaimana seorang manusia boleh menyayangi seorang anak sehingga sanggup melepaskan kebanyakan kebebasan untuknya? Bagaimana kasih sayang fana begitu kuat sehingga kamu dengan sukarela menyebabkan diri tertakluk kepada tanggungjawab, kelemahan, kebimbangan, dan sakit hati dan kembali untuk perkara yang sama? Kasih sayang fana apa yang boleh membuat kamu rasa, apabila kamu mempunyai anak, yang hidup kamu tidak akan menjadi sama lagi? Kasih sayang ibu semestinya ilahi. Tidak ada penjelasan untuknya. Apa yang ibu buat adalah unsur yang penting dalam pekerjaan Kristus. Pengetahuan itu adalah mencukupi untuk memberitahu kita kesan kasih sayang yang terletak sejajar tidak tertahan dan bersifat melebihi, berulang-ulang kali, sehingga keselamatan anak terakhir di dunia, kita [kemudian] boleh berkata pada masa itu dengan Yesus, ‘[Bapa saya sudah] menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada-Ku.’11 ”
Dengan keanggunan surat itu yang bergema dalam minda kita, saya ingin berkongsi tiga pengalaman yang mencerminkan pengaruh agung ibu, yang disaksikan di dalam pelayanan saya dalam hanya beberapa minggu lalu:
Cerita pertama saya adalah amaran, mengingati kita bahawa bukan semua usaha keibuan akan berakhir seperti buku cerita, sekurang-kurangnya bukan serta-merta. Peringatan itu datang daripada perbualan saya dengan kawan yang dikenali lebih 50 tahun yang menjauhi Gereja ini sampai kematian yang dia tahu dalam hatinya adalah benar. Tidak kira bagaimana saya cuba menghiburkan dia, saya tidak boleh membawa kepada dia keamanan. Akhirnya dia berkata, “Jeff, betapa sakitnya untuk saya berdiri di hadapan Tuhan, saya tidak boleh menanggung fikiran untuk berdiri di hadapan ibu saya. Injil dan anak-anak dia bermakna segala-galanya untuk dia. Saya tahu saya telah memecahkan hatinya, dan ia sedang memecahkan hati saya.”
Sekarang, saya amat pasti selepas dia meninggal, ibu dia menerimanya dengan tangan terbuka penuh kasih sayang; itulah apa yang ibu bapa buat. Tetapi bahagian yang menjadi amaran dalam cerita ini adalah anak-anak boleh memecahkan hati ibu. Di sini juga kita melihat satu perbandingan dengan ilahi. Saya tidak perlu mengingatkan kamu bahawa Yesus mati akibat hati yang pecah, letih dan lelah dibebankan dosa dunia. Jadi dalam masa godaan, semoga kita lihat “Ibu [kita]” dan juga Juruselamat dan jangan sakitkan hati kedua-dua mereka kerana dosa kita.
Kedua, saya bercerita tentang seorang lelaki muda yang memasuki lapangan misi dengan layak tetapi dengan pilihan sendiri dia pulang ke rumah awal kerana tarikan sesama jantina dan trauma yang dia alami disebabkan itu. Dia masih layak, tetapi imanya berada di tahap krisis, beban emosinya menjadi semakin berat, dan kesakitan rohaninya semakin mendalam. Dia sakit hati, keliru, marah, dan sepi.
Presiden misinya, presiden pancangnya, uskupnya menggunakan banyak masa mencari dan menangis dan memberkatinya sambil mereka sambung memegang padanya, tetapi kebanyakan lukanya adalah sangat peribadi yang dia menyimpan sekurang-kurangnya sedikit diluar jangkauan mereka. Bapa yang tersayang mencurahkan keseluruh jiwanya dalam menolong anak ini, tetapi pekerjaannya yang mencabar bererti selalunya jiwa malam gelap dihadapi hanya budak lelaki ini dan ibunya. Pagi dan malam, pertama untuk berminggu-minggu, kemudian beberapa bulan bertukar kepada beberapa tahun, mereka mencari penyembuhan bersama. Melalui masa kepahitan (kebanyakan kepunyaannya tetapi kadangkala ibu juga) dan ketakutan yang tidak berakhir (kebanyakan kepunyaan ibu tetapi kadangkala dia juga), dia mengangkat—di situlah perkataan indah, dan membebankan itu lagi—ibu memberi kesaksian kepada anaknya tentang kuasa Tuhan, Gereja-Nya, terutamanya kasih sayang Tuhan untuk anak-Nya. Dalam hembusan nasaf yang sama dia bersaksi tentang kasih sayangnya yang tanpa kompromi dan kasih sayang abadi untuk anaknya juga. Untuk membawa bersama dua tiang penting kewujudannya—Injil Yesus Kristus dan keluarganya—dia mencurahkan jiwanya dalam doa setiap hari tanpa henti. Dia berpuasa dan menangis, menangis dan berpuasa, dan kemudiannya mendengar dan mendengar pada masa anak lelakinya memberitahu dia bagaimana hatinya sedang pecah. Oleh itu dia mengangkat anaknya—sekali lagi—kali ini bukan untuk sembilan bulan. Kali ini dia berfikir untuk melalui kekecewaan anaknya akan mengambil masa yang panjang.
Tetapi dengan rahmat Tuhan, dan ketabahannya sendiri, dan pertolongan daripada ramai pemimpin Gereja, kawan, ahli keluarga, dan para profesional, ibu yang terdesak ini telah melihat anaknya pulang ke tanah yang dijanjikan. Walaupun dengan sedih kami mengakui bahawa berkat sebegitu tidak ada, atau belum lagi tiba, untuk semua ibu bapa yang bersedih kerana pelbagai sebab situasi anak mereka, tetapi di sini terdapat harapan. Dan, saya mesti berkata, orientasi seksual anak lelaki ini tidak bertukar secara ajaib—tidak ada orang yang mengandaikan sebegitu. Tetapi, sedikit demi sedikit hati dia berubah.
Dia mula kembali kepada gereja. Dia pilih untuk mengambil sakramen secara rela dan layak. Dia mendapat kembali rekomen bait suci dan menerima panggilan untuk melayan sebagai guru seminari awal pagi, di mana dia amat berjaya. Dan sekarang, selepas lima tahun dia telah, dengan permintaan sendirinya dan dengan pertolongan Gereja, memasuki semula misi untuk menyelesaikan pelayannya kepada Tuhan. Saya telah menangis tentang keberanian, integriti, dan penentuan lelaki muda ini dan keluarganya untuk menyelesaikan perkara dan untuk menolong dia menyimpan imannya. Dia tahu dia berhutang banyak kepada ramai orang, tetapi dia tahu dia berhutang paling banyak kepada dua bentuk mesias dalam hidupnya, dua yang memanggul dan mengangkat dia, bekerja dengan dia dan membebaskan dia—Juruselamat, Tuhan Yesus Kristus, dan ibunya yang amat suci, tetap, dan dipenuhi penebusan.
Akhirnya, ini daripada pembaktian semula Bait Suci Mexico, Mexico City, baru tiga minggu lalu. Di sana bersama Presiden Henry B. Eyring kami nampak rakan kami Lisa Tuttle Pieper berdiri di dalam pembaktian itu. Tetapi dia berdiri dengan kesusahan kerana dengan satu tangan dia mengangkat anak terkasihnya, Dora yang mempunyai cabaran jasmani, dan dengan tangan yang lagi satu cuba menggerakkan tangan kanan Dora yang tidak berfungsi supaya anak perempuan Tuhan yang berharga ini boleh mengibarkan sapu tangan putih dan dengan suara yang hanya difahaminya sendiri dan malaikat syurgawi, menangis dengan kuat, “Hosanna, hosanna, hosanna kepada Tuhan dan Domba.”12
Kepada ibu kita di semua tempat, dahulu, kini, atau masa hadapan, saya memberi penghormatan. “Terima kasih, Terima Kasih kerana beranak, kerana membentuk jiwa, membentuk peribadi, dan kerana menunjukkan kasih suci Yesus Kristus.” Kepada Ibu Hawa, Sarah, Rebekah, dan Rachel, Maria dari Nazareth, dan kepada Ibu Syurgawi, saya berkata, “Terima-kasih untuk peranan penting dalam memenuhi tujuan keabadian.” Kepada semua ibu dalam semua keadaan, termasuk mereka yang bergelut—dan semua akan—saya berkata “Jadilah aman. Percaya kepada Tuhan dan diri kamu sendiri. Kamu sedang buat lebih baik daripada apa yang anda fikirkan. Sememangnya kamu adalah juruselamat di Gunung Zion13 dan seperti Tuhan kamu mengikut, kasih sayangmu ‘tidak pernah gagal.’14 ” Saya tidak boleh memberi penghormatan yang lebih tinggi kepada sesiapa. Dalam nama Yesus Kristus, amin.