2010–2019
Menyerahkan Hati Kita kepada Tuhan
Oktober 2015


9:39

Menyerahkan Hati Kita kepada Tuhan

Apabila kita membuka diri kita kepada Roh, kita belajar cara Tuhan dan merasakan kehendak-Nya.

Elder Dallin H. Oaks, dalam persidangan umum bulan April, bercakap tentang keperluan “untuk memperbaharui kehidupan peribadi kita.”1 Saya mencadangkan bahawa pembaharuan bermula dengan perubahan hati—tanpa menghiraukan pengalaman hidup anda atau tempat lahir anda.

Saya berasal dari bahagian Selatan Amerika Syarikat, dan di masa muda saya kata-kata nyanyian puja Protestan tua mengajar saya tentang hati seorang murid sejati—yang telah berubah. Pertimbangkan lirik-lirik ini, yang sangat saya sayangi:

Kehendak Engkau,Tuhan!

Kehendak Engkau!

Engkaulah Tukang Tembikar;

Akulah tanah liat.

Bentuklah aku dan buatlah aku

Menurut kehendak-Mu,

Aku dengan senyap menunggu,

Untuk mengetahui kehendak-Mu.2

Bagaimana kita, seorang yang moden, sibuk, orang yang bersaing, menunggu dengan senyap kehendak Tuhan? Bagaimana kita menjadikan kehendak-Nya kehendak kita? Saya percaya kita bermula dengan belajar tentang Dia, dan berdoa untuk pemahaman. Apabila kepercayaan kita kepada-Nya tumbuh, kita membuka hati kita, berusaha melakukan kehendak-Nya, dan menunggu bagi jawapan yang akan membantu kita memahami.

Perubahan hati saya sendiri bermula apabila, saya berumur 12 tahun, saya bermula mencari Tuhan. Selain daripada mengulangi Doa Bapa Kami,3 saya benar-benar tidak tahu bagaimana berdoa. Saya ingat berlutut, berharap saya boleh merasakan kasih-Nya, dan bertanya, “Dimanakah Engkau, Bapa Syurgawi? Saya tahu Engkau pasti berada di luar sana, tetapi di mana?” Sepanjang masa remaja saya, saya telah bertanya. Saya mempunyai sekilas pandang tentang realiti Yesus Kristus, tetapi Bapa Syurgawi, dalam kebijaksanaan-Nya, membiarkan saya mencari dan menunggu selama 10 tahun.

Pada tahun 1970, apabila para mubaligh mengajar saya tentang rancangan keselamatan Bapa dan tentang Korban Tebusan Juruselamat, penantian saya berakhir. Saya memeluk kebenaran ini dan dibaptiskan.

Berdasarkan pada pengetahuan tentang belas kasihan Tuhan dan kuasa-Nya, suami saya, anak-anak, dan saya memilih moto keluarga ini: “Semua akhirnya akan menjadi baik.” Namun bagaimana kita boleh mengatakan kata-kata itu kepada satu sama lain apabila masalah yang serius datang dan jawapan tidak mudah didapati?

Apabila anak perempuan kita yang gembira, dan layak, yang berumur 21 tahun, Georgia, dimasukkan ke hospital dalam kondisi yang kritis akibat kemalangan basikal, keluarga kami berkata, “Semua akhirnya akan menjadi baik.” Ketika saya terbang dengan segera dari misi kami di Brasil ke Indianapolis, Indiana, USA, untuk menemaninya, saya berpegang kepada moto keluarga kami. Namun begitu, anak perempuan kita yang cantik meninggal dunia beberapa jam sebelum pesawat saya mendarat. Dengan kesedihan dan kejutan yang mempengaruhi keluarga kami pada saat seperti ini, bagaimana boleh kami memandang satu sama lain dan masih mengatakan, “Semua akhirnya akan menjadi baik”?

Selepas kematian fana Georgia, perasaan kami sangat sedih, kami bergelut, dan masih hingga hari ini kami mempunyai saat-saat kesedihan besar, tetapi kami percaya pada pemahaman bahawa tiada sesiapa yang benar-benar mati. Walaupun kesedihan kita apabila tubuh jasmani Georgia berhenti berfungsi, kita berkeyakinan bahawa dia hidup sebagai roh, dan kami yakin kami akan hidup bersamanya untuk selama-lamanya jika kami taat kepada perjanjian-perjanjian bait suci kami. Beriman kepada Sang Penebus dan Kebangkitan-Nya, beriman kepada kuasa imamat-Nya, dan beriman kepada pemeteraian abadi mengizinkan kita menyatakan moto kita dengan keyakinan.

Presiden Gordon B. Hinckley berkata: “Jika anda melakukan yang terbaik, semuanya akan menjadi baik. Taruhlah kepercayaan anda kepada Tuhan. … Tuhan tidak akan meninggalkan kita.”4

Moto keluarga kami tidak mengatakan, “Semua akhirnya akan menjadi baik sekarang.” Ia bercakap tentang harapan kita dalam kesan keabadian—tidak semestinya tentang kesan sekarang. Kitab suci menyatakan, “Carilah dengan tekun, berdoalah selalu, dan percayalah, dan segala sesuatu akan bekerja bersama demi kebaikanmu.”5  Ini bukan bererti semua perkara adalah baik, tetapi bagi yang lembut hati dan setia, perkara-perkara—yang positif dan negatif—bekerja bersama-sama untuk kebaikan, dan waktunya dalam tangan Tuhan. Kita berharap kepada Tuhan, kadang-kadang seperti Ayub dalam penderitaannya, mengetahui bahawa Tuhan “menyakiti, dan mengubati; tangan-Nya melukakan, tangan-Nya juga yang akan menyembuhkan.”6 Hati yang lembut menerima percubaan dan menunggu untuk masa penyembuhan itu dan kesempurnaan akan datang.

Apabila kita membuka diri kita kepada Roh, kita belajar cara Tuhan dan merasakan kehendak-Nya. Selama sakramen, yang saya sebut tujuan utama hari Sabat, saya telah mendapati bahawa selepas saya berdoa bagi pengampunan dosa-dosa, adalah instruktif bagi saya untuk bertanya kepada Bapa Syurgawi, “Bapa, apa lagi yang boleh saya lakukan?” Apabila kita menyerahkan hati dan senyap, fikiran kita boleh diarahkan kepada sesuatu yang lebih yang kita mungkin perlu mengubah—sesuatu yang membatasi kemampuan kita untuk menerima bimbingan rohani atau pun penyembuhan dan bantuan.

Sebagai contoh, mungkin saya mempunyai kebencian berhati-hati yang tersembunyi terhadap seseorang. Apabila saya bertanya jika masih ada lagi untuk pengakuan, “rahsia” itu datang dengan jelas kepada ingatan saya. Pada dasarnya, Roh Kudus berbisik, “Kamu dengan jujur bertanya jika masih ada lagi, dan inilah dia. Kebencian anda mengurangi kemajuan anda dan merosak kemampuan anda untuk mempunyai hubungan yang sihat. Anda boleh membiarkan ini pergi.” Oh, itu kerja keras—kita boleh merasa agak wajar dalam permusuhan kita—tetapi menyerah pada cara Tuhan adalah satu-satunya cara untuk kebahagiaan abadi.

Dalam masa dan beransur-ansur, kita menerima kekuatan belas kasih Tuhan dan bimbingan—yang mungkin menuntun kita untuk lebih sering pergi ke bait suci atau mengkaji lebih mendalam Korban Tebusan Juruselamat atau berunding dengan rakan, uskup, atau ahli terapi profesional, atau pun dengan doktor. Penyembuhan hati kita bermula apabila kita tunduk dan menyembah Tuhan.

Ibadat sejati bermula bila hati kita benar di hadapan Bapa dan Putera. Apakah kondisi hati kita hari ini? Secara bertentangan, supaya mempunyai hati yang sembuh dan setia, kita mesti pertama-tama mengizinkan ia hancur di hadapan Tuhan. “Kamu akan mempersembahkan sebagai korban kepada-Ku sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal,”7 Tuhan menyatakan. Akibat daripada mengorbankan hati kita, atau kehendak kita kepada Tuhan adalah bahawa kita menerima bimbingan rohani yang kita perlukan.

Dengan peningkatan pemahaman akan kemuliaan dan belas kasihan Tuhan, kita akan mendapati bahawa hati kita yang mengeras akan menjadi rendah hati dan bersyukur. Kemudian kita mendekat kepada-Nya, berkeinginan untuk mematuhi perintah dan ajaran Putera Tunggal Bapa. Semasa kita dengan rendah hati mendekat kepada-Nya, kita akan menerima harapan baru dan bimbingan baru melalui Roh Kudus.

Saya telah berjuang untuk mengusir keinginan fana untuk melakukan perkara-perkara dengan cara saya, akhirnya menyedari bahawa cara saya sangat kurang, terhad, dan lebih rendah daripada cara Yesus Kristus. ” Jalan-Nya adalah jalan yang membawa kepada kebahagiaan dalam hidup ini dan hidup abadi di dunia yang akan datang.”8 Bolehkah kita mengasihi Yesus Kristus dan jalan-Nya lebih daripada mengasihi diri kita dan agenda kita sendiri?

Beberapa orang mungkin berfikir mereka telah gagal terlalu banyak kali dan merasa terlalu lemah untuk mengubah perbuatan dosa atau keinginan duniawi dari hati. Namun begitu, kita sebagai ahli Gereja yang membuat perjanjian dengan Bapa Syurgawi, kita tak hanya berusaha tetapi berusaha atas kemauan sendiri untuk berubah. Jika kita dengan sepenuh hati merayu kepada Tuhan, Dia menerima kita seperti apa adanya—dan membuat kita lebih daripada yang pernah kita bayangkan. Ahli teologi yang terkenal Robert L. Millet menulis tentang “kerinduan yang sihat untuk memperbaik”, seimbang dengan “ jaminan rohani yang dalam dan melalui Yesus Kristus, kita akan berjaya.”9 Dengan satu pemahaman yang demikian, kita boleh dengan jujur berkata kepada Bapa Syurgawi:

Ku berserah pada pimpinan-Mu,

Yakin Kau kasih pada ku,

‘Kan ku laksanakan kehendak-Mu:

‘Ku siap jadi hamba-Mu.10

Apabila kita mempersembahkan hati kita yang hancur kepada Yesus Kristus, Dia menerima persembahan kita. Dia mengambil kita kembali. Tak peduli apa kerugian, luka, dan penolakan yang telah kita mengalami, Rahmat dan penyembuhan-Nya adalah lebih kuat dari semua. Dengan benar-benar beriman kepada Juruselamat, kita boleh berkata dengan yakin, “Semua akhirnya akan menjadi baik.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Dallin H. Oaks, “Perumpamaan tentang Seorang Penabur,” Liahona,  Mei. 2015, 32.

  2. “Have Thine Own Way, Lord,” The Cokesbury Worship Hymnal, no. 72.

  3. Lihat Matius 6:9–13.

  4. Gordon B. Hinckley, persidangan kawasan Jordan Utah South, sesi imamat, Mar. 1, 1997; lihat juga “Excerpts from Addresses of President Gordon B. Hinckley,” Ensign, Oct. 2000, 73.

  5. Ajaran dan Perjanjian 90:24.

  6. Ayub 5:18.

  7. 3 Nefi 9:20.

  8. “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul,” Liahona, Apr. 2000, 3; penekanan ditambahkan.

  9. Robert L. Millet, After All We Can Do: Grace Works (2003), 133.

  10. “Ku Pergi ke Mana Kau Inginkan,” Nyanyian Rohani, no.128