Pilihlah Cahaya
Kita mesti memilih untuk mengikut nasihat nabi, mengenali dan mengikuti dorongan rohani, dan menaati perintah Tuhan, dan mencari wahyu peribadi.
Tidak lama dahulu, isteri saya dan saya membuat keputusan bahawa kami harus lebih menikmati keindahan satu kawasan berdekatan rumah kami di barat laut Montana. Kami memilih untuk mengambil basikal kami ke Jejak Hiawatha, iaitu satu jalan keretapi yang telah diubahsuai yang melalui Pergunungan Rocky yang indah di antara Montana dan Idaho. Kami menjangka satu hari yang seronok dengan rakan baik, serta menikmati keindahan semulajadi kawasan itu.
Kami tahu bahawa perjalanan 15 batu (24 km) jejak indah itu termasuk kayu penyangga di atas ngarai yang dalam dan terowong yang menembusi pergunungan lasak. Jadi kami menyediakan diri dengan lampu di ikat kepada topi keledar dan basikal.
Mereka yang pernah pergi memberi amaran bahawa terowong amat gelap dan kita harus mendapatkan lampu yang amat terang. Apabila kita berkumpul di hadapan bukaan batu yang besar Terowong Taft, seorang penjaga menerangkan beberapa perkara bahaya tentang jejak itu, termasuk parit yang dalam di sepanjang tepi jejak, dinding yang kasar, dan kegelapan yang sepenuhnya. Tidak sabar, kami masuk ke dalam terowong. Apabila kita baru berbasikal beberapa minit, kegelapan yang dijangka mengelilingi kita. Lampu yang saya bawa memang tidak mencukupi, dan kegelapan kemudiannya mengatasinya. Tiba-tiba, saya mula berasa cemas, keliru dan hilang arah.
Saya malu untuk mengakui kecemasan saya kepada keluarga dan rakan-rakan saya. Walaupun seorang pelumba basikal yang berpengalaman, saya sekarang berasa bagaikan saya tidak pernah menaiki sebuah basikal. Saya bergelut untuk duduk tegak apabila kekeliruan saya semakin meningkat. Akhirnya, selepas saya memberitahu ketidakselesaan saya kepada mereka yang di sekeliling saya, saya dapat mendekati cahaya lampu yang lebih kuat kepunyaan rakan saya. Kemudian, semua orang dalam kumpulan mula membentuk satu bulatan ketat di sekelilingnya. Dengan berada dekat dengan rakan saya dan bergantung untuk suatu masa pada cahaya lampu dia dan cahaya bersama kumpulan, kita masuk lebih ke dalam kegelapan terowong itu.
Selepas apa yang terasa beberapa jam, saya nampak setitik cahaya. Hampir serta-merta, saya mula rasa jaminan yang semua akan menjadi baik. Saya terus bergerak ke hadapan, bergantung kepada lampu rakan saya dan titik cahaya yang semakin membesar. Keyakinan saya mula kembali secara beransur-ansur apabila cahaya itu membesar dalam saiz dan keamatan. Lama sebelum kami sampai ke hujung terowong, saya tidak lagi memerlukan bantuan rakan saya. Semua kecemasan hilang apabila kita mengayuh dengan cepat ke arah cahaya. Saya rasa aman dan yakin sebelum kami berbasikal ke arah pagi yang penuh dengan kehangatan dan keindahan.
Kita hidup di dalam dunia di mana kita akan menghadapi cabaran terhadap iman kita. Kita mungkin berasa yakin yang kita bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut—hanya untuk mendapati bahawa persediaan kita tidak cukup. Dan sepertimana rakan saya telah memberi amaran tentang kegelapan, kita diberi amaran hari ini. Suara rasul menggesa kita untuk menyediakan diri kita dengan lampu kekuatan rohani yang kuat.
Dan juga, kita mungkin akan berasa malu, tidak selesa, atau mengalami kekeliruan rohani apabila kita bertembung dengan cabaran terhadap iman kita. Umumnya, keamatan dan tempoh perasaan ini akan bergantung dengan tindak balas kita terhadapnya. Jika kita tidak melakukan apa-apa, kesangsian, keangkuhan dan juga kemurtadan akan menjauhkan kita dari cahaya.
Saya telah mempelajari beberapa pengajaran dari pengalaman saya di dalam terowong. Saya akan berkongsi beberapa di antaranya.
Pertama, tidak kira betapa kuat kegelapan keraguan, kita pilih berapa lama dan setakat mana kita memberikan perkara itu mempengaruhi kita. Kita mesti ingat betapa banyak Bapa Syurgawi dan Putera-Nya menyayangi kita. Mereka tidak akan meninggalkan kita, atau akan membenarkan kita di atasi jika kita meminta pertolongan Mereka. Ingat pengalaman Petrus dengan ombak laut Galilee yang mengganas. Apabila Petrus merasa kegelapan sejuk mengelilingnya, dia mengenali dilemma dia serta merta dan memilih pada masa itu untuk meminta pertolongan. Dia tidak meragui kuasa Juruselamat untuk menolongnya; dia terus memanggil, “Ya Tuhan, selamatkanlah aku!”1
Di dalam hidup kita, tangan yang dihulurkan oleh Juruselamat mungkin mengambil bentuk dalam pertolongan daripada rakan yang dipercayai, seorang pemimpin, atau ibu bapa yang mengasihi. Apabila kita bergelut dengan kegelapan, tidak salah jika menyandar untuk sementara cahaya mereka yang menyayangi kita dan yang mempunyai minat yang terbaik buat kita.
Apabila kita mempertimbangkan dengan teliti, mengapa harus kita mendengar mereka yang tidak bermuka, suara sinis mereka yang berada dalam bangunan yang besar pada zaman kita dan tidak mengendahkan rayuan mereka yang benar-benar menyayangi kita? Orang-orang negatif ini lebih suka meruntuh daripada membina dan mengutuk daripada menaikkan semangat. Kata-kata yang mengutuk boleh membuat lubang dalam hidup kita, selalunya melalui elektronik yang memutarbelit yang ditulis dengan teliti dan dengan sengaja untuk memusnahkan iman kita. Adakah ia bijak untuk meletakkan kebaikan abadi kita di tangan orang yang tidak diketahui? Adakah ia bijak untuk menuntut pengetahuan daripada mereka yang tidak mempunyai cahaya untuk diberi dan mungkin mempunyai agenda persendirian yang di sembunyikan daripada kita? Individu tanpa nama ini, jika diberi secara jujur kepada kita, tidak akan diberi sedikit masa kita, tetapi oleh kerana mereka mengeksploitasikan media sosial, tersembunyi daripada penelitian, mereka mendapat kredibiliti yang tidak sewajibnya diberikan.
Pilihan kita untuk mengikut mereka yang mengutuk benda yang suci akan menjauhkan kita daripada cahaya penyelamatan dan pemberi-hidup Juruselamat. Yohanes mencatatkan: “Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, “Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup.”2 Ingat, mereka yang sebenarnya menyayangi kita boleh menolong kita membina iman.
Sama seperti masa malu di dalam terowong, kita mungkin berasa malu untuk meminta pertolongan apabila kita mempunyai keraguan. Mungkin, kita adalah di mana orang lihat untuk mendapat kekuatan, dan sekarang kita memerlukan pertolongan. Apabila kita sedar bahawa cahaya dan keselesaan yang boleh diberi Juruselamat adalah amat bernilai daripada dihilangkan kerana keangkuhan, barulah pemimpin Gereja yang diinspirasikan, ibu bapa dan rakan yang dipercayai boleh menolong. Mereka berdiri sedia untuk menolong kita untuk mendapat jaminan rohani yang akan menguatkan kita terhadap cabaran iman.
Kedua, kita mestilah percaya di dalam Tuhan untuk membangunkan kekuatan rohani dalam diri kita. Kita tidak boleh bergantung pada cahaya orang lain selamanya. Saya tahu bahawa kegelapan di dalam terowong itu tidak akan tahan lama jika saya sambung mengayuh di tepi rakan saya dan dalam keselamatan kumpulan kita. Tetapi jangkaan saya adalah saya dapat meneruskan perjalanan sejurus saya boleh melihat cahaya. Tuhan mengajar kita, “Mendekatlah kepada-Ku dan Aku akan mendekat kepadamu; carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemukan-Ku; mintalah, dan kamu akan menerima; ketuklah, dan akan dibukakan bagimu.”3 Kita harus bertindak, dengan mengharapkan bahawa Tuhan akan memenuhi janji-Nya untuk mengangkat kita daripada kegelapan jika kita mendekati-Nya. Si lawan, walau bagaimanapun, akan cuba meyakinkan kita bahawa kita tidak pernah merasakan Roh Kudus dan ia adalah lebih mudah jika kita berhenti mencuba.
Presiden Dieter F. Uchtdorf menasihatkan kita untuk “raguilah keraguan anda sebelum anda meragui iman anda”4 Di dalam bahagian saya, seorang pemuda baru berkata, “Terdapat perkara yang saya rasa tidak boleh diterangkan di dalam cara lain kecuali ia adalah daripada Tuhan.” Ini adalah integriti rohani.
Apabila berhadapan dengan soalan atau digoda dengan keraguan, kita harus ingat berkat rohani dan perasaan yang menusuk hati dan hidup kita dahulu dan meletakkan iman kita di dalam Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Saya diingatkan nasihat yang diberi dalam satu lagu rohani: “Kami tak ragu kasih Tuhan, Dulu telah kami buktikan”5 Dengan mengendahkan dan mengurangkan pengalaman dahulu, kita akan menjauhkan diri dari Tuhan.
Usaha pencarian kita untuk cahaya akan menguatkan keinginan kita untuk mengenalinya apabila ia menyinari hidup kita. Ayat suci moden mentakrifkan cahaya dan memberi kita satu janji kepada mereka yang menerimanya: “Apa yang dari Tuhan adalah terang; dan dia yang menerima terang, dan melanjutkan di dalam Tuhan, menerima lebih banyak terang; dan terang itu tumbuh makin cemerlang dan makin cemerlang sampai hari yang sempurna.”6 Sama seperti apabila kita terus mengayuh ke arah cahaya, lebih kita berterusan, lebih bercahaya pengaruh-Nya di dalam hidup kita. Seperti cahaya di hujung terowong, pengaruh-Nya akan memberi kita keyakinan, penentuan, keselesaan dan—yang paling penting—kuasa untuk mengetahui bahawa Dia hidup.
Ketiga, tidak terdapat kegelapan yang begitu tebal, begitu mengancam, atau susah yang ia tidak boleh diatasi oleh cahaya. Elder Neil L. Andersen baru ini mengajar: “Apabila kejahatan meningkat di dalam dunia, terdapat kuasa pampasan rohani untuk yang soleh. Apabila dunia meluncur daripada tambatan rohaninya, Tuhan menyediakan cara untuk mereka yang mencari-Nya, memberi mereka lebih jaminan, lebih pengesahan, dan lebih keyakinan di dalam haluan rohani yang mereka jalani. Kurnia Roh Kudus menjadi cahaya yang lebih terang di dalam senja yang akan muncul.”7
Saudara dan saudari, kita tidak dibiarkan keseorangan untuk dipengaruhi oleh setiap kesukaan hati orang atau perubahan dalam perangai dunia, tetapi kita mempunyai kuasa untuk memilih kepercayaan dari keraguan. Untuk mendapat akses kepada kuasa pampasan rohani yang dijanjikan, kita mesti memilih untuk mengikut nasihat nabi, mengenali dan mengikuti dorongan rohani, menaati perintah Tuhan dan mendapatkan kesaksian individu. Kita mesti memilih. Semoga kita memilih cahaya Juruselamat. Di dalam nama Yesus Kristus, amin.