Hatiku Merenung Secara Berterusan
Saya berdoa agar anda akan memilih untuk merenungkan firman Tuhan dengan lebih mendalam.
Pekerjaan saya ialah seorang pelabur. Saya juga seorang pengikut Yesus Kristus, Putera Tuhan.1 Dalam pekerjaan saya, saya ikut prinsip-prinsip kewangan yang baik. Apabila saya mengikut kepercayaan agama saya, saya berusaha untuk mengikut prinsip-prinsip kerohanian yang akan menolong saya menjadi lebih seperti Juruselamat.
Jemputan Mendatangkan Berkat
Banyak ganjaran peribadi yang sudah saya terima dalam hidup datang daripada hasil jemputan seseorang untuk melakukan tugas yang susah. Dengan objektif ini, saya ingin memberi anda dua jemputan. Yang pertama mempunyai implikasi kewangan. Yang kedua mempunyai implikasi rohani. Kedua-dua jemputan ini jika diterima, akan memerlukan usaha disiplin buat satu jangka masa yang panjang untuk menghasilkan ganjaran.
Jemputan Pertama
Jemputan pertama senang sahaja: Saya menjemput anda untuk menyimpan wang setiap minggu. Jumlah yang anda simpan tidak begitu penting, Anda tentukan jumlah itu. Apabila anda mengembangkan tabiat menyimpan wang, anda akan bermanfaat secara peribadi. Dan anda mungkin berpeluang untuk menolong orang lain daripada hasil ketekunan anda. Gambarkan hasil positif akibat menyimpan wang setiap minggu selama enam minggu, satu tahun, 10 tahun, atau lebih lama. Usaha yang kecil buat jangka masa yang lama boleh mendatangkan hasil yang besar.2
Jemputan Kedua
Jemputan kedua berbeza daripada yang pertama dan adalah lebih penting. Saya menjemput anda untuk “renunghafaz”3 satu perenggan tulisan suci setiap minggu. Perkataan renunghafaz tidak boleh didapati dalam kamus, tetapi ia penting bagi saya. Jadi apakah maksud renunghafaz? Ia adalah satu gabungan yang terdiri daripada 80 peratus renungan yang mendalam dan 20 peratus hafalan.
Terdapat dua langkah yang mudah:
Pertama, pilih satu perenggan tulisan suci setiap minggu dan letakkannya di mana anda dapat melihat ia setiap hari.
Kedua, baca atau fikir tentang perenggan itu beberapa kali setiap hari dan renungkan maksud kata-kata dan kunci frasa-frasa sepanjang minggu itu.
Gambarkan hasil yang akan datang dengan membuat demikian setiap minggu buat enam bulan, satu tahun, 10 tahun, atau lebih lama.
Apabila anda mengusahakan ini, anda akan merasai suatu peningkatan dalam kerohanian. Anda juga akan dapat mengajar dan mengangkat orang yang anda kasihi dengan cara yang lebih bererti.
Jika anda mula merenunghafaz setiap minggu, anda mungkin akan berasa seperti seorang yang telah menikmati aktiviti snorkel tetapi sekarang hendak mencuba selam skuba. Bersama keputusan ini, anda akan memperolehi satu pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip Injil dan perspektif rohani yang baru akan memberkat kehidupan anda.
Apabila anda merenungkan perenggan pilihan anda setiap minggu, kata-kata dan frasa-frasa itu akan tertulis dalam hatimu.4 Kata-kata dan frasa-frasa itu juga akan tertulis dalam mindamu. Dalam kata lain, hafalan akan berlaku dengan senang dan secara semula jadi. Tetapi matlamat utama renunghafaz adalah untuk menyediakan suatu tempat yang baik untuk fikiran anda—satu tempat yang memastikan anda berdekatan dengan Roh Tuhan.
Juruselamat telah berfirman, “Simpanlah baik-baik dalam fikiranmu secara berkelanjutan firman kehidupan.”5 Renunghafaz ialah satu cara yang senang dan baik untuk membuat demikian.
Saya percaya Nefi seorang yang suka merenunghafaz. Dia telah berkata, “Jiwaku suka akan tulisan-tulisan suci, dan hatiku merenungkannya[berterusan],dan menuliskannya bagi pembelajaran dan keuntungan anak-anakku.”6 Dia fikir tentang anak-anaknya semasa dia merenungkan dan menuliskan tulisan-tulisan suci. Bagaimanakah keluarga anda boleh bermanfaat ketika anda berusaha berterusan untuk memenuhi minda anda dengan firman Tuhan?
Perenggan Saya
Baru-baru ini, saya merenunghafazkan Alma 5:16. Ia berbaca, “Aku berkata kepadamu, dapatkah kamu membayangkan kepada dirimu sendiri bahawa kamu mendengar suara Tuhan, menfirmankan kepadamu, pada hari itu: Datanglah kepada-Ku kamu yang diberkati, kerana lihatlah, pekerjaanmu adalah pekerjaan kesolehan di atas muka bumi?”
Pada akhiran minggu itu, inilah kesudahan yang telah tertera dalam minda saya: Bayangkan anda mendengari suara Tuhan berkata, “Datanglah kepada-Ku kamu yang diberkati, kerana lihatlah, pekerjaanmu adalah pekerjaan kesolehan”.(Alma 5:16
Anda dapat lihat, saya tidak menghafazkan setiap perkataan. Tetapi, saya renungkan berulang kali elemen-elemen utama perenggan itu dan di mana ia boleh didapati. Tetapi bahagian yang paling baik dalam proses ini adalah bahawa saya dapat fikir tentang sesuatu yang baik. Sepanjang minggu saya gambarkan Juruselamat mengucapkan kata-kata galakan kepada saya. Imej itu mengilhamkan saya dan menolong saya untuk hendak melakukan “pekerjaan kesolehan.” Inilah yang akan berlaku apabila kita “pandanglah kepada [Kristus] dalam setiap pemikiran.”7
Kita Mesti Menentang
Anda mungkin bertanya, “Mengapa saya harus berbuat demikian?” Saya akan menjawab kerana kita berada dalam satu zaman di mana kejahatan menyebar. Kita tidak boleh hanya menerima status quo dan disuapkan kata-kata dan imej yang buruk ke mana-mana kita pergi dan tidak berbuat apa-apa. Kita mesti menentang. Apabila minda kita diisi dengan fikiran dan imej yang baik, apabila kita “selalu mengingat-Nya,”8 tidak ada ruang yang tinggal untuk kekotoran dan sampah.
Dalam Kitab Mormon, Yesus Kristus menjemput semua orang untuk “renungkanlah hal-hal yang telah [Dia] firmankan.”9 Lihatkan renunghafaz sebagai satu tambahan ke kajian tulisan suci peribadi dan keluarga anda, tetapi jangan menjadikannya sebagai satu gantian. Renunghafaz adalah seperti menambahkan vitamin lepasan-masa yang baru kepada diet rohani anda sekarang.
Ini Terlalu Susah
Mungkin anda berkata, “Renunghafaz terlalu susah bagi saya.” Janganlah takut. Melakukan perkara yang susah boleh memanfaatkan anda. Kristus menjemput kita untuk melakukan banyak perkara yang susah kerana Dia tahu kita akan diberkati oleh hasil usaha kita.10
Seorang jiran muda kami menjumpai satu cara yang mudah untuk merenunghafaz. Dia letakkan perenggan tulisan sucinya pada skrin utama telefonnya. Satu lagi idea yang boleh anda cuba ialah mengongsikan perenggan anda dengan adik atau abang, seorang kanak-kanak, atau seorang rakan. Saya dan isteri saya, Julie, saling menolong satu sama lain. Kami pilihkan perenggan kami setiap hari Ahad. Dia meletakkan perenggannya pada peti sejuk. Saya letakkan perenggan saya dalam kereta saya. Kemudiannya kami berkongsikan fikiran tentang perenggan kami sepanjang minggu itu. Kami juga membincangkan perenggan kami bersama anak-anak kami. Apabila kami berbuat demikian, mereka nampak lebih selesa untuk mengongsikan fikiran mereka tentang firman Tuhan bersama kami.
Saya dan Julie juga menyertai satu kumpulan dalam talian di mana ahli-ahli keluarga, rakan-rakan, dan para mubaligh boleh kongsikan tulisan suci mereka setiap minggu dan kadangkala ia termasuk satu fikiran atau kesaksian yang berkenaan. Menjadi sebahagian dalam satu kumpulan menolong kita untuk menjadi lebih konsisten. Anak perempuan remaja saya dan satu kumpulan rakan-rakannya menggunakan media sosial dan sms untuk mengongsikan tulisan-tulisan suci bersama satu sama lain.
Jangan berasa ragu untuk menjemput orang yang beragama lain ke dalam kumpulan anda. Mereka juga mencarikan cara untuk meningkatkan fikiran mereka dan untuk mendekati Tuhan.
Apakah Faedah-faedahnya?
Jadi apakah faedah-faedahnya? Saya dan Julie sudah merenunghafaz satu perenggan setiap minggu buat lebih daripada tiga tahun. Pada mulanya, kami tetapkan satu matlamat sepanjang 20 tahun. Dia baru-baru ini telah memberitahu saya: “Apabila kamu jemput saya untuk merenunghafaz satu perenggan setiap minggu selama 20 tahun, saya tidak pasti sama ada saya boleh lakukan ia buat satu bulan. Sekarang saya tidak beragu-ragu lagi. Saya tidak percaya betapa menyeronokkan untuk meletakkan satu perenggan tulisan suci pada peti sejuk setiap minggu, dan dengan hanya merenunghafaznya setiap kali saya nampaknya, semangat saya diangkat.”
Selepas merenunghafaz sepanjang enam minggu, seorang saudari dari Texas, Amerika Syarikat berkata: “Kesaksian saya diperkuatkan, … dan saya berasa lebih rapat dengan Bapa Syurgawi saya. … Saya suka bagaimana firman Tuhan sudah memperbaikikan saya.”
Seorang remaja menulis: “Saya suka [merenunghafaz] kerana ia telah membantu saya untuk berfokus kepada perkara yang lebih penting.”
Salah seorang mubaligh kami kongsikan: “Saya sudah merenunghafaz satu perenggan setiap minggu semenjak Jun 2014, dan saya suka kegiatan ini … Tulisan-tulisan suci ini menjadi rakan yang boleh saya harapkan pada masa yang berkeperluan.”
Bagi saya, saya dapat merasai Roh dengan lebih sempurna apabila saya merenunghafaz setiap minggu. Kasih saya terhadap tulisan suci juga telah meningkat akibatnya usaha untuk “biarlah kebajikan mengisi fikiran [saya] dengan tidak ada hentinya. ”11
Timbangkanlah jemputan ini dan berkat hebat ini yang telah dikongsikan oleh Nefi: “Jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”12 Dengan semangat untuk “berjamu dengan firman Kristus,” renunghafaz adalah seperti menggigit makanan dan mengunyah dengan perlahan-lahan untuk menikmati kelazatan dengan sepenuhnya.
Apakah Perenggan Anda?
Adakah anda akan merenunghafaz satu perenggan tulisan suci setiap minggu sehingga hujung bulan ini? Sehingga hujung tahun ini? Mungkin lebih lama? Saya dan Julie telah menjemput semua mubaligh berani kami di Dallas Texas untuk merenunghafaz bersama kami sepanjang 20 tahun. Kami akan menamatkan perlumbaan ini bersama-sama dalam 17 tahun. Kemudian kami akan menetapkan matlamat baru untuk meningkatkan fikiran dan membawa kami untuk mendekati Kristus dengan lebih lagi.
Anda boleh memeriksa dengan bertanya kami “Apakah perenggan kamu?” Namun jika anda bertanya, bersedialah untuk mengongsikan tulisan suci anda. Kita semua akan diangkat sebagai hasil pertukaran kita.
Bolehkah anda gambarkan bagaimana kehidupan anda dan kehidupan keluarga akan berubah jika anda tuliskan satu perenggan tulisan baru pada hati dan minda anda setiap minggu buat beberapa bulan atau beberapa tahun atau mungkin lebih lama?
Yesus Kristus Ialah Teladan Kita
Yesus Kristus sudah pasti telah mengasihi tulisan suci semenjak kecil lagi. Dia mungkin sudah membaca dan merenungkan tulisan suci ketika dia masih seorang kanak-kanak supaya dia boleh berbincang dengan para pengajar yang bijaksana di bait suci pada umur 12.13 Dia memulakan misinya pada umur 30 tahun,14 dan dia sering merujuk kepada tulisan suci sepanjang pelayanan-Nya.15 Kita boleh kata Dia telah mengkaji dan merenung tulisan suci buat sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai sebahagian daripada persediaan misi-Nya? Adakah sesuatu yang harus anda lakukan hari ini untuk menyediakan diri secara rohani demi peluang masa depan untuk mengajar dan memberkat keluarga anda dan orang lain?
Jalankan Iman Anda dan Bertindaklah
Untuk mengulang semula, saya berharap anda akan membuat keputusan untuk menyimpan wang setiap minggu. Gunakan iman anda, disiplinkan diri sendiri, dan bertindak. Saya juga berdoa agar anda akan pilih untuk merenungkan firman Tuhan dengan lebih mendalam setiap minggu. Jalankan iman anda, disiplinkan diri, dan bertindak.
Tidak serupa dengan jemputan pertama untuk menyimpan wang, semua faedah jemputan yang menyelamatkan jiwa kedua saya itu akan anda simpan selama-lamanya—bebas dari gegat dan karat dunia ini.16
Elder D. Todd Christofferson telah berikan nasihat dan janjian ini: “Kajikan tulisan suci dengan teliti. Renung dan berdoalah tentang tulisan suci. Ia ialah wahyu, dan ia akan datangkan wahyu tambahan.”17
Kesimpulan
Saya berjanji bahawa anda tidak akan berasa kesal untuk menuliskan satu perenggan ayat suci pada hati dan minda anda setiap minggu. Anda akan mengalami satu perasaan rohani yang bertujuan, berperlindungan, dan kuasa rohani yang berterusan.
Ingatlah firman Yesus Kristus apabila Dia berkata, “Lakukanlah apa yang telah kamu lihat Aku lakukan.”18 Semoga kita benar-benar mengaplikasikan firman-Nya dalam kehidupan kita, adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.