Ajaran dan Perjanjian 2021
26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: “Kuasa Ketuhanan”


“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84: ‘Kuasa Ketuhanan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“26 Julai–1 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 84,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
Joseph Smith menerima Imamat Melkisedek

Restoration, oleh Liz Lemon Swindle

26 Julai–1 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 84

“Kuasa Ketuhanan”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 84, renungkan nasihat tentang “hidup dengan setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan”(ayat 44). Bagaimanakah anda akan menjalani firman dalam wahyu ini?

Mencatat Tanggapan Anda

Sejak imamat dipulihkan pada tahun 1829, Orang Suci Zaman Akhir telah diberkati oleh kuasa kudus itu. Mereka dibaptiskan, ditetapkan, dan dipanggil untuk melayani oleh wewenang imamat, seperti kita sekarang. Tetapi memiliki akses kepada kuasa imamat tidaklah sama seperti memahaminya sepenuhnya, dan Tuhan mempunyai banyak untuk difahami oleh Orang suci-Nya—terutamanya tentang pemulihan tatacara bait suci. Wahyu pada tahun 1832 tentang imamat, kini Ajaran dan Perjanjian 84, memperluaskan penglihatan para Orang suci tentang imamat sebenarnya. Dan ia boleh melakukan yang sama untuk kita pada masa kini. Lagipun, banyak yang perlu dipelajari tentang kuasa ilahi yang memegang “kunci pengetahuan Tuhan,” yang menyatakan “kuasa ketuhanan,” dan itu mempersiapkan kita untuk “melihat muka Tuhan, bahkan Bapa, dan hidup” (ayat 19–22).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 84:1–5, 17–28

Saya mempunyai akses kepada kuasa imamat dan berkat Tuhan.

Apabila anda fikir tentang perkataan imamat, apakah yang datang ke minda anda? Seberapa kerap anda fikirkan tentang imamat dan pengaruhnya dalam kehidupan seharian anda? Selepas merenungkan soalan-soalan ini, kaji Ajaran dan Perjanjian 84:1–5, 17–28, dan pertimbangkan apa yang Tuhan ingin anda tahu tentang kuasa imamat-Nya. Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk menggambarkan imamat kepada seseorang dan menjelaskan tujuannya?

Anda juga boleh merenungkan tatacara imamat yang anda telah terlibat. Bagaimana anda telah melihat “kuasa ketuhanan” (ayat 20) dinyatakan dalamnya? Pertimbangkan apa yang Tuhan ingin anda lakukan untuk menerima lebih banyak kuasa-Nya ke dalam kehidupan anda.

Ajaran dan Perjanjian 84:31–42

Jika saya menerima Tuhan dan para pengikut-Nya, saya akan menerima semua yang Bapa miliki.

Elder Paul B. Pieper mengajarkan: “Sangat menarik bahawa dalam sumpah dan perjanjian dalam imamat [Ajaran dan Perjanjian 84:31–42] Tuhan menggunakan kata kerja memperoleh dan menerima. Dia tidak menggunakan kata kerja ditahbiskan. Dalam bait suci lelaki dan wanita—bersama-sama—memperoleh dan menerima berkat dan kuasa Imamat Harun dan Melkisedek” (“Revealed Realities of Mortality,” Ensign, Jan. 2016, 21).

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 84:31–42, cari kata-kata “memperoleh” dan “menerima.” Renungkan maknanya dalam kandungan ini. Bagaimanakah anda “menerima” Tuhan dan para pelayan-Nya?

Anda juga boleh perhatikan janji-janji dalam ayat-ayat ini berkaitan dengan sumpah dan perjanjian dalam imamat, yang Tuhan “tidak dapat langgari” (ayat 40). Apakah yang anda rasa telah mengilhami anda untuk menjadi lebih beriman dalam menerima Bapa, para pelayan-Nya, dan kuasa imamat-Nya?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Perjanjian,” “Sumpah,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

Ajaran dan Perjanjian 84:43–58

Saya datang kepada Kristus semasa saya mengendahkan firman-Nya dan mendengar kepada Roh-Nya.

Membaca tulisan suci dan kata-kata para nabi dengan kerap adalah lebih dari sekadar satu tugas untuk dipangkah dalam senarai tugas rohani untuk dilakukan. Apakah kebenaran yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 84:43–58 yang membantu anda memahami mengapa anda perlu secara konsisten mengkaji firman Tuhan? Perhatikan perbezaan antara cahaya dan kegelapan dalam ayat-ayat ini; bagaimanakah “[ke]tekun[nan] [anda] mengendahkan firman tentang kehidupan abadi” membawa cahaya, kebenaran, dan “Roh Yesus Kristus” ke dalam kehidupan anda? (ayat 43, 45).

Lihat juga 2 Nefi 32:3.

Imej
wanita membaca tulisan suci

Mengkaji tulisan suci membantu saya merasakan pengaruh Roh.

Ajaran dan Perjanjian 84:62–91

Tuhan akan berserta saya ketika saya berada dalam pelayanan-Nya.

Semasa anda membaca ayat-ayat ini, anda boleh mengenal pasti cara-cara Tuhan berfirman bahawa Dia akan menyokong para Rasul dan penginjil-Nya. Bagaimanakah janji-janji ini berguna untuk pekerjaan yang Dia minta anda lakukan? Contohnya, bagaimanakah janji-janji dalam ayat 88 telah digenapi dalam kehidupan anda?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 84:6–18.Selepas membaca tentang bagaimana Musa menerima wewenang imamat-Nya, seorang pemegang imamat dalam keluarga anda atau seorang pelayan saudara boleh berkongsi pengalaman-Nya tentang ditahbiskan kepada jawatan imamat. Jika boleh, dia boleh berkongsi dan berbincang talian wewenang imamat-Nya. Mengapakah ia penting bahawa kita boleh menjejak wewenang imamat dalam Gereja kini sehingga kembali kepada wewenang Yesus Kristus? Untuk meminta talian wewenang imamat, hantar e-mel ke lineofauthority@ChurchofJesusChrist.org.

Ajaran dan Perjanjian 84:20–21.Bilakah keluarga anda mengalami “kuasa ketuhanan” dinyatakan melalui tatacara misalnya pembaptisan atau sakramen? Mungkin anda boleh bercakap tentang bagaimana tatacara ini membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup kita. Anda juga boleh menunjukkan sekeping gambar bait suci dan bincangkan bagaimana tatacara bait suci memberi kita kuasa tambahan untuk menjadi seperti Juruselamat. Anda mungkin ingin menyanyikan sebuah lagu tentang imamat “Imamat T’lah Dipulihkan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 60), dan bincangkan apa yang lagu ini ajarkan tentang imamat.

Ajaran dan Perjanjian 84:43–44.Anda boleh menyediakan makanan atau hidangan bersama dan menamakan setiap bahan dengan satu perkataan atau kata dari ayat 44. Mengapakah ia penting untuk kita memasukkan setiap bahan? Mengapakah ia penting untuk hidup dengan setiap firman Tuhan?

Ajaran dan Perjanjian 84:98–102.Apakah yang kita pelajari tentang Yesus Kristus dari “lagu baru” (ayat 98) dalam ayat-ayat ini? Apakah yang kita boleh lakukan di masa kita sekarang untuk membantu membawa keadaan seperti yang digambarkan dalam lagu ini?

Ajaran dan Perjanjian84:106–10.Bagaimanakah keluarga kita “diteguhkan bersama” oleh kurnia dan usaha “setiap ahli”? (ayat 110).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Imamat T’lah Dipulihkan,” Buku Nyanyian Anak-anak, 60; lihat juga “Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Hulurkan dan membuat susulan tentang jemputan untuk bertindak. Apabila anda menjemput keluarga anda untuk bertindak atas apa yang mereka pelajari, anda menunjukkan bahawa injil adalah sesuatu untuk dijalani, bukannya hanya dipercakapkan. Bagaimanakah anda dapat menjemput mereka untuk bertindak dari kajian anda tentang Ajaran dan Perjanjian 84?

Imej
Bait suci Roma Italia

Bait suci Roma Italia

Cetak