Ajaran dan Perjanjian 2021
16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: “Suatu Asas dengan Janji”


“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: ‘Suatu Asas dengan Janji,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
lelaki dan wanita menyediakan makanan

16–22 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 89–92

“Suatu Asas dengan Janji”

Dengan penuh doa kaji Ajaran dan Perjanjian 89–92, dan catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Peka kepada cara “Roh [menyatakan] kebenaran” kepada anda semasa anda mengkaji (Ajaran dan Perjanjian 91:4).

Mencatat Tanggapan Anda

Di Sekolah Para Nabi, Nabi Joseph Smith mengajar para penatua Israel tentang membina kerajaan Tuhan di bumi. Mereka membincangkan kebenaran rohani, berdoa bersama, berpuasa, dan bersedia untuk mengkhutbahkan Injil. Tetapi ada sesuatu tentang suasana yang mungkin kelihatan aneh kepada kita hari ini, dan ia juga kelihatan tidak betul bagi Emma Smith juga. Semasa pertemuan, para lelaki itu merokok dan mengunyah tembakau, yang merupakan hal biasa buat masa itu, tetapi ia mengotorkan lantai kayu dan meninggalkan bau yang kuat di udara. Emma berkongsi kebimbangannya dengan Joseph, dan Joseph bertanya kepada Tuhan. Hasilnya adalah wahyu yang lebih daripada tentang asap dan kotoran tembakau. Ia memberi para Orang Suci, [dan] untuk generasi yang akan datang, “suatu asas dengan janji”—menjanjikan kesihatan jasmani, “kebijaksanaan,” dan “harta pengetahuan yang besar” (Ajaran dan Perjanjian 89:3, 19).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 89

Kata-kata Bijaksana adalah “suatu asas dengan janji.”

Ketika para penatua di Sekolah Para Nabi pertama kali mendengar Joseph Smith membaca Kata-kata Bijaksana, mereka segera “membuangkan pipa tembakau dan palam tembakau ke dalam api” (Saints, 1:168). Pada masa itu, Kata-kata Bijaksana dianggap sebagai langkah berjaga [dan] bukannya satu perintah, tetapi mereka ingin menunjukkan kerelaan mereka untuk patuh. Mungkin anda telah “membuangkan” bahan-bahan yang Kata-kata Bijaksana larangkan dari kehidupan anda, tetapi apa lagi yang anda boleh belajar dari wahyu ini? Pertimbangkan idea-idea ini:

  • Cari ayat yang anda mungkin tidak perasan—atau fikir banyak tentangnya sebelum ini. Apakah yang anda pelajari darinya?

  • Ajaran dan Perjanjian 89 menyertakan beberapa janji (lihat ayat 18–21). Menurut anda apakah makna janji-janji ini?

  • Apakah yang wahyu ini ajarkan anda tentang Tuhan?

  • Apakah contoh yang telah anda lihat tentang “kejahatan dan rancangan … di dalam hati orang-orang jahat yang bersubahat”? (ayat 4).

  • Fikirkan wahyu tersebut sebagai “suatu asas dengan janji” (ayat 3)—kebenaran bertahan yang membimbing dalam membuat keputusan—bukan hanya senarai untuk dilakukan atau tidak boleh dilakukan. Apakah asas-asas yang anda temui yang boleh membimbing keputusan anda?

Nabi moden telah memberi amaran tentang bahaya kandungan dan kelakuan yang disebut dalam Kata-kata Bijaksana (lihat “Kesihatan Jasmani dan Emosi,” Untuk Kekuatan Remaja, 25–27). Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menjaga minda dan tubuh anda dengan lebih baik?

Lihat juga Daniel 1; 1 Korintus 6:19–20.

Imej
pemuda berlari di pantai

Kata-kata Bijaksana mengajar kita untuk menjaga tubuh kita.

Ajaran dan Perjanjian 90:1–17

Presidensi Utama memegang “kunci-kunci kerajaan.”

Dalam bahagian 90, Tuhan memberi arahan tentang “pelayanan dan presidensi” (ayat 12) Joseph Smith, Sidney Rigdon, dan Frederick G. Williams—ahli-ahli yang kita kini gelar sebagai Presidensi Utama. Apakah yang anda pelajari tentang Presidensi Utama dari ayat 1–17? Kaji semula pesanan terbaru daripada ahli-ahli Presidensi Utama. Bagaimanakah kata-kata mereka “mendedahkan misteri-misteri kerajaan” kepada anda? (ayat 14). Bagaimanakah mereka “mengatur segala urusan gereja dan kerajaan ini”? (ayat 16).

Lihat juga Henry B. Eyring, “Kuasa Iman yang Menyokong,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 58–60.

Ajaran dan Perjanjian 90:24

“Segala hal akan bekerja bersama demi kebaikan [saya].”

Renungkan sebarang pengalaman yang anda ada yang bersaksi tentang janji Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 90:24. Pertimbangkan untuk mencatatkan pengalaman ini atau berkongsi dengan seorang ahli keluarga atau orang yang dikasihi—mungkin juga seseorang yang memerlukan penghiburan atau galakkan. Sekiranya masih terdapat berkat yang anda tunggu, perhatikan apa yang anda boleh lakukan untuk kekal setia semasa anda menunggu untuk melihat bagaimana “segala hal akan bekerja bersama demi kebaikan anda.”

Ajaran dan Perjanjian 90:28–31

Siapakah Vienna Jaques?

Vienna Jaques dilahirkan pada 10 Jun 1787, di Massachusetts. Seorang wanita beriman yang mempunyai banyak keupayaan kewangan, Vienna pertama kali bertemu dengan para penginjil pada tahun 1831. Selepas mendapat kesaksian rohani bahawa pesanan mereka adalah benar, dia pergi untuk bertemu Nabi di Kirtland, Ohio, di mana dia dibaptiskan.

Vienna mematuhi nasihat Tuhan kepadanya dalam Ajaran dan Perjanjian 90:28–31. Kebaktiannya kepada Tuhan, termasuk sumbangan yang telah dibuatnya di Kirtland, datang pada masa yang sangat penting bagi Gereja, ketika para pemimpin cuba membeli tanah di mana Bait suci Kirtland akan dibina. Vienna adalah “setia, dan tidak … malas” sepanjang kehidupannya dan akhirnya dapat “menetap dalam kedamaian” (ayat 31) di Salt Lake Valley, dia meninggal pada usia 96.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 89.Ahli keluarga anda boleh melukis atau mencari gambar makanan dan kandungan lain yang disebutkan dalam Ajaran dan Perjanjian 89. Kemudian anda boleh memainkan satu permainan—ahli keluarga boleh bergilir-gilir memilih gambar secara rawak, meletakkan benda-benda yang tidak boleh kita gunakan dalam tong sampah dan benda-benda yang perlu kita gunakan di atas pinggan. Bagaimanakah janji-janji dalam ayat 18–21 telah dipenuhi dalam kehidupan kita?

Membaca “Kesihatan Jasmani dan Emosi” dalam Untuk Kekuatan Remaja (25–27) boleh membawa kepada perbincangan tentang cara lain untuk menjaga kesihatan kita dan berkat yang Tuhan janjikan.

Ajaran dan Perjanjian 90:5.Bercakap tentang bagaimana anda “menerima [wahyu atau nabi] Tuhan.” Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa ia bukanlah “hal yang remeh” bagi kita?

Ajaran dan Perjanjian 91.Anda boleh berbincang bagaimana nasihat Tuhan tentang Deuterokanonika (lihat ayat 1–2) berguna untuk media yang keluarga anda lihat kini (lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Deuterokanonika,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Anda juga boleh berkongsi pengalaman peribadi ketika “diterangi oleh Roh” (ayat 5) telah membantu anda membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan.

Ajaran dan Perjanjian 92:2.Apakah maknanya untuk menjadi “anggota [Gereja] yang aktif”?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Tuhan B’ri Ku Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-anak, 73.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Guna kepelbagaian. Cari pelbagai cara untuk melibatkan keluarga anda dalam pengkajian tulisan suci sekeluarga. Sebagai contoh, ahli keluarga boleh menyanyi lagu rohani atau lagu kanak-kanak yang berkaitan dengan ayat, melukis gambar yang mereka baca, atau meringkaskan ayat dengan kata-kata mereka sendiri.

Imej
buah-buahan dan sayur-sayuran

“Dan semua orang suci yang … melakukan firman ini, berjalan dalam kepatuhan pada perintah-perintah, akan menerima kesihatan pada pusat dan tulang sumsum mereka” (Ajaran dan Perjanjian 89:18).

Cetak