Kuasa Iman yang Menyokong
Dengan mengangkat tangan anda untuk sokong, anda berjanji dengan Tuhan yang anda akan sokong hamba-hamba-Nya.
Banyak kali saya telah mendengar pemimpin imamat berterima kasih bagi iman yang menyokong daripada yang orang yang mereka melayani. Dari emosi dalam suara mereka, anda tahu kesyukuran mereka adalah dalam dan ikhlas. Tujuan saya hari ini adalah untuk menyampaikan penghargaan Tuhan bagi sokongan anda kepada hamba-hamba-Nya dalam Gereja-Nya. Dan juga untuk menggalakkan anda untuk menjalankan dan berkembang dalam kuasa untuk menyokong orang lain dengan iman anda.
Sebelum anda dilahirkan, anda menunjukkan kuasa sedemikian. Fikir kembali kepada apa yang kita ketahui tentang dunia roh sebelum kita dilahirkan. Bapa Syurgawi kita membentangkan rancangan untuk anak-anak-Nya. Kita berada di sana. Lusifer, saudara roh kita, menentang rancangan yang akan memberi kita kebebasan untuk memilih. Yehovah, Putera yang dikasihi Bapa Syurgawi, menyokong rancangan itu. Lusifer memimpin satu pemberontakan. Suara sokong daripada Yehovah menang, dan Dia bersukarela untuk menjadi Juruselamat kita.
Hakikat yang anda kini berada dalam kefanaan meyakinkan kita yang anda telah menyokong Bapa dan Juruselamat. Ia memerlukan iman kepada Yesus Kristus untuk menyokong rancangan kebahagiaan dan peranan-Nya apabila anda hanya tahu sedikit saja tentang cabaran yang anda akan hadapi dalam kefanaan.
Iman anda untuk menyokong hamba-hamba Tuhan telah menghasilkan kebahagiaan anda dalam kehidupan ini juga. Apabila anda menerima cabaran penginjil untuk berdoa untuk mengetahui bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan, anda mempunyai iman untuk menyokong hamba Tuhan. Apabila anda menerima jemputan untuk dibaptiskan, anda menyokong hamba Tuhan yang rendah hati.
Apabila anda membenarkan seseorang meletakkan tangan di atas kepala anda dan berkata, “Terimalah Roh Kudus,” anda menyokongnya sebagai pemegang Imamat Melkisedek.
Sejak hari itu, anda telah melayani dengan iman, menyokong setiap orang yang telah menganugerahkan imamat kepada anda dan setiap orang yang telah mentahbiskan anda ke jawatan dalam imamat itu.
Pada pengalaman awal imamat anda, setiap sokongan itu adalah satu peristiwa yang biasa tentang mempercayai seorang hamba Tuhan. Sekarang, ramai di antara anda telah maju ke jawatan di mana untuk menyokong memerlukan lebih lagi.
Anda memilih untuk menyokong semua yang Tuhan panggil—dalam apa saja panggilan daripada Tuhan. Pilihan itu berlaku dalam persidangan di seluruh dunia. Ia telah berlaku dalam sini. Dalam pertemuan berikut, nama para lelaki dan wanita—hamba-hamba Tuhan—dibaca, dan anda dijemput untuk mengangkat tangan anda untuk sokong. Anda boleh enggan memberi undi sokongan anda, atau anda boleh menjanjikan sokongan iman anda. Dengan mengangkat tangan anda untuk sokong, anda membuat janji. Anda berjanji dengan Tuhan yang anda akan sokong hamba-hamba-Nya.
Ini adalah manusia yang tidak sempurna, sama seperti anda. Mentaati janji anda akan memerlukan iman yang kuat bahawa Tuhan memanggil mereka. Mentaati janji itu juga akan membawa kebahagiaan abadi. Tidak mentaatinya akan membawa kesedihan kepada anda dan kepada orang yang anda kasihi—dan juga kerugian yang sangat besar.
Anda mungkin telah ditanya, atau anda akan ditanya, sama ada anda menyokong uskup, presiden pancang, para Penguasa Umum, dan para Pegawai Umum Gereja anda. Ia mungkin berlaku ketika anda diminta untuk menyokong para pegawai dan pemimpin dalam persidangan. Kadangkala ia berlaku dalam temuduga dengan seorang uskup atau presiden pancang.
Nasihat saya ialah anda bertanya diri sendiri soalan tersebut terdahulu, dengan pemikiran yang berhati-hati dan penuh berdoa. Apabila anda lakukannya, anda boleh fikirkan tentang pemikiran, kata-kata, dan perbuatan anda baru-baru ini. Cuba ingat dan bentukkan jawapan yang anda akan berikan ketika Tuhan temuduga anda, kerana suatu hari nanti Dia akan lakukannya. Anda boleh mempersiapkan diri dengan bertanya soalan seperti berikut:
-
Pernahkah saya berfikir atau bercakap tentang kelemahan manusia tentang orang yang saya telah berjanji untuk sokong?
-
Pernahkah saya mencari bukti bahawa Tuhan memimpin mereka?
-
Adakah saya kepimpinan mereka dengan bertanggungjawab dan setia?
-
Pernahkah saya bercakap tentang bukti yang saya dapat lihat bahawa mereka adalah hamba Tuhan?
-
Adakah saya berdoa untuk mereka dengan nama dan perasaan kasih secara kerap?
Bagi kebanyakan kita, soalan tersebut akan membawa kepada perasaan kerisauan dan keperluan untuk bertaubat. Kita diperintahkan oleh Tuhan untuk tidak menghakimi orang lain secara tidak soleh, tetapi dalam harian, kita mendapatinya sukar dihindari. Hampir semua yang kita lakukan dalam bekerja dengan orang membuat kita menilai mereka. Dan dalam hampir setiap aspek kehidupan kita, kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita mungkin berbuat demikian atas banyak sebab, ada yang munasabah, tetapi ia sering membuat kita mengkritik.
Presiden George Q. Canon memberi amaran yang saya sampaikan kepada anda seperti kepada diri saya. Saya percaya dia berkata benar: “Tuhan telah memilih hamba-hamba-Nya. Dia menuntut bahawa ia hak-Nya untuk mengutuk mereka jika mereka memerlukan kutukan. Dia tidak memberikan kita hak secara individu untuk mengkritik dan mengutuk mereka. Tiada seorang pun, tak kira betapa kuat imannya, tak kira apa pun jawatannya, boleh mengkritik orang yang terpilih oleh Tuhan dan mencari kesalahan dengan wewenang Tuhan di bumi tanpa menimbulkan kemarahan-Nya. Roh Kudus akan menarik diri daripada orang itu, dan dia tidak akan merasai Roh Kudus. Oleh itu, adakah anda tidak melihat betapa pentingnya kita berhati-hati?”1
Saya perhatikan yang ahli Gereja di seluruh dunia secara umumnya setia kepada satu sama lain dan kepada mereka yang memimpin mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pembaikan yang kita boleh dan mesti buat. Kita boleh memperbaikkan diri dalam kuasa kita untuk menyokong satu sama lain. Ia akan memerlukan iman dan usaha. Berikut adalah empat cadangan yang saya buat untuk kita bertindak pada persidangan ini.
-
Kita boleh mengenal pasti tindakan tertentu yang dicadangkan oleh pembicara dan lakukannya hari ini. Apabila kita lakukannya, kuasa kita untuk menyokong mereka akan meningkat.
-
Kita boleh berdoa untuk mereka ketika mereka berucap agar Roh Kudus akan membawa kata-kata mereka ke dalam hati orang yang kita kasihi. Apabila kita mendapati kemudian yang doa kita dijawab, kuasa kita untuk menyokong pemimpin tersebut akan meningkat.
-
Kita boleh berdoa agar pembicara tertentu akan diberkati dan dikembangkan ketika mereka memberi pesanan mereka. Apabila kita melihat bahawa mereka telah dikembangkan, iman kita untuk menyokong mereka akan membesar dan ia akan bertahan.
-
Kita boleh mendengar pesanan daripada pembicara yang datang sebagai jawapan kepada doa peribadi kita untuk bantuan. Apabila jawapan datang, dan ia akan datang, iman kita untuk menyokong hamba-hamba Tuhan akan membesar.
Sebagai tambahan kepada memperbaik sokongan kepada mereka yang melayani dalam Gereja, kita akan belajar bahawa terdapat satu lagi keadaan di mana kita dapat meningkatkan kuasa tersebut. Di sana, ia boleh membawa berkat lebih besar kepada kita. Ia berada di rumah dan keluarga.
Saya bercakap kepada pemegang imamat muda yang tinggal di rumah dengan bapanya. Biar saya ceritakan kepada anda dari pengalaman saya sendiri apa ertinya untuk seorang bapa merasakan sokongan iman anda. Dia mungkin kelihatan penuh keyakinan kepada anda. Tetapi dia menghadapi lebih banyak cabaran. Kadang-kala dia tidak dapat mencari penyelesaian untuk masalah-masalah di hadapannya.
Kekaguman anda terhadapnya akan menolongnya sedikit. Kasih anda kepadanya akan lebih membantu. Tetapi perkara yang paling membantu adalah kata-kata yang ikhlas seperti ini: “Ayah, saya telah berdoa untuk kamu, dan saya merasakan yang Tuhan akan membantu kamu. Semuanya akan berjalan dengan baik. Saya tahu itu.”
Kata-kata seperti ini juga mempunyai kuasa seperti bapa kepada anak lelaki. Apabila seorang anak lelaki melakukan kesalahan serius, mungkin dalam perkara rohani, dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal. Sebagai bapanya, pada masa itu, anda mungkin terkejut apabila, selepas anda berdoa untuk mengetahui apa yang harus dilakukan, Roh Kudus akan mengilhami anda untuk berkata: “Anak, saya akan bersama dengan kamu sepanjang jalan. Tuhan mengasihi kamu. Dengan bantuan-Nya, kamu boleh kembali. Saya tahu bahawa kamu boleh dan kamu akan kembali. Saya sayang kamu.”
Dalam kuorum imamat dan dalam keluarga, peningkatan iman untuk menyokong satu sama lain adalah cara kita membina Sion yang Tuhan mahu kita ciptakan. Dengan bantuan-Nya, kita boleh dan kita akan dapat lakukannya. Ini memerlukan kita belajar untuk mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatan dan untuk mengasihi satu sama lain seperti kita mengasihi diri kita sendiri.
Apabila kita berkembang dalam kasih suci Kristus, hati kita melembut. Kasih itu akan merendahkan hati kita dan membuat kita bertaubat. Keyakinan kita terhadap Tuhan dan antara satu sama lain akan membesar. Dan kemudian kita akan maju ke arah menjadi satu, seperti yang Tuhan janjikan bahawa kita boleh lakukannya.2
Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi mengenali dan mengasihi anda. Yesus ialah Kristus yang hidup. Inilah Gereja-Nya. Kita memegang imamat-Nya. Dia akan menghormati usaha kita untuk mengembangkan kuasa kita untuk menjalankannya dan untuk menyokong satu sama lain. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.