2010–2019
Lihatlah Anak Domba Tuhan
Persidangan Umum April 2019


2:3

Lihatlah Anak Domba Tuhan

Penyembahan hari Ahad baru kita menekankan sakramen Perjamuan Tuhan sebagai tumpuan pengalaman penyembahan mingguan kita yang kudus dan ketara.

Saya terharu oleh air mata dalam mata pemuda-pemudi dalam koir ini. Air mata mereka lebih bermakna daripada ucapan saya.

Memandang dari tepi sungai, melepasi orang ramai yang ingin dibaptis oleh dia, Yohanes Pembaptis, nampak sepupunya, Yesus dari Nasaret sedang jalan ke arahnya untuk membuat permintaan tatacara yang sama. Dengan takzim, tetapi cukup kuat untuk didengar orang yang dekat dia, Yohanes mengucapkan penghormatan yang masih menyentuh hati kita dua ribu tahun kemudian: “Lihatlah Anak Domba Tuhan.”1

Pelopor untuk Yesus yang sudah dinubuatkan ini tidak panggil Dia “Yehovah” atau “Juruselamat” atau “Penebus”atau “Putera Tuhan”—semua gelaran yang sesuai bagi Dia. Tidak, Yohanes pilih istilah yang terawal dan mungkin yang paling biasa dikenali dalam tradisi agama bangsanya. Dia gunakan satu lambang anak domba korban yang dipersembahkan demi dosa dan kedukaan dunia serta orang yang sudah jatuh.

Benarkan saya berbincang tentang sejarah dan tradisi itu.

Selepas diusir dari Taman Eden, Adam dan Hawa menghadapi satu masa depan yang susah. Kerana mereka mendatangkan kefanaan dan kehidupan jasmani untuk kita, mereka sudah tamatkan kebaqaan dan kehidupan abadi untuk diri sendiri. Kerana satu pelanggaran yang mereka pilih dengan sengaja demi kita, sekarang mereka menghadapi kematian jasmani dan pembuangan rohani, perpisahan dari hadirat Tuhan buat selama-lamanya.2 Apa yang harus mereka lakukan? Adakah satu cara untuk melepaskan diri daripada kepahitan itu ? Kita tidak tahu apa yang mereka dibenarkan untuk ingat tentang arahan yang mereka terima dalam Taman Eden, tetapi mereka ingat untuk sentiasa mengorbankan kepada Tuhan seekor anak domba jantan pertama yang suci dan tidak tercela dari kawanan mereka.3

Kemudian, seorang malaikat datang menjelaskan bahawa korban itu ialah satu kemiripan tentang korban yang akan dilakukan untuk pihak mereka oleh Juruselamat dunia yang akan datang. “Perkara ini merupakan suatu kemiripan akan pengorbanan Anak Tunggal Bapa,” kata malaikat itu. “Kerana itu, … engkau harus bertaubat dan meminta kepada Tuhan dalam nama Putera sepanjang masa.”4 Nasib baiknya, sudah ada satu penyelesian dan jalan keluar.

Di majlis pra-fana syurga, Tuhan sudah janji Adam dan Hawa (serta kita semua) bahawa bantuan akan datang daripada Dia yang suci, Putera Tuhan yang tidak tercela, Anak Domba Tuhan “yang sudah disembelih,”5 seperti yang dihuraikan oleh Rasul Yohanes. Dengan menyembahkan anak domba kefanaan simbolik mereka, Adam dan keturunannya tunjukkan kefahaman serta kebergantungan mereka kepada korban tebusan Yesus Yang Terpilih.6 Kemudian, khemah ibadat padang belantara itu menjadi tempat untuk tatacara itu, dan selepas itu, bait suci Solomon dibina di situ.

Malangnya, sebagai satu lambang pertaubatan yang ikhlas dan kehidupan yang penuh iman, persembahan anak domba tidak tercela mereka tidak berjaya, seperti yang dihuraikan dalam Perjanjian Lama. Tekad moral yang harus menemani pengorbanan itu kadangkala hanya bertahan satu jangka masa yang pendek saja. Ia tidak mengelakkan pembunuhan saudara, dengan Kain membunuh adiknya Habel dalam generasi pertama .7

Dengan cubaan dan kesusahan seperti itu berlaku sepanjang berabad lama, tidak hairanlah bahawa malaikat di syurga nyanyi dengan bahagia apabila, akhirnya, Yesus dilahirkan—Mesias yang sudah dijanjikan. Selepas pelayanan fana-Nya yang pendek, anak domba Paskah yang paling suci ini menyediakan para pengikut-Nya untuk kematian-Nya dengan memperkenalkan sakramen Perjamuan Tuhan, satu tatacara yang lebih peribadi daripada tatacara yang diperkenalkan di luar Taman Eden. Masih harus ada satu persembahan, masih harus ada satu pengorbanan, tetapi ia datang secara simbolik yang lebih mendalam, lebih berupa kaji diri dan peribadi dari membunuh seekor anak domba pertama. Kepada bangsa Nefi, selepas Kebangkitan-Nya, Juruselamat berfirman:

“Dan kamu akan mempersembahkan kepada-Ku bukan lagi penumpahan darah. …

“… Dan kamu akan mempersembahkan sebagai korban kepada-Ku sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal. Dan kepadanya Bapa akan memberikan kesaksian tentang Aku, kerana Dia akan mengunjunginya dengan api dan dengan Roh Kudus. …

“… Oleh itu, … bertaubat, … dan diselamatkanlah.”8

Saudara saudari yang dikasihi, dengan tekanan baru pada penambahan pelajaran injil dalam rumah, adalah penting bagi kita untuk ingat bahawa kita masih diperintah untuk “pergi ke rumah doa dan mempersembahkan sakramenmu pada hari kudus-Ku”9 Selain dari menggunakan masa untuk arahan injil yang berpusat di rumah, penyembahan hari Ahad baru kita juga mengurangkan kerumitan jadual pertemuan yang menekankan sakramen Perjamuan Tuhan sebagai tumpuan pengalaman penyembahan mingguan kita yang kudus dan ketara. Kita harus ingat secara peribadi bahawa Kristus mati dari satu hati yang hancur yang datang dari memikul semua dosa dan kedukaan semua manusia.

Kita sebahagian beban itu, jadi, kita harus berikan penghormatan. Kami menggalakkan anda datang awal dan dengan takzim, berpakaian sesuai untuk mengambil bahagian dalam tatacara yang kudus ini. “Pakaian hari Ahad” sudah kurang bererti dalam masa kita, dan untuk menunjuk penghormatan kepada Tuhan, kita harus memulihkan tradisi pakaian hari Sabat dan hiasan diri yang elok.

Mengenai perihal ketepatan masa, kita harus mengampuni para ibu yang membawa anak-anak mereka, snek, dan beg lampin ke gereja dengan huru-hara tetapi sampai ke gereja juga. Lebih lagi, akan ada orang yang tidak dapat elakkan lembu mereka jatuh dalam perigi pada pagi hari Sabat. Tetapi, kepada kumpulan orang ini, kami kata kelewatan sekali-sekala memang difahami, tetapi jika lembu anda jatuh ke dalam perigi setiap hari Ahad, kami cadangkan anda jualkan lembu itu atau tutupkan perigi anda.

Serupanya, kami para rasul merayu untuk mengurangkan kebisingan dalam bangunan-bangunan kita yang suci. Kita suka berbual-bual dengan satu sama lain, dan kita harus buat demikian—ini salah satu keseronokan menghadiri Gereja—tetapi ia tidak harus dilakukan dalam tempat yang dibaktikan terutamanya untuk penyembahan. Saya takut pengunjung bukan agama kita akan terkejut oleh sikap terbahak-bahak yang tidak berhormat dalam satu tempat yang bertujuan untuk doa, kesaksian, wahyu, dan kedamaian. Mungkin syurga juga marah.

Kerohanian pertemuan sakramen kita akan bertambah jika pegawai-pegawai yang memimpin duduk di depan gereja sebelum permulaan pertemuan sakramen, mendengar muzik dan mendirikan satu teladan takzim yang harus kita ikut. Jika ada perbualan yang berlaku di depan Gereja, kita tidak harus hairan ada perbualan berlaku di kalangan jemaah. Kami mengucap tahniah kepada lembaga uskup yang mengurangkan pengumuman yang menjejaskan roh penyembahan kita. Saya tidak boleh gambarkan seorang imam seperti Zakharia— dalam bait suci purba Tuhan, sebelum mengambil bahagian dalam satu-satunya upacara pengorbanan yang hanya diberikan kepada dia sekali sahaja dalam sepanjang hidupnya—berhenti di depan altar untuk mengingatkan kita bahawa perlumbaan kereta kayu pine akan diadakan pada enam minggu depan dan pendaftaran akan tamat tidak lama lagi.

Saudara saudari, waktu ini yang ditahbiskan oleh Tuhan ialah waktu yang paling kudus dalam minggu kita. Kita diperintah untuk berhimpun demi satu tatacara yang paling banyak diterima oleh semua ahli Gereja. Ini adalah untuk peringatan Dia yang tanya jika bolehkah cawan penderitaan dijauhkan daripada-Nya,tetapi Dia meneruskan kerana Dia tahu bahawa bagi penyelamatan kita cawan itu tidak boleh dijauhkan. Kita boleh mengingati lambang cawan itu apabila cawan dibawa ke depan kita dengan perlahan-lahan oleh seorang diaken yang berusia 11 atau 12 tahun.

Apabila waktu kudus datang untuk mempersembahkan kurnia korban kita kepada Tuhan, kita ada dosa dan kelemahan diri sendiri diatasi; inilah sebab kita datang ke sini. Tetapi kita akan lebih berjaya dalam pertaubatan itu jika kita memberi perhatian kepada hati lain yang hancur dan roh lain yang sedih di sekeliling kita. Duduk tidak jauh dari kita ada orang yang mungkin sedang menangis—yang boleh dinampak dan yang menderita dalam hati mereka—sepanjang nyanyian rohani sakramen dan doa-doa dari imam. Kita harus ambil perhatian dan berasa belas kasihan serta berhasrat untuk menyenangkan hati mereka?atau terhadap ahli yang menangis, yang menderita, yang tidak hadir, dan kecuali kita bertindak, mereka tidak akan datang minggu depan juga. Atau terhadap saudara saudari kita yang bukan ahli Gereja tetapi ialah saudara saudari kita. Ada banyak penderitaan dalam dunia ini, di dalam dan luar Gereja, jadi memandang ke apa arah pun dan anda akan mendapati seorang yang mengalami kepahitan yang terlalu berat dan kesakitan hati yang tidak berhenti-henti. Salah satu cara untuk “selalu mengingati-Nya”10 adalah untuk menyertai Yesus Kristus dalam tugas-Nya untuk mengangkat mereka yang ada beban dan menghibur mereka yang tidak keruan.

Rakan terkasihku, semasa kita berkumpul di seluruh dunia setiap minggu untuk mengakui korban tebusan Kristus kepada semua manusia, semoga kita bawa ke altar sakramen “tambah kesedihan ingat siksa-[Nya].” Semasa kita merenung, berdoa, membaharui perjanjian, semoga kita memperolehi pada masa kudus itu “tambah’ku bersabar di kesusahan, … tambah’ku percaya akan firman-Mu.”11 Untuk kesabaran dan bantuan itu, untuk kekudusan dan harapan itu, saya berdoa untuk kita semua dalam nama-Nya yang pecahkan roti keampunan dan tuangkan wain penebusan, mahupun Yesus Kristus, anak Domba Tuhan yang berbelas kasihan, amin.

Nota

  1. Yohanes 1:29.

  2. Lihat 2 Nefi 9:8–9.

  3. Lihat Musa 5:5; juga lihat Keluaran 12:3–10.

  4. Musa 5:7–8; juga lihat Musa 5:9.

  5. Wahyu 13:8.

  6. Lihat Panduan Tulisan Suci, “Yang Terpilih”; scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

  7. Pembunuhan Habel oleh Kain yang diarah oleh Setan, mungkin berkait dengan kemarahan Kain kerana persembahan korbannya yang ditolak oleh Tuhan dan persembahan Habel diterima.

    “Tuhan … sediakan satu korban dalam kurnia Putera-Nya, yang akan … buka satu pintu di mana manusia boleh masuk ke hadirat Tuhan. …

    “Dengan beriman dalam korban tebusan atau rancangan penebusan, Habel mempersembah kepada Tuhan satu korban yang diterima, iaitu anak domba pertama dari kawalannya. Kain mempersembahkan buah dari tanah, dan tidak diterima. … [Korbannya harus termasuk] penumpahan darah” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 48; juga lihat 107–8).

  8. 3 Nefi 9:19–20, 22.

  9. Ajaran dan Perjanjian 59:9.

  10. Moroni 4:3; Moroni 5:2.

  11. “Ya Tuhan, Tambahkan,” Nyanyian Rohani, no. 48.