2010–2019
Kuorum: Satu Tempat untuk Tergolong
Persidangan Umum April 2019


2:3

Kuorum: Satu Tempat untuk Tergolong

Tuhan ingin anda membina satu kuorum yang kuat. Ketika Dia mengumpulkan anak-anak-Nya, mereka memerlukan satu tempat untuk tergolong dan berkembang.

Pada tahun 2010, Andre Sebako merupakan seorang lelaki muda yang sedang mencari kebenaran. Walaupun dia tidak pernah berdoa secara ikhlas sebelum ini, dia membuat keputusan untuk mencuba. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan penginjil-penginjil. Mereka memberi dia satu kad dengan gambar Kitab Mormon. Andre terasa sesuatu dan bertanya jika penginjil-penginjil tersebut boleh menjualkan buku itu kepada dia. Mereka berkata dia boleh memiliki buku itu dengan percuma jika dia sudi datang ke gereja.1

Andre mula menghadiri Cabang Mochudi yang baru dibentuk di Botswana, Afrika, dengan sendiri. Namun cabang itu satu kumpulan penyayang dan rapat yang terdiri daripada 40 orang ahli.2 Mereka menerima Andre dengan terbuka. Dia menerima ajaran-ajaran penginjil dan dibaptiskan. Ia menakjubkan!

Kemudian apa? Bagaimanakah Andre boleh kekal aktif? Siapa yang dapat membantu dia maju dalam jalan perjanjian? Satu jawapan kepada soalan itu ialah kuorum imamatnya!3

Setiap pemegang imamat, tidak kira apapun situasinya, memperoleh manfaat daripada kuorum yang kuat. Saudara-saudara mudaku yang memegang Imamat Harun, Tuhan inginkan anda untuk menubuhkan satu kuorum yang kuat, satu tempat di mana setiap satu pemuda berasa tergolong, satu tempat di mana Roh Tuhan wujud, satu tempat di mana semua ahli kuorum diterima dan dihargai. Ketika Tuhan mengumpulkan anak-anak-Nya, mereka memerlukan satu tempat untuk tergolong dan berkembang.

Setiap ahli presidensi kuorum membimbing jalan ketika anda mencari ilham4 dan membina kasih dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli kuorum. Anda memberi perhatian khas kepada ahli-ahli baru, ahli yang kurang aktif, atau ahli yang mempunyai keperluan khas.5 Bersama kuasa imamat, anda membina satu kuorum yang kuat.6 Dan satu kuorum yang kuat dan bersatu memberi kesan yang besar dalam kehidupan seorang lelaki muda.

Apabila Gereja mengumumkan pembelajaran injil baru yang berpusat di rumah,7 ada yang terfikir akan ahli-ahli seperti Andre dan bertanya, “Bagaimana dengan pemuda-pemudi yang datang dari situasi keluarga di mana injil tidak dikaji dan tiada persekitaran untuk belajar dan menjalani hidup Injil di rumah? Adakah mereka akan ketinggalan?”

Tidak! Tiada yang boleh ketinggalan! Tuhan mengasihi setiap lelaki dan gadis muda. Kita sebagai pemegang imamat, merupakan tangan Tuhan. Kita merupakan sokongan Gereja kepada usaha-usaha berpusatkan di rumah. Apabila terdapat sokongan terhad di rumah, kuorum imamat, pembimbing lain dan rakan-rakan menjaga dan menyokong setiap individu dan keluarga di mana perlu.

Saya telah melihat ia berjaya. Saya telah mengalaminya. Ketika saya berumur enam tahun, ibu bapa saya bercerai dan bapa saya meninggalkan ibu saya dengan lima anak kecil. Ibu saya mula bekerja untuk menafkahi kami. Dia memerlukan pekerjaan kedua buat satu ketika, dan juga pendidikan lanjutan. Dia tidak punyai masa untuk mengasuh. Namun datuk nenek, pak cik, mak cik, uskup, dan pengajar keluarga menghulur bantuan kepada ibu terkasih saya.

Dan saya punyai satu kuorum. Saya amat bersyukur kepada rakan-rakan—saudara-saudara saya—yang mengasihi dan menyokong saya. Kuorum saya merupakan satu tempat untuk berasa tergolong. Ada yang mungkin menganggap saya dengan harapan yang rendah oleh kerana situasi keluarga saya. Mungkin ya. Tetapi kuorum imamat mengubah semua tersebut. Kuorum saya menyokong dan memberkati kehidupan saya teramat sangat.

Terdapatnya mereka yang kurang berharapan dan berpeluang rendah di kalangan kita. Mungkin kita semua berada sedemikian dalam pelbagai segi. Namun setiap kita di sini punyai satu kuorum, satu tempat di mana kita boleh menerima kekuatan dan memberi kekuatan. Kuorum itu “bersatu demi satu dan semua.”8 Ia merupakan satu tempat di mana kita mengajar satu sama lain, melayani sesama, dan membina persaudaraan dan kesatuan sambil melayani Tuhan.9 Ia merupakan satu tempat di mana mukjizat berlaku.

Saya ingin berkongsi beberapa mukjizat yang berlaku dalam kuorum Andre di Mochudi. Ketika saya kongsi kisah ini, perhatikan asas-asas yang memperkukuhkan setiap kuorum imamat yang menggunakannya.

Setelah Andre dibaptiskan, dia menyertai penginjil-penginjil untuk mengajar empat pemuda lelaki lain, yang juga telah dibaptiskan. Kini terdapat lima pemuda lelaki. Mereka mula mengukuhkan satu sama lain dan juga cabang itu.

Pemuda keenam, Thuso, dibaptiskan. Thuso berkongsi injil dengan tiga rakannya, dan kini terdapatnya sembilan.

Pengikut-pengikut Yesus Kristus sering berkumpul sedemikian—beberapa orang setiap kali, dari jemputan rakan mereka. Secara sejarahnya, apabila Andreas menjumpai Juruselamat, dia dengan cepatnya pergi ke abangnya, Simon dan “membawanya kepada Kristus.”10 Dalam kisah yang serupa, sebaik setelah Filipus menjadi pengikut Kristus, dia menjemput rakannya Natanael untuk “marilah lihat.”11

Di Mochudi, tidak lama kemudian pemuda ke-10 menyertai Gereja. Penginjil-penginjil menjumpai orang yang ke-11. Dan pemuda ke-12 telah dibaptiskan setelah melihat kesan injil terhadap rakan-rakannya.

Ahli-ahli Cabang Mochudi amat teruja. Pemuda-pemuda tersebut “berpaling kepada Tuhan, dan … disatukan kepada Gereja.”12

Kitab Mormon memainkan peranan yang penting dalam penukaran hati mereka.13 Thuso mengingati, “Saya mula membaca Kitab Mormon … setiap masa lapang, di rumah, di sekolah, di mana-mana sahaja.”14

Oratile tertarik kepada injil kerana teladan rakan-rakan dia. Dia menjelaskan: “[Mereka] nampak berubah dalam masa yang singkat. … Saya fikir ia berkaitan … dengan buku kecil … yang mereka bawa bersama … di sekolah. Saya dapat melihat mereka menjadi lelaki baik. … [Saya] juga ingin berubah.”15

Cabang Mochudi

Kesemua 12 pemuda lelaki telah dikumpulkan dan dibaptiskan dalam jangka dua tahun. Setiap mereka merupakan satu-satunya ahli Gereja dalam keluarga mereka. Namun mereka disokong oleh keluarga Gereja mereka, termasuklah Presiden Rakwela,16 presiden cabang mereka; Elder dan Sister Taylor,17 pasangan penginjil suami isteri; dan ahli-ahli cabang yang lain.

Brother Junior,18 seorang pemimpin kuorum, telah menjemput pemuda-pemuda lelaki itu ke rumahnya setiap petang Ahad dan mengajar mereka. Pemuda-pemuda lelaki tersebut mengkaji ayat suci bersama dan mengadakan malam keluarga dengan kerap.

Ahli-ahli yang mengunjung

Brother Junior membawa mereka untuk mengunjung ahli-ahli, orang yang diajar oleh para penginjil, dan sesiapa yang memerlukan kunjungan. Kesemua 12 lelaki muda itu menaiki lori Brother Junior. Dia menurunkan mereka di rumah-rumah yang dikunjungi dalam pasangan dua atau tiga orang dan mengambil mereka semula kemudian.

Walaupun para pemuda lelaki tersebut masih baru dalam injil dan tidak berasa cukup pengetahuan, Brother Junior menyuruh mereka untuk kongsikan hanya satu atau dua perkara yang mereka tahu dengan mereka yang dikunjungi. Pemegang-pemegang imamat muda ini telah mengajar, berdoa, dan membantu menjaga Gereja.19 Mereka memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab imamat mereka dan mengalami kegembiraan dari pelayanan.

Gerombolan Saudara

Andre berkata, “Kami bermain bersama, ketawa bersama, menangis bersama, dan menjadi saudara.”20 Malah, mereka memanggil diri “Gerombolan Saudara.”

Bersama, mereka telah bermatlamat untuk melayani misi. Oleh kerana mereka satu-satunya ahli Gereja dalam keluarga masing-masing, mereka punyai banyak cabaran yang perlu diharungi, namun mereka membantu satu sama lain untuk melaluinya.

Satu demi satu, pemuda lelaki menerima panggilan misi. Mereka yang telah pergi terdahulu menulis surat kepada mereka yang masih sedang bersedia, berkongsi pengalaman dan menggalakkan mereka untuk melayani. Sebelas daripada lelaki-lelaki muda tersebut telah melayan misi.

Lelaki-lelaki muda ini berkongsi injil bersama keluarga mereka. Ibu, kakak, abang, rakan, dan orang yang mereka telah ajar ketika di misi, telah bertukar hati dan dibaptiskan. Mukjizat-mukjizat telah berlaku dan ramai kehidupan telah diberkati.

Saya bayangkan ramai di antara anda yang fikir bahawa mukjizat sedemikian hanya akan berlaku di tempat seperti Afrika, tempat yang subur di mana pengumpulan Israel sedang disegerakan. Namun demikian, saya bersaksi bahawa asas-asas yang digunakan di Cabang Mochudi benar di mana-mana pun. Di mana pun anda berada, kuorum anda akan berkembang melalui pengaktifan dan perkongsian Injil. Walaupun hanya satu pengikut mencapai satu rakan, satu boleh menjadi dua. Dua boleh menjadi empat. Empat boleh menjadi lapan. Lapan boleh menjadi dua belas. Cabang-cabang boleh menjadi bahagian-bahagian.

Bahagian Mochudi

Juruselamat telah mengajar, “Di mana dua atau tiga [atau lebih] orang berkumpul bersama dalam nama-Ku, … lihatlah, di sana Aku akan berada di tengah mereka.”21 Bapa Syurgawi sedang menyediakan minda dan hati semua orang di sekeliling kita. Kita boleh mengikut dorongan, menjadi sahabat, berkongsi kebenaran, menjemput orang untuk membaca Kitab Mormon, dan mengasihi dan menyokong mereka ketika mereka mula mengenali Juruselamat kita.

Sudah pun hampir 10 tahun sejak Gerombolan Saudara Mochudi memulakan perjalanan mereka bersama, dan mereka kini masih satu gerombolan saudara.

Katlego berkata, “Kami mungkin terpisah kerana kami berjauhan tetapi kami masih menyokong satu sama lain.”22

Saya doakan agar kita akan menerima jemputan Tuhan untuk bersatu bersama Dia dalam kuorum imamat kita supaya setiap kuorum boleh menjadi satu tempat untuk tergolong, satu tempat untuk berkumpul, satu tempat untuk berkembang.

Yesus Kristus ialah Juruselamat kita, dan ini merupakan kerja Dia. Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Mark dan Shirley Taylor, comp., The Band of Brothers (Kisah-kisah penukaran hati dan kesaksian-kesaksian Cabang Mochudi, 2012–13), 4, Perpustakaan Sejarah Gereja, Salt Lake City.

  2. Surat menyurat peribadi, Letanang Andre Sebako, Band of Brothers fail sumber, 2011–19, Perpustakaan Sejarah Keluarga , Salt Lake City.

  3. Presiden Boyd K. Packer telah berkata: “Apabila seorang lelaki memegang imamat, dia tergolong dalam sesuatu yang lebih besar daripada dirinya. Ia sesuatu yang di luar dirinya yang mana dia boleh membuat komitmen yang penuh” (“The Circle of Sisters,” Ensign, Nov. 1980, 109–10).

  4. Presiden Russell M. Nelson menerangkan bagaimana untuk memperoleh wahyu dan kemudian menyatakan, “Apabila anda mengulangi proses ini hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, anda akan “bertumbuh ke dalam asas wahyu’” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 95; lihat juga Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 132).

  5. Lihat Handbook 2: Administering the Church (2010), 8.3.2.

  6. Yang lain membantu juga, termasuklah ahli-ahli lembaga uskup dan para penasihat. Elder Ronald A. Rasband menyatakan bahawa salah satu kebaikan daripada penstrukturan semula kuorum Imamat Melkisedek, yang telah diumumkan pada Mac31, 2018, adalah untuk “membolehkan uskup membahagikan lebih banyak tanggungjawab kepada kuorum penatua dan presiden Lembaga Pertolongan agar uskup dan para penasihatnya dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab utama mereka—terutamanya pemimpin para remaja puteri dan remaja putera yang memegang Imamat Harun” (“Behold! Tent’ra Kerajaan,” Liahona, May 2018, 59). Malaikat-malaikat juga akan membantu. Pemegang-pemegang Imamat Harun memegang kunci pelayanan para malaikat (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; lihat juga Dale G. Renlund dan Ruth Lybbert Renlund, The Melchizedek Priesthood [2018], 26). Elder Jeffrey R. Holland berkata: “Biasanya [para malaikat pelayanan] tidak dapat dilihat. Kadangkala boleh. Namun dilihat atau tidak mereka sentiasa berdekatan. Kadangkala tugas mereka sangat besar dan mempengaruhi seluruh dunia. Kadangkala pesanan-pesanannya lebih peribadi. Kadangkala tujuan syurgawi itu adalah untuk memberi amaran. Tetapi kerap kalinya adalah untuk menghiburkan, memberi perhatian yang pengasih, bimbingan ketika waktu susah” (“The Ministry of Angels,” Liahona, Nov. 2008, 29). Jika anda mengingini bantuan sedemikian, anda boleh “mintalah, dan anda akan menerimanya” (Yohanes 16:24).

  7. Lihat Russell M. Nelson, “Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 7–8.

  8. Lihat Alexandre Dumas, The Three Musketeers (1844).

  9. Lihat Handbook 2, 8.1.2.

  10. Lihat Yohanes 1:40–42.

  11. Lihat Yohanes 1:43–46.

  12. 3 Nefi 28:23.

  13. Lihat D. Todd Christofferson, “The Power of the Book of Mormon” (Seminar untuk Presiden-presiden Misi Baru, Jun 27, 2017).

  14. Thuso Molefe, dalam Taylor, The Band of Brothers, 22.

  15. Oratile Molosankwa, dalam Taylor, The Band of Brothers, 31–32.

  16. Lucas Rakwela, Mochudi, Botswana.

  17. Mark dan Shirley Taylor, Idaho, USA.

  18. Cilvester Junior Kgosiemang, Mochudi, Botswana.

  19. Lihat Ajaran dan Perjanjian 20:46–47, 53–54.

  20. Surat menyurat peribadi, Letanang Andre Sebako, Band of Brothers resource files.

  21. Ajaran dan Perjanjian 6:32.

  22. Katlego Mongole, dalam “Band of Brothers 2nd Generation” (kompilasi yang belum diterbit), 21.