2010–2019
Dibersihkan melalui Pertaubatan
Persidangan Umum April 2019


2:3

Dibersihkan melalui Pertaubatan

Kerana rancangan Tuhan dan Korban tebusan Yesus Kristus, kita dapat dibersihkan melalui proses pertaubatan.

Dalam kefanaan, kita tertakluk kepada undang-undang manusia dan hukum Tuhan. Saya mempunyai pengalaman yang luar biasa untuk menilai salah laku yang serius di bawah kedua undang-undang dan hukum ini—dahulu sebagai hakim Mahkamah Agung Utah dan sekarang sebagai anggota dalam Presidensi Utama. Perbezaan yang saya telah alami di antara undang-undang manusia dan hukum Tuhan telah meningkatkan penghargaan saya tentang realiti dan kuasa Korban tebusan Yesus Kristus. Di bawah undang-undang manusia, seseorang yang bersalah atas jenayah yang paling serius boleh dihukum mati dalam penjara tanpa kemungkinan pembebasan. Tetapi ia berbeza di bawah rancangan belas kasihan Bapa Syurgawi yang penuh kasih. Saya telah melihat bahawa dosa-dosa serius yang sama ini dapat diampuni dalam kefanaan kerana korban tebusan Juruselamat kita bagi dosa-dosa “mereka semua yang mempunyai hati yang hancur dan jiwa yang menyesal” (2 Nefi 2:7). Kristus menebus, dan Korban tebusan-Nya adalah nyata.

Rasa kasihan Juruselamat kita dinyatakan dalam lagu rohani yang baru dipersembahkan oleh paduan suara.

Datang ke Yesus; Dia t’rus berminat,

Walau pun kau telah tersesat.

Kasih-Nya menghantar dengan cermat

Dari gelap ke terang.1

Korban tebusan Yesus Kristus membuka pintu bagi “semua manusia [untuk] bertaubat dan datang kepada-Nya” (Ajaran dan Perjanjian 18:11; lihat juga Markus 3:28; 1 Nefi 10:18; Alma 34:8, 16). Kitab Alma melaporkan pertaubatan dan pengampunan bahkan orang-orang yang telah menjadi orang jahat dan orang-orang dahagakan darah (lihat Alma 25:16; 27:27, 30). Pesanan saya hari ini adalah satu harapan bagi kita semua, termasuklah mereka yang kehilangan keahlian mereka di dalam Gereja dengan pembatalan atau penyingkiran nama. Kita semua adalah orang berdosa yang boleh dibersihkan melalui pertaubatan. “Untuk bertaubat dari dosa bukan mudah,” Elder Russell M. Nelson mengajar dalam persidangan umum yang lalu. “Tetapi ganjarannya berbaloi dengan usaha yang diberi.”2

I. Pertaubatan

Pertaubatan bermula dengan Juruselamat kita, dan itu adalah sebuah sukacita, bukannya beban. Pada pertemuan rohani Krismas pada Disember yang lalu, Presiden Russell M. Nelson mengajarkan: “Pertaubatan sejati bukanlah sebuah peristiwa. Ia adalah keistimewaan yang tidak berkesudahan. Ia adalah asas untuk perkembangan dan mempunyai ketenangan minda, penghiburan, dan sukacita.”3

Sebahagian daripada ajaran terbesar tentang pertaubatan adalah dalam Kitab Mormon khutbah Alma kepada anggota Gereja yang kemudiannya digambarkan sebagai berada dalam keadaan “banyaknya ketidakpercayaan yang besar,” “terangkat-angkat dalam … keangkuhan,” dan dengan hati yang tertumpu “pada kekayaan dan perkara sia-sia di dunia” (Alma 7:6). Setiap anggota Gereja yang dipulihkan ini telah banyak belajar dari ajaran-ajaran Alma yang mengilhami.

Kita bermula dengan iman kepada Yesus Kristus, kerana “Dialah yang pasti akan datang untuk mengambil dosa-dosa dunia” (Alma 5:48). Kita harus bertaubat kerana, seperti yang Alma ajarkan, “kecuali kamu bertaubat, kamu sekali-kali tidak dapat mewarisi kerajaan Tuhan” (Alma 5:51). Pertaubatan adalah bahagian penting dalam rancangan Tuhan. Oleh kerana semua orang akan berdosa dalam pengalaman fana kita dan disingkir dari kehadiran Tuhan, manusia tidak dapat “diselamatkan” tanpa bertaubat (Alma 5:31; lihat juga Helaman 12:22).

Ini telah diajar sejak permulaan. Tuhan memfirmankan Adam, “Ajarkanlah ia kepada anak-anakmu, bahawa semua orang, di mana-mana pun, harus bertaubat, atau mereka tidak sekali-kali akan dapat mewarisi kerajaan Tuhan, kerana tiada hal yang tidak bersih dapat tinggal di sana, atau berada di hadirat-Nya” (Musa 6:57). Kita mesti bertaubat dari semua dosa kita—semua tindakan atau kemalasan kita yang bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan. Tiada sesiapa pun dapat dikecualikan. Baru petang yang lalu Presiden Nelson mencabar kita: “Saudara, kita semua perlu bertaubat.”4

Untuk dibersihkan melalui pertaubatan, kita harus meninggalkan dosa kita dan mengakuinya kepada Tuhan dan kepada hakim fana-Nya di mana ia diperlukan (lihat Ajaran dan Perjanjian 58:43). Alma mengajarkan kita harus juga “hasilkan pekerjaan kesolehan” (Alma 5:35). Kesemua ini adalah sebahagian dari jemputan tulisan suci untuk datang kepada Kristus.

Kita perlu mengambil sakramen pada setiap hari Sabat. Dalam tatacara itu, kita membuat perjanjian dan menerima berkat yang membantu kita mengatasi segala perbuatan dan keinginan yang menghalang kita dari kesempurnaan yang Juruselamat kita jemput kita untuk capai (lihat Matius 5:48; 3 Nefi 12:48). Ketika kita “jauhi [diri kita] daripada segala kejahatan, dan mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran, dan kekuatan [kita],” maka kita boleh “menjadi sempurna di dalam Kristus” dan “dikuduskan” melalui penumpahan darah-Nya untuk “menjadi kudus, tanpa noda” (Moroni 10:32–33). Hebatnya janji ini! Itu satu mukjizat! Itu satu berkat!

II. Pertanggunjawaban dan Penghakiman Fana

Satu tujuan rancangan Tuhan untuk pengalaman fana ini adalah untuk “menguji” kita “untuk melihat adakah [kita] akan melakukan segala hal apa pun yang Tuhan Raja [Kita] akan perintahkan kepada [kita]” (Abraham 3:25). Sebagai sebahagian dari rancangan ini, kita bertanggungjawab kepada Tuhan dan kepada hamba-Nya yang dipilih, dan pertanggunjawaban tersebut melibatkan penghakiman fana dan ilahi.

Di dalam Gereja Tuhan, penghakiman fana untuk ahli atau bakal ahli dilakukan oleh para pemimpin yang mencari arahan ilahi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghakimi orang-orang yang mencari untuk datang kepada Kristus untuk menerima kuasa Korban tebusan-Nya dalam jalan perjanjian ke kehidupan abadi. Penghakiman fana memutuskan sama ada seseorang telah sedia untuk pembaptisan. Adakah seseorang itu layak untuk menghadiri bait suci? Adakah seseorang itu yang namanya telah dikeluarkan dari catatan gereja telah bertaubat dengan cukup melalui Korban Tebusan Yesus Kristus untuk dapat diterima kembali dengan pembaptisan?

Apabila seorang hakim yang dipanggil Tuhan telah meluluskan seseorang untuk kemajuan selanjutnya, seperti kesempatan bait suci, dia tidak menandakan orang itu sebagai sempurna, dan dia tidak memaafkan apa-apa dosa. Elder Spencer W. Kimball mengajarkan bahawa selepas apa yang dia sebut sebagai “menghilangkan penalti” fana, seseorang itu juga harus mencari dan selamat dari Tuhan syurga sebagai pertaubatan akhir, dan hanya Dia yang dapat membebaskannya.”5 Dan jika perbuatan dan keinginan yang berdosa tetap tidak bertaubat sampai Penghakiman Akhir, orang yang tidak bertaubat akan tetap tidak bersih. Pertanggunjawaban yang muktamad, termasuk kesan pembersihan akhir pertaubatan, adalah antara kita dan Tuhan.

III. Kebangkitan dan Penghakiman Terakhir

Penghakiman yang paling biasa digambarkan dalam tulisan suci adalah Penghakiman Terakhir yang mengikuti Kebangkitan (lihat 2 Nefi 9:15). Banyak tulisan suci menyatakan bahawa “kita semua akan menghadap Tuhan untuk diadili” (Roma 14:10; lihat juga 2 Nefi 9:15; Mosia 27:31) “untuk dihakimi menurut perbuatan yang telah dilakukan dalam tubuh fana” (Alma 5:15; lihat juga Wahyu 20:12; Alma 41:3; 3 Nefi 26:4). Semua akan dihakimi “menurut pekerjaan mereka” (3 Nefi 27:15) dan “menurut hasrat [-hasrat] hati mereka” (Ajaran dan Perjanjian 137:9; lihat juga Alma 41:6).

Tujuan Penghakiman Terakhir ini adalah untuk menentukan sama ada kita telah mencapai apa yang digambarkan oleh Alma sebagai “perubahan hebat di dalam hati” (lihat Alma 5:14, 26), di mana kita telah menjadi makhluk yang baru, dengan “tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik” (Mosia 5:2). Hakim tersebut adalah Juruselamat kita, Yesus Kristus (lihat Yohanes 5:22; 2 Nefi 9:41). Selepas penghakiman-Nya, kita semua akan mengakui “bahawa penghakiman-Nya adalah adil” (Mosia 16:1; lihat juga Mosia 27:31; Alma 12:15), kerana kemuliaan-Nya (lihat 2 Nefi 9:15, 20) telah memberikan Dia pengetahuan yang sempurna tentang segala perbuatan dan keinginan kita, baik orang yang benar atau telah bertaubat dan orang yang tidak bertaubat atau tidak berubah.

Tulisan suci menggambarkan proses Penghakiman Terakhir ini. Alma mengajar bahawa keadilan Tuhan kita yang penuh kasih diperlukan dalam Kebangkitan “segala sesuatu hendaknya dipulihkan pada susunannya yang tepat” (Alma 41:2). Itu bermaksud “jika perbuatan mereka baik dalam kehidupan ini, dan hasrat hati mereka baik, … pada hari terakhir [mereka] dipulihkan pada apa yang baik” (Alma 41:3). Serupa juga, “jika perbuatan mereka [atau hasrat hati mereka] jahat mereka akan dipulihkan [kepada] mereka kejahatan” (Alma 41:4–5; lihat juga Helaman 14:31). Serupa juga, nabi Yakub mengajar bahawa dalam Penghakiman Terakhir “mereka yang soleh tetap akan soleh, dan mereka yang kotor tetap akan kotor” (2 Nefi 9:16; lihat Mormon 9:14; 1 Nefi 15:33). Itulah proses awal kita sebelum apa yang Moroni sebut “meja penghakiman Yehovah yang agung yang menyenangkan, Hakim yang Abadi ke atas yang hidup mahupun juga yang mati” (Moroni 10:34; lihat juga 3 Nefi 27:16).

Untuk memastikan bahawa kita akan menjadi bersih di hadapan Tuhan, kita haruslah bertaubat sebelum Penghakiman Terakhir (lihat Mormon 3:22). Seperti Alma memberitahu anaknya yang berdosa, kita tidak dapat menyembunyikan dosa kita di hadapan Tuhan, “dan kecuali kamu bertaubat ianya akan menjadi kesaksian menentangmu pada hari terakhir” (Alma 39:8; penekanan ditambah). Korban tebusan Yesus Kristus memberi kita satu-satunya cara untuk mencapai pembersihan yang diperlukan melalui pertaubatan, dan kehidupan fana ini adalah masa untuk melakukannya. Walaupun kita diajar bahawa terdapat pertaubatan yang boleh terjadi di dunia roh (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:31, 33, 58), itu tidak semestinya. Elder Melvin J. Ballard mengajarkan: “Lebih mudah untuk mengatasi dan melayani Tuhan apabila kedua-dua daging dan jiwa digabungkan sebagai satu. Inilah masa apabila manusia lebih lentur dan terdedah. … Kehidupan ini adalah masa untuk bertaubat.”6

Apabila kita bertaubat, kita mempunyai jaminan Tuhan bahawa dosa kita, termasuk perbuatan dan keinginan kita, akan dibersihkan dan hakim akhir kita yang penuh belas kasihan akan “tidak mengingatinya lagi” (Ajaran dan Perjanjian 58:42; lihat juga Yesaya 1:18; Yeremia 31:34; Ibrani 8:12; Alma 41:6; Helaman 14:18–19). Dibersihkan melalui pertaubatan, kita boleh layak untuk kehidupan abadi, seperti yang dijelaskan oleh Raja Benjamin “berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir” (Mosia 2:41; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 14:7).

Sebagai bahagian lain dalam “rancangan pemulihan” Tuhan, (Alma 41:2) Kebangkitan akan memulihkan “segala sesuatu … pada rangkanya yang semula jadi dan sempurna” (Alma 40:23). Ini termasuklah semua kekurangan dan kecacatan jasmani kita yang miliki dalam kefanaan, termasuk semasa lahir atau oleh trauma atau penyakit.

Adakah pemulihan ini menyempurnakan kita dari segala hasrat atau ketagihan rohani kita yang tidak suci dan tidak terkawal? Itu tidak boleh. Kita tahu dari wahyu moden bahawa kita akan dihakimi untuk hasrat kita dan juga perbuatan kita (lihat Alma 41:5; Ajaran dan Perjanjian 137:9) dan bahkan pemikiran kita akan mengutuk kita (lihat Alma 12:4). Kita tidak seharusnya “menangguhkan hari pertaubatan [kita]” sehingga kematian Amulek mengajarkan (Alma 34:33), kerana roh yang sama yang telah menguasai tubuh kita dalam kehidupan ini—sama ada milik Tuhan atau iblis—“akan memiliki kuasa untuk menguasai tubuh [kita] di dunia abadi itu” (Alma 34:34). Juruselamat kita memiliki kuasa dan bersedia untuk membersihkan kita dari kejahatan. Sekarang adalah waktunya untuk mencari pertolongan-Nya untuk bertaubat dari keinginan dan pemikiran kita yang jahat atau yang tidak benar, menjadi bersih dan bersedia untuk berdiri di hadapan Tuhan di Penghakiman Terakhir.

IV. Lengan Belas Kasihan

Melebihi rancangan Tuhan dan semua perintah-Nya adalah kasih-Nya untuk setiap kita, iaitu “paling dihasratkan melebihi segala-galanya … dan yang paling membahagiakan kepada jiwa” (1 Nefi 11:22–23). Nabi Yesaya memberi jaminan bahkan kepada orang jahat bahawa apabila mereka “kembali kepada Tuhan, … Dia berbelas kasihan … [dan] sedia mengampuni” (Yesaya 55:7). Alma mengajarkan, “Lihatlah, Dia mengirimkan ajakan kepada semua orang, kerana lengan belas kasihan dihulurkan kepada mereka” (Alma 5:33; lihat juga 2 Nefi 26:25–33). Tuhan yang telah bangkit berfirman kepada bangsa Nefi, “tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, dia akan Aku terima; dan diberkatilah mereka yang datang kepada-Ku” (3 Nefi 9:14). Dari ajaran-ajaran ini dan banyak ajaran lain, kita tahu bahawa Juruselamat kita yang penuh kasih membuka tangan-Nya untuk menerima semua lelaki dan wanita atas syarat-syarat penuh kasih yang Dia tetapkan untuk menikmati berkat-berkat terbesar yang dimiliki Tuhan bagi anak-anak-Nya.7

Kerana rancangan Tuhan dan Korban tebusan Yesus Kristus, saya bersaksi dengan “kecerahan harapan yang sempurna” bahawa Tuhan mengasihi kita dan kita dapat dibersihkan melalui proses pertaubatan. Kita dijanjikan bahawa “jika [kita] akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi” (2 Nefi 31:20). Semoga kita semua melakukannya, saya merayu dan berdoa atas nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Datang ke Yesus,” Nyanyian Rohani, no. 40.

  2. Russell M. Nelson, “Repentance and Conversion,” Liahona, Mei 2007, 102.

  3. Russell M. Nelson, “Four Gifts That Jesus Christ Offers to You” (Pertemuan Rohani Krismas 2018 Presidensi Utama, 2 Dis, 2018), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.

  4. Russell M. Nelson, “We Can Do Better and Be Better,” Liahona, Mei 2019, 69.

  5. The Teachings of Spencer W. Kimball, ed. Edward L. Kimball (1982), 101.

  6. Melvin J. Ballard, in Melvin R. Ballard, Melvin J. Ballard: Crusader for Righteousness (1966), 212–13.

  7. Lihat Tad R. Callister, The Infinite Atonement (2000), 27–29.