2010–2019
Laporan Jabatan Audit Gereja, 2018
Persidangan Umum April 2019


Laporan Jabatan Audit Gereja, 2018

Kepada Presidensi Utama Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Kepada Para Saudara: Diarah dengan wahyu, seperti dicatatkan dalam bahagian 120 di Ajaran dan Perjanjian, Majlis untuk Penggunaan Sepersepuluh—yang terdiri dari Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Lembaga Uskup Utama—mengesahkan penggunaan dana Gereja. Entiti Gereja mengagihkan mengikut belanjawan, polisi dan prosedur yang diluluskan.

Pengauditan Gereja, yang terdiri daripada profesional dengan bukti kelayakan dan adalah bebas dari semua jabatan Gereja yang lain, ada tugas untuk membuat audit untuk memberikan jaminan yang munasabah tentang sumbangan yang diterima, wang yang digunakan, dan perlindungan harta Gereja.

Berdasarkan audit yang dilakukan, Pengauditan Gereja berpendapat bahawa, dalam setiap aspek bahan, sumbangan diterima, perbelanjaan dibuat, dan aset Gereja bagi tahun 2018 telah direkodkan dan ditadbir mengikut belanjawan, polisi dan amalan perakaunan yang diluluskan. Gereja mengikut ajaran yang diajarkan kepada ahlinya iaitu hidup dalam belanjawan, menjauhi hutang, dan menjimat wang bagi masa yang memerlukannya.

Dikemukakan dengan hormat,

Jabatan Audit Gereja

Kevin R. Jergensen

Pengarah Urusan

Cetak