Lihat kepada Yesus Kristus
Jika kita melihat kepada Yesus Kristus, Dia akan menolong kita menjalani perjanjian dan mengembangkan panggilan kita sebagai para penatua di Israel.
Semasa Yesus berjalan di sebuah laluan dekat Kapernaum1 dengan ramai orang di sekeliling Dia, seorang wanita yang menghidap penyakit serius selama 12 tahun menyentuh hujung jubah-Nya. Wanita itu disembuhkan dengan segera.2
Tulisan suci mencatatkan bahawa Yesus, menyedari “[ada kuasa] keluar daripada-[Nya],”3 “berpaling kepada orang ramai”4 dan “memandang … untuk mencari orang yang telah menyentuh-Nya.”5 “Ketika wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui,”6 dia “sujud di hadapan Yesus dan memberitahu Dia segala-galanya.”7
Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera.”8
Yesus Kristus menyelamatkan wanita itu. Dia disembuhkan secara jasmani, tetapi ketika Yesus berpaling untuk memandang dia, wanita itu menyatakan iman kepada Dia dan Dia menyembuhkan hati wanita itu.9 Dia bercakap kepada wanita dengan kasih sayang, memberi jaminan tentang pengesahan dia, dan memberkati dia dengan kedamaian-Nya.10
Saudara sekalian, sebagai pemegang imamat yang kudus, kita berusaha dalam kerja keselamatan. Sejak tahun lepas, Tuhan telah tepat menempatkan kepimpinan kerja ini ke atas bahu para penatua di Israel.11 Kita memiliki perintah yang mengilhamkan daripada Tuhan—bekerja dengan para saudari, kita bertujuan untuk melayan dalam cara lebih kudus, mempercepatkan pengumpulan Israel pada kedua-dua belah tirai, mendirikan rumah kita sebagai tempat perlindungan dengan iman dan pelajaran injil, dan mempersiapkan dunia bagi Kedatangan Kedua Yesus Kristus.12
Seperti dalam semua hal, Juruselamat telah menunjukkan jalan: kita perlu mencarikan dan melayani Yesus Kristus seperti Dia mencarikan dan melayani Bapa-Nya.13 Juruselamat berfirman kepada Nabi Joseph dengan cara begini:
“Pandanglah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut.
“Lihatlah luka-luka yang menusuk sisi tubuh-Ku, dan juga bekas paku di tangan dan kaki-Ku; setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan mewarisi kerajaan syurga.”14
Di dunia pra-fana, Yesus berjanji kepada Bapa-Nya bahawa Dia akan melakukan kehendak Bapa-Nya dan menjadi Juruselamat dan Penebus kita. Apabila Bapa-Nya menanya, “Siapakah yang harus Aku utus?”15 Yesus menjawab:
“Di sinilah Aku, utuslah Aku.”16
“Kehendak-Mu jadilah, dan kemuliaan adalah milik-Mu selamanya.”17
Sepanjang hidup-Nya yang fana, Yesus mentaati perjanjian itu. Dia mengajarkan ajaran Bapa-Nya dengan kerendahan dan kelembutan hati dan kasih sayang dan melakukan kerja Bapa-Nya dengan kuasa dan wewenang yang telah Bapa-Nya berikan kepada Dia.18
Yesus menyerahkan hati-Nya kepada Bapa-Nya. Dia berfirman:
“Aku mengasihi Bapa.”19
“Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”20
“Aku sudah turun … bukan untuk melakukan kehendak-Ku, tetapi kehendak [Bapa, yang] mengutus Aku.”21
Dalam kesakitan-Nya di dalam Getsemani, Dia berdoa, “Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”22
Apabila Tuhan memanggil para penatua di Israel untuk “lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran” dan “lihatlah luka-luka” di dalam badan-Nya yang dibangkit, itulah panggilan untuk berpaling daripada dosa dan dunia dan berpaling kepada Dia dan mengasihi dan mematuhi Dia. Itulah panggilan untuk mengajar ajaran-Nya dan melakukan kerja-Nya dengan cara-Nya. Oleh itu, itulah sebuah panggilan untuk mempercayai Dia sepenuhnya, menyerahkan kehendak kita dan memalingkan hati kita kepada-Nya, dan menjadi seperti Dia melalui kuasa penebusan-Nya.23
Saudara sekalian, jika kita melihat kepada Yesus Kristus, Dia akan memberkati kita untuk menjadi para penatua Dia di Israel—rendah hati, lembut hati, peserah, penuh dengan kasih-Nya.24 Dan kita akan membawa kebahagiaan dan berkat-berkat Injil-Nya dan Gereja-Nya kepada keluarga kita dan saudara-saudari kita pada kedua-dua belah tirai.
Presiden Russell M. Nelson telah memanggil kita untuk melihat kepada Yesus Kristus dalam cara ini: “Tiada apa-apa yang muda atau automatik mengenai menjadi pengikut berkuasa seperti ini. Fokus kita seharusnya dilandaskan dengan kuat kepada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran. Tetapi apabila kita berusaha, keraguan dan ketakutan lenyap.”25
Melandaskan dengan kuat merupakan perkataan sesuai. Ia bermaksud untuk mengikat dengan ketat, menarik dan memegang sepenuhnya.26 Kita melandaskan dengan kuat fokus kepada Yesus Kristus dan Injil-Nya dengan menjalankan perjanjian-perjanjian kita.
Apabila menjalaninya, perjanjian itu mempengaruhi semua perkataan dan kelakuan kita. Kita menjalani kehidupan perjanjian27 penuh dengan tindakan seharian yang senang serta beriman: doa dari hati dalam nama Dia, menjamui firman Dia, berpaling kepada Dia untuk bertaubat akan dosa-dosa, mentaati perintah-perintah Dia, mengambil sakramen dan menguduskan hari Sabat Dia, menyembah di bait suci Dia sekerap mungkin, dan menggunakan imamat Dia yang kudus untuk melayani anak-anak Tuhan.
Tindakan kesetiaan ini kepada perjanjian membuka hati dan minda kita kepada kuasa penebusan Juruselamat dan pengaruh menguduskan Roh Kudus. Baris demi baris, Juruselamat mengubah sifat-sifat kita, kita bertukar hati dengan lebih mendalam kepada Dia dan perjanjian kita semakin bermakna dalam hati kita.28
Perjanjian yang kita buat kepada Bapa Syurgawi menjadi komitmen yang amat kuat, iaitu keinginan kita yang paling ikhlas. Perjanjian-perjanjian Bapa Syurgawi memenuhi kita dengan kesyukuran dan kegembiraan.29 Perjanjian kita berhenti sebagai peraturan yang kita ikuti dan menjadi asas-asas terkasih yang mengilhami dan membimbing kita dan melandaskan dengan kuat fokus kita kepada Yesus Kristus.30
Tindakan kesetiaan ini tersedia bagi semua orang, baik muda mahupun tua. Anda remaja putera yang memegang imamat Harun yang kudus, semua hal yang saya berkata malam ini berkaitan dengan anda. Saya bersyukur kepada Tuhan bagi anda. Anda membuat tatacara-tatacara dan perjanjian kudus yang ada bagi berjuta-juta Orang Suci Zaman Akhir setiap minggu. Apabila anda menyediakan, memberkati, atau menyerah sakramen; melayani; membaptis di bait suci; menjemput kawan ke aktiviti; atau menyelamatkan seorang ahli kuorum anda, anda sedang melakukan kerja keselamatan. Anda boleh melihat kepada Yesus Kristus juga dan menjalani perjanjian anda setiap hari. Saya berjanji bahawa jika anda melakukannya, anda akan merupakan suruhan-suruhan dipercayai Tuhan sekarang dan, pada hari yang akan datang, para penatua di Israel yang perkasa.
Saudara sekalian, saya tahu ini mungkin kedengaran menakutkan. Tetapi ingatlah kata-kata Juruselamat ini: “Aku tidak sendirian, kerana Bapa bersama-sama Aku.”31 Demikian pula itu dengan kita. Kami tidak sendirian. Tuhan Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi mengasihi kita, dan mereka berada bersama kita.32 Kerana Yesus melihat kepada Bapa-Nya dan menyelesaikan korban tebusan yang agung, kita boleh melihat kepada Yesus Kristus dengan kepastian bahawa Dia akan menolong kita.
Tidak ada seorang pun daripada kita yang sempurna. Kadangkala kita tersekat. Kita terganggu atau berasa kecewa. Kita tersandung. Tetapi jika kita melihat kepada Yesus Kristus dengan hati yang bertaubat, Dia akan mengangkat kita, membersihkan kita dari dosa, mengampuni kita, dan menyembuhkan hati kita. Dia bersabar dan baik hati; kasih-Nya yang menebuskan tidak pernah berhenti ataupun gagal.33 Dia akan menolong kita menjalani perjanjian dan mengembangkan panggilan kita sebagai para penatua di Israel.
Dan Bapa akan memberkati kita dengan semua hal yang diperlukan untuk mencapai tujuan-Nya—“sesuatu … baik dalam syurga mahupun di atas bumi, kehidupan dan cahaya, Roh dan kuasa, dikirimkan oleh kehendak Bapa melalui Yesus Kristus, Putera-Nya.”34
Apabila cahaya dan kuasa ilahi mengalir ke dalam hidup kita, tiga mukjizat berlaku:
Pertama, kita boleh melihat! Melalui wahyu kita bermula melihat seperti Yesus melihat wanita itu: menembusi luaran ke dalam hati.35 Semasa kita melihat seperti Yesus melihat, Dia memberkati kita untuk mengasihi mereka yang kita layani bersama kasih-Nya. Dengan bantuan-Nya, mereka yang dilayani kita akan melihat Juruselamat dan berasa kasih-Nya.36
Kedua, kita memiliki kuasa imamat! Kita memiliki wewenang dan kuasa untuk bertindak dalam nama Yesus Kristus “untuk memberkati, membimbing, melindungi, menguatkan, dan menyembuh orang lain” dan membawa mukjizat kepada orang yang kita sayangi dan jadikan perkahwinan dan keluarga kita selamat.37
Ketiga, Yesus Kristus pergi bersama kita! Dia pergi ke mana kita pergi. Dia mengajar apabila kita mengajar. Dia menenangkan apabila kita menenangkan. Dia memberkati apabila kita memberkati.38
Para saudara, tidakkah kita ada alasan untuk bersukacita? Memang ada! Para saudara, kita memegang imamat kudus Tuhan! Semasa kita melihat kepada Yesus Kristus, menjalani perjanjian, dan melandaskan dengan kuat fokus kepada Dia, kita akan menyertai para saudari kita dan melayani dalam satu cara yang lebih kudus, mengumpulkan Israel yang tersebar di dua belah tirai, memperkuatkan dan memeteraikan keluarga kita, dan menyediakan dunia bagi Kedatangan Kedua Tuhan Yesus Kristus. Kedatangan akan berlaku. Saya bersaksi demikian.
Saya menutup dengan doa ini dari hati saya, agar setiap kita akan melihat kepada Yesus Kristus dalam segala fikiran. Janganlah ragu-ragu. Janganlah takut. Dalam nama Yesus Kristus, amin.