2010–2019
Banyak Berkat
Persidangan Umum April 2019


2:3

Banyak Berkat

Kebanyakan berkat yang Tuhan ingin berikan kita memerlukan tindakan daripada bahagian kita—tindakan berdasarkan iman kita kepada Yesus Kristus.

Saudara dan saudara yang saya kasihi, Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus ingin memberkati setiap daripada kita.1 Soalan tentang bagaimana untuk mengakses dan mendapat berkat tersebut telah menjadi tajuk perdebatan dan perbincangan teologi selama berabad-abad.2 Ada yang berpendapat bahawa berkat perlu diperoleh; kita hanya menerimanya melalui kerja-kerja kita. Ada juga yang berpendapat bahawa Tuhan telah memilih siapa Dia akan berkati dan bagaimana—dan keputusan ini tidak dapat diubah. Kedua-dua pendapat ini tidak tepat. Berkat dari syurga tidak diperoleh dengan usaha yang perlu dibayar dengan “token perbuatan baik”, atau dengan menunggu tanpa berbuat apa-apa untuk melihat jika kita memenangi loteri berkat. Tidak, kebenarannya adalah lebih berbeza tetapi lebih sesuai untuk hubungan antara Bapa Syurgawi yang mengasihi dan pewaris-Nya yang berpotensi—kita. Kebenaran yang dipulihkan mengungkapkan bahawa berkat tidak diperoleh, tetapi tindakan yang diilhamkan oleh iman kita, biarpun pada permulaan dan berterusan, adalah penting.3

Timbunan Kayu

Apabila kita mempertimbangkan bagaimana kita menerima berkat daripada Tuhan, marilah kita menyamakan berkat syurgawi dengan timbunan besar kayu. Bayangkan di tengah-tengahnya terdapat umpan api kecil, ditutupi oleh lapisan serpihan kayu. Lapisan seterusnya adalah batang kayu, balak kecil, dan akhirnya balak besar. Timbunan kayu ini mengandungi jumlah besar bahan bakar, mampu menghasilkan cahaya dan haba untuk beberapa hari. Bayangkan di sebelah timbunan kayu terdapat sejenis mancis dengan fosforus di hujungnya.4

Timbunan Kayu dengan mancis

Untuk tenaga dalam timbunan kayu dibebaskan, mancis itu perlu digosok pada kotaknya untuk dinyalakan. Umpan api akan menyala dan menyebabkan kepingan kayu yang lebih besar terbakar. Apabila tindak balas pembakaran ini bermula, ia akan berterusan sehingga semua kayu dibakar atau api itu kekurangan oksigen.

Timbunan kayu yang dibakar

Menggosok mancis dan menyalakan api adalah tindakan kecil yang membolehkan potensi tenaga dalam kayu dikeluarkan.5 Sehinggalah manis itu gosokkan, tiada apa yang berlaku, tanpa mengira saiz timbunan kayu. Jika mancis digosok tetapi tidak digunakan untuk menyalakan api, jumlah cahaya dan haba yang dikeluarkan dari mancis sahaja adalah sangat kecil dan tenaga pembakaran di dalam kayu masih tidak dikeluarkan. Jika oksigen tidak tersedia pada sebarang waktu, tindak balas pembakaran berhenti.

Dalam cara yang sama, kebanyakan berkat yang Tuhan ingin berikan kita memerlukan tindakan daripada kita—tindakan berdasarkan iman kita kepada Yesus Kristus. Iman kepada Juruselamat adalah asas tindakan dan kuasa.6 Kita bertindak dengan iman dahulu, kemudian kuasa itu datang—berdasarkan kepada kehendak dan masa Tuhan. Urutan ini penting.7 Akan tetapi, tindakan yang diperlukan sentiasa kecil apabila dibandingkan dengan berkat yang kita terima akhirnya.8

Pertimbangkan apa yang berlaku ketika ular-ular berapi berterbangan di kalangan bani Israel kuno yang dalam perjalanan mereka ke negeri yang dijanjikan. Gigitan ular beracun itu membawa padah. Tetapi individu yang digigit dapat sembuh dengan melihat ular loyang yang dibuat oleh Musa dan diletakkan di atas tiang.9 Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk melihat sesuatu? Semua yang melihat mengakses kuasa syurga dan telah sembuh. Bani Israel lain yang digigit gagal melihat ular loyang itu mati. Mungkin mereka kurang iman untuk melihat.10 Mungkin mereka tidak percaya bahawa tindakan mudah seperti itu boleh mencetuskan penyembuhan yang dijanjikan. Atau mungkin mereka sengaja mengeraskan hati mereka dan menolak nasihat nabi Tuhan.11

Asas pengaktifan berkat yang mengalir daripada Tuhan adalah abadi. Sama seperti bani Israel kuno, kita juga harus bertindak atas iman kita kepada Yesus Kristus untuk diberkati. Tuhan mengungkapkan bahawa “terdapat sebuah hukum, yang tidak dapat dibatalkan telah ditetapkan di syurga sebelum pengasasan dunia ini, yang mana di atasnya semua berkat dilandaskan—dan apabila kita menerima apa pun berkat daripada Tuhan, itu adalah kerana kepatuhan pada hukum itu yang mana di atasnya ia dilandaskan.”12 Oleh itu, anda tidak memperoleh berkat—tanggapan itu salah—tetapi anda perlu layak untuknya. Keselamatan kita datang hanya melalui jasa dan rahmat Yesus Kristus.13 Korban tebusan-Nya yang amat besar bermaksud bahawa timbunan kayu itu tidak terhingga; tindakan kecil kita sifar jika dibandingkan dengannya. Tetapi ia bukannya sifar, dan ia bukan tidak penting; dalam gelap, mancis yang dinyalakan dapat dilihat dari jauh. Malah, ia dapat dilihat dari syurga kerana tindakan iman yang kecil diperlukan untuk menyalakan janji Tuhan.14

Untuk menerima berkat yang diinginkan daripada Tuhan, bertindak dengan iman, gosokkan mancis itu, di mana berkat syurgawi itu bergantung. Contohnya, salah satu tujuan doa adalah untuk mendapatkan berkat yang Tuhan rela berikan tetapi dengan syarat jika kita memintanya.15 Alma berseru untuk belas kasihan dan kesakitannya dipulihkan; dia tidak lagi tertekan oleh ingatan akan dosa-dosanya. Kebahagiaannya mengatasi kesakitannya—semuanya kerana dia berseru dengan iman kepada Yesus Kristus.16 Tenaga pengaktifan yang diperlukan bagi kita adalah mempunyai iman yang cukup kepada Kristus untuk meminta Tuhan dalam doa dengan ikhlas dan menerima kehendak dan masa-Nya untuk jawapan.

Sering kali, tenaga pengaktifan yang diperlukan untuk berkat memerlukan lebih dari sekadar mencari atau bertanya; tindakan berterusan, berulangan dan penuh iman diperlukan. Di pertengahan abad ke-19, Brigham Young mengarahkan sekumpulan Orang Suci Zaman Akhir untuk meneroka dan tinggal di Arizona, sebuah wilayah gersang di Amerika Utara. Selepas sampai ke Arizona, kumpulan itu kehabisan air dan mereka takut mereka akan mati. Mereka memohon pertolongan Tuhan. Tidak lama kemudian, hujan dan salji turun, membolehkan mereka mengisi tong mereka dengan air dan menyediakan untuk ternakan mereka. Bersyukur dan segar balik, mereka kembali ke Salt Lake City bergembira dengan kebaikan Tuhan. Apabila mereka kembali, mereka melaporkan butiran ekspedisi mereka kepada Brigham Young dan membuat kesimpulan mereka bahawa Arizona tidak boleh didiami.

Brigham Young

Selepas mendengar laporan itu, Brigham Young meminta seorang lelaki di dalam bilik apa pendapatnya mengenai ekspedisi dan mukjizat itu. Lelaki itu, Daniel W. Jones, terus menjawab, “Saya akan bersiap sedia, teruskan perjalanan, dan berdoa lagi.” Brother Brigham meletakkan tangannya pada Brother Jones dan berkata, “Lelaki ini akan memimpin perjalanan seterusnya ke Arizona.”17

Daniel W. Jones

Kita semua boleh mengingati masa ketika kita telah meneruskan dan berdoa lagi—dan berkat dihasilkan. Pengalaman Michael dan Marian Holmes menggambarkan asas-asas ini. Michael dan saya melayani sebagai Ahli Kawasan Tujuh Puluh. Saya sentiasa teruja apabila dia dipanggil untuk berdoa dalam mesyuarat kami kerana kerohaniannya yang mendalam sangat jelas; Dia tahu bagaimana bercakap dengan Tuhan. Saya suka mendengar dia berdoa. Namun, pada awal perkahwinan mereka, Michael dan Marian tidak berdoa atau menghadiri gereja. Mereka sibuk dengan tiga anak kecil dan syarikat pembinaan yang berjaya. Michael tidak merasakan dia seorang lelaki beragama. Suatu petang, uskup mereka datang ke rumah mereka dan menggalakkan mereka untuk mula berdoa.

Selepas uskup pergi, Michael dan Marian memutuskan bahawa mereka akan cuba berdoa. Sebelum tidur, mereka berlutut di tempat tidur mereka, dan dengan tidak selesanya, Michael mula. Selepas beberapa kata-kata doa, Michael tiba-tiba berhenti, berkata, “Marian, saya tidak boleh lakukan ini.” Ketika dia berdiri dan mula berjalan, Marian menarik tangannya untuk kembali berlutut, dan berkata, “Mike, kamu boleh lakukan ini. Cuba lagi!” Dengan galakan ini, Michael selesai doa yang singkat.

Holmeses mula berdoa dengan kerap. Mereka menerima jemputan jiran untuk menghadiri gereja. Semasa mereka masuk ke dalam gereja dan mendengar lagu rohani pembukaan, Roh berbisik kepada mereka, “Ini adalah benar.” Kemudian, tanpa disuruh dan diketahui orang, Michael membantu membuang beberapa sampah dari bangunan pertemuan. Apabila dia melalukan itu, dia merasakan tanggapan yang kuat, “Ini rumah-Ku.”

Michael dan Marian Holmes yang muda

Michael dan Marian menerima panggilan Gereja dan melayani di bahagian dan pancang mereka. Mereka telah dimeteraikan kepada satu sama lain, dan tiga anak mereka dimeteraikan kepada mereka. Mereka mempunyai lebih anak lagi, semuanya berjumlah dua belas orang. Holmeses melayani sebagai presiden misi dan penginjil senior—dua kali.

Michael dan Marian Holmes sekarang

Doa pertama yang kekok adalah tindakan kecil tetapi penuh iman telah menghasilkan berkat syurga. Holmeses menguatkan iman dengan menghadiri gereja dan melayani. Penganutan yang berdedikasi selama bertahun-tahun telah membawa kepada iman kuat yang berterusan yang mengilhami hingga ke hari ini.

Keluarga besar Holmes

Akan tetapi, api mesti menerima bekalan oksigen yang berterusan untuk kayu melepaskan potensi penuhnya. Seperti yang ditunjukkan oleh Michael dan Marian Holmes, iman kepada Kristus memerlukan tindakan yang berterusan bagi api untuk meneruskan. Tindakan kecil menyokong kemampuan kita untuk berjalan di sepanjang jalan perjanjian dan membawa kepada berkat-berkat terbesar yang Tuhan dapat berikan. Secara kiasan, oksigen hanya mengalir jika kita terus maju. Kadangkala kita perlu membuat busur dan anak panah sebelum wahyu datang mengenai mana kita harus mencari makanan.18 Kadangkala kita perlu membuat alat sebelum wahyu datang mengenai cara membina kapal.19 Kadangkala, dengan arahan nabi Tuhan, kita perlu membuat roti kecil dari minyak dan tepung yang sedikit yang kita ada untuk menerima botol minyak dan mangkuk tepung yang banyak.20 Dan kadangkala kita perlu “tenanglah dan ketahuilah bahawa [Tuhan ialah] Tuhan” dan percaya pada masa-Nya.21

Apabila anda menerima sebarang berkat daripada Tuhan, anda boleh memutuskan bahawa anda telah mematuhi hukum-hukum abadi yang mengawal penerimaan berkat itu.22 Tetapi ingatlah bahawa hukum-hukum yang “tidak dapat dibatalkan” itu tidak bergantung kepada masa duniawi, ini bererti berkat datang berdasarkan jadual Tuhan. Bahkan para nabi kuno yang sedang mencari rumah syurgawi mereka23 “beriman sampai mati [tanpa] menerima perkara-perkara yang dijanjikan oleh Tuhan, tetapi dari jauh mereka nampak … [dan] menyambutnya … mengaku dengan terang-terang.”24 Jika berkat yang diingini daripada Tuhan belum diterima—lagi—anda tidak perlu risau, tertanya-tanya lagi apa yang anda perlu lakukan. Sebaliknya, dengarlah nasihat Joseph Smith untuk “dengan riang melakukan segala hal yang berada dalam kuasa [anda]; dan kemudian … berdiri teguh, dengan keyakinan sepenuhnya, untuk melihat … lengan [Tuhan] … didedahkan.”25 Sesetengah berkat disimpan untuk kemudian, bahkan untuk anak-anak Tuhan yang paling berani.26

Enam bulan yang lalu, rancangan untuk belajar ajaran yang berpusat kepada rumah dan disokong oleh Gereja, untuk memperkuat iman, dan memperkukuh individu dan keluarga diperkenalkan. Presiden Russell M. Nelson berjanji bahawa perubahan itu dapat membantu kita bertahan secara rohani, meningkatkan kegembiraan injil kita, dan memperdalamkan penukaran kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.27 Tetapi ia terserah kepada kita untuk menerima berkat ini. Kita masing-masing bertanggungjawab untuk membuka dan belajar Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, bersama dengan tulisan suci dan bahan Ikutlah Aku yang lain.28 Kita perlu membincangkannya dengan keluarga dan rakan-rakan kita dan mengatur hari Sabat kita untuk menguatkan api iman dan kesaksian. Atau kita boleh membiarkan sumber-sumber ini duduk di dalam timbunan di rumah kita dengan potensi tenaga yang terperangkap dalamnya.

Saya menjemput anda untuk secara aktif mengaktifkan kuasa syurgawi untuk menerima berkat khusus daripada Tuhan. Menggunakan iman untuk menyalakan mancis dan api. Bekalkan oksigen yang diperlukan semasa anda sabar menunggu Tuhan. Dengan jemputan ini, saya berdoa agar Roh Kudus akan membimbing dan mengarahkan anda, supaya anda, seperti orang yang beriman yang digambarkan dalam Amsal, akan mendapat “banyak berkat.”29 Saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi kita dan Putera yang dikasihi-Nya, Yesus Kristus, hidup, dia bimbang dengan kesejahteraan kita, dan gembira untuk memberkati anda, dalam nama Yesus Kristus, amin.