2010–2019
Kasih Sayang Besar untuk Anak-anak Bapa Kita
Persidangan Umum April 2019


2:3

Kasih Sayang Besar untuk Anak-anak Bapa Kita

Kasih ialah ciri dan motif utama bagi tujuan rohani yang ditugaskan kepada kita oleh nabi terkasih kita.

Saudara dan saudari saya yang dikasihi, sekarang ialah satu masa yang penting dalam sejarah. Kita diberkati untuk hidup pada zaman keagamaan terakhir sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat. Dekat permulaan zaman keagamaan ini pada tahun 1829, satu tahun sebelum Gereja ditubuhkan secara rasmi, satu wahyu diterima mengumumkan bahawa satu “pekerjaan yang menakjubkan” hampir tiba. Wahyu ini menubuhkan bahawa mereka yang berhasrat untuk melayan Tuhan berkelayakkan pelayanan ini melalui “iman, harapan, kasih ihsan dan kasih sayang, dengan tumpuan matamu satu-satunya pada kemuliaan Tuhan.”1 Kasih ihsan, iaitu “kasih suci Kristus,”2 termasuk kasih abadi Tuhan bagi semua anak-Nya.3

Tujuan saya pagi ini adalah untuk menekankan peranan penting kasih itu dalam kerja penginjil, kerja bait suci dan kerja sejarah keluarga, serta pematuhan agama yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja. Kasih kepada Juruselamat dan para saudara saudari kita4 ialah ciri utama dan motif pelayanan serta tujuan rohani5 yang ditugaskan kepada kita oleh nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, dalam penyesuaian yang diumumkan pada tahun 2018.

Usaha Penginjil untuk Mengumpul Israel yang Dicerai-berai

Saya pernah alami satu perhubungan di antara kerja penginjil dan kasih pada awal hidup saya. Semasa saya berusia 11 tahun, saya menerima satu berkat bapa bangsa dari seorang bapa bangsa yang juga datuk saya.6 Sebahagian berkat itu kata, “Saya memberkati anda dengan kasih besar kepada orang, anda akan dipanggil untuk membawakan injil ke dunia … mendatangkan jiwa kepada Kristus.”7

Saya faham mahupun pada usia yang muda itu bahawa perkongsian injil berdasar pada satu kasih besar kepada semua anak Bapa Syurgawi kita.

Semasa Penguasa-penguasa Umum ditugas untuk menulis Mengkhotbahkan Injil-Ku 15 tahun dahulu, kami memutus bahawa ciri kasih adalah penting dalam kerja penginjil hari ini, seperti dahulu. Bab 6 tentang ciri-ciri seperti Kristus, termasuk kasih ihsan dan kasih sayang, ialah bab yang tergemar di kalangan para penginjil.

Sebagai wakil Juruselamat, kebanyakan penginjil rasa kasih ini, dan apabila ini berlaku, usaha mereka diberkati. Apabila para ahli memperolehi satu visi kasih ini, yang penting dalam menolong Tuhan dengan tujuan-Nya, kerja Tuhan akan dicapai.

R. Wayne Shute

Saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam satu contoh kasih ini. Semasa saya melayan sebagai Presiden Kawasan Pulau Pasifik, saya menerima satu panggilan telefon dari Presiden R. Wayne Shute. Semasa dia seorang pemuda, dia melayan misi di Samoa. Kemudian, dia pulang ke Samoa sebagai seorang presiden misi.8 Apabila dia menelefon saya, dia sudah menjadi presiden Bait Suci Apia Samoa. Salah seorang penginjil mudanya,semasa dia seorang presiden misi, ialah Elder O. Vince Haleck, sekarang Presiden Kawasan Pasifik. Presiden Shute sangat mengasihi dan menghormati Vince dan semua keluarga Haleck. Kebanyakan keluarga Haleck ialah ahli Gereja, tetapi bapa Vince, Otto Haleck, ketua keluarga itu (yang berketurunan Jerman dan Samoan), bukan seorang ahli. Presiden Shute tahu bahawa saya akan menghadiri satu persidangan pancang dan pertemuan lain di Amerika Samoa, dan dia tanya jika saya boleh timbang untuk tinggal di rumah Otto Haleck supaya saya boleh kongsikan injil dengan dia.

Elder O. Vincent Haleck semasa seorang penginjil muda

Isteri saya, Mary dan saya tinggal bersama Otto dan isterinya, Dorothy, dalam rumah mereka yang indah. Semasa makan sarapan, saya menjemput Otto untuk berjumpa dengan para penginjil. Dia menolak jemputan saya dengan tegas dan mesra. Dia kata dia gembira bahawa banyak ahli keluarganya ialah Orang Suci Zaman Akhir. Tetapi dia kata bahawa banyak nenek moyang Samoanya ialah paderi Kristian di Samoa, dan dia rasa satu kesetiaan yang besar terhadap agama Kristian tradisional mereka.9 Walaupun demikian, kami tinggalkan tempat itu sebagai rakan baik.

Kemudian, apabila Presiden Gordon B. Hinckley bersedia untuk membaktikan Bait Suci Suva Fiji, setiausahanya, Brother Don H. Staheli,10 menelefon saya di New Zealand untuk membuat persediaan. Presiden Hinckley ingin buat penerbangan dari Fiji ke Amerika Samoa untuk bertemu dengan para Orang Suci di situ. Satu hotel yang pernah dia tinggal dicadangkan. Saya tanya jika saya boleh buat persediaan lain. Brother Staheli kata, “Kamu Presiden Kawasan, saya baik saja mengikut persediaan kamu.”

Dengan serta merta, saya menelefon Presiden Shute dan beritahu dia mungkin kami ada peluang kedua untuk memberkat rakan kami Otto Haleck. Kali ini, penginjil itu ialah Presiden Gordon B. Hinckley. Saya tanya jika dia fikir adakah sesuai untuk keluarga Haleck untuk menjadi tuan rumah kepada kami semua dalam kumpulan kunjungan Presiden Hinckley.11 Presiden dan Sister Hinckley, anak perempuan mereka Jane, Elder dan Sister Jeffrey R. Holland juga dalam kumpulan itu. Presiden Shute, bekerja bersama keluarga itu, buat semua persediaan.12

Apabila kami sampai di Fiji selepas pembaktian bait suci, kami disambut dengan mesra.13 Kami berucap petang itu kepada beribu-ribu ahli Samoan dan kemudian pergi ke tempat diaman keluarga Haleck. Apabila kami berkumpul untuk sarapan, Presiden Hinckley dan Otto Haleck sudah menjadi rakan baik. Saya tertarik hati bahawa perbualan mereka serupa dengan perbualan saya dengan Otto satu tahun sebelum itu. Apabila Otto mengucap tentang kekagumannya demi Gereja kita tetapi menegaskan komitmennya kepada gerejanya, Presiden Hinckley letakkan tangannya di atas bahu Otta dan kata, “Otto, itu tidak cukup; anda harus menjadi seorang ahli Gereja. Inilah Gereja Tuhan.” Anda boleh nampak rasa penentangan tinggalkan Otto, dan dia terbuka kepada apa yang Presiden Hinckley katakan.

Itulah permulaan pengajaran penginjil tambahan dan kerendahan hati rohani yang benarkan Otto Haleck dibaptiskan dan ditetapkan satu tahun kemudian. Satu tahun selepas itu, keluarga Haleck dimeteraikan sebagai satu keluarga abadi dalam bait suci.14

Keluarga Haleck dimeteraikan dalam bait suci

Perkara yang menyentuh hati saya dalam pengalaman ini ialah kasih pelayanan yang ditunjukkan oleh Presiden Wayne Shute kepada bekas penginjilnya, Elder Vince Haleck, dan hasratnya untuk menampak seluruh keluarga Haleck disatukan sebagai satu keluarga abadi.15

Berkenaan pengumpulan Israel, kita perlu menyelaraskan hati kita dengan kasih jenis ini dan menjauhkan diri daripada perasaan tanggungjawab sahaja16 atau perasaan bersalah, menyelaras dengan perasaan kasih dan mengambil bahagian dalam persekutuan ilahi untuk mengongsikan pesanan, pelayanan, dan misi Juruselamat dengan dunia.17

Sebagai ahli gereja, kita boleh tunjukkan kasih kita kepada Juruselamat dan saudara saudari kita di seluruh dunia dengan membuat jemputan. Jadual pertemuan hari Ahad yang baru memberikan ahli satu peluang untuk menjemput rakan dengan berjaya dan penuh kasih untuk marilah lihat dan rasa pengalaman Gereja.18 Satu pertemuan sakramen yang rohani seperti yang dihuraikan oleh Elder Jeffrey R. Holland kelmarin, akan diikuti oleh satu pertemuan sepanjang 50 minit mengenai Perjanjian Baru dan Juruselamat atau ucapan persidangan umum yang juga berfokus pada Juruselamat dan ajaran-Nya.

Ada saudari Lembaga Pertolongan yang tanya mengapa mereka diberi satu tugas untuk “mengumpul” bersama ahli-ahli kuorum imamat. Memangnya ada tujuan demi tugas ini, dan Presiden Nelson umumkan banyak tujuan dalam persidangan umum lepas. Dia kata, “Kita tidak dapat mengumpulkan Israel tanpa anda.”19 Hari ini, agak-agak 30 peratus penginjil sepenuh masa ialah saudari. Ini berikan Lembaga Pertolongan insentif tambahan untuk mengongsikan injil dengan kasih. Komitmen rohani yang penuh kasih dan berbelas kasihan dari kita diperlukan—lelaki, wanita, remaja, dan kanak-kanak—untuk mengongsikan injil Yesus Kristus. Jika kita tunjukkan kasih, kebaikan hati, dan kerendahan hati, ramai akan menerima jemputan kita. Mereka yang memilih untuk menolak jemputan kita masih rakan kita.

Usaha Bait Suci dan Sejarah Keluarga untuk Mengumpul Israel

Kasih juga pusat usaha bait suci dan sejarah keluarga kita untuk mengumpul Israel di sebelah tirai. Apabila kita belajar tentang cubaan dan kesusahan nenek moyang kita, kasih dan penghargaan kita terhadap mereka meningkat. Usaha bait suci dan sejarah keluarga kita diperkuatkan ke satu tahap yang amat besar oleh penyesuaian baru jadual pertemuan hari Ahad dan kemajuan remaja dalam kelas serta kuorum. Perubahan-perubahan ini berikan perhatian lebih awal dan lebih kuat untuk belajar tentang nenek moyang kita dan mengumpul Israel di sebelah tirai. Kedua-dua kerja bait suci dan sejarah keluarga banyak dipertingkatkan.

Internet ialah satu alat yang berkuasa; sekarang rumah kita ialah pusat sejarah keluarga utama. Ahli-ahli muda kita sangat mahir dalam penyelidikan sejarah keluarga dan bermotivasi secara rohani untuk melakukan pembaptisan untuk nenek moyang mereka yang sudah mereka mengasihi dan menghargai. Semenjak perubahan untuk membenarkan kanak-kanak 11 tahun melakukan pembaptisan bagi orang yang sudah mati, presiden-presiden bait suci di seluruh dunia melaporkan peningkatan hadiran. Seorang presiden bait suci beritahu kami bahawa “Ada satu peningkatan penghadiran pembaptisan yang besar … dan tambahan mereka yang berusia 11 tahun bawakan lebih banyak keluarga. … Walaupun pada umur yang [muda], mereka nampaknya berasa takzim dan tujuan tatacara yang mereka lakukan. Ini satu perkara yang indah!”20

Saya tahu para pemimpin Sekolah Primer dan pemimpin remaja kita ada dan akan terus buatkan sejarah keluarga dan kerja bait suci satu usaha utama. Para saudari Lembaga Pertolongan dan saudara imamat boleh tolong melaksanakan tanggungjawab bait suci dan sejarah keluarga mereka secara individu dan juga menolong dan mengilhami kanak-kanak dan remaja untuk mengumpul Israel di sebelah tirai. Ini adalah terutamanya penting dalam rumah dan pada hari Sabat. Saya janji bahawa melaksanakan tatacara-tatacara untuk nenek moyang akan memperkukuhkan dan melindungi remaja dan keluarga kita dalam dunia yang menjadi semakin jahat. Saya juga bersaksi bahawa Presiden Russell M. Nelson telah menerima wahyu yang penting mengenai bait suci dan kerja bait suci.

Menyediakan Keluarga Abadi dan Individu untuk Hidup bersama Tuhan

Tekanan baru pada pengajian dan kepatuhan injil yang berpusat di rumah serta sumber-sumber yang disediakan oleh Gereja ialah satu peluang besar untuk menyediakan keluarga abadi dan individu untuk bertemu dan hidup bersama Tuhan.21

Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan dimeteraikan dalam bait suci, mereka berkahwin dalam perjanjian yang baru dan kekal, satu tarekat imamat.22 Mereka bersama-sama memperolehi dan menerima berkat-berkat dan kuasa imamat untuk mengarahkan keluarga mereka. Wanita dan lelaki ada peranan yang unik seperti yang di tuliskan dalam “Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,”23 tetapi pengawasan mereka adalah sama nilai dan sama penting.24 Mereka mempunyai kuasa yang sama untuk menerima wahyu bagi keluarga mereka. Apabila mereka bekerja sama dengan kasih sayang dan kesolehan, keputusan mereka akan diberkati syurga.

Mereka yang mencari untuk mengetahui kehendak Tuhan sebagai individu dan untuk keluarga mereka mesti berusaha demi kesolehan, kelembutan hati, kebaikan hati, dan kasih sayang. Kerendahan hati dan kasih sayang ialah ciri-ciri mereka yang mencarikan kehendak Tuhan, terutamanya untuk keluarga mereka.

Menyempurnakan diri sendiri, melayakkan diri sendiri demi berkat perjanjian, dan menyedia untuk bertemu Tuhan ialah tanggungjawab individu. Kita perlu berdikari dan cemas mengambil bahagian untuk membuatkan rumah kita satu tempat perlindungan dari ribut di sekeliling kita25 dan satu tempat kudus untuk iman.”26 Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka dengan kasih sayang. Rumah yang penuh dengan kasih ialah satu kebahagiaan, satu kegembiraan, dan benar-benar sebuah syurga di bumi.27

Lagu rohani kegemaran ibu saya ialah “Kasih dalam Keluarga.”28 Apabila dia dengar baris pertama, “Sungguh indah suasana, riang gembira. Bila kasih bersemi dalam keluarga,” dia penuh dengan emosi. Sebagai kanak-kanak, kami sedar bahawa kami tinggal dalam rumah sebegitu; itu ialah salah satu keutamaannya.29

Selain daripada satu suasana yang penuh kasih sayang, Presiden Nelson berfokus untuk menghadkan penggunaan media yang mengganggu tujuan utama kita.30 Satu penyesuaian yang akan memanfaatkan keluarga adalah untuk membuatkan internet, media sosial, dan televisyen hamba kita dan bukan satu gangguan atau lebih teruk, tuan kita. Peperangan demi jiwa untuk semua, tetapi terutamanya kanak-kanak, biasanya berlaku dalam rumah. Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan bahawa kandungan media adalah sihat, sesuai dengan usia, dan selaras dengan suasana kasih sayang yang kita cuba ciptakan.

Pengajaran dalam rumah kita perlu jelas dan menarik hati31 tetapi juga rohani, bahagia dan penuh dengan kasih sayang.

Saya janji bahawa apabila kita berfokus pada kasih kita kepada Juruselamat dan Korban tebusan-Nya, buatkan Dia pusat usaha kita untuk mengumpul Israel pada kedua-dua belah tirai, melayan orang lain, dan bersedia secara individu untuk bertemu Tuhan, pengaruhan musuh akan menjadi kurang dan kebahagiaan, kegembiraan, dan kedamaian injil akan mengembangkan keluarga kita dengan kasih sayang seperti Kristus.32 Saya bersaksi tentang janjian-janjian ajaran ini dan tentang Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya bagi pihak kita dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ajaran dan Perjanjian 4:1, 5.

  2. Moroni 7:47

  3. Lihat “Charity and Love,” Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service, rev. ed. (2019), 124.

  4. See Ulangan 6:5; Matius 22:36–40.

  5. Lihat pemberitahuan “Responsibilities of Elders Quorum and Relief Society Presidencies in Member Missionary and Temple and Family History Work,”, 6 Okt. 2018.

  6. Datuk saya diberi hak kuasa untuk memberi berkat bapa bangsa kepada cucu yang tinggal dalam negeri lain. Berkat itu diberikan kepada saya pada usia 11 kerana dia jatuh sakit dan mungkin akan meninggal dunia.

  7. Berkat bapa bangsa yang diberikan kepada Quentin L. Cook, daripada Bapa Bangsa Crozier Kimball, 13 Okt. 1951, Draper, Utah.

  8. Presiden R. Wayne Shute juga melayan bersama isterinya Lorna dalam pelbagai misi di Shanghai, negeri Cina; Armenia; Singapura; dan Greece. Selepas Lorna meninggal dunia, dia kahwin Rhea Mae Rosvall, dan mereka melayan satu Misi Brisbane Australia. Tujuh daripada sembilan anak-anak mereka melayan misi sepenuh masa. Semasa dua tahun dia melayan sebagai presiden misi di Samoa, Elder John H. Groberg melayan sebagai presiden misi di Tonga. Pengalaman-pengalaman mereka amat terkenal.

  9. Otto Haleck ialah seorang pemimpin sukarela Congregational Christian Church of Samoa, yang berdasar dari London Missionary Society. Bapanya berasal dari Dessau, Jermani.

  10. Presiden Don H. Staheli sekarang melayan sebagai presiden Bait Suci Bountiful Utah.

  11. Presiden dan Sister Hinckley dan anak perempuan mereka Jane Hinckley Dudley, Elder Jeffrey R. dan Sister Patricia T. Holland, Elder Quentin L. dan Sister Mary G. Cook, dan Brother Don H. Staheli semua hadir.

  12. Elder O. Vincent Haleck beritahu saya bahawa bapanya jemputkan Vince dan adiknya David untuk balik dari luar negeri untuk memeriksa rumah dan menyambut kedatangan Presiden Hinckley. Elder Haleck kata bapanya ucap, “Mereka mungkin malaikat.” Dia beritahu anak-anak lelakinya jika mereka hendak menyambut nabi, rumah mereka harus sempurna.

  13. Presiden Hinckley disambut oleh kepimpinan national Amerika Samoa dan beribu-ribu orang Samoan di stadium bola sepak.

  14. Menyatukan keluarga melalui kerja penginjil yang rajin ialah satu ciri baik orang Samoan dan orang Polynesia lain.

  15. Presiden Shute sangat dikasihi dan dihargai, dia dijemput untuk berucap pada upacara pengebumian Otta Haleck pada tahun 2006.

  16. “Kadangkala kita mula melayan dari ketugasan, tetapi pelayanan itu akan membimbing kita untuk bergantung pada sesuatu yang lebih bedar … untuk melayan dalam ‘satu cara yang lebih baik’ [1 Korintus 12:31]” (Joy D. Jones, “For Him,” Liahona, Nov. 2018, 50).

  17. Lihat Tad R. Callister, The Infinite Atonement (2000), 5–8.

  18. Ahli-ahli Gereja harus mengkoordinasi dengan para penginjil apabila mereka membuat jemputan.

  19. Russell M. Nelson, “Sisters’ Participation in the Gathering of Israel,” Liahona, Nov. 2018, 70.

  20. Presiden B. Jackson dan Sister Rosemary M. Wixom, presiden dan matron Bait Suci Salt Lake, melapor kepada Presidensi Umum Sekolah Primer, Mac. 2019. Mereka kata mereka “pesan lebih banyak pakaian pembaptisan xxxs untuk menemui keperluan!”

  21. Lihat Russell M. Nelson, “Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 6–8.

  22. Lihat Ajaran dan Perjanjian 131:1-4.

  23. Lihat “Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Mei 2017, 145.

  24. “Setiap bapa dan ibu ialah ketua keluarga mereka yang sama berkuasa dalam peranan mereka yang berlainan” (James E. Faust, “The Prophetic Voice,” Ensign, Mei 1996, 6).

  25. Lihat Ajaran dan Perjanjian 45:26-27; 88:91.

  26. Russell M. Nelson, “Becoming Exemplary Latter-day Saints,” Liahona, Nov. 2018, 113.

  27. Lihat “Rumah Menjadi Syurga,” Lagu Rohani, no. 137.

  28. “Kasih dalam Keluarga,” Lagu Rohani, no. 134.

  29. Jika kasih jenis ini boleh dicapai, arahan dalam Ajaran dan Perjanjian 121:41–42 harus menjadi matlamat:

    “Tidak ada kuasa atau pengaruh dapat atau seharusnya dipertahankan melalui kebajikan keimamatan, kecuali dengan bujukan, dengan kepanjangsabaran, dengan kelemahlembutan dan kelembutan hati, dan dengan kasih yang tidak dibuat-buat;

    Dengan kebaikan hati, dan pengetahuan yang suci, yang akan meneguhkan jiwa tanpa kemunafikan, dan tanpa tipu daya.”

    Kritikan yang tidak wajar terhadap kanak-kanak harus dielakkan. Mengatasi kesalahan dan kekurangan kebijaksanaan memerlukan arahan, bukan kritikan. Dosa memerlukan teguran (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:25–27).

  30. Lihat Russell M. Nelson, “Penglibatan Saudari-saudari Dalam Pengumpulan Bani Israel,” 69; juga lihat Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani sedunia, 3 Jun 2018), HopeofIsrael.ChurchofJesusChrist.org.

  31. Mengajar dalam rumah adalah seperti sekolah satu bilik untuk kanak-kanak semua usia. Apabila mengajar kanak-kanak 11 tahun kita mengendahkan kanak-kanak 3 tahun juga.

  32. Lihat Yohanes 17:3; 2 Nefi 31:20; Moroni 7:47.