2010–2019
Ucapan Penutup
Persidangan Umum April 2019


2:3

Ucapan Penutup

Marilah kita membaktikan dan membaktikan semula kehidupan kita untuk melayani Tuhan dan anak-anak-Nya—di kedua-dua belah tirai.

Para saudara dan saudari yang dikasihi, pada penghujung persidangan bersejarah ini, kita berterima kasih kepada Tuhan untuk inspirasi dan perlindungan-Nya. Pesanan-pesanan telah mengajar dan meningkatkan kita.

Topik-topik tidak diberi kepada para pembicara. Mereka masing-masing berdoa untuk wahyu peribadi dalam penyediaan pesanan mereka. Saya rasa ia sangat hebat bagaimana tema pesanan mereka begitu sesuai dengan satu sama lain. Apabila anda mengkaji mereka, pelajari apa yang Tuhan sedang cuba mengajar anda melalui hamba-hamba-Nya.

Muzik persidangan ini memang indah. Kami sangat bersyukur kepada para pemuzik yang berkongsi bakat mereka untuk membawa Roh Tuhan kepada setiap sesi. Dan Dia telah memberkati doa-doa dan umat di setiap sesi. Sesungguhnya, persidangan sekali lagi menjadi jamuan rohani bagi kita semua.

Kami berharap dan bedoa supaya rumah setiap ahli akan menjadi satu tempat suci iman, di mana Roh Tuhan boleh menetap. Walaupun ada pertengkaran di sekeliling kita, rumah boleh menjadi tempat syurgawi, di mana kajian, doa, dan iman dapat digabungkan dengan kasih. Kita boleh menjadi pengikut Tuhan, mempertahankan dan mewakili-Nya di mana jua kita berada.

Objektif Tuhan haruslah menjadi objektif kita. Dia mahu anak-anak-Nya memilih untuk kembali kepada-Nya, bersedia, layak, dianugerahi, dimeteraikan, dan beriman kepada perjanjian yang dibuat dalam bait suci.

Kita sekarang mempunyai 162 bait suci yang dibaktikan. Bait suci awal berdiri sebagai monumen iman dan matlamat para perintis terkasih kita. Setiap bait suci yang dibina oleh mereka dilakukan dengan pengorbanan peribadi dan usaha yang besar. Setiapnya wujud sebagai permata mahkota pencapaian perintis.

Tanggungjawab kudus kita adalah untuk menjaga mereka. Oleh itu, bait suci-bait suci perintis ini tidak lama lagi akan mengalami tempoh pembaharuan dan penyegaran dan, bagi sesetengah, satu pemulihan besar. Pemeliharaan keistimewaan setiap bait suci akan diusahakan di mana boleh, dengan memelihara kecantikan dan ketukangan unik generasi lalu.

Butiran untuk Bait Suci St. George sudah diberikan. Rancangan untuk pengubahsuaian Bait Suci Salt Lake, Temple Square, dan plaza bersebelahan Bangunan Pejabat Gereja akan diumumkan pada Jumaat, 19 April 2019.

Bait Suci Manti dan Logan Utah juga akan diubahsuaikan dalam tahun-tahun yang akan datang. Apabila rancangan-rancangan itu disediakan, mereka juga akan diumumkan.

Ini akan memerlukan setiap bait suci ini ditutup untuk satu tempoh masa. Ahli-ahli Gereja boleh terus menikmati penyembahan dan pelayanan bait suci di bait suci lain yang berdekatan. Selepas setiap projek diselesaikan, setiap bait suci bersejarah akan dibaktikan semula.

Para saudara dan saudari, kita menghormati bait suci sebagai bangunan paling kudus dalam Gereja. Ketika kita mengumumkan rancangan untuk membina satu bait suci baru ia menjadi sebahagian daripada sejarah kudus kita. Sekarang, tolong dengar dengan teliti dan dengan hormat. Jika saya mengumumkan bait suci di tempat yang istimewa untuk anda, saya mencadangkan anda menunduk kepala dengan doa kesyukuran senyap dalam hati anda. Kita tidak mahu apa-apa percakapan lisan untuk mengurangkan sifat suci persidangan ini dan bait suci Tuhan.

Hari ini kami gembira mengumumkan rancangan untuk membina lebih banyak bait suci, untuk dibina di lokasi-lokasi yang berikut:

Pago Pago, Amerika Samoa; Bandar raya Okinawa, Okinawa; Neiafu, Tonga; Tooele Valley, Utah; Moses Lake, Washington; San Pedro Sula, Honduras; Antofagasta, Chile; Budapest, Hungary.

Terima kasih, para saudara dan saudari yang dikasihi.

Ketika kita bercakap tentang bait suci lama dan baru, semoga setiap daripada kita menunjukkan bahawa kita ialah pengikut benar Tuhan Yesus Kristus melalui tindakan kita. Marilah kita mengubah suai kehidupan kita melalui iman kita dan percaya kepada-Nya. Marilah kita menggunakan kuasa Korban tebusan-Nya dengan pertaubatan harian kita. Dan marilah kita membaktikan dan membaktikan semula kehidupan kita untuk melayani Tuhan dan anak-anak-Nya—di kedua-dua belah tirai.

Saya meninggalkan kasih dan berkat saya bersama anda, memberi jaminan bahawa wahyu berterusan dalam Gereja Tuhan. Ia akan berterusan sehingga “tujuan Tuhan dicapai, dan Yehovah kata ia sudah lengkap.”1

Saya memberkati anda dan memberi kesaksian saya bahawa Tuhan hidup! Yesus ialah Kristus! Inilah Gereja-Nya. Kita umat-Nya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2007), 142.