Jawapan kepada Doa
Bapa sedar tentang kita, Dia tahu keperluan kita, dan Dia akan menolong kita dengan sempurna.
Salah satu ajaran injil Yesus Kristus yang penting dan menghiburkan ialah Bapa Syurgawi mempunyai kasih yang sempurna bagi anak-anak-Nya. Oleh kerana kasih sempurna itu, Dia memberkati kita bukan sahaja mengikut kehendak dan keperluan kita tetapi mengikut kebijaksanaan-Nya yang tak terhingga. Seperti yang dikatakan nabi Nefi, “Aku tahu bahawa [Tuhan] mengasihi anak-anak-Nya.”1
Salah satu aspek kasih yang sempurna adalah penglibatan Bapa Syurgawi dalam butiran hidup kita, walaupun kita tidak menyedari atau memahaminya. Kita meminta panduan ilahi dan pertolongan Bapa melalui doa yang bersungguh-sungguh. Apabila kita menghormati perjanjian dan berusaha untuk menjadi seperti Juruselamat, kita berhak untuk bimbingan ilahi2 yang berterusan melalui pengaruh dan ilham Roh Kudus.
Ayat suci mengajar kita, “Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya.”3 dan Dia “mengetahui segala sesuatu, kerana segala sesuatu berada di hadapan mata-Ku”4
Nabi Mormon ialah satu contoh perkara ini. Dia tidak hidup untuk melihat hasil kerjanya. Tetapi dia faham bahawa Tuhan membimbing dia sepanjang masa. Apabila dia rasa diilhamkan untuk memasukkan kepingan-kepingan Nefi dengan catatannya, Mormon menulis: “Dan aku melakukan ini untuk suatu tujuan yang bijak; kerana demikianlah ia membisikiku, menurut cara kerja Roh Tuhan yang ada dalam diriku. Dan sekarang, aku tidak mengetahui segalanya; tetapi Tuhan mengetahui segalanya yang akan datang; oleh kerana itu, Dia bekerja dalam diriku untuk melakukan menurut kehendak-Nya.”5 Walaupun Mormon tidak tahu tentang 116 manuskrip yang akan hilang, Tuhan menyediakan jalan untuk mengatasi halangan lama sebelum ia berlaku.
Bapa sedar tentang kita, Dia tahu keperluan kita, dan Dia akan menolong kita dengan sempurna. Kadangkala bantuan diberi dengan segera atau selepas kita meminta pertolongan ilahi. Kadangkala kehendak dan keinginan kita yang layak tidak dijawab dalam cara yang kita harapkan, tetapi kita dapati Tuhan mempunyai berkat yang lebih banyak tersedia. Dan kadangkala kehendak soleh kita tidak diberikan dalam hidup ini. Saya akan menggambarkan melalui tiga cerita tentang cara Bapa di Syurga mungkin menjawab doa kita yang bersungguh-sungguh.
Anak lelaki bongsu kami dipanggil untuk melayani sebagai seorang penginjil di Misi Paris, Perancis. Untuk persediaan melayani, kami membeli pakaian yang biasanya diperlukan seperti baju, sut, tali leher, sarung kaki dan kot luar. Malangnya, saiz kot luar yang dia hendak tiada stok pada masa itu. Tetapi pekerja kedai tersebut menyatakan kot tersebut boleh didapati dalam beberapa minggu dan boleh dihantar kepada pusat latihan penginjil di Provo sebelum anak kami berangkat ke Perancis. Kami bayar harga kot luar tersebut dan melupakan hal tersebut.
Anak lelaki kami masuk ke pusat latihan penginjil pada bulan Jun, dan kot luar tersebut dihantar kepada dia beberapa hari sebelum dia berangkat pada bulan Ogos. Dia tidak mencuba kot tersebut tetapi mengemaskannya ke dalam bagasi dengan barangan lainnya.
Menjelang musim sejuk di Paris, di mana anak kami sedang melayani, dia menulis kepada kita bahawa dia mengambil dan cuba memakai kot luar tersebut tetapi ia amat kecil. Kami terpaksa menghantar duit lebih kepadanya supaya dia boleh membeli satu lagi kot luar di Perancis. Saya tulis kepada dia bahawa dia boleh menderma kot luar yang kecil sebab dia tidak dapat memakainya.
Kami kemudian menerima e-mel daripadanya: “Tempat disini sangat sejuk. … Angin terasa ia meresapi kami, walaupun kot baru saya bagus dan amat berat. … Saya memberikan kot lama saya kepada [seorang penginjil dalam rumah kami] yang berkata bahawa dia telah berdoa untuk mendapatkan kot yang lebih baik. Dia seorang penganut baru untuk beberapa tahun dan dia hanya mempunyai ibunya … dan penginjil yang membaptis dia memberi bantuan kewangan dalam misinya, maka kot itu adalah jawapan kepada doanya, jadi saya rasa amat gembira.”6
Bapa di Syurga tahu bahawa penginjil ini yang melayani di Perancis yang jauhnya 6,200 batu (10 000 kilometer) dari rumahnya memerlukan kot luar dengan segera untuk musim sejuk di Perancis dan juga tahu dia tidak mempunyai wang untuk membeli kot baru. Bapa Syurgawi tahu bahawa anak kami akan menerima kot luar yang amat kecil dari kedai pakaian di Provo, Utah. Dia tahu bahawa dua penginjil ini akan melayani bersama di Paris dan kot luar tersebut akan menjadi jawapan kepada doa seorang penginjil yang bersungguh-sungguh, rendah hati dan amat memerlukannya.
Juruselamat mengajarkan:
“Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu.
“Rambut di kepala kamu pun sudah dihitung semuanya.
“Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Tuhan, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit.”7
Dalam situasi berlainan, apabila kehendak dan keinginan kita yang layak tidak dijawab dengan cara yang diharapkan, mungkin itu merupakan satu manfaat utama bagi kita. Contohnya, Yusuf anak lelaki Yakub yang dicemburui dan dibenci oleh saudara-saudaranya sehingga mereka merancang untuk membunuh Yusuf. Sebaliknya, mereka menjual dia sebagai hamba ke Mesir.8 Jika pernah seseorang rasa bahawa doa dia tidak dijawab dalam cara yang dia harapkan, mungkin ia adalah Yusuf. Pada realitinya, kemalangan dia telah membawa banyak berkat kepadanya dan menyelamatkan keluarga dia daripada kebuluran. Kemudiannya, selepas menjadi seorang pemimpin yang dipercayai di Mesir, dengan iman dan kebijaksanaan yang hebat dia berkata kepada abang-abangnya:
“Jangan takut atau salahkan diri kerana kamu menjual aku. Sebenarnya, Tuhan sendiri yang menghantar aku ke sini lebih dahulu daripada kamu untuk menyelamatkan banyak orang.
“Sekarang baru tahun kedua masa kebuluran, dan ada lima tahun lagi orang tidak akan membajak atau menuai.
“Tuhan telah menghantar aku ke sini lebih dahulu daripada kamu untuk menyelamatkan kamu dengan cara yang menakjubkan ini, supaya kamu selamat dan keturunan kamu tidak pupus.
“Oleh itu, sebenarnya bukan kamu yang menyebabkan aku berada di sini, melainkan Tuhan.”9
Semasa pengajian maktab anak lelaki sulung kami, dia dapat bekerja dalam pekerjaan separuh masa yang amat diingini dan berpotensi untuk mendapat kerja sepenuh masa selepas mendapat ijazah. Dia bekerja keras dalam pekerjaan ini selama empat tahun, berkelayakan tinggi dan amat dihormati oleh rakan sekerja dan penyelianya. Pada akhir tahun seniornya, seperti rancangkan oleh syurga (sekurang-kurangnya dari pandangan anak lelaki kami), posisi tetap tersebut terbuka dan dia ialah calon utama, dengan setiap tanda dan jangkaan bahawa dia akan mendapat kerja tersebut.
Tetapi dia tidak mendapat kerja tersebut. Tidak seorang pun daripada kami boleh memahaminya. Dia membuat persediaan dengan bagus, ditemu duga dengan baik dan merupakan calon yang paling berkelayakan, dan dia telah berdoa dengan harapan dan jangkaan yang tinggi! Dia amat sedih dan patah hati, keseluruhan episod ini menyebabkan kami menggaru kepala. Kenapa Tuhan meninggalkan dia dalam keinginan solehnya?
Tidak sehingga beberapa tahun kemudian jawapannya menjadi terang. Jika dia menerima kerja tersebut selepas mendapat ijazah, dia akan terlepas satu peluang yang mengubah hidupnya yang sekarang menjadi bukti untuk kebaikan dan berkat abadinya. Tuhan tahun pengakhiran daripada permulaan (seperti Dia selalu ketahui), dan dalam kes ini, jawapan untuk banyak doa yang soleh adalah tidak, ia adalah untuk satu hasil jauh lebih unggul.
Dan kadangkala, jawapan kepada doa yang kita minta dengan soleh, bersungguh, terdesak mencari tidak diberikan dalam hidup ini.
Sister Patricia Parkinson lahir dengan penglihatan biasa, tetapi pada umur tujuh dia menjadi semakin buta. Pada umur sembilan, Pat mula menghadiri Sekolah Utah untuk Orang Pekak dan Buta di Ogden, Utah,sejauh 90 batu (145 km) daripada rumahnya, maka dia perlu tinggal di asrama—yang akan membuat seorang berumur sembilan tahun rindu akan rumahnya.
Pada umur 11, dia telah kehilangan semua penglihatannya. Pat pulang rumah secara kekal pada umur 15 untuk menghadiri sekolah menengah dikawasannya. Dia menghadiri maktab dan menerima ijazah dalam ijazah gangguan komunikasi dan psikologi, dan selepas berjaya dengan kesusahan dengan pegawai penerimaan universiti, dia masuk ke pengajian graduan dan menerima ijazah sarjana dalam patologi bahasa pertuturan. Pat sekarang bekerja dengan 53 sekolah rendah dan menyelia empat juruteknik pertuturan bahasa dalam daerah sekolahnya. Dia mempunyai rumah dan kereta sendiri, di mana ahli keluarga atau kawan akan memandu apabila Pat memerlukan bantuan.
Pada umur 10, Pat dijadualkan untuk mempunyai satu lagi prosedur perubatan untuk memperbaiki penglihatannya yang berkurangan. Ibu bapa dia sentiasa beritahu segala perihal berkenaan rawatan perubatan kepada dia, tetapi atas sebab tertentu mereka tidak beritahu dia tentang prosedur ini. Apabila ibu bapa beritahu dia tentang prosedur yang telah dirancang, perasaan Pat, menurut kata ibunya berkata “amat terkacau.” Pat berlari ke dalam bilik sebelah tetapi kemudian kembali selepas dan berkata kepada mereka dengan kemarahan, “Saya akan cakap sekarang. Saya tahu, Tuhan tahu, dan yakin kamu juga tahu. Saya akan menjadi buta sepanjang hidup saya!”
Beberapa tahun lalu, Pat melawat di California untuk mengunjungi ahli keluarga yang tinggal di sana. Semasa Pat berjalan di luar dengan anak buahnya yang berumur 3 tahun, dia berkata kepadanya “Mak Cik Pat, kenapa kamu tidak tanya Bapa Syurgawi untuk memberi kamu mata baru? Sebab apabila kamu minta Bapa Syurgawi, Dia akan memberi apa sahaja yang kamu minta. Kamu cuma perlu tanya Dia.”
Pat kata dia terkejut dengan soalan tersebut tetapi menjawab, “Kadangkala, Bapa Syurgawi tidak melakukan seperti itu. Kadangkala Dia perlukan kamu untuk belajar sesuatu, jadi dia tidak memberi kamu semua yang kamu perlukan. Kadangkala kamu perlu menunggu. Bapa Syurgawi dan Juruselamat tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa yang kita perlukan. Jadi, Mereka tidak akan memberi semua perkara yang kamu mahukan pada masa yang kamu mahukannya.”
Saya sudah lama berkenalan dengan Pat dan saya baru-baru ini saya beritahu dia bahawa saya terkagum bahawa dia selalu positif dan gembira. Dia menjawab, “Kamu tak pernah berada di rumah dengan saya, kan? Ada masanya saya tidak selalu begitu. Saya telah mengalami kemurungan yang teruk, dan saya banyak menangis.” Walau bagaimanapun, dia berkata, “Dari masa saya mula hilang penglihatan saya, ia amat aneh, tetapi saya tahu Bapa Syurgawi dan Juruselamat bersama keluarga dan saya. Kami mengendalikannya sebaik aman yang kami boleh, dan pada pendapat saya, kita mengendalikannya dengan cara yang betul. Saya menjadi seorang yang berjaya dan secara amnya saya seorang yang gembira. Saya ingat tangan-Nya dalam setiap perkara. Kepada mereka yang tanya jika saya marah sebab saya buta, saya menjawab: ‘Kepada siapa yang saya harus marah kepada? Bapa Syurgawi bersama dengan saya untuk ini; Saya tidak keseorangan. Dia bersama saya selalu.”
Dalam kes ini, keinginan Pat untuk menerima penglihatannya tidak akan diberikan dalam kehidupan ini. Tetapi moto dia, yang dipelajari daripada bapanya, ialah “Ini juga akan berlalu.”10
Presiden Henry B. Eyring berkata, “Bapa pada masa ini sedar akan perasaan anda dan juga keperluan rohani dan duniawi yang semua orang diperlukan semua orang di sekeliling anda.”11 Kebenaran hebat dan menghiburkan ini terdapat dalam tiga pengalaman yang saya telah mengisahkan kembali.
Saudara dan saudari, kadangkala doa kita dijawab dengan segera dengan keinginan yang diharapkan. Kadangkala doa kita tidak dijawab dalam cara yang diharapkan, tetapi dengan masa kita belajar bahawa Tuhan mempunyai berkat yang lebih besar daripada sangkaan untuk kita terima. Dan kadangkala permintaan soleh kita kepada Tuhan tidak akan dimakbulkan dalam hidup ini.12 Seperti yang dikatakan Elder Neal A. Maxwell, “Iman juga termasuk kepercayaan dalam masa Tuhan.”13
Kita mempunyai jaminan bahawa dalam cara Dia dan masa Dia, Bapa Syurgawi akan memberkati kita dan selesaikan semua kebimbangan, ketidakadilan, dan kekecewaan.
Memetik kata King Benjamin: “Dan selain itu, aku berhasrat agar kamu hendaknya mempertimbangkan keadaan diberkati dan bahagia orang yang mentaati perintah-perintah Tuhan. Kerana lihatlah, mereka diberkati dalam segala hal, baik duniawi mahupun rohani; dan jika mereka bertahan setia sampai akhir mereka diterima ke dalam syurga, agar dengan demikian mereka boleh berdiam bersama Tuhan dalam suatu keadaan kebahagiaan yang tak akan berakhir. Ya ingatlah, ingatlah bahawa hal-hal ini adalah benar; kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya.”14
Saya tahu bahawa Tuhan mendengar doa kita.15 Saya tahu Bapa yang Penyayang dan Yang Maha Mengetahui menjawab doa kita dengan sempurna, mengikut kebijaksanaan-Nya yang tak terhingga, dan cara yang akan menjadi manfaat dan berkat utama kita. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.