2010–2019
Kebaikan Tuhan yang Langsung
Persidangan Umum April 2019


2:3

Kebaikan Tuhan yang Langsung

Bahkan semasa kita menunggu Tuhan dengan sabar, terdapat berkat tertentu yang datang kepada kita dengan segera.

Beberapa tahun lalu, anak lelaki kami yang berumur lima tahun datang kepada saya dan mengumumkan, “Ayah, saya baru memahami sesuatu. Saya memahami bahawa tidak lama untuk ayah ialah masa yang sangat lama bagi saya.”

Apabila Tuhan atau orang-orang suruhan-Nya mengatakan perkara seperti, “Tidak banyak hari lagi” atau “Waktunya tidaklah terlalu jauh,” ia betul-betul boleh bermaksud sepanjang hayat atau lebih lama.1 Masa-Nya lain daripada masa kita. Kesabaran ialah sangat penting. Tanpa kesabaran, kita tidak dapat mengembangkan atau menyatakan iman kepada Tuhan yang membawa kehidupan dan keselamatan. Tetapi pesanan saya hari ini ialah bahawa, bahkan semasa kita menunggu Tuhan dengan sabar, terdapat berkat tertentu yang datang kepada kita dengan segera.

Ketika Alma dan orangnya ditahan oleh bangsa Laman, mereka berdoa untuk pembebasan. Mereka tidak dibebaskan dengan segera, tetapi semasa mereka menunggu pembebasan dengan sabar, Tuhan menunjukkan kebaikan-Nya dan berkat-berkat langsung yang tertentu. Dia melembutkan hati bangsa Laman dengan segera supaya mereka tidak membunuh Alma dan orangnya. Dia juga memperkuatkan orang Alma dan meriangkan beban-bebannya.2 Apabila mereka akhirnya dibebaskan, mereka berjalan ke Zarahemla di mana mereka menceritakan pengalaman mereka kepada orang-orang yang terkagum. Orang Zarahemla terkagum, dan …“bila mereka berfikir tentang kebaikan Tuhan yang langsung, dan kuasa-Nya dalam membebaskan Alma dan saudara-saudaranya daripada … perhambaan, mereka mengangkat suara mereka dan bersyukur kepada Tuhan.”3

Kebaikan Tuhan yang langsung datang kepada semua yang memanggil kepada Dia dengan niat yang sungguh dan tujuan penuh hati. Ini termasuk orang yang berseru dengan sungguh-sungguh dalam keadaan terdesak, bila kebebasan nampaknya begitu jauh dan penderitaan nampaknya begitu lama, bahkan menjadi lebih besar.

Begitu juga dengan seorang nabi muda yang menderita hingga hampir mati dalam kegelapan dan kesejukan penjara sebelum berseru: “Ya Tuhan, di manakah Engkau? … Berapa lamakah tangan-Mu akan ditahan … ? Ya, Ya Tuhan, berapa lamakah … ?”4 Dalam jawapan, Tuhan tidak membebaskan Joseph dengan segera, tetapi Dia segera memberi kedamaian.5

Tuhan juga memberikan harapan langsung demi pembebasan.6 Tidak mengira apa, tidak mengira di mana, dalam Kristus dan melalui Kristus selalu ada harapan yang bersinar terang di depan kita.7 Sangat dekat di depan kita.

Lagipun, Dia telah berjanji, “Kebaikan-Ku tidak akan pergi daripadamu.”8

Yang penting sekali, kasih Tuhan ialah langsung. Dengan Paulus, saya bersaksi bahawa tiada pun dapat “menghalang Tuhan mengasihi kita, yang di dalam Yesus Kristus.”9 Bahkan dosa-dosa kita, yang mungkin memisahkan kita daripada Roh-Nya buat sementara, tidak dapat memisahkan kita dari ketetapan dan kelangsungan kasih-Nya yang ilahi.

Ini ialah beberapa cara yang “Dia dengan segera memberkati [kita].”10 Sekarang, untuk menunjukkan teladan asas-asas ini, saya berkongsi dengan anda pengalaman-pengalaman dua orang yang kehidupannya berdiri sebagai saksi tentang kebaikan Tuhan yang langsung.

Sejak usia remajanya, Emilie mengalami kesusahan dengan penyalahgunaan dadah. Pengambilan dadah pada mulanya membentuk tabiat buruk, dan tabiat buruk menjadi ketagihan yang menawan dia bertahun-tahun lamanya, walaupun ada masa-masa yang sihat. Emilie menyembunyikan masalah dia, terutamanya selepas dia menjadi seorang isteri dan ibu.

Permulaan pembebasannya tidak rasa seperti suatu pembebasan. Pada satu minit, Emilie buat pemeriksaan perubatan biasa, dan satu minit lagi, dia digegaskan ke dalam sebuah ambulans ke hospital. Dia mula panik semasa dia berfikir tentang pemisahan daripada anak-anaknya, suaminya dan rumahnya.

Pada malam itu, bersendirian dalam bilik yang sejuk dan gelap, Emilie mengerekot di atas katil dan menangis. Kebolehan dia untuk menaakul berkurangan sampai, akhirnya, penuh dengan kebimbangan, rasa takut, dan kegelapan yang lemas dalam bilik itu dan dalam jiwanya, Emilie betul-betul fikir dia akan mati pada malam itu. Keseorangan.

Dalam keadaan terdesak itu, Emilie mengumpulkan kekuatan untuk turun dari katilnya dan berlutut. Tanpa menunjuk-nunjuk yang kadangkala menjadi bahagian doanya, Emilie menyerah dirinya dengan penuh kepada Tuhan ketika dia berseru dengan terdesak, “Tuhan, saya perlukan Engkau. Tolonglah saya. Saya tidak mahu bersendirian. Tolonglah saya bertahan malam ini.”

Dengan segera, seperti yang Tuhan lakukan dengan Petrus dahulu, Yesus menghulurkan tangan-Nya dan menangkap jiwanya yang sedang tenggelam.11 Kedamaian yang sungguh baik, keberanian, jaminan, dan kasih jatuh ke atas Emilie. Bilik itu tidak lagi sejuk, dia tahu dia tidak keseorangan, dan untuk kali pertama sejak dia berumur 14 tahun, Emilie tahu semuanya akan selesai. Ketika dia “terbangun kepada Tuhan”12 Emilie tidur nyenyak dan aman. Dan demikianlah kita melihat bahawa “jika kamu bertaubat dan tidak mengeraskan hatimu, dengan serta-merta akanlah rancangan penebusan yang agung itu dibawa kepadamu.”13

Keluarga di bait suci

Penyembuhan dan pembebasan Emilie mengambil masa yang lama—berbulan-bulan rawatan, latihan, dan nasihat, dan dia disokong dan kadang-kadang diangkat oleh kebaikan Tuhan. Dan kebaikan itu terus bersama Emilie ketika dia masuk ke dalam bait suci bersama suami dan anak-anaknya untuk dimeterai buat selamanya. Seperti orang Zarahemla, Emilia sekarang bersyukur semasa dia merenungkan kebaikan Tuhan yang langsung dan kuasa-Nya dalam membebaskan dia daripada perhambaan.

Sekarang, dari kehidupan seorang lagi yang percaya dan berani. Pada 27 hari bulan Disember 2013, Alicia Schroeder mengalu-alukan kawan-kawannya dengan gembira, Sean dan Sharla Chilcote, yang datang ke rumahnya dengan tidak dijangka. Sean, yang juga merupakan uskup Alicia, memberikan dia telefon bimbitnya dan berkata, “Alicia, kami mengasihi kamu. Kamu perlu mengambil panggilan ini.”

Suami Alicia, Mario, bercakap di telefon. Dia berada di kawasan terpencil dengan beberapa anak mereka di perjalanan kereta salji yang lama ditunggu. Kemalangan yang teruk telah terjadi. Mario tercedera parah, dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun, Kaleb, telah meninggal. Bila Mario memberitahu Alicia tentang kematian Kaleb, dia ditimpa kejutan dan ketakutan yang hanya sebilangan kecil dari kita dapat memahami. Ia menjatuhkan dia. Lumpuh dengan kesengsaraan yang tidak terkata, Alicia tidak dapat bergerak atau bercakap.

Uskup dan Sister Chilcote dengan segera mengangkat dia dan memegang dia. Mereka menangis dan berduka bersama. Kemudian Uskup Chilcote menawar untuk memberi Alicia sebuah berkat.

Apa yang berlaku seterusnya tidak dapat difahami tanpa sedikit kefahaman tentang Korban Tebusan Yesus Kristus dan kebaikan Tuhan yang langsung. Uskup Chilcote meletakkan tangannya ke atas kepala Alicia dan, dengan suara yang bergetar, mula bercakap. Alicia mendengar dua perkara seperti ia dikatakan oleh Tuhan Sendiri. Pertama, dia dengar namanya, Alicia Susan Schroeder. Lalu dia dengar uskup memanggil wewenang Tuhan Yang Maha Kuasa. Pada saat itu—semasa nama dia dan kuasa Tuhan dikatakan—Alicia dipenuhi dengan kedamaian, kasih, penghiburan, dan kegembiraan. Dan perasaan itu tidak meninggal daripada dia.

Alicia, Mario, dan keluarga mereka masih berduka dan rindui Kaleb. Ia susah! Apabila saya bercakap dengan dia, air mata Alicia mengalir semasa dia memberitahu betapa banyak dia rindu dan mengasihi anaknya yang kecil. Dan matanya masih basah semasa dia memberitahu bagaimana Pembebas Besar telah menyokong dia melalui setiap bahagian cabaran dia, bermula dengan kebaikan-Nya yang langsung dalam kesedihannya yang tidak terhingga dan terus sekarang dengan harapan terang penyatuan semula yang manis yang akan datang “tidak lama lagi.”

Saya sedar kadang-kadang pengalaman kehidupan membuat kebimbangan yang boleh menjadinya susah untuk menerima atau mengenali atau menyimpan jenis penghiburan yang datang ke Emilie dan Alicia. Saya telah mengalami masa-masa yang demikian. Saya bersaksi bahawa, semasa masa yang demikian, kewujudan hidup kita ialah suatu penyataan lembut dan berkuasa tentang kebaikan Tuhan yang langsung. Ingat, bani Israel kuno akhirnya dibebaskan “oleh Tuhan yang sama itu yang telah memelihara mereka”14 dari hari ke hari.

Saya bersaksi Yesus Kristus ialah Pembebas Agung, dan dalam nama-Nya, saya berjanji bahawa semasa anda berpaling kepada Dia dengan niat yang sungguh-sungguh dengan tujuan penuh hati, Dia akan membebaskan anda dari segala yang mengancam untuk mengurangkan atau menghancurkan kehidupan atau kebahagiaan anda. Pembebasan itu mungkin mengambil lebih lama daripada sangkaan anda—mungkin satu kehidupan atau lebih. Jadi, untuk memberi anda kedamaian, keberanian, dan harapan, untuk menyokong dan memperkukuh anda sampai hari pembebasan akhir, saya menyampaikan kepada anda dan bersaksi akan kebaikan Tuhan yang langsung dalam nama Yesus Kristus, amin.