Seperti dilakukan-Nya
Apabila kita cuba melayan seperti dilakukan-Nya, kita akan diberi peluang untuk melupakan diri dan mengangkat orang lain.
Lebih kurang 18 bulan yang lalu, pada musim luruh 2017, abang saya Mike yang berusia 64 tahun memberitahu saya bahawa dia telah di diagnosis dengan kanser pankreas. Dia juga memberitahu saya dia telah menerima berkat imamat dari pengajar keluarganya dan dia telah bertemu dengan uskupnya. Dia kemudian menghantar mesej gambar Bait Suci Oakland California yang diambil dari hospital dia menerima rawatan, dengan kapsyen “Lihat apa yang saya dapat lihat dari bilik hospital saya.”1
Saya rasa terkejut dengan komennya tentang pengajar keluarga, berkat imamat, uskup, dan bait suci seperti apabila saya mengetahui tentang kansernya. Mike, seorang imam dalam Imamat Harun jarang pergi ke gereja selama hampir 50 tahun.
Sebagai keluarga, kami sama tertarik dengan perkembangan rohaninya dengan perkembangannya dalam melawan kanser, kerana dia sekarang banyak bertanya tentang Kitab Mormon, kuasa pemeteraian, dan kehidupan selepas kematian. Bulan berlalu dan kanser merebak, keperluan untuk rawatan tambahan akhirnya membawa Mike ke Utah dan Institut Kanser Huntsman.
Tidak lama selepas ketibaannya, Mike dilawati oleh John Holbrook, pemimpin misi bahagian yang melayan di pusat penjagaan Mike. John berkata “ia jelas kepada saya Mike ialah anak Tuhan” dan bagaimana mereka cepat menjalin satu persahabatan yang menjadikan John pelayan saudara Mike. Lawatan para penginjil ditawarkan dengan segera, di mana abang saya menolak tawaran dengan sopan, tetapi selepas satu bulan, John bertanya lagi dan menjelaskan kepada Mike, “Saya rasa kamu akan suka mendengar pesanan injil.”2 Kali ini jemputan itu diterima, bertemu dengan para penginjil, dan juga lawatan dengan Uskup Jon Sharp. Perbualan mereka membawa kepada Mike menerima berkat bapa bangsanya, 57 tahun selepas pembaptisannya.
Pada awal Disember tahun lepas, selepas prosedur beberapa bulan, Mike memutuskan untuk menghentikan rawatan kanser, yang menyebabkan kesan sampingan yang teruk, dan menunggu untuk mati. Kami diberitahu doktornya bahawa Mike mempunyai kira-kira tiga bulan untuk hidup. Dalam masa yang sama, soalan-soalan Injil berterusan—begitu juga dengan lawatan dan sokongan para pemimpin imamat tempatannya. Pada lawatan kami dengan Mike kami sering melihat Kitab Mormon terbuka di tepi katilnya ketika kami membincang tentang Pemulihan Injil, kunci-kunci imamat, tatacara bait suci, dan sifat abadi manusia.
Menjelang pertengahan Disember, dengan berkat bapa bangsa di tangannya, Mike kelihatan semakin kuat, dan prognosis sekurang-kurangnya tiga bulan lagi kelihatannya mungkin. Kami membuat rancangan untuk dia menyertai kami untuk Krismas, Tahun Baru, dan seterusnya. Pada 16 Disember, saya menerima satu panggilan telefon tidak dijangka daripada Uskup Sharp, memberitahu saya bahawa dia dan presiden pancang telah menemu duga Mike, dan mendapati dia layak menerima Imamat Melkisedek, dan bertanya bila saya akan bersedia untuk mengambil bahagian. Tatacara itu dijadualkan pada Jumaat, 21 Disember.
Pada hari itu, saya dan isteri saya Carol pergi ke pusat penjagaan dan segera diberitahu berhampiran biliknya bahawa Mike tidak mempunyai denyutan. Kami memasuki bilik dan melihat bapa bangsa, uskup, dan presiden pancangnya sedang menunggu—dan kemudian Mike membuka matanya. Dia mengenali saya dan menunjukkan bahawa dia masih boleh mendengar dan bersedia untuk menerima imamat. Lima puluh tahun selepas Mike ditahbiskan sebagai imam dalam Imamat Harun, saya mempunyai peluang untuk menganugerahkan Imamat Melkisedek dengan bantuan pemimpin tempatannya dan mentahbiskan jawatan penatua kepada abang saya. Lima jam kemudian, Mike meninggal dunia, melintasi tirai untuk bertemu ibu bapa kami sebagai pemegang Imamat Melkisedek.
Satu tahun lalu, satu nasihat disampaikan oleh Presiden Russell M. Nelson kepada kita untuk melayan para saudara dan saudari dengan “cara lebih baik dan lebih suci.”3 Berkenaan dengan Juruselamat, Presiden Nelson mengajar “kerana ia ialah Gereja-Nya, kita sebagai orang suruhan-Nya akan melayan kepada yang satu, sama seperti Dia melakukan. Kita akan melayan dalam nama-Nya, dengan kuasa dan wewenang-Nya, dan dengan kebaikan-Nya yang penuh kasih.”4
Sebagai tindak balas kepada jemputan nabi Tuhan, usaha-usaha hebat untuk melayan setiap individu sedang berlaku di seluruh dunia, para ahli melaksanakan tugasan pelayanan dengan iman, dan juga pelayanan secara spontan apabila orang ramai menunjukkan kasih seperti Kristus dalam peluang yang tidak dijangka. Kami telah menyaksikan pelayanan seperti ini dalam keluarga saya.
John, kawan dan pelayan saudara Mike dan bekas presiden misi, pernah berkata kepada para penginjilnya “jika seseorang dalam senarai berkata ‘tidak berminat,’ jangan berputus asa. Manusia berubah.” Dia kemudian berkata kepada kami, “Mike telah banyak berubah.”5 John pada mulanya seorang kawan, sering memberi galakan dan sokongan—tetapi pelayanannya tidak berhenti di kunjungan ramah. John tahu bahawa seorang pelayan adalah lebih daripada seorang kawan dan persahabatan itu diperbesarkan semasa kita melayan.
Seseorang tidak perlu menderita penyakit yang mengancam nyawa, seperti abang saya, untuk memerlukan pelayanan. Keperluan datang dalam pelbagai bentuk, saiz, dan keadaan. Seorang ibu bapa tunggal; pasangan kurang aktif; remaja dalam kesusahan; ibu yang ditenggelami tugasnya; satu percubaan iman; kewangan, kesihatan, atau isu perkahwinan—senarai ini hampir tiada akhirnya. Bagaimanapun, seperti Mike, tiada seorang yang terlalu jauh untuk dibantu, dan ia tidak terlalu lambat untuk jangkauan kasih Juruselamat.
Kita diajar di laman web pelayanan Gereja bahawa “walaupun terdapat banyak tujuan untuk pelayanan, usaha kita harus dibimbing oleh keinginan untuk membantu orang lain mencapai penukaran hati individu yang lebih mendalam dan menjadi lebih seperti Juruselamat.”6 Elder Neil L. Andersen mengatakan:
“Seorang baik hati boleh membantu seseorang memperbaiki tayar, membawa rakan sebilik pergi jumpa doktor, makan tengah hari dengan seseorang yang sedih, atau senyum dan menyapa untuk mencerahkan hari.
“Tetapi seorang pengikut perintah pertama akan menambah kepada tindakan-tindakan penting pelayanan ini.”7
Dalam mencontohi pelayanan Yesus Kristus, ia penting untuk mengingati bahawa usaha-Nya untuk mengasihi, mengangkat, melayani, dan memberkati mempunyai matlamat yang lebih tinggi daripada memenuhi keperluan segera. Sudah tentu Dia tahu tentang keperluan seharian mereka dan mempunyai rasa kasihan pada penderitaan mereka ketika Dia menyembuh, memberi makan, mengampuni, dan mengajar. Tetapi Dia mahu melakukan lebih daripada menjaga keperluan hari ini. Dia mahu orang di sekeliling-Nya untuk mengikuti-Nya, mengetahui-Nya, dan mencapai potensi ilahi mereka.8
Apabila kita cuba melayan seperti dilakukan-Nya,9 kita akan diberi peluang untuk melupakan diri dan mengangkat orang lain. Peluang-peluang ini sering kali menyusahkan dan menguji keinginan kita untuk menjadi lebih seperti Tuan, yang pelayanan terbesar, Korban tebusan-Nya yang tidak terhingga, memang tidak mudah. Dalam Matius bab 25, kita diingatkan tentang perasaan Tuhan untuk kita, seperti-Nya, kita peka kepada kesusahan, percubaan, dan cabaran yang dihadapi banyak orang tetapi sering tidak diperhatikan.
“Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Tuhan yang telah disediakan oleh Tuhan untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya:
“Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu. …
“Tetapi mereka yang melakukan kehendak Tuhan berkata, ‘Ya, Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum?
“Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami? …
“Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku.’”10
Sama ada kita melayan sebagai pelayan saudara atau saudari, atau apabila kita melihat keperluan seseorang, kita digalakkan untuk mencari bimbingan dan dorongan Roh—dan kemudian bertindak. Kita mungkin tertanya bagaimana untuk melayan, tetapi Tuhan tahu, dan melalui Roh-Nya kita akan dibimbing dalam usaha kita. Seperti Nefi, yang “dipandu oleh Roh, tidak tahu terlebih dahulu hal-hal yang [dia] patut laksanakan,”11 kita juga akan dipandu oleh Roh apabila kita berusaha untuk menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk memberkati anak-anak-Nya. Apabila kita mencari bimbingan Roh dan mempercayai Tuhan, kita akan ditempatkan dalam situasi dan keadaan di mana kita boleh bertindak dan memberkati—dalam perkataan lain, melayan.
Mungkin ada masa apabila kita mengenali keperluan tetapi merasa tidak mencukupi untuk bertindak balas, dengan anggapan bahawa apa yang kita tawarkan tidak mencukupi. Untuk melakukan seperti-Nya12 adalah untuk melayan dengan memberi apa yang kita mampu berikan dan mempercayai bahawa Tuhan akan membesarkan usaha kita untuk memberkati “teman seperjalanan kita dalam perjalanan fana ini.”13 Untuk sesetengah, ia mungkin memberi kurnia masa atau bakat; untuk yang lain, ia mungkin kata-kata baik atau bantuan fizikal. Walaupun kita mungkin rasa usaha kita tidak mencukupi, Presiden Dallin H. Oaks berkongsi satu prinsip penting mengenai “kecil dan sederhana.” Dia mengajar bahawa tindakan kecil dan sederhana adalah berkuasa kerana ia menjemput “penemanan Roh Kudus,”14 satu rakan yang memberkati kedua-dua pemberi dan penerima.
Mengetahui bahawa dia akan mati, abang saya Mike berkata, “Ia mengherankan bagaimana kanser pankreas boleh membuat kita bertumpu pada perkara yang paling penting.”15 Syukurlah kepada lelaki dan wanita baik yang melihat keperluan, mereka tidak menghakimi tetapi melayan seperti Juruselamat. Ia tidak terlalu lambat untuk Mike. Bagi sesetengah, perubahan mungkin datang lebih awal, kepada orang lain mungkin selepas kehidupan fana. Bagaimanapun, kita mesti ingat bahawa ia tidak terlalu lambat dan tidak ada seseorang yang telah menyimpang terlalu jauh dari perjalanan yang tidak dapat dicapai oleh Korban tebusan tidak terhingga Yesus Kristus, yang adalah tak terbatas dalam tempoh dan jangkauan.
Pada persidangan umum Oktober lalu, Elder Dale G. Renlund mengajar “tidak kira betapa lamanya kita telah meninggalkan jalan … , saat kita membuat keputusan untuk berubah, Tuhan akan membantu kita pulang.”16 Keputusan untuk berubah sering kali adalah hasil jemputan seperti “Saya rasa kamu akan suka mendengar pesanan injil.” Seperti ia tidak terlalu lambat untuk Juruselamat, ia tidak terlalu awal untuk kita memberi jemputan.
Musim Easter ini sekali lagi menyediakan satu peluang baik untuk memikirkan korban tebusan Yesus Kristus, Juruselamat kita dan apa yang Dia lakukan untuk setiap daripada kita dengan harga yang sangat besar—satu harga di mana Dia Sendiri berkata “menyebabkan [Dia], yang terbesar daripada semuanya, menggeletar kerana kesakitan.” “Walaupun demikian,” Dia berkata, “Aku meminumnya dan menyelesaikan persediaan-Ku bagi anak-anak manusia.”17
Saya bersaksi kerana Dia “menyelesaikan,” kita selalu ada harapan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.