Injil Yesus Kristus yang Benar, Suci, dan Mudah
Mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama merupakan dasar ajaran pelayanan rohani; pembelajaran yang berpusatkan rumah, disokongi Gereja; persembahan rohani hari Sabat; dan usaha penyelamatan.
Saudara dan saudariku, adalah susah bagi saya untuk percaya bahawa 71 tahun yang lalu, pada tahun 1948, saya seorang penginjil di England dan 44 tahun yang lalu sejak saya dan isteri saya, Barbara, membawa keluarga kami ke Kanada ketika saya menjadi presiden bagi Misi Toronto Kanada. Ketika sedang melayan pada April 1976, saya telah dipanggil ke kuorum Tujuh Puluh Pertama, dan tanpa dijangka pada tahun 1985, saya telah dipanggil ke Kuorum Dua Belas. Namun tidak seperti panggilan-panggilan lepas saya yang mempunyai tarikh tamat, pelepasan daripada panggilan saya dalam kuorum Dua Belas kini bukanlah pilihan terbaik sekarang; tetapi, saya doa hari itu akan datang setelah saya selesaikan segala yang Tuhan ingin saya lakukan.
Ketika memikirkan tentang jangka layanan saya sebagai Penguasa Umum selama 43 tahun dan hak istimewa yang diperolehi untuk melayan anak-anak Bapa Syurgawi, saya fahami lebih bahawa Dia inginkan semua anak-anak-Nya, untuk mendapat kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan dalam kehidupan mereka.
Nabi Lehi telah mengajar, “[Lelaki dan wanita] wujud, agar mereka boleh berbahagia.”1 Terdapat banyak sebab mengapa kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan mungkin susah dicapai dalam kehidupan ini, termasuklah kemiskinan, peperangan, bencana alam, dan kekecewaan yang tidak disangka dalam kerjaya, kesihatan, dan perhubungan keluarga.
Tetapi walaupun kita tidak dapat mengawal pengaruh luaran yang mengesani kehidupan kita di bumi ini, apabila kita berusaha untuk menjadi pengikut beriman Tuhan Yesus Kristus, kita boleh memperoleh kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan meskipun masalah-masalah dunia mengelilingi kita.
Seorang daripada anak-anak saya pernah berkata, “Ayah, saya fikir jika saya akan capai syurga.” Saya membalas, “Bapa Syurgawi hanya meminta kita untuk lakukan sebaik mungkin setiap hari.” Saudara dan saudari, lakukanlah sebaik mungkin setiap hari, dan tanpa anda sedari, anda akan dapati bahawa Bapa Syurgawi mengenali anda dan Dia mengasihi anda. Dan apabila anda ketahui itu—benar-benar tahu—kehidupan anda akan mempunyai matlamat dan maksud yang benar, dan anda akan dipenuhi kebahagiaan dan kedamaian.
Sebagai Cahaya Dunia, Juruselamat berfirman, “Tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan.”2
“Yesus Kristus adalah nama yang diberikan oleh Bapa, dan tidak ada nama lain diberikan yang dengannya [kita] dapat diselamatkan;
“Kerana itu, semua [lelaki dan wanita] mesti mengambil ke atas diri mereka nama yang diberikan oleh Bapa.”3
Ayat suci mengajar kita bahawa Setan ingin membawa orang ramai ke dalam kegelapan. Segala usahanya adalah untuk menghalang cahaya dan kebenaran Yesus Kristus dan Injil-Nya. Sepertimana Lehi telah mengajar anak-anaknya, iblis “berusaha agar semua manusia getir seperti dirinya sendiri.”4 Jika Bapa Syurgawi “pekerjaan dan … kemuliaan”-Nya adalah “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi [lelaki dan perempuan],”5 “Pekerjaan” Lusifer adalah untuk mendatangkan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak berakhir kepada anak-anak Tuhan. Dosa dan pelanggaran meredupkan Cahaya Kristus dalam kehidupan kita. Itulah sebab mengapa perjuangan kita adalah untuk menikmati Cahaya Kristus, yang membawa kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan.
Dalam 18 bulan yang lepas, Tuhan telah mengilhami nabi dan rasul-rasul-Nya untuk melaksanakan beberapa penyelarasan yang menakjubkan. Namun, saya bimbangkan tujuan rohani penyelarasan-penyelarasan tersebut tidak dihargai atas sebab keterujaan berkenaan perubahan-perubahan itu sendiri.
Joseph F. Smith berkata: “Injil Yesus Kristus yang benar, suci, dan mudah telah pun dipulihkan. Kita bertanggungjawab untuk memeliharanya di bumi ini.”6 Dia menambah bahawa Injil yang benar, suci, dan mudah merupakan “ajaran-ajaran penyelamatan Kristus.”7
Dalam Fasal-fasal Kepercayaan, Nabi Joseph Smith telah mengajar bahawa “melalui Korban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh diselamatkan, melalui kepatuhan pada hukum-hukum dan tatacara-tatacara Injil.”8
Asas injil pertama adalah iman dalam Tuhan Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Abangnya, Hyrum Smith, mengajar: “Khutbahkannya berulang kali: anda akan dapati bahawa hari demi hari idea baru dan cahaya tambahan berkenaannya akan diungkapkan kepada anda. Anda boleh memperkembangkannya … untuk memahami dengan lebih jelas. Anda kemudian boleh membuatnya lebih senang difahami kepada mereka yang [anda] ajari.”9
Cara-cara terbaik untuk kita melihat tujuan-tujuan rohani Gereja adalah untuk menjalankan ajaran-ajaran Kristus yang benar, suci dan mudah dan juga mengaplikasikan dua perintah agung Juruselamat: “Engkau haruslah mengasihi Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu. … Engkau haruslah mengasihi sesamamu seperti dirimu.”10
Kepatuhan kepada dua perintah itu akan menyediakan cara untuk mengalami kedamaian dan kebahagiaan yang lebih. Apabila kita mengasihi dan melayan Tuhan dan mengasihi dan melayan sesama, kita akan secara semula jadinya merasai kegembiraan lebih yang datang dengan cara yang terbaik.
Mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama merupakan dasar ajaran pelayanan rohani; pembelajaran yang berpusatkan rumah, disokongi Gereja; persembahan rohani hari Sabat; dan usaha penyelamatan di dua belah tirai yang disokong dalam Lembaga Pertolongan dan kuorum elder. Semua hal-hal ini berdasarkan perintah ilahi untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama. Apakah lagi perkara yang lebih utama, lebih asas, dan lebih mudah daripada itu?
Mematuhi rancangan Injil yang benar, suci, dan mudah akan memberikan kita lebih masa untuk mengunjung janda, duda, anak yatim, yang kesunyian, dan yang miskin. Kita akan memperoleh kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan dalam hidup kita apabila melayan Tuhan dan jiran tetangga kita.
Penyelarasan hari Sabat yang menekankan pembelajaran dan pengkajian injil yang berpusatkan rumah dan disokongi Gereja merupakan peluang untuk memperbaharui roh kita dan kesetiaan kita kepada Tuhan dalam rumah kita. Apakah yang boleh menjadi lebih mudah, dasar, dan mendalam? Saudara dan saudari, dapatkah anda lihat bahawa pembelajaran dan mengajar Injil dalam keluarga kita merupakan satu cara yang penting untuk memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan dalam kehidupan kita?
Berkenaan hari Sabat, Juruselamat telah berfirman, “Kerana sesungguhnya inilah suatu hari yang ditetapkan bagimu untuk beristirahat dari kerjamu, dan untuk mempersembahkan baktimu kepada Yang Maha Tinggi.”11 Dia menambah, “Agar kebahagiaanmu menjadi penuh … [melalui] kesukacitaan dan doa… kamu [harus] melakukan hal-hal ini dengan kesyukuran, dengan hati dan wajah-wajah yang riang … [dan] dengan hati gembira dan wajah yang riang.”12
Sila perhatikan beberapa kata-kata kunci dalam wahyu ini: kebahagiaan, kesukacitaan, kesyukuran, hati yang riang, gembira hati, dan wajah yang riang. Ia bagai mengatakan bahawa pematuhan hari Sabat patut memberi kita kegembiraan.
Apabila kita melayan dengan cara yang lebih tinggi dan kudus, sila pertimbangkan betapa pentingnya kita menyapa semua yang datang ke pertemuan Gereja kita, terutamanya ahli-ahli baru dan pelawat-pelawat. Kita semua harus menikmati lagu rohani dan mendengar dengan teliti kata-kata doa sakramen dengan hati dan minda terbuka.
Kesaksian iman dalam pertemuan puasa dan kesaksian dibimbing oleh ahli lembaga uskup, yang berkongsikan kesaksian ringkas berpusatkan rancangan kegembiraan dan injil Kristus yang benar, suci, dan mudah. Semua yang lain harus ikut teladan itu. Kita perlu ingat bahawa terdapat masa lain yang lebih sesuai untuk berkongsikan cerita atau kisah pengembaraan. Apabila kita memastikan kesaksian kita mudah dan bertumpu kepada injil Kristus, Dia akan menyediakan pembaharuan rohani apabila kita berkongsikan kesaksian kita bersama satu sama lain.
Pelayanan rohani yang berkesan menjadi lebih difahami dengan mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama. Secara ringkasnya, kita melayan kerana kita mengasihi Bapa Syurgawi kita dan anak-anak-Nya. Usaha layanan rohani kita akan membawa lebih kejayaan jika kita melayan dengan sederhana. Kebahagiaan yang paling besar datang daripada perkara yang mudah dalam hidup, jadi kita perlu berhati-hati untuk tidak fikirkan bahawa kita perlu menokok tambah penyelarasan yang diterima untuk memupuk iman dan kesaksian yang kuat dalam hati anak-anak Tuhan.
Janganlah merumitkan perkara dengan pertemuan, harapan, atau syarat tambahan. Jadikannya mudah. Adalah dalam kemudahan itulah anda akan peroleh kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan yang saya cakapkan.
Bertahun-tahun matlamat kepimpinan Gereja, seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan 2, adalah untuk memperoleh keputusan yang jelas dan mudah. Dan saya memetikkan darinya:
“Pemimpin-pemimpin menggalakkan setiap ahli untuk menerima semua tatacara Injil imamat yang penting, mematuhi perjanjian-perjanjian yang berkaitan, dan memenuhi syarat untuk permuliaan dan kehidupan abadi. …
“Orang Dewasa: Menggalakkan setiap dewasa untuk layak menerima tatacara-tatacara injil bait suci. Ajarkan semua orang dewasa untuk mengenalpasti nenek moyang mereka dan melaksanakan tatacara-tatacara injil perwakilan di bait suci bagi mereka.
“Remaja: Membantu menyediakan setiap remaja lelaki untuk menerima Imamat Melkisedek, untuk menerima tatacara Injil bait suci, dan menjadi layak untuk melayan satu misi penuh masa. Membantu menyediakan setiap remaja puteri untuk layak membuat dan mentaati perjanjian-perjanjian kudus dan menerima tatacara-tatacara Injil bait suci. Memperkukuhkan para remaja melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna.
“Semua Ahli: Membantu para pemimpin imamat dan badan sokongan, majlis bahagian, penginjil bahagian dan penginjil penuh masa, dan ahli-ahli bekerjasama dalam usaha yang seimbang untuk menyelamatkan individu-individu, memperkuatkan unit keluarga dan Gereja, meningkatkan aktiviti imamat, dan mengumpul Israel melalui penukaran hati, pengekalan, dan pengaktifan. Mengajar ahli-ahli untuk menafkahi diri dan keluarga mereka serta membantu mereka yang miskin dan kurang kemampuan dengan cara Tuhan.”13
Layanan saya di dalam Gereja telah memberkati saya dengan banyak pengalaman rohani yang menakjubkan dan istimewa. Saya merupakan seorang saksi bahawa Tuhan mengarahkan Gereja-Nya untuk mencapai matlamat-Nya. Saya telah menerima petunjuk ilahi yang melebihi keupayaan saya. Kebahagiaan kehidupan injil bagi saya telah pun berpusatkan ajaran dan injil Yesus Kristus yang benar, suci, dan mudah
Saya telah melayan di bawah kunci-kunci dan arahan daripada enam nabi dan Presiden Gereja dari Spencer W. Kimball ke Russell M. Nelson. Saya bersaksi bahawa setiap mereka merupakan nabi terpilih Tuhan. Mereka telah mengajar kita asas-asas penting mengenai Gereja dan Injil dan ajaran Kristus. Presiden Nelson kini memajukan usaha Tuhan ke hadapan dengan kadar yang mendebarkan hati. Saya berkata “mendebarkan hati” kerana dia seorang sahaja Rasul yang lebih tua daripada saya, dan saya mendapati diri susah untuk mengejar dia! Saya merupakan saksi bahawa kunci-kunci imamat dan tungku Tuhan berada padanya. Presiden Nelson mengajar Injil Yesus Kristus yang benar, suci, dan mudah. Saya memberi kesaksian saya bahawa Yesus adalah Kristus, dan ini Gereja Dia—di mana saya saksikan dengan rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.