2010–2019
Bagaimanakah Saya Boleh Faham?
Persidangan Umum April 2019


2:3

Bagaimanakah Saya Boleh Faham?

Apabila kita berusaha mempelajari Injil Yesus Kristus dan mengajarkannya kepada satu sama lain dengan bersungguh-sungguh, penuh, tekun, ikhlas dan niat yang tulen, ajaran-ajaran ini boleh mengubah hati.

Saudara dan saudari yang dikasihi, betapa besar kegembiraannya untuk berada di sini lagi dalam persidangan umum ini untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ini di bawah bimbingan nabi dikasihi kita, Presiden Russell M. Nelson. Saya bersaksi kepada anda bahawa kita akan mempunyai hak istimewa mendengar suara Juruselamat kita, Yesus Kristus, melalui ajaran-ajaran orang yang berdoa, bernyanyi, dan berucap mengenai keperluan masa kita dalam persidangan ini.

Sebagaimana dicatat dalam kitab Kisah-Kisah para Rasul, pengajar Filipus mengajar Injil kepada seseorang Ethiopia yang menjadi pegawai tinggi yang bertanggungjawab atas semua harta benda ratu Ethiopia.1 Semasa pulang dari penyembahan di Yerusalem, dia membaca kitab Yesaya. Didorong oleh Roh, Filipus pergi menghampiri dia dan bertanya kepadanya, “Adakah tuan memahami apa yang tuan baca?

“Dan [pegawai tinggi itu] menjawab, Bagaimana saya boleh faham jika tidak ada orang yang menerangkannya? …

Lalu Filipus mula berkata-kata. Melalui ayat-ayat itu Filipus berkhutbah tentang Yesus kepadanya.”2

Soalan yang ditanya oleh lelaki Ethiopia ini merupakan peringatan tentang mandat syurgawi yang kita mempunyai untuk berusaha mempelajari dan mengajar Injil Yesus Kristus kepada satu sama lain.3 Malah, dalam konteks pembelajaran dan pengajaran Injil, kita kadang-kadang seperti orang Ethiopia—kita perlu bantuan seorang pengajar yang beriman dan berilham; dan kadang-kadang kita seperti Filipus—kita perlu mengajar dan memperkuatkan orang lain dalam penukaran hati mereka.

Tujuan kita semasa kita berusaha mempelajari dan mengajar Injil Yesus Kristus mestilah untuk meningkatkan iman kepada Tuhan dan kepada rancangan kebahagiaan ilahi-Nya dan kepada Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya dan untuk mencapai penukaran hati yang bertahan. Iman yang ditingkatkan yang demikian akan membantu kita membuat dan mematuhi perjanjian kita dengan Tuhan, dan oleh itu memperkuatkan keinginan kita untuk ikut Yesus dan membuat perubahan rohani tulen di dalam kita—dalam kata lain, mengubah kita ke dalam makhluk baru, seperti yang diajar oleh Rasul Paulus dalam suratnya kepada orang Korintus.4 Perubahan ini akan membawa kita kehidupan yang lebih bahagia, berhasil, dan sihat dan membantu kita mengekalkan pandangan abadi. Bukankah ini yang berlaku dengan orang Ethiopia selepas dia belajar tentang Juruselamat dan hatinya berpaling kepada Injil? Ayat suci itu berkata bahawa “dia meneruskan perjalanan dengan sukacita.”5

Perintah belajar Injil dan mengajarkannya kepada satu sama lain bukan baru; ia telah diberikan berulang kali dengan tetap sejak permulaan sejarah manusia.6 Pada satu masa, semasa Musa dan orangnya berada di dataran Moab sebelum masuk negara yang dijanjikan, Tuhan mengilhamkan dia untuk memperingatkan orangnya mengenai tanggungjawab mereka untuk belajar undang-undang dan perjanjian-perjanjian yang mereka telah menerima dari Tuhan dan untuk mengajar keturunan mereka,7 yang banyaknya tidak mengalami penyeberangan Laut Merah atau wahyu yang diberikan di Gunung Sinai.

Musa memperingatkan orangnya:

“Patuhilah semua hukum yang aku ajarkan kepada kamu, supaya kamu hidup dan dapat menduduki tanah yang diberikan oleh Tuhan, Tuhan nenek moyang kamu, kepada kamu. …

“… Beritahulah anak cucu kamu.”8

Kemudian Musa mengakhiri, mengatakan, “Patuhilah semua hukum-Nya yang sudah aku berikan kepada kamu hari ini, maka kamu dan keturunan kamu akan sejahtera. Kamu akan tetap tinggal di tanah yang diberikan oleh Tuhan, Tuhan kamu kepada kamu untuk menjadi milik kamu selama-lamanya.”9

Nabi-nabi Tuhan telah mengajar kita dengan konsisten bahawa kita perlu membesar keluarga kita “dalam pemeliharaan dan peringatan Tuhan”10 dan “dalam cahaya dan kebenaran.”11 Kebelakangan ini Presiden Nelson berkata, “Pada hari ini yang penuh perkara yang tidak bermoral dan pornografi yang menagihkan, para ibu bapa mempunyai tanggungjawab kudus untuk mengajar anak-anak mereka tentang kepentingan Tuhan [dan Yesus Kristus] dalam kehidupan mereka.”12

Saudara dan saudari, amaran nabi kita yang dikasihi ialah peringatan tentang tanggungjawab individu kita untuk berusaha belajar dan mengajar keluarga kita bahawa ada Bapa di Syurga yang mengasihi kita dan yang telah membuat rancangan kebahagiaan syurgawi untuk anak-anak-Nya; bahawa Yesus Kristus, Putera-Nya, adalah Penebus dunia; dan bahawa penyelamatan datang dari iman kepada nama-Nya.13 Kehidupan kita perlu berakar pada batu Penebus kita, Yesus Kristus, yang boleh membantu kita sebagai individu dan sebagai keluarga untuk menerima dorongan-dorongan rohani kita diukir pada hati kita, membantu kita bertahan dalam iman.14

Anda mungkin ingat bahawa dua pengikut Yohanes Pembaptis ikut Yesus Kristus selepas mendengar Yohanes bersaksi bahawa Yesus adalah Anak Domba Tuhan, Mesias. Orang-orang baik ini menerima jemputan Yesus untuk “mari lihat”15 dan mereka tinggal bersama Dia pada hari itu. Mereka mengetahui bahawa Yesus adalah Mesias, Anak Domba Tuhan, dan mengikuti Dia sampai seumur hidup mereka.

Begitu juga, apabila kita menerima jemputan Juruselamat untuk “mari lihat,” kita perlu hidup dalam Dia, membenam diri kita dalam tulisan suci, bergembira di dalamnya, belajar ajaran-Nya, dan berusaha hidup seperti Dia telah hidup. Hanya pada masa itu kita akan mengenali Dia, Yesus Kristus, dan suara-Nya, mengetahui bahawa semasa kita datang kepada-Nya dan percaya kepada-Nya, kita tidak akan pernah lapar atau haus.16 Kita akan dapat memperhatikan kebenaran selalu, seperti dua pengikut itu yang tinggal bersama Yesus pada hari itu.

Saudara dan saudari, ini tidak berlaku oleh nasib. Mengubah diri kita kepada pengaruh ketuhanan tertinggi bukan perkara mudah; ia memerlukan memanggil kepada Tuhan dan belajar bagaimana untuk membawa injil Yesus Kristus kepada pusat kehidupan kita. Jika kita berbuat demikian, saya janji bahawa pengaruh Roh Kudus akan membawa kebenaran kepada hati dan fikiran kita dan akan bersaksi mengenainya,17 mengajar semua hal.18

Soalan orang Ethiopia, “Bagaimana saya boleh [faham] jika tidak ada orang yang menerangkannya?” juga mempunyai maksud istimewa dalam konteks tanggungjawab individu kita untuk menggunakan asas-asas Injil yang kita telah belajar dalam kehidupan kita. Dalam kasus orang Ethiopia, sebagai contoh, dia bertindak pada kebenaran yang dia belajar dari Filipus. Dia minta untuk dibaptiskan. Dia mendapati bahawa Yesus Kristus adalah Putera Tuhan.19

Saudara dan saudari, tindakan kita mesti mencerminkan apa yang kita belajar dan mengajar. Kita perlu menunjukkan kepercayaan kita melalui cara kita hidup. Pengajar terbaik ialah contoh yang baik. Mengajar sesuatu yang kita betul-betul ikut boleh membuat perubahan dalam hati orang yang kita ajar. Jika kita ingin orang, sama ada mereka keluarga atau tidak, untuk menghargai tulisan suci dan ajaran-ajaran rasul dan nabi yang hidup pada zaman kita, mereka perlu melihat jiwa kita bergembira disebabkan mereka. Begitu juga, jika kita ingin mereka mengetahui bahawa Presiden Russell M. Nelson adalah nabi, pelihat, dan pewahyu dalam zaman kita, mereka perlu melihat kita mengangkat tangan untuk menyokong dia dan mengenali bahawa kita ikut ajaran-ajarannya yang diilhamkan. Seperti pepatah Amerika terkenal berkata, “Tindakan adalah lebih berkesan daripada perkataan.”

Mungkin beberapa di antara anda sekarang tanya diri sendiri, “Elder Soares, saya sudah melakukan semua perkara ini dan telah ikut pola ini baik sebagai individu mahupun sebagai keluarga, tetapi malangnya, beberapa kawan atau orang dikasihi saya telah menjauhi diri mereka dari Tuhan. Apa yang harus saya lakukan?” Kepada semua orang yang sekarang mengalami perasaan kesedihan, kesakitan, dan mungkin sesalan, tahulah bahawa mereka bukan sesat sama sekali kerana Tuhan tahu di mana mereka berada dan menjaga mereka. Ingatlah, mereka ialah anak-anak Dia juga!

Ia susah untuk faham semua sebab mengapa sebahagian orang mengambil jalan yang lain. Perkara terbaik yang kita boleh buat dalam keadaan-keadaan ini ialah mengasihi dan memeluk mereka, berdoa untuk kesihatan mereka, dan mencari bantuan Tuhan untuk mengetahui apa yang patut dilakukan dan dikatakan. Bergembira bersama mereka dengan ikhlas dalam kejayaan mereka; jadilah kawan mereka dan mencari kebaikan di dalam mereka. Kita tidak patut berputus asa kerana mereka tetapi memelihara hubungan kita. Janganlah menolak atau salah menghakimi mereka. Kasihilah mereka! Perumpamaan anak yang sesat mengajar kita bahawa apabila anak-anak datang kepada diri mereka sendiri, mereka kerap kali ingin pulang rumah. Jika ini berlaku dengan orang yang anda mengasihi, penuhilah hati anda dengan belas kasihan, lari ke mereka, peluk mereka, cium mereka, seperti ayah anak kecewa melakukan.20

Akhirnya, teruslah hidup dengan soleh, menjadi contoh kepada mereka tentang apa yang anda percaya, dan mendekati Juruselamat kita Yesus Kristus. Dia tahu dan faham kesengsaraan dan kesakitan kita yang dalam, dan Dia akan memberkati usaha dan tekad anda kepada orang yang anda mengasihi dalam kehidupan ini atau kehidupan yang akan datang. Ingatlah, saudara dan saudari, selalu bahawa harapan ialah bahagian penting rancangan Injil.

Selama banyak tahun pelayanan untuk Gereja, saya telah melihat ahli-ahli beriman yang menggunakan asas-asas ini dengan konsisten dalam kehidupan mereka. Ini ialah kasus seorang ibu tunggal yang saya akan panggil “Mary.” Sayang sekali, Mary mengalami perceraian tragik. Pada masa itu, Mary faham bahawa keputusannya yang paling penting mengenai keluarganya ialah keputusan rohani. Adakah berdoa, pelajaran tulisan suci, berpuasa, dan kehadiran gereja dan bait suci masih penting bagi dia?

Mary selalu beriman, dan pada masa yang amat penting itu, dia memutuskan untuk mengikut apa yang dia sudah tahu ialah benar. Dia mendapat kekuatan di “Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia” yang, antara banyak asas yang sungguh baik, mengajar bahawa “ibu bapa mempunyai tugas yang kudus untuk membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan kesolehan” dan mengajar mereka untuk selalu mentaati perintah-perintah Tuhan.21 Dia teruskan mencari jawapan daripada Tuhan dan mengongsinya dengan empat anaknya dalam semua situasi keluarga. Mereka kerap kali membincangkan injil dan mengongsi pengalaman dan kesaksian mereka dengan satu sama lain.

Walaupun mereka mengalami kesengsaraan, anak-anaknya mengembangkan kasih untuk injil Kristus dan keinginan untuk melayani dan mengongsinya dengan orang lain. Tiga daripada mereka telah melayani misi penuh masa, dan anak bongsu sekarang melayani di Amerika Selatan. Anak perempuan sulungnya, yang saya kenal, yang sudah berkahwin dan teguh dalam imannya, berkongsi, “Saya tidak pernah rasa bahawa ibu saya membesar kami bersendirian kerana Tuhan sentiasa berada di rumah kami. Semasa dia bersaksi kepada kami tentang Dia, kami mula berpaling kepada Dia dengan soalan kami. Saya sangat bersyukur ibu mengajari kami bagaimana untuk menggunakan injil dalam kehidupan kami.”

Saudara-saudari, ibu yang baik ini dapat membuat rumahnya satu pusat pelajaran rohani. Sama dengan soalan orang Ethiopia, Mary tanya kepada dirinya banyak kali, “Bagaimanakah anak-anak saya dapat belajar kecuali seorang ibu membimbing mereka?”

Rakan-rakan saya dalam injil, saya bersaksi kepada anda bahawa apabila kita berusaha mempelajari injil Yesus Kristus dan mengajarkannya kepada satu sama lain dengan bersungguh-sungguh, penuh, tekun, ikhlas dan niat yang tulen dan di bawah pengaruh Roh, ajaran-ajaran ini boleh mengubah hati dan mengilhami kita dengan keinginan untuk hidup menurut kebenaran-kebenaran Tuhan.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat dunia. Dia adalah Penebus, dan Dia hidup. Saya tahu Dia memimpin Gereja Dia melalui nabi, pelihat, dan pewahyu-Nya. Saya juga bersaksi kepada anda bahawa Tuhan hidup, bahawa Dia mengasihi kita. Dia ingin kita kembali di hadirat-Nya—semua kita. Dia mendengar doa-doa kita. Saya bersaksi tentang semua kebenaran ini dalam nama Yesus Kristus, amin.