Ajaran dan Perjanjian 2021
9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: “Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”


“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88: ‘Tubuhkanlah … Rumah Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“9–15 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 88,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
bilik dengan kerusi dan bangku

9–15 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 88

“Tubuhkanlah … Rumah Tuhan”

Presiden Russell M. Nelson berkata, “Saya berjanji apabila anda tekun membentuk semula rumah anda kepada satu pusat pembelajaran injil, … pengaruh musuh dalam kehidupan anda dan rumah anda akan berkurangan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 113).

Mencatat Tanggapan Anda

Setiap kali, Tuhan memberikan kita sekilas kecil “keagungan dan kekuasaan-Nya” yang tidak terbatas (Ajaran dan Perjanjian 88:47) melalui wahyu-wahyu kepada para nabi-Nya. Ajaran dan Perjanjian 88 adalah wahyu—tentang cahaya dan kemuliaan serta kerajaan yang akan membuat kepedulian kita akan hal-hal duniawi kelihatan tidak bermakna. Sekalipun kita tidak dapat memahami apa yang Tuhan ajarkan kepada kita, kita boleh merasakan bahawa banyak yang perlu diketahui tentang keabadian daripada apa yang kita fahami sekarang. Sudah tentu, Tuhan tidak bercakap tentang misteri-misteri besar ini untuk menakutkan kita atau membuat kita merasa kecil. Sebaliknya, Dia menjanjikan “Harinya akan datang apabila kamu akan memahami bahkan Tuhan” (ayat 49; penekanan ditambah). Mungkin kerana tujuan yang penting itu Tuhan mendesak para Orang suci-Nya di Kirtland untuk membentuk Sekolah Para Nabi. “Aturlah dirimu,” firman-Nya. “Sediakanlah setiap hal yang diperlukan; dan tubuhkanlah … rumah Tuhan” (ayat 119). Kerana dalam rumah kudus Tuhan—dan di rumah kita—Dia dapat, lebih daripada tempat lain, mengangkat pandangan kita melampaui dunia fana, “menunjukkan muka-Nya kepada [kita],” dan mempersiapkan kita untuk “bertahan dalam kemuliaan selestial” (ayat 68, 22).

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 88

Tuhan menawarkan kita harapan dan kedamaian.

Hanya beberapa hari selepas memberi amaran bahawa perang akan “dicurahkan ke atas semua bangsa” (Ajaran dan Perjanjian 87: 2), Tuhan memberikan wahyu yang Joseph Smith gelar “‘daun zaitun’ … yang dipetik dari Pokok Firdaus, pesanan kedamaian Tuhan kepada kita” (Ajaran dan Perjanjian 88, tajuk bahagian). Bagaimanakah wahyu ini seperti daun zaitun, simbol kedamaian tradisional? (lihat juga Kejadian 8:11). Apakah kebenaran dalam bahagian ini yang membantu anda merasa harapan dan kedamaian dalam Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 88:6–67

Cahaya dan hukum datang daripada Yesus Kristus.

Perkataan cahaya dan hukum diulangi banyak kali dalam bahagian 88. Kata-kata ini telah digunakan dalam kitab-kitab lain untuk menggambarkan Yesus Kristus dan injil-Nya (contohnya, lihat Yesaya 60:19; Yohanes 1:1–9; 3 Nefi 15:9). Tandakan atau catatkan ayat-ayat di mana anda temui kata-kata ini dalam Ajaran dan Perjanjian 88:6–67, dan tuliskan apa yang anda pelajari tentang Juruselamat, cahaya, dan hukum. Ayat-ayat ini boleh mengilhami anda untuk membuat perubahan dalam kehidupan anda untuk menjadi lebih beriman dalam menerima cahaya dan menjalani “hukum Kristus” (ayat 21).

Lihat juga Sharon Eubank, “Kristus: Cahaya Yang Bersinar Dalam Kegelapan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 73–76.

Imej
keluarga sedang belajar tulisan suci

Tulisan suci mengandungi hukum Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 88:62–126

Sediakan setiap hal yang diperlukan.

Dalam kata yang lain, kita hidup di zaman yang Tuhan gambarkan ketika “Seluruh bumi akan berada dalam kegemparan, dan manusia akan hilang keberaniannya” (Ajaran dan Perjanjian 88:91). Semasa anda membaca ayat 62–126, pertimbangkan bagaimana nasihat Tuhan dapat membantu anda bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat. Di sini terdapat beberapa soalan untuk dipertimbangkan:

Ayat 62–76.Semasa anda merenungkan ayat-ayat ini, apakah yang anda diilhamkan untuk lakukan untuk “dekat” kepada Tuhan? (ayat 63). Pertimbangkan makna perintah Tuhan untuk “kuduskanlah dirimu” bagi anda (ayat 68).

Ayat 77–80, 118–26.Mengapakah “perlu untuk kamu fahami” tentang hal-hal ajaran dan duniawi? (ayat 78). Bagaimanakah anda mengikuti nasihat untuk “carilah pembelajaran”? (ayat 118). Apakah makna belajar “melalui pembelajaran dan juga melalui iman” bagi anda?

Ayat 81–116.Pertimbangkan nubuat tentang Kedatangan Kedua Juruselamat dalam ayat-ayat ini. Mengapakah Tuhan mahu anda tahu perkara ini?

Ayat 117–26.Pertimbangkan membaca ayat-ayat ini sambil memikirkan bait suci, apakah yang anda temui di sini yang boleh membantu anda bersedia untuk memasuki rumah Tuhan?

Lihat juga D. Todd Christofferson, “Bersedia untuk Kepulangan Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 81–84.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 88:14–33, 95–101.Apakah yang kita pelajari tentang Kebangkitan dari ayat-ayat ini? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi pilihan yang kita buat?

Ajaran dan Perjanjian 88:33.Anda boleh memulakan perbincangan bagi ayat ini dengan bertanya kepada ahli keluarga tentang hadiah-hadiah yang mereka terima—hadiah yang mereka terima dengan gembira dan hadiah lain yang tidak seberapa. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita bersukacita akan kurnia kemuliaan selestial yang Dia tawarkan kepada kita? Bagaimanakah kita bersukacita dalam “pemberi kurnia”?

Ajaran dan Perjanjian 88:63, 68.Ayat-ayat ini mengandungi beberapa kata tindakan yang boleh mengilhami anda untuk memikirkan cara-cara kreatif untuk mengajar pesanan dalam ayat-ayat ini kepada anak-anak anda. Anda boleh bermain sorok-sorok untuk membincangkan tentang ayat “carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemui -Ku” (ayat 63; penekanan ditambah).

Ajaran dan Perjanjian 88:81.Sebagai sebuah keluarga, kenal pasti tanda amaran dalam dan sekitar rumah anda, contohnya tanda amaran pada ubat-ubatan atau papan tanda lalu lintas untuk pemandu. Bagaimanakah amaran-amaran ini membantu kita? Apakah yang Bapa Syurgawi ingin kita “memperingatkan jiran [kita]”?

Ajaran dan Perjanjian 88:119.Untuk mengilhami keluarga anda untuk menjadikan rumah anda seperti yang digambarkan dalam ayat 119, cuba ini: Tuliskan kata-kata dari ayat ini pada sekeping kertas, dan gunakan ia untuk menutupi gambar bait suci. Baca Ajaran dan Perjanjian 88:119 bersama, dan biarkan ahli keluarga menyingkirkan jalur kertas ketika mereka mendengar frasa yang bersesuaian dalam ayat tersebut. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadikan rumah kita “rumah Tuhan”? (ayat 119).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “‘Ku Dekat Pada-Mu, Ya Tuhanku,” Nyanyian Rohani, no. 37.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Biarkan kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka. Apabila anda menjemput anak-anak anda untuk mencipta sesuatu yang berkaitan dengan asas injil, anda tidak hanya membantu mereka memahami asas tersebut dengan lebih baik, tetapi anda juga memberi mereka peringatan yang nyata tentang apa yang mereka pelajari (lihat Teaching in the Savior’s Way, 25).

Imej
Yesus bersama para pengikut-Nya

Yesus Kristus menawarkan kita kedamaian. Peace I Leave with You, oleh Walter Rane

Cetak