Ajaran dan Perjanjian 2021
5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: “Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”


“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76: ‘Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“5–11 Julai. Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
galaksi di angkasa

Refuge, oleh Shaelynn Abel

5–11 Julai

Ajaran dan Perjanjian 76

“Maka Besarlah Ganjaran Mereka dan Abadilah Kemuliaan Mereka”

Dalam bahagian 76, Tuhan menyatakan betapa Dia ingin mengungkapkan kebenaran kepada kita (lihat ayat 7–10). Baca tulisan suci dengan iman bahawa Dia dapat dan akan mengungkapkan kepada anda “hal-hal daripada Tuhan” (ayat 12) yang anda perlu tahu. Kemudian catatkan pandangan yang anda terima “sementara [anda] masih berada di dalam Roh,” (ayat 28, 80, 113).

Mencatat Tanggapan Anda

“Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas saya meninggal?” Hampir setiap agama di dunia menangani soalan ini dalam beberapa bentuk atau cara yang lain. Selama berabad, banyak tradisi Kristian, bergantung pada ajaran-ajaran Alkitab, telah mengajarkan tentang syurga dan neraka, firdaus bagi orang yang soleh dan seksaan bagi orang jahat. Tetapi bolehkah seluruh umat manusia benar-benar dibahagikan dengan begitu tegas ke dalam yang baik dan jahat? Dan apakah makna sebenar syurga ? Pada bulan Februari 1832, Joseph Smith dan Sidney Rigdon tertanya-tanya jika masih terdapat lebih lagi tentang subjek itu (lihat Ajaran dan Perjanjian 76, pengenalan bahagian).

Semestinya ada. Semasa merenungkan hal-hal ini, Tuhan “menyentuh mata pemahaman [mereka] dan ianya dibukakan,” (ayat 19). Joseph dan Sidney menerima wahyu yang begitu menakjubkan, begitu meluas, begitu menyinari, sehingga para Orang Suci menyebutnya “Penglihatan.” Ia menyebabkan syurga terbuka dan memberikan pemahaman luas kepada anak-anak Tuhan tentang keabadian. Penglihatan itu mengungkapkan bahawa syurga lebih besar dan lebih luas dan lebih merangkumi semua berbanding pemahaman kebanyakan orang sebelum ini. Tuhan lebih berbelas kasihan dan adil daripada yang kita ketahui. Anak-anak Tuhan mempunyai takdir abadi yang lebih agung dari apa yang kita dapat bayangkan.

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 76

Keselamatan datang melalui Yesus Kristus, Putera Tuhan.

Ketika Wilford Woodruff membacakan penglihatan yang digambarkan dalam bahagian 76, dia berkata, “Saya merasakan kasih Tuhan lebih daripada yang sebelum ini dalam kehidupan saya” (lihat “Suara-suara Pemulihan” dalam akhir panduan ini). Mungkin anda mempunyai perasaan yang sama semasa anda membaca wahyu ini. Tidak satu pun berkat-berkat menakjubkan yang digambarkan dalam bahagian 76 akan terjadi tanpa Juruselamat. Mungkin anda boleh mengenal pasti setiap ayat dalam bahagian 76 yang menyebut tentang Tuhan Yesus Kristus. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan anda tentang Dia dan peranan Dia dalam rancangan Tuhan? Bagaimanakah ia mempengaruhi cara anda rasakan tentang Dia? Semasa anda membaca dan merenung, anda mungkin menerima tanggapan tentang bagaimana anda boleh “[menerima] kesaksian tentang Yesus” dan menjadi lebih “berani” (ayat 51, 79).

Ajaran dan Perjanjian 76:39–44, 50–112

Tuhan berhasrat untuk menyelamatkan “segala pekerjaan tangan-Nya.”

Sesetengah orang, termasuklah sesetengah ahli Gereja yang awal, menentang penglihatan dalam bahagian 76 kerana ia mengajarkan bahawa hampir semua orang akan diselamatkan dan menerima tingkat kemuliaan. Penentangan mereka mungkin terjadi, sebahagian daripada salah faham tentang Tuhan dan hubungan-Nya dengan kita. Semasa anda membaca wahyu ini, apakah yang anda pelajari tentang perwatakan Tuhan dan rancangan-Nya untuk anak-anak-Nya?

Pertimbangkan perbezaan antara diselamatkan (dari kematian jasmani dan rohani; lihat ayat 39, 43–44) dan dipermuliakan (tinggal bersama Tuhan dan menjadi seperti Dia; lihat ayat 50–70).

Lihat juga Yohanes 3:16–17; Ajaran dan Perjanjian 132:20–25.

Ajaran dan Perjanjian 76:50–70, 92–95

Bapa Syurgawi saya ingin saya menerima kehidupan abadi dalam kerajaan selestial.

Pernahkah anda tertanya-tanya—atau risau—sama ada anda layak atau tidak layak untuk kerajaan selestial? Semasa anda membaca gambaran tentang mereka yang menerima kemuliaan (lihat ayat 50–70, 92–95), daripada hanya mencari senarai hal-hal yang anda perlu lakukan, carilah apa yang Tuhan telah lakukan—dan sedang lakukan—untuk membantu anda menjadi seperti Dia. Adakah membaca penglihatan itu dengan cara ini mempengaruhi perasaan anda tentang usaha peribadi anda?

Anda juga boleh berfikir tentang berkat yang besar untuk mengetahui butiran-butiran ini mengenai kerajaan selestial. Bagaimanakah penglihatan tentang kemuliaan selestial ini mempengaruhi cara anda melihat dan menjalani kehidupan harian anda?

Lihat juga Musa 1:39; Joy D. Jones, “Nilai yang Tidak Dapat Diukur,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 13–15; J. Devn Cornish, “Adakah Saya Cukup Baik? Akankah Saya Sampai?Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 32–34.

Imej
bilik dalam rumah abad kesembilan belas

Joseph Smith melihat penglihatan tentang tingkat kemuliaan dalam bilik ini.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 76:22–24, 50–52, 78–79, 81–82.Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang kepentingan kesaksian kita? Apakah peranan kesaksian kita dalam takdir abadi kita? Ia turut membantu untuk mencari definisi bagi berani untuk bincangkan bagaimana untuk menjadi “berani dalam kesaksian tentang Yesus” (ayat 79). Anda boleh menyanyikan “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-anak, 85).

Ajaran dan Perjanjian 76:24.Keluarga anda mungkin dapat melihat kaitan antara kebenaran di bahagian 76 dan yang diajarkan dalam “Aku Anak Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-anak, 2); salah satu kebenaran ini terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 76:24. Bagaimanakah dunia boleh jadi berbeza jika semua orang memahami bahawa kita semua adalah anak Tuhan? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara kita memperlakukan orang lain? Mungkin dengan melihat gambar anak-anak Tuhan di bumi ini dapat membantu keluarga anda untuk merenungkan soalan ini.

Pertimbangkan untuk menyanyikan “Aku Anak Tuhan” bersama dan mencari kaitannya dengan asas dalam bahagian 76 (lihat, sebagai contoh, ayat 12, 62, 96).

Ajaran dan Perjanjian 76:40-41.Jika kita hendak merumuskan “khabar gembira” itu (ayat 40), atau berita baik, dalam ayat ini kepada tajuk berita atau tweet, apakah yang kita akan katakan? Apakah khabar gembira lain yang kita temui dalam bahagian 76?

Ajaran dan Perjanjian 76:50-70.Bagaimanakah anda akan membantu keluarga anda untuk menanti-nantikan dan bersedia untuk kehidupan abadi dalam kerajaan selestial? Anda boleh bekerjasama mencari gambar, tulisan suci, dan ajaran nabi bersama-sama dengan frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 76:50–70. Anda boleh temui hal-hal ini dalam majalah Gereja, di ChurchofJesusChrist.org, atau pada nota kaki tulisan suci. Kemudian anda boleh mengumpulkan gambar, tulisan suci, dan ajaran ini pada poster yang boleh mengingatkan keluarga anda tentang matlamat abadi anda.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Dia Hidup Sang Penebusku,” Nyanyian Rohani, no. 53.

Imej
ikon suara-suara pemulihan

Suara-suara Pemulihan: Kesaksian tentang “Penglihatan”

Wilford Woodruff

Wilford Woodruff mengikuti Gereja pada Disember 1833, hampir dua tahun selepas Joseph Smith dan Sidney Rigdon menerima penglihatan yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian 76. Dia tinggal di New York pada masa itu dan mempelajari tentang “penglihatan” itu daripada para penginjil yang melayani di kawasan tersebut. Beberapa tahun kemudian dia berbicara tanggapannya tentang wahyu ini:

“Saya telah diajar dari masa kanak-kanak saya bahawa terdapat sebuah Syurga dan sebuah Neraka, dan diberitahu bahawa semua yang jahat menerima satu hukuman dan yang soleh menerima satu kemuliaan. …

“… Ketika saya baca penglihatan itu … , ia menerangi minda saya dan memberi saya sukacita yang besar, bagi saya Tuhan yang mengungkapkan asas itu kepada manusia adalah bijaksana, adil dan benar, memiliki sifat-sifat yang terbaik dan kecerdasan serta pengetahuan yang baik, saya merasakan Dia adalah konsisten dalam kasih, belas kasihan, keadilan dan penghakiman, dan saya mengasihi Tuhan lebih dari sebelumnya.”1

“‘Penglihatan’ itu adalah wahyu yang memberikan lebih banyak cahaya, lebih banyak kebenaran dan lebih banyak asas daripada apa-apa wahyu yang terkandung dalam mana-mana kitab lain yang pernah kita baca. Ia menjadikan kita memahami keadaan kita sekarang, dari mana kita berasal, mengapa kita berada di sini, dan ke mana kita pergi. Manusia akan tahu bahagian dan keadaannya menerusi wahyu itu.”2

“Sebelum saya melihat Joseph saya berkata saya tidak peduli berapa umurnya, atau betapa mudanya dia; Saya tidak peduli bagaimana paras rupanya—sama ada rambutnya panjang atau pendek; lelaki yang mengemukakan wahyu itu adalah seorang nabi Tuhan. Saya tahu itu.”3

Phebe Crosby Peck

Apabila Phebe Peck mendengar Joseph dan Sidney mengajar tentang “Penglihatan,” dia tinggal di Missouri dan sedang membesarkan lima orang anak sebagai seorang ibu tunggal. Penglihatan itu sangat mengagumkan dan mengilhami sehingga dia menulis yang berikut untuk berkongsi apa yang telah dia dipelajari kepada keluarganya yang lain:

“Tuhan mengungkapkan misteri-misteri kerajaan syurga kepada anak-anak-Nya. … Joseph Smith dan Sidney Rigdon melawat kami pada musim bunga lepas, dan kami mempunyai banyak pertemuan gembira ketika mereka berada di sini, dan kami mempunyai banyak misteri yang dibuka untuk pandangan kami, yang memberikan saya penghiburan yang besar. Kita dapat melihat perendahan diri Tuhan dalam menyediakan rumah-rumah kedamaian untuk anak-anaknya. Dan sesiapa yang tidak menerima kegenapan injil dan tidak berdiri sebagai tentera yang gagah berani bagi Kristus tidak dapat tinggal di hadirat Bapa dan Putera. Tetapi ada tempat yang disediakan untuk semua yang tidak menerima, tetapi itu adalah tempat yang lebih rendah daripada kemuliaan untuk tinggal di kerajaan Selestial. Saya tidak akan cuba untuk mengatakan apa-apa lebih jauh mengenai hal-hal ini kerana ia kini dicetak dan akan pergi ke seluruh dunia. Dan anda mungkin akan mempunyai peluang untuk membacanya sendiri, dan jika anda berbuat demikian, saya harap anda akan membaca dengan cermat dan hati yang penuh doa, kerana hal-hal ini layak diperhatikan. Dan saya menghasratkan bahawa anda akan menyelidiknya, kerana ia membawa kepada kebahagiaan kita di dunia ini dan dunia akan datang.”4

Nota

  1. Remarks,” Deseret News, Mei 27, 1857, 91.

  2. Deseret News, Ogos. 3, 1881, 481; lihat juga Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Wilford Woodruff (2004), 120–21.

  3. “Remarks,” Deseret Weekly, Sep. 5, 1891, 322.

  4. Surat Phebe Crosby Peck kepada Anna Jones Pratt, Ogos. 10, 1832, Church History Library, Salt Lake City; ejaan dan tanda baca dimodenkan.

Imej
mewakili tiga kerajaan kemuliaan

Glory by Degrees, oleh Annie Henrie Nader

Cetak