Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 80


Bahagian 80

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, kepada Stephen Burnett, di Hiram, Ohio, 7 Mac 1832.

1–5, Stephen Burnett dan Eden Smith dipanggil untuk berkhutbah di mana-mana tempat pun yang mereka pilih.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu hamba-Ku Stephen Burnett: Pergilah kamu, pergilah kamu ke dunia dan khutbahkanlah Injil kepada setiap makhluk yang datang di bawah bunyi suaramu.

2 Dan sejauh kamu menghasratkan seorang rakan, Aku akan memberi kepadamu hamba-Ku Eden Smith.

3 Kerana itu, pergilah kamu dan khutbahkanlah Injil-Ku, sama ada ke utara atau ke selatan, ke timur atau ke barat, tidaklah kisah, kerana kamu tidak akan tersilap pergi.

4 Oleh kerana itu, maklumkanlah hal-hal yang telah kamu dengari, dan sesungguhnya percayai, dan tahu adalah benar.

5 Lihatlah, inilah kehendak Dia yang telah memanggilmu, Penebusmu, bahkan Yesus Kristus. Amin.