Sebuah penglihatan yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di Hiram, Ohio, 16 Februari 1832 Sebagai pengantar catatan ini tentang penglihatan ini, sejarah Joseph Smith menyatakan: “Sekembalinya saya dari persidangan Amherst, saya memulakan lagi penterjemahan Tulisan Suci. Dari pelbagai wahyu yang telah diterima, adalah jelas bahawa banyak pokok ajaran penting berkaitan dengan keselamatan manusia, telah dikeluarkan dari Alkitab, atau hilang sebelum ianya dibukukan. Ia jelas terbukti sendirinya dari kebenaran-kebenaran yang selebihnya, bahawa jika Tuhan memberi ganjaran kepada setiap orang menurut perbuatan yang dilakukan dalam tubuh, istilah ‘Syurga,’ yang dimaksudkan sebagai rumah para Orang Suci yang abadi, mestilah melibatkan lebih daripada satu kerajaan. Sehubungan dengan itu, … semasa menterjemahkan Injil Yohanes, saya sendiri dan Elder Rigdon telah melihat penglihatan berikut” Pada masa penglihatan ini diberikan, Nabi sedang menterjemahkan Yohanes 5:29.