Bahagian 131
Petunjuk oleh Nabi Joseph Smith, diberikan di Ramus, Illinois, 16Â dan 17Â Mei 1843.
1–4, Perkahwinan selestial penting untuk permuliaan di dalam syurga yang paling tinggi; 5–6, Bagaimana manusia dimeteraikan pada kehidupan kekal dijelaskan; 7–8, Semua roh adalah jirim.
1 Di dalam kemuliaan selestial ada tiga syurga atau tingkat;
2 Dan untuk mendapatkan yang paling tinggi, seseorang itu mesti masuk ke dalam tarekat keimamatan ini [bermaksud perjanjian perkahwinan yang baru dan kekal];
3 Dan jika dia tidak melakukannya, dia tidak boleh mendapatkannya.
4 Dia boleh masuk ke dalam yang lain, tetapi itu adalah kerajaannya yang muktamad; dia tidak dapat memperoleh peningkatan.
5 (17Â Mei 1843.) Firman nubuat yang lebih pasti bermaksud seseorang yang mengetahui bahawa dia dimeteraikan pada kehidupan kekal, melalui wahyu dan roh nubuat, melalui kuasa Imamat Kudus.
6 Adalah mustahil bagi seseorang itu untuk diselamatkan dalam kejahilan.
7 Tiada suatu benda pun yang bukan jirim. Semua roh adalah jirim, tetapi lebih halus atau suci, dan hanya dapat dilihat melalui mata yang lebih suci;
8 Kita tidak dapat melihatnya; tetapi apabila tubuh kita disucikan kita akan melihat bahawa keseluruhannya adalah jirim.