Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 22


Bahagian 22

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Manchester, New York, 16 April 1830. Wahyu ini diberikan kepada Gereja disebabkan beberapa orang yang telah dibaptiskan sebelumnya berhasrat untuk bersatu dengan Gereja tanpa pembaptisan semula.

1, Pembaptisan adalah sebuah perjanjian yang baru dan abadi; 2–4, Pembaptisan yang berwewenang diperlukan.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa segala perjanjian yang lama telah Aku akhiri dalam hal ini; dan ini adalah sebuah perjanjian yang baru dan abadi, bahkan apa yang telah ada sejak dari awal.

2 Kerana itu, walaupun seseorang itu akan dibaptis seratus kali ia tidak berguna apa pun baginya, kerana kamu tidak dapat masuk ke dalam pintu gerbang yang kecil itu melalui hukum Musa, tidak juga melalui pekerjaanmu yang mati.

3 Disebabkan pekerjaanmu yang matilah maka Aku telah menyebabkan perjanjian terakhir ini dan gereja ini dibangunkan bagi-Ku, bahkan seperti pada zaman dahulu.

4 Kerana itu, masuklah kamu ke dalam pintu gerbang itu, seperti yang telah Aku perintahkan, dan janganlah berusaha untuk menasihati Tuhanmu. Amin.