Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 114


Bahagian 114

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Far West, Missouri, 11 April 1838.

1–2, Jawatan-jawatan Gereja yang dipegang oleh mereka yang tidak setia akan diberikan kepada yang lain.

1 Sesungguhnya demikianlah firman Tuhan: Adalah kebijaksanaan dalam diri hamba-Ku David W. Patten, bahawa dia menyelesaikan segala urusannya secepat yang dapat dia lakukan, dan menjual barang dagangannya, agar dia boleh melaksanakan misi bagi-Ku pada musim bunga yang akan datang, bersama-sama dengan yang lain, bahkan dua belas termasuk dia sendiri, untuk bersaksi tentang nama-Ku dan menyampaikan khabar gembira kepada seluruh dunia.

2 Kerana sesungguhnya demikianlah firman Tuhan, bahawa sejauh terdapatnya di kalangan kamu mereka yang menyangkal nama-Ku, orang lain akan ditempatkan sebagai pengganti mereka dan menerima keuskupan mereka. Amin.