Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 73


Bahagian 73

Wahyu yang diberikan kepada Nabi Joseph Smith dan Sidney Rigdon, di Hiram, Ohio, 10 Januari 1832. Sejak awal Disember yang lepas, Nabi dan Sidney telah terlibat dalam pengkhutbahan, dan dengan cara ini banyak yang telah dicapai dalam mengurangkan perasaan kurang senang yang telah timbul terhadap Gereja (lihat pengenalan untuk bahagian 71).

1–2, Para penatua mesti meneruskan untuk berkhutbah; 3–6, Joseph Smith dan Sidney Rigdon harus meneruskan untuk menterjemahkan Alkitab sehingga selesai.

1 Kerana sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, adalah perlu menurut-Ku bahawa mereka harus terus mengkhutbahkan Injil, dan dengan dorongan kepada para jemaah gereja di wilayah-wilayah sekitarnya, sehingga persidangan;

2 Dan kemudian, lihatlah, akan diberitahukan kepada mereka, melalui suara persidangan, beberapa misi mereka.

3 Sekarang, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu hamba-Ku, Joseph Smith Jr., dan Sidney Rigdon, Tuhan berfirman, ianya perlu untuk menterjemah lagi;

4 Dan, sejauh mana ia dapat dilaksanakan, untuk berkhutbah di wilayah-wilayah sekitarnya sehingga persidangan; dan selepas itu adalah perlu untuk meneruskan pekerjaan penterjemahan sehingga ia selesai.

5 Dan biarlah ini menjadi panduan bagi para penatua sehingga pemberitahuan yang selanjutnya, bahkan seperti yang tertulis.

6 Sekarang, Aku tidak memberikan lagi kepadamu pada waktu ini. Persiapkan dirimu dan bersungguh-sungguhlah. Demikianlah. Amin.