Ajaran dan Perjanjian 2021
21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: “Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”


“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67–70: ‘Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“21–27 Jun. Ajaran dan Perjanjian 67-70,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
revelation manuscript book in display case

21–27 Jun

Ajaran dan Perjanjian 67–70

“Lebih Berharga dari Kekayaan Seluruh Bumi”

Walaupun banyak wahyu dalam Ajaran dan Perjanjian ditujukan kepada orang tertentu dalam keadaan tertentu, ia “bermanfaat untuk semua” (“Kesaksian Dua Belas Rasul Pada Kebenaran Kitab Ajaran dan Perjanjian,” Pengenalan kepada Ajaran dan Perjanjian). Semasa anda mengkaji, cari kebenaran dan asas yang bermanfaat untuk anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Dari tahun 1828 hingga 1831, Nabi Joseph Smith menerima banyak wahyu daripada Tuhan, termasuk nasihat ilahi untuk individu, arahan mengenai pemerintahan Gereja, dan penglihatan-penglihatan yang diilhami tentang zaman akhir. Tetapi ramai para Orang Suci tidak membacanya. Wahyu-wahyu itu belum diterbitkan, dan beberapa salinan yang tersedia ditulis dengan tulisan tangan pada kertas yang diedarkan di kalangan ahli dan dibawa oleh para penginjil.

Kemudian, pada bulan November 1831, Joseph memanggil majlis pemimpin Gereja untuk membincangkan penerbitan wahyu-wahyu itu. Setelah mencari kehendak Tuhan, para pemimpin ini merancang untuk menerbitkan Kitab Perintah—pelopor untuk Ajaran dan Perjanjian hari ini. Tidak lama kemudian, semua orang dapat membaca sendiri firman Tuhan yang diungkapkan melalui seorang nabi yang hidup, bukti jelas bahawa “kunci-kunci misteri kerajaan Juruselamat kita sekali lagi dipercayakan kepada manusia.” Untuk ini dan banyak lagi sebab lain, para Orang Suci dulu dan sekarang menganggap wahyu ini “lebih berharga dari kekayaan seluruh bumi” (Ajaran dan Perjanjian 70, pengenalan bahagian).

Lihat Saints, 1:140–43.

Imej
Ikon kajian peribadi

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Ajaran dan Perjanjian 67:1–9; 68:3–6

Tuhan berdiri dengan para orang suruhan-Nya dan kata-kata yang mereka ucapkan dalam nama-Nya.

Keputusan untuk menerbitkan wahyu-wahyu yang diterima oleh Joseph Smith nampak seperti mudah, tetapi beberapa pemimpin Gereja awal tidak yakin ia adalah idea yang baik. Satu kebimbangan berkaitan dengan ketidaksempurnaan dalam bahasa yang Joseph Smith gunakan untuk menulis wahyu. Wahyu dalam bahagian 67 datang hasil dari kebimbangan itu. Apakah yang anda pelajari tentang nabi dan wahyu dari ayat 1–9? Apakah pandangan tambahan yang anda peroleh dari 68:3–6?

Ajaran dan Perjanjian 68:1–8

Ilham daripada Roh Kudus mencerminkan kehendak Tuhan.

Firman dalam ayat-ayat ini dinyatakan semasa Orson Hyde dan yang lain dipanggil “untuk memaklumkan injil kekal, melalui Roh Tuhan yang hidup, dari satu khalayak ramai ke satu khalayak, dari negeri ke negeri” (ayat 1). Bagaimanakah perisytiharan dalam ayat 4 membantu seseorang yang dihantar untuk mengkhutbahkan injil? Bagaimanakah kata-kata ini berguna kepada anda? Fikirkan suatu ketika anda “diilhami oleh Roh Kudus” (ayat 3) untuk mengucap atau melakukan sesuatu. Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang boleh memberi keyakinan kepada anda untuk mengikuti dorongan rohani?

Ajaran dan Perjanjian 68:25–28

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengajar anak-anak mereka.

Sister Joy D. Jones, Presiden Umum Sekolah Primer, mengajarkan, “… [Satu] kunci untuk menolong kanak-kanak untuk menahan dosa adalah untuk menanamkan ajaran dasar injil pada umur yang awal dengan kasih sayang—menggunakan kitab suci, Fasal-Fasal Kepercayaan, buku kecil Untuk Kekuatan Remaja , lagu Sekolah Primer, lagu rohani, dan kesaksian peribadi kita—yang akan memimpin kanak-kanak kepada Juruselamat” (“Satu Generasi yang Menahan Dosa,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 88).

Menurut Ajaran dan Perjanjian 68:25–28, apakah beberapa “ajaran injil yang asas” yang disebut oleh Sister Jones bahawa ibu bapa harus ajarkan anak-anak mereka? Mengapakah tanggungjawab penting ini diberikan kepada ibu bapa? Apakah yang anda akan katakan kepada ibu bapa yang merasa tidak layak untuk mengajar hal-hal ini kepada anak-anaknya?

Lihat juga Tad R. Callister, “Ibu Bapa: Pengajar Injil Utama untuk Anak-anak Mereka,” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 32–34.

Imej
keluarga sedang belajar

Rumah adalah tempat terbaik untuk anak-anak mempelajari injil.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea–idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Ajaran dan Perjanjian 67:10–14.Bagaimanakah iri hati, perasaan takut, dan keangkuhan menjauhkan kita daripada Tuhan? Mengapakah “manusia alamiah” tidak boleh berada di hadirat Tuhan? (ayat 12; lihat juga Mosia 3:19). Apakah yang kita temui dalam ayat-ayat ini yang mengilhami kita untuk “teruskanlah bersabar sehingga [kita] disempurnakan”? (ayat 13).

Sebagai sebuah keluarga, anda juga boleh kaji semula pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 40–42).

Ajaran dan Perjanjian 68:3–4.Ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman yang telah memperkuatkan iman mereka bahawa kata-kata orang suruhan Tuhan adalah “kehendak Tuhan,” “fikiran Tuhan,” dan “kuasa Tuhan pada keselamatan” (ayat 4). Atau mereka boleh mencari pesanan persidangan umum baru-baru ini yang berguna untuk cabaran yang dihadapi oleh keluarga anda.

Ajaran dan Perjanjian 68:25–35.Ayat-ayat ini mengandungi nasihat penting kepada “para penduduk Sion” (ayat 26). Apakah yang kita diilhami untuk memperbaiki selepas membaca ayat-ayat ini? Ia boleh menjadi menyeronokkan untuk membuat gambar yang menggambarkan beberapa asas dalam ayat-ayat ini dan menyembunyikannya di seluruh rumah anda. Kemudian, pada hari-hari yang akan datang apabila seseorang mencari gambar, anda boleh menggunakannya sebagai peluang untuk mengajar tentang asas itu. Mengapakah rumah merupakan tempat terbaik bagi kanak-kanak untuk mempelajari hal-hal ini?

Ajaran dan Perjanjian 69:1–2.Oliver Cowdery telah dihantar ke Missouri dengan salinan wahyu bertulis Nabi untuk dicetak, bersama-sama dengan wang untuk membantu membina Gereja di sana. Apakah nasihat yang Tuhan berikan dalam ayat 1 tentang perjalanan Oliver? Mengapakah ia penting untuk bersama dengan orang-orang “yang merupakan seorang yang benar dan setia”? (ayat 1). Bilakah kawan-kawan telah mempengaruhi kita untuk melakukan perkara yang baik atau keputusan yang tidak baik? Bagaimanakah kita boleh menjadi pengaruh yang baik kepada orang lain?

Ajaran dan Perjanjian 70:1–4.Tuhan memberikan sesetengah penatua tanggungjawab untuk mengawasi penerbitan wahyu tersebut. Walaupun kita tidak mempunyai tanggungjawab khusus itu, bagaimanakan kita boleh dianggap sebagai “pengawas ke atas wahyu dan perintah-perintah”? (ayat 3).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Rumah Menjadi Syurga,” Nyanyian Rohani, no. 137.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan tulisan suci dalam kehidupan kita. Selepas membaca satu ayat suci, minta ahli keluarga gunakannya dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, anda boleh menjemput mereka untuk memikirkan keadaan yang serupa yang mungkin mereka hadapi yang melibatkan asas injil yang sama.

Imej
penekan Grandin

Kitab Perintah, pelopor kepada Ajaran dan Perjanjian, dicetak pada penekan seperti ini.

Cetak