2010–2019
Ibu Bapa: Pengajar Injil Utama untuk Anak-Anak Mereka
Oktober 2014


9:39

Ibu Bapa: Pengajar Injil Utama untuk Anak-Anak Mereka

Akhirnya, rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk pengajaran injil Yesus Kristus.

Ben Carson mengatakan tentang dirinya: “Saya pelajar yang paling buruk di seluruh kelas saya sewaktu tahun 5.” Pada satu hari Ben mengambil exam matematik dengan 30 soalan. Pelajar yang duduk di belakang dia memeriksa exam dia dan memberikannya kembali. Guru, iaitu Cikgu Williamson, bermula memanggil nama setiap pelajar untuk mencatat markah. Akhirnya, dia panggil Ben. Dengan malu, dia menjawab dengan bergumam. Cikgu Williamson, berfikir dia kata “9,” menjawab bahawa untuk Ben mendapat 9 dari 30 merupakan peningkatan yang hebat. Pelajar yang di belakang Ben berkata, “Bukan sembilan. Dia mendapat kosong yang betul.” Ben berkata dia mahu hilang.

Pada masa yang sama, ibu Ben, Sonya, menghadapi cabaran-cabaran sendiri. Dia salah satu dari 24 anak, hanya mempunyai pendidikan sehingga darjah tiga, dan tidak boleh membaca. Dia berkahwin pada umur 13, telah bercerai, mempunyai dua anak lelaki, dan membesarkan mereka di kawasan perumahan sesak di Detroit. Walaupun begitu, dia sangat berdikari dan mempunyai kepercayaan yang teguh bahawa Tuhan akan menolong dia dan dua anaknya jika mereka melakukan bahagian mereka.

Pada satu hari sesuatu yang penting masuk hidupnya dan anak-anaknya. Dia menyedari bahawa orang yang berjaya yang rumahnya dia membersihkan ada perpustakaan—iaitu, mereka membaca. Sesudah habis kerja dia balik rumah dan tutup televisyen yang Ben dan adiknya sedang menonton. Dia kata: Kamu tengok televisyen terlalu banyak. Bermula sekarang kamu boleh menonton tiga program setiap minggu. Dalam masa lapang kamu akan pergi ke perpustakaan—baca dua buku setiap minggu dan berikan saya laporan.

Dua budak itu terkejut. Ben berkata dia tidak pernah baca buku kecuali di sekolah apabila perlu. Mereka membantah, mereka mengadu, mereka bertengkar, tetapi semuanya sia-sia. Ben berfikir, “Dia menyuruh dengan tegas. Saya tidak suka peraturan itu, tetapi tekadnya untuk melihat kami meningkat mengubah arahan kehidupan saya.”

Dan ini membuat perubahan yang besar. Sewaktu form satu dia telah menjadi pelajar terbaik dalam kelas dia. Dia menghadiri Yale University dengan biasiswa, lalu sekolah perubatan Johns Hopkin, di mana dia pada umur 33 menjadi ketua pembedahan saraf pediatrik dan seorang pembedah yang terkenal di dunia. Bagaimana ini mungkin? Kerana seorang ibu meningkatkan panggilannya sebagai ibu walaupun dia tidak ada banyak kelebihan kehidupan. 1

Tulisan suci mengajar tentang peranan ibu bapa—bahawa tugas mereka adalah untuk mengajar anak-anak mereka “ajaran pertaubatan, beriman kepada Kristus Putera Tuhan yang hidup, dan tentang pembaptisan dan kurnia Roh Kudus,” (A&P 68:25).

Sebagai para ibu bapa kita patut menjadi pengajar utama injil serta teladan untuk anak-anak kita—bukan uskup, Sekolah Hari Ahad, Remaja Puteri atau Remaja Putera, tetapi para ibu bapa. Sebagai pengajar injil mereka yang utama, kita dapat mengajar mereka tentang kuasa dan kewujudan Korban Tebusan—tentang identiti mereka dan nasib mereka yang ilahi—dan dengan demikian, memberi mereka asas yang kukuh. Akhirnya, rumah merupakan tempat yang paling sesuai untuk pengajaran injil Yesus Kristus.

Satu tahun yang lalu saya ditugaskan di Beirut, Lebanon. Semasa di sana saya belajar tentang seorang budak perempuan berumur 12 tahun, yang namanya Sarah. Ibu bapanya dan dua kakak telah menjadi ahli Gereja di Romania tetapi selepas itu mereka dimestikan pulang ke tanah air mereka apabila Sarah berumur tujuh tahun sahaja. Di tanah air mereka tidak ada Gereja, tidak ada organisasi, tidak ada Sekolah Hari Ahad atau program Remaja Puteri. Selepas lima tahun keluarga ini mendapat tahu tentang satu cabang Gereja di Beirut dan sebelum saya sampai mereka menghantar anak mereka Sarah yang berumur 12 tahun, bersama kakak-kakak, untuk dibaptiskan. Semasa di sana saya memberikan ucapan tentang rancangan penyelamatan. Kerap kali Sarah mengangkat tangan dia dan menjawab soalan-soalan.

Selepas pertemuan itu, dan mengetahui bahawa dia tidak ada banyak pengalaman dalam Gereja, saya menghadapi dia dan bertanya, “Sarah, bagaimana kamu tahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan itu?” Dia cepat menjawab, “Ibu saya mengajar saya.” Mereka tidak ada Gereja di masyarakat mereka, tetapi mereka mempunyai injil di dalam rumah mereka. Ibuunya ialah pengajar injil dia yang utama.

Enos mengatakan, “Kata-kata yang telah sering aku dengar ayahku ucapkan berkenaan kehidupan abadi, dan sukacita pada orang suci, meresap jauh ke dalam hatiku” (Enos 1:3). Tidak ada keraguan mengenai siapa yang menjadi pengajar injil utama Enos.

Saya mengingat apabila bapa saya duduk di sebelah perapian, membaca tulisan suci dan buku-buku baik yang lain, dan saya duduk di sebelah dia. Saya mengingat kad-kad yang dia simpan di dalam poket dia dengan ayat-ayat suci dan ayat-ayat Shakespeare dan kata-kata baru yang dia hafal dan belajar. Saya mengingat soalan-soalan dan perbincangan injil di meja makan. Saya mengingat banyak kali apabila bapa saya membawa saya berkunjung ke rumah orang tua—dan kami pergi membeli ais krim untuk seseorang atau ayam untuk seseorang lain atau memberi duit ketika berjabat tangan dengan orang yang kekurangan wang. Saya mengingat perasaan yang baik itu dan keinginan untuk menjadi seperti dia.

Saya mengingat ibu saya, pada umur 90, masak di dapur dan nanti keluar dengan talam yang berisi makanan. Saya bertanya dia ke mana dia pergi. Dia jawab, “Saya mahu ambil makanan ke orang-orang tua. Saya berfikir, “Ibulah orang tua.” Saya tidak dapat menyatakan kesyukuran cukup kepada ibu bapa saya yang menjadi pengajar injil saya yang utama.

Salah satu dari hal-hal yang paling bermakna yang dapat kita lakukan sebagai ibu bapa adalah mengajar anak-anak kita tentang kuasa doa, bukan sahaja tindakan doa. Apabila saya berumur 17 tahun, saya berlutut dekat katil saya dan berdoa waktu malam. Tanpa saya sedar, ibu saya berdiri dekat pintu. Apabila saya tutup doa, dia berkata, “Tad, adakah kamu minta Tuhan untuk membantu kamu mencari seorang isteri yang baik?”

Soalan dia mengejutkan saya. Hal mencari isteri jauh dari fikiran saya. Saya selalu berfikir tentang bola keranjang dan sekolah. Jadi, saya menjawab, “Tidak,” dan dia membalas, “Kamu patut minta, anak; ia akan menjadi keputusan yang terpenting yang kamu akan buat.” Kata-kata itu masuk hati saya, dan selama enam tahun yang berikut, saya berdoa supaya Tuhan akan membantu saya mencari seorang isteri yang baik. Dan Tuhan pastinya sudah menjawab doa itu.

Sebagai ibu bapa, kita dapat mengajar anak-anak kita untuk berdoa untuk hal-hal yang ada akibat abadi—berdoa untuk kekuatan untuk menjadi murni di dunia yang sangat mencabar, untuk menjadi patuh, dan untuk mempunyai keberanian mempertahankan yang benar.

Pastinya kebanyakan remaja kita berdoa waktu malam, tetapi mungkin banyak dari mereka tidak selalu berdoa waktu pagi. Sebagai ibu bapa, sebagai pengajar injil mereka yang utama, kita dapat membetulkan ini. Ibu bapa yang manakah pada masa Kitab Mormon akan membiarkan anak-anak mereka berkawat ke depan pertempuran tanpa baju besi dan perisai dan pedang untuk melindungi mereka terhadap pukulan-pukulan musuh? Tetapi berapa antara kita membiarkan anak-anak kita keluar rumah setiap pagi ke pertempuran yang paling bahaya, untuk menghadapi Setan dan godaan-godaannya yang sangat banyak, tanpa baju besi dan perisai dan pedang rohani yang datang dari kuasa perlindungan doa? Tuhan berfirman, “Berdoalah selalu, ...agar kamu dapat menaklukkan Setan” (A&P 10:5). Sebagai ibu bapa kita dapat tolong mendirikan di dalam anak-anak kita tabiat dan kuasa doa waktu pagi.

Kita juga dapat mengajar anak-anak kita untuk menggunakan masa mereka dengan bijak. Kadang-kala, seperti Sonya Carson, kita perlu membuat keputusan dengang tegas dan kasih untuk mengehadkan masa anak-anak kita dengan televisyen dan alat-alat elektronik yang lain, yang kerap kali mengambil begitu banyak masa dari kehidupan mereka. Kita mungkin perlu mengarahkan masa mereka ke dalam usaha-usaha injil yang lebih produktif. Anak-anak mungkin akan menolak, atau mengadu, tetapi seperti Sonya Carson, kita perlu mempunyai visi masa depan dan tekad untuk meneruskannya. Satu hari nanti anak-anak kita akan memahami dan menghargai apa yang telah kita lakukan. Jika kita tidak melakukan ini, siapa akan melakukannya?

Kita mungkin tanya diri kita sendiri: adakah anak-anak kita menerima usaha rohani, intelek, dan kreatif kita yang terbaik, atau adakah mereka menerima sisa masa dan bakat kita, selepas kita telah memberikan semuanya kepada panggilan Gereja dan kerjaya profesional? Dalam kehidupan yang akan datang, saya tidak tahu sama ada gelaran-gelaran seperti uskup atau presiden Lembaga Pertolongan akan terus wujud, tetapi saya tahu bahawa gelaran suami dan isteri, bapa dan ibu, akan terus wujud dan dihormati untuk selama-lamanya. Itu salah satu sebab ia begitu penting untuk menghormati tanggungjawab kita sebagai para ibu bapa di sini di bumi supaya kita dapat bersedia untuk tanggungjawab yang lebih besar dalam kehidupan yang akan datang.

Sebagai para ibu bapa, kita dapat meneruskan dengan kepastian Tuhan tidak akan pernah meninggalkan kita. Tuhan tidak pernah memberikan kita tanggungjawab tanpa memberikan bantuan ilahi—mengenai ini saya dapat bersaksi. Semoga kita dalam peranan ilahi sebagai para ibu bapa, dan dalam perkongsian dengan Tuhan, menjadi para pengajar injil dan teladan yang utama untuk anak-anak kita, saya berdoa dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Ben Carson, Gifted Hands: The Ben Carson Story (1990).