2010–2019
Pastikan Pelatihan Iman Keutamaan Kamu
Oktober 2014


15:5

Pastikan Pelatihan Iman Keutamaan Kamu

Walaupun kita menemui cabaran negatif dalam hidup kita, kita mesti mengambil masa untuk melatih iman dengan aktif.

Apabila Adam dan Hawa berada dalam Taman Eden, makanan yang mereka perlukan setiap hari diberi kepada mereka. Mereka hidup tanpa kesukaran, cabaran, atau kesakitan. Sebab mereka tidak mengalami kesusahan, mereka tidak tahu mereka boleh menjadi gembira. Mereka tidak merasa kedukaan, jadi mereka tidak dapat merasa kedamaian.

Pada akhirnya Adam dan Hawa melanggar perintah dengan memakan buah dari pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Dengan membuat demikian mereka berdosa. Mereka mula untuk mengalami prinsip pertentangan. Mereka mula mengalami kesakitan yang melemahkan kesihatan mereka. Mereka mula merasa kesedihan dan kebahagiaan.

Kerana Adam dan Hawa makan buah yang dilarang, pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat diperkenalkan kepada dunia. Pilihan mereka membolehkan kita semua datang ke bumi untuk dicuba dan diuji. 1Kita diberkat dengan hak pilihan. Keupayaan untuk membuat keputusan and bertanggungjawab ke atas keputusan itu. Kejatuhan membolehkan kita untuk merasa kegembiraan dan kesedihan. Kita boleh merasa kedamaian kerana kita merasa kedukaan.2

Bapa Syurgawi kita tahu bahawa ini akan berlaku. Ini sebahagian rancangan kegembiraan-Nya yang sempurna. Dia menyediakan satu jalan melalui hidup Putera-Nya yang sempurna, Yesus Kristus, Juruselamat kita, Penebusan-Nya mengatasi semua kesukaran yang akan kita alami dalam kefanaan.

Kita hidup dalam zaman yang mencabar. Saya tidak perlu buat satu senarai sumber kejahatan dunia ini. Saya tidak perlu huraikan semua cabaran dan kesakitan hati kefanaan. Kita masing-masing sedar tentang perjuangan diri sendiri dengan godaan, kesakitan, dan kesedihan.

Kita diajar dalam dunia prafana bahawa tujuan kita datang ke bumi adalah untuk diuji dan dicuba.3 Kita tahu bahawa kita akan menghadapi kejahatan dari Iblis. Kadang-kala kita mungkin lebih sedar tentang hal negatif kefanaan berbanding dengan hal yang positif. Nabi Lehi mengajar, “Kerana mestinya ada pertentangan dalam segala hal.”4 Walaupun kita mengalami cabaran negatif dalam kehidupan kita, kita mesti mengambil masa unutk melatih iman kita dengan aktif. Pelatihan ini menjemput kuasa Penebusan Yesus Kristus yang positif dan penuh dengan iman ke dalam hidup kita.

Bapa Syurgawi kita sudah berikan kita alat-alat untuk menolong kita datang ke Kristus dan melatih iman dalam Penebusan-Nya. Apabila alat-alat ini menjadi tabiat dasar, mereka menyediakan satu cara yang senang untuk memperolehi kedamaian dalam cabaran kefanaan. Hari ini saya hendak berbincang tentang empat alat-alat ini. Semasa saya berucap, bertimbang untuk menilaikan penggunaan alat-alat ini ; kemudian carikan bimbingan Tuhan untuk menentukan cara kamu boleh gunakan mereka dengan lebih baik.

Doa

Alat pertama ialah doa. selalu berucap dengan Bapa Syurgawi kamu. Ambil masa setiap hari untuk mengongsikan fikiran dan perasaan kamu dengan Dia. Beritahu Dia semua hal yang merisaukan kamu. Dia berminat dalam semua hal kehidupan kamu mahupun yang penting atau yang biasa. Kongsi dengan Dia semua perasaan dan pengalaman kamu.

Sebab Dia menghormati hak pilihan kamu, Bapa Syurgawi tidak akan memaksa kamu untuk berdoa. Apabila kamu melatihkan hak pilihan dan masukkan Dia dalam semua aspek kehidupan kamu, hati kamu aka mula penuh dengan kedamaian. Kedamaian itu akan fokuskan satu cahaya abadi pada kesusahan kamu. Ia akan menolong kamu untuk menemui cabaran dari satu perspektif abadi.

Ibu bapa, melindungi anak-anak kamu dengan menyenjatakan mereka setiap pagi dan malam dengan kuasa doa keluarga. Kanak-kanak diserang setiap hari oleh kejahatan nafsu, ketamatan, kesombongan, dan kelakuan berdosa lain. Lindungkan anak-anak kamu dari pengaruhan dunia harian dengan memperkukuhkan mereka melalui berkat yang berkuasa doa keluarga. Doa keluarga haruslah satu keutamaan yang tak boleh runding dalam kehidupan harian kamu.

Kajian Kitab Suci

Alat kedua adalah untuk mengaji firman Tuhan dalam kitab suci dan kata-kata nabi hidup. Kita berucap dengan Tuhan melalui doa. Dia biasanya berkomunikasi melalui firman tertulis-Nya. Untuk mengetahui dan merasai suara Ilahi, bacalah kata-Nya, kajilah kitab suci, dan merenungkan kata-kata itu .5 Buatkan kajian kitab suci sebahagian hidup kamu. Jika kamu hendak anak-anakmu mengenali, memahami, dan bertindak ke atas tekanan Roh, kamu mesti mengaji kitab suci bersama mereka.

Jangan menyerah kepada tipuan Setan bahawa kamu tidak ada masa untuk mengaji kitab suci. Buat keputusan untuk mengaji kitab suci. Mengaji firman Tuhan setiap hari adalah lebih penting dari tidur, sekolah, kerja, televisyen, permainan video, atau media sosial. Mungkin kamu harus mengenali keutamaan kamu dengan menyediakan masa untuk mengaji firman Tuhan. Jika ini keadaan kamu, lakukan sekarang!

Ada banyak perjanjian yang datang dari kajian kitab suci harian.6

Saya tambahkan suara saya kepada perjanjian ini: apabila kamu mengaji firman Tuhan setiap hari, secara individu dan bersama keluarga kamu, kedamaian akan datang ke dalam hidup kamu. Kedamaian itu tidak datang dari dunia luar. Ia akan datang dari rumah kamu, dari keluarga kamu, dari hati kamu. Ia satu kurnia Roh. Ia akan bersinar dari kamu untuk mempengaruh orang lain. Kamu akan melakukan satu perkara yang penting untuk menambahkan kedamaian ke dalam dunia ini.

Saya tidak katakan bahawa kehidupan kamu akan bebas dari cabaran. Ingatkah apabila Adam dan Hawa berada dalam taman mereka bebas dari cabaran, tetapi mereka tidak dapat mengalami kegembiraan, kebahagiaan, dan kedamaian. Cabaran ialah sebahagian kefanaan yang penting. Melalui kajian suci harian yang berterusan, kamu akan mendapati kedamaian7 dalam kesukaran dan kekuatan untuk menentang godaan. Kamu akan mengembangkan imam yang kuat dalam rahmat Tuhan dan tahu bahawa melalui Penebusan Yesus Kristus semua akan dibetulkan menurut masa Tuhan.

Malam Keluarga

Semasa kamu berusaha untuk memperkukuhkan keluarga kamu dan memupuk kedamaian, ingatlah alat ketiga ini: malam keluarga mingguan. Berwaspada supaya tidak mengetepikan malam keluarga selepas satu hari yang sibuk. Buat keputusan bahawa pada setiap petang Isnin, keluarga kamu akan berada dalam rumah . Jangan biarkan pekerjaan, sukan, aktiviti tambahan, kerja sekolah, atau apa-apa pun menjadi lebih penting dari masa yang kamu bersama keluarga kamu.

Struktur petang itu tidak sepenting masa yang kamu gunakan. Injil harus diajar secara formal dan tidak formal. Pastikan pengalaman petang ini bererti bagi setiap ahli keluarga. Malam keluarga ialah satu masa yang berharga untuk memberi kesaksian dalam satu suasana yang selamat; untuk belajar tentang pengajaran, rancangan, dan kemahiran organisasi; untuk memperkukuhkan perhubungan keluarga; untuk mengembangkan tradisi keluarga; untuk berbual-bual sesama satu sama lain, dan yang paling penting, berseronok bersama!

Pada persidangan umum April lalu, Sister Linda S. Reeves kata: “Saya memberi kesaksian tentang berkat kajian kitab suci dan doa harian dan malam keluarga mingguan. Pelaksanaan ini menyenangkan jiwa, memberi arahan dalam kehidupan kita, dan melindungi rumah kita.”8 Sister Reeve seorang wanita yang bijaksana. Saya menegas kepada kamu untuk memperolehi kesaksian diri sendiri tentang ketiga-tiga tabiat yang penting ini.

Kehadiran Bait Suci

Alat keempat adalah untuk menghadiri bait suci. Kita tahu bahawa bait suci Tuhan ialah tempat yang paling tenang pada bumi ini. Jika kamu tidak memilki satu surat rekomen bait suci, berkelayakan untuk memperolehi ia. Apabila kamu dapat surat rekomen, selalu gunakan ia.9 Jadualkan satu masa untuk menghadiri bait suci. Jangan biarkan apa-apa pun atau sesiapa pun menghalang kamu dari berada dalam bait suci.

Semasa kamu berada dalam bait suci, dengarlah kata-kata tatacara, renungkan dan berdoa tentang kata-kata itu, dan berusaha untuk memahami maksud kata-kata itu. Bait suci ialah salah satu tempat terbaik untuk memahami kuasa Penebusan Yesus Kristus. Carikan Dia di situ. Ingatlah bahawa lebih banyak berkat datang apabila kamu bawakan nama keluarga diri sendiri ke bait suci.

Keempat-empat alat tersebut ialah tabiat dasar untuk menjamin hidup kamu dalam kuasa Penebusan Yesus Kristus. Ingatlah bahawa Juruselamat kita ialah Putera Kedamaian. Kedamaian dalam hidup fana ini datang dari korban tebusan-Nya. Apabila kita berdoa dengan konsisten setiap pagi dan malam, mengaji kitab suci setiap hari, adakan malam keluarga setiap minggu, dan menghadiri bait suci, kita membalas kepada jemputan-Nya untuk “datang kepada Dia.” Lebih banyak kita mengembangkan tabiat ini, lebih cemas Setan ingin mencederakan kita tetapi Dia akan kurang berupaya. Melalui penggunaan alat-alat ini, kita melatih hak pilihan kita untuk menerima kurnia korban tebusan-Nya.

Saya tidak cadang bahawa semua kesusahan hidup akan dihapuskan semasa kamu melakukan semua perkara di atas. Kita datang ke kehidupan fana untuk berkembang dari cubaan dan ujian. Cabaran menolong kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi kita, dan Penebusan Yesus Kristus membolehkan kita menahan cabaran.10 Saya bersaksi bahawa apabila kita lebih mendekati Dia dengan aktif, kita akan menahan semua godaan, semua kesakitan hati, semua cabaran, dalam nama Yesus Kristus amin.

Nota

  1. LihatMusa 5:11.

  2. LihatMusa 4–5.

  3. LihatIbrahim 3:25.

  4. 2 Nefi 2:11.

  5. Lihat Ajaran dan Perjanjian 18:36; juga lihat ayat 34–35.

  6. Contoh-contoh termasuk:Presiden Thomas S. Monson berkata: “Semasa kita baca dan merenung kitab suci, kita akan mengalami bisikan manis Roh ke jiwa kita. Kita boleh mencari jawapan kepada soalan. Kita belajar tentang berkat yang datang melalui kepatuhan perintah Tuhan. Kita memperolehi satu kesaksian yang pasti tentang Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus dan kasih sayang Mereka kepada kita. Apabila kajian kitab suci bergabung dengan doa, kita boleh tahu dengan pastinya bahawa injil Yesus Kristus adalah benar. … Apabila kita ingat untuk berdoa dan mengaji kitab suci, kehidupan kita akan lebih diberkati dan beban kita lebih ringan” (“We Never Walk Alone,” Ensign atauLiahona, Nov. 2013, 122).Presiden Gordon B. Hinckley berkata: “Tanpa keraguan saya janji bahawa jika kamu mengikut program mudah ini, tidak kira berapa kali kamu sudah baca Kitab Mormon, Roh Tuhan akan datang ke dalam hidup kamu dan rumah kamu, satu resolusi yang lebih kuat untuk mematuhi perintah-Nya, dan satu kesaksian yang lebih kuat tentang realiti Putera Tuhan” (“A Testimony Vibrant and True,” Ensign atauLiahona,Ogos, 2005, 6).Presiden Howard W. Hunter kata: “Keluarga diberkati apabila ibu bapa yang bijak bacakan kitab suci bersama anka-anak mereka, dan kemudian berbincang tentang cerita dan fikiran menurut kefahaman mereka. Biasanya, para remaja dan kanak-kanak mempunyai pandangan yang indah dan penghargaan ke atas kesusasteraan agama” (“Reading the Scriptures,” Ensign, Nov. 1979, 64).Presiden Ezra Taft Benson kata: “Kita selalu berusaha untuk meningkatkan aktiviti dalam pancang kita. Kita bekerja keras untuk meningkatkan peratus kehadiran pertemuan sakramen. Kita bekerja untuk mencapai peratus remaja putera melayani misi yang lebih tinggi. Kita berusaha untuk meningkatkan nombor perkahwinan bait suci. Semua ini usaha yang baik dan penting kepada perkembangan kerajaan. Tetapi apabila individu ahli dan keluarga mengaji kitab suci dengan berterusan, aktiviti-aktiviti tersebut akan meningkat secara automotik. Kesaksian akan meningkat. Komitmen akan diperkukuhkan. Keluarga akan diperkuatkan. Wahyu peribadi akan datang” (“The Power of the Word,” Ensign, Mei 1986, 81).Presiden Spencer W. Kimball kata: “Apabila saya menjadi kasual dalam perhubungan bersama Tuhan dan nampaknya Tuhan tiak mendengari saya dan tidak berucap kepada saya, sayalah yang sudah menjauhkan diri. Jika saya mengaji kitab suci, kejauhan itu hilang dan kerohanian pulang. Saya akan lebih menyayangi orang yang harus saya sayang dengan segala hati, minda, dan kekuatan, dan sebab itu, saya lebih mematuhi nasihat mereka.” (Teachings of Presidents of the Church, Spencer W. Kimball [2006], 67)Presiden Marion G. Romney kata: “Saya rasa pastinya, jika dalam rumah kita, ibu bapa baca dari Kitab Mormon dengan penuh doa, secara individu dan bersama anak-anak mereka, roh buku itu akan menetap dalam rumah kita dan bersama semua yang tinggal di situ. Roh hormat akan meningkat; kehormatan dan pertimbangan bagi satu sama lain akan berkembang. Roh perselisihan akan hilang. Ibu bapa akan menasihati anak-anak mereka dengan lebih banyak kasih sayang dan kebijaksanaan. Anak-anak akan lebih berbalas dan lebih mematuhi nasihat ibu bapa mereka. Kesolehan akan meningkat. Iman, harapan, dan ihsan-kasih sayang suci Kristus-akan berlimpah-limpah dalam rumah dan kehidupan kita, mendatangkan kedamaian, kebahagiaan, dan kegembiraan”(“The Book of Mormon,” Ensign, Mei 1980, 67).Presiden Boyd K. Packer kata: “Ajaran benar jika difahami, ubah sikap dan tingkah laku. Kajian ajaran injil akan memperbaiki tingkah laku lebih cepat dari satu kajian kelakuan”” (“Do Not Fear,”Ensign atauLiahona, Mei 2004, 79).Elder David A. Bednar berkata: “Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga ialah satu berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak impresif atau penting. Tetapi seperti berus-berus warna kunnig dan emas itu bergabung dan menghasilkan satu lukisan yang indah, pelaksanaan hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting”(More Diligent and Concerned at Home,”Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 19–20).

  7. Lihat 2 Nefi 2:13

  8. Linda S. Reeves, “Protection from Pornography—a Christ-Focused Home,” Ensign atauLiahona, Mei 2014, 16–17.

  9. Presiden Howard W. Hunter kata: “Say menjemput Orang-orang Suci Zaman Akhir untuk memandang ke bait suci Tuhan sebagai simbol keahlian kamu. Saya ingin setiap ahli Gereja berlayak untuk memasuki bait suci. Ini akan menggembirakan Tuhan jika setiap ahli dewasa berlayak-dan memiliki-satu surat rekomen bait suci. Perkara yang harus kita lakukan dan yang tidak harus kita lakukan untuk berkelayakan satu surat rekomen bait suci ialah perkara yang akan memastikan kegembiraan kita secara individu dan keluarga kita. Marilah kita menjadi umat yang menghadiri bait suci. Hadirlah bait suci sedaya upaya. Simpan satu gambar bait suci dalam rumah kamu supaya anak-anak kamu dapat lihat ia. Ajarkan mereka tentang tujuan rumah Tuhan. Bantu mereka untuk merancang untuk menghadiri bait suci dan tetap layak berkat itu” (“Exceeding Great and Precious Promises,” Ensign, Nov. 1994, 8).

  10. Lihat 2 Nefi 2:2.