Selamat datang ke Persidangan
Semasa kita mendengar, semoga hati kita disentuh dan iman kita bertambah.
Para saudara dan saudari saya, betapa gembira saya untuk mengalu-alukan anda ke persidangan dunia yang agung ini. Kita berkumpul bersama di lokasi-lokasi di seluruh dunia untuk mendengar dan belajar daripada para saudara dan saudari yang kita telah sokong sebagai Penguasa-penguasa Umum dan pegawai-pegawai umum Gereja. Mereka telah meminta bantuan syurga mengenai pesanan yang mereka akan kongsi, dan mereka telah merasa inspirasi mengenai apa yang akan dikatakan.
Persidangan ini menandakan ulang tahun ke-90 untuk siaran radio persidangan umum. Semasa persidangan Oktober 1924, sesi-sesi disiarkan di radio untuk kali pertama melalui stesyen milik-Gereja KSL. Persidangan ini juga menandakan ulang tahun ke-65 untuk persidangan melalui siaran televisyen. Di persidangan umum pada Oktober 1949, sesi-sesi disiarkan untuk kali pertama ke seluruh kawasan Salt Lake City melalui televisyen KSL.
Kita mengiktiraf berkat-berkat media moden dalam membenarkan jutaan ahli-ahli Gereja untuk menonton atau mendengar persidangan umum.Sesi-sesi hujung minggu ini disiarkan melalui televisyen, radio, kabel, penghantaran satelit, dan di Internet, termasuk alat komunikasi bergerak.
Dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kita bertemu, satu bait suci baru telah dibaktikan dan satu telah dibaktikan semula. Pada bulan Mei, Presiden Dieter F. Uchtdorf membaktikan Bait Suci Fort Lauderdale Florida. Satu persembahan budaya belia diadakan pada hari sebelum pembaktian. Hari kemudiannya, hari Ahad, Mei 4, bait suci ditbaktikan dalam tiga sesi.
Hanya dua minggu yang lalu, saya membaktikan semula Bait Suci Ogden Utah, yang asalnya dibaktikan pada 1972 oleh Presiden Joseph Fielding Smith. Satu persembahan budaya yang agung diadakan pada hari sebelum pembaktian semula. Ramai belia mengambil bahagian dan dua persembahan berasingan diadakan, dengan pelakon-pelakon yang berlainan dalam setiap persembahan. Hasilnya, 16,000 para belia mengambil bahagian. Bait suci dibaktikan semula pada hari berikutnya. Ramai para Saudara mengambil bahagian, bersama dengan pemimpin-pemimpin badan sokongan dan presiden bait suci, penasihat-penasihatnya, dan isteri-isteri mereka.
Pembinaan bait suci kita bersambung dengan kesungguhan. Bulan depan Bait Suci Phoenix Arizona akan dibaktikan, dan tahun depan, dalam 2015, kita menjangka untuk membaktikan atau membaktikan semula sekurang-kurangnya lima bait suci, dengan mungkin lebih lagi, bergantung kepada penyelesaian.
Seperti saya katakan pada bulan April, apabila semua bait suci yang diumumkan sebelum ini telah dibina dan dibaktikan, kita akan mempunyai 170 bait suci yang beroperasi di seluruh dunia. Kerana kita sedang menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan bait suci-bait suci yang telah diumumkan sebelum ini, kita tidak akan mengumumkan bait suci yang baru pada masa ini. Tetapi, pada masa depan, apabila kita mengenal pasti keperluan dan mencari lokasi sesuai, pengumuman untuk bait suci baru akan dibuat.
Gereja terus berkembang. Kita sekarang lebih daripada 15 juta ahli dan bertambah dalam nombor. Usaha mubaligh kita bergerak ke hadapan tanpa halangan. Kita mempunyai lebih 88,000 mubaligh-mubaligh yang melayan, dan menyebarkan pesanan injil di seluruh dunia. Kita mengesahkan bahawa kerja mubaligh ialah tugas imamat, dan kita menggalakkan semua remaja putera yang layak untuk melayan. Kita amat bersyukur kepada remaja puteri yang juga melayan. Mereka membuat sumbangan yang besar, walaupun mereka tidak berada di bawah mandat yang sama untuk melayan seperti remaja putera.
Sekarang saya menjemput anda untuk memberi perhatian anda kepada para saudara dan saudari yang akan mengambil bahagian pada hari ini dan hari esok di dalam sesi-sesi persidangan kita. Semua yang telah diminta untuk berucap merasa tanggungjawab yang besar untuk berbuat demikian. Semasa kita mendengar, semoga hati kita disentuh dan iman kita bertambah, saya berdoa dengan rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.