Sehingga Kita Berjumpa Lagi
Semoga kita merenungkan kebenaran yang sudah kita dengar, dan semoga kebenaran akan menolong kita untuk menjadi pengikut yang lebih berani .
Saudara saudariku, kita sudah mengalami dua hari yang penuh dengan pesanan yang berilham. Hati kita dipengaruhi dan iman kita diperkuatkan semasa kita merasa roh yang hadir dalam sesi-sesi persidangan ini. Semasa kita menamatkan persidangan ini, kita bersyukur kepada Bapa Syurgawi kita demi berkat-Nya.
Kita sudah diangkat dan diilhamkan oleh musik yang indah yang disediakan untuk sesi-sesi ini. Doa yang diberikan sudah menggerakkan kita lebih dekat dengan syurga.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas dari seluruh Gereja kepada para Saudara yang sudah dibebaskan panggilan pada persidangan ini. Kami akan merindui mereka. Sumbangan mereka kepada kerja Tuhan adalah sangat berharga dan akan mempengaruhi banyak generasi.
Semoga kita pulang ke rumah kita dengan satu azam dalam hati kita untuk menjadi lebih baik daripada masa lepas. Saya harap kita menjadi lebih baik hati dan lebih bertimbang rasa. Semoga kita menghulurkan tangan untuk menolong, bukan sahaja kepadda ahli-ahli Gereja tetapi juga mereka yang tidak seagama dengan kita. Apabila kita bercampur gaul dengan mereka, semoga kita tunjukkan kehormatan.
Ada orang yang berjuang dengan cabaran setiap hari. Marilah kita tunjukkan kerisauan, dan juga menolong mereka. Apabila kita menjaga satu sama lain, kita akan diberkati.
Saya harap kita ingatkan mereka yang tua dan mereka yang tidak boleh keluar dari rumah mereka. Apabila kita mengambil masa untuk melawat mereka, mereka akan tahu bahawa mereka dikasihi dan dihargai. Semoga kita ikut mandat untuk “sokonglah yang lemah, angkatlah tangan yang terkulai, dan kuatkanlah lutut yang lunglai.”1
Semoga kita menjadi orang yang jujur dan berintegriti, cuba untuk melakukan perkara yang betul pada setiap masa dan dalam semua keadaan. Semoga kita menjadi pengikut Kristus yang beriman, dan menjadi “cahaya dalam dunia.”2
Saudara saudariku, saya bersyukur ke atas doa kamu bagi pihak saya. Doa-doa itu memperkuatkan saya dan mengangkat saya semasa saya berusaha dengan segala hatiku dan segala kekuatanku untuk melakukan kehendak Tuhan dan untuk melayani Dia dan melayanimu.
Semasa kita meninggalkan persidangan ini, saya berikan berkat syurga kepada kamu setiap orang. Semoga kamu yang jauh dari rumah akan sampai ke rumah dengan selamat dan semua dalam rumahmu dijaga. Semoga kita merenungkan kebenaran yang sudah kita dengar, dan semoga kebenaran akan menolong kita untuk menjadi pengikut yang lebih berani daripada sebelum permulaan persidangan ini.
Sehingga kita berjumpa lagi dalam enam bulan. Saya minta Tuhan untuk memberkatimu, dan memberkati kita semua, dan saya buat demikian dalam nama kudus-Nya--mahupun Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita, amin.