2010–2019
Bersedia Dengan Cara Yang Belum Penah Diketahui
Oktober 2014


10:11

Bersedia Dengan Cara Yang Belum Penah Diketahui

Semoga kita bersedia untuk menjadi layak untuk menerima tatacara-tatacara penyelamatan sedikit demi sedikit dan menjaga perjanjian .

Apabila anak perempuan bongsu kami pulang dari sekolah satu hari, saya tanya, “Macam mana sekolah?”

Dia jawab, “Baik.”

Pagi besok apabila saya bangunkan dia untuk sekolah, dia kata dengan tegas, “Saya sudah pergi ke sekolah!” Jelasnya saya belum sediakan dia atau menjelasan bahawa sekolah bukan satu hari sahaja, tetapi dia harus pergi lima hari setiap minggu selama banyak tahun.

Semasa kita gambarkan prinsip persediaan, gambarkan senario berikut. Kamu duduk dalam bilik selesial bait suci dan ternampak beberapa pasangan pengantin sedang menunggu untuk berkahwin buat kekekalan. Seorang penganti perempuan masuk ke dalam bilik selesial, memegang tangan dengan kekasihnya. Bajunya sederhana dan dia bersenyum dengan tenang. Dia cantik tetapi tidak mengalihkan perhatian. Dia duduk, memandang sekelilingnya, dan diatasi oleh emosi. Dia menangis kerana dia berasa kagum dan hormat demi tempat itu dan tatacara kudus yang menunggukan dia dan kekasihnya. Perilakunya memberitahu orang, “Saya bersyukur untuk berada dalam rumah Tuhan hari ini, sedia untuk memulakan perjalanan abadi dengan seorang teman abadi!” Diasedia lebih untuk hari ini sahaja.

Baru-baru ini, cucu peremuan kami tinggalkan satu nota di atas bantal saya yang berkata: “Satu perkara yang saya memerhati semasa saya masuk ke bait suci ialah roh yang tenang dan kasih sayang. … Orang boleh pergi ke bait suci untuk menerima inspirasi.”1 Dia memang betul. Kita boleh menerima inspirasi dan wahyu dalam bait suci--dan juga kuasa untuk menahan kesukaran hidup. Perkara yang dia belajar dari bait suci semasa dia membawa nama keluarga dan melaksanakan pembaptisan dan penetapan akan menyediakan dia untuk menerima tatacara bait suci, perjanjian, dan berkat tambahan, untuk diri sendiri dan untuk mereka yang sudah meninggal dunia.

Elder Russell M. Nelson mengajar, “Bait suci disediakan untuk orang, orang perlu bersedia untuk bait suci.”2

Sekarang saya mula baca tentang Kapten Moroni dalam Kitab Mormon sekali lagi, saya diperingat bahawa capaian terbesar Moroni ialah persediaan bangsa Nefi untuk menahan tentera bangsa Laman. Dia sediakan orangnya begitu bagus dan kita baca, “Lihatlah, [bangsa Laman] benar-benar tercengang, [bangsa Nefi]sedia melawan mereka, dengan suatu cara yang belum pernah diketahui.3

Ayat itu, “sedia … dengan suatu cara yang belum pernah diketahui,” benar-benarnya menarik perhatian saya.

Bagaimana kita boleh lebih bersedia untuk menerima berkat bait suci? Tuhan mengajar, “Dan lagi, Aku akan memberi kepadamu sebuah pola dalam segala hal.”4 Marilah kita bertimbang tentang satu pola dari kitab yang boleh menolong kita bersedia. Persediaan Moroni untuk menahan musuh memerlukan kerja yang berterusan, dan ketekunan, dan pola ini perlukan sifat yang sama.

Saya tidak berasa bosan tentang perumpamaan yang diceritakan oleh Juruselamat tentang lima orang gadis yang bijak dan lima orang gadis yang kurang bijak. Walaupun perumpamaan ini merujuk kepada Kedatangan Kedua Juruselamat kita, kita juga boleh mengaplikasikan ia ke atas persediaan untuk menerima berkat bait suci, yang serupa dengan satu perjamuan rohani bagi mereka yang bersedia.

Dalam Matius 25 kita baca:

“Pada masa itu Pemerintahan Tuhan seperti perumpamaan berikut. Sepuluh orang gadis keluar membawa pelita untuk menyambut pengantin lelaki.

“Lima orang daripada mereka kurang bijak, tetapi lima orang yang lain bijak. …

“[Mereka] yang bijak membawa pelita dan juga bekas yang penuh dengan minyak.

“Pengantin lelaki itu lambat datang, maka mengantuklah semua gadis itu lalu tertidur.

“Pada tengah malam, terdengar suara orang berseru, Pengantin lelaki datang! Mari, sambutlah dia!

“Sepuluh orang gadis itu bangun lalu memasang pelita.

“Lima orang gadis yang kurang bijak berkata kepada yang bijak, Berilah kami sedikit minyak, kerana pelita kami hampir padam.

“ ‘Tidak boleh!’ kata gadis-gadis yang bijak itu. ‘Minyak tidak cukup untuk kita semua. Pergilah ke kedai dan belilah minyak.’

“Sementara mereka pergi, pengantin lelaki tiba. Kelima-lima orang gadis yang sudah siap itu masuk bersama-sama pengantin lelaki ke balai perjamuan, dan pintu pun tutup.

“Kemudian gadis-gadis yang lain itu tiba. ‘Tuan, tuan,’ seru mereka, ‘bukalah pintu untuk kami.’

“Tetapi pengantin lelaki itu menjawab, ‘Aku tidak kenal kamu!” 5

Tentunya tidak ada seorang pun, yang tidak berasa sedih bagi gadia-gadis yang kurang bijak itu, terutamanya orang yang halus hati. Dan ada di kalangan kita yang hendak kata kepada gadis-gadis yang bijak itu, “Mengapakah kamu tidak rela kongsi supaya semua oarang boleh bergembira?” Tetapi fikirlah. Ini cerita dari Juruselamat, Dialah yang panggil lima orang mereka “bijak” dan lima yang lain “kurang bijak.”

Apabila kita merenungkan perumpamaan ini sebagai pola persediaan bait suci, timbangkan kata seorang nabi zaman akhir yang mengajar bahawa “minyak persediaan kerohanian tidak boleh dikongsikan.” 6 Presiden Spencer W. Kimball menjelas dengan lebih lanjut mengapa lima yang “bijak” itu tidak boleh kongsikan minyak pelita mereka dengan lima yang “kurang bijak” apabila dia kata: “Kehadiran pertemuan sakramen tambahkan minyak ke pelita kita, satu titik demi satu titik buat banyak tahun. Puasa, doa keluarga, pengajaran keluarga, mengawal nafsu badan, mengkhutbahkan injil, mengaji kitab suci--setiap tindakan kesetiaan dan kepatuhan ini ialah satu titik yang ditambah. Tindakan baik hati, bayaran persepuluhan dan sumbangan, fikiran dan tindakan yang mulia … --juga menyumbang ke minyak yang boleh kita gunakan pada tengah malam.”7

Dapatkah kamu nampak pola persediaan--satu titik demi satu titik--yang boleh menolong kita semasa kita fikir tentang cara kita boleh menjadi lebih tekun dalam persediaan kita untuk menerima tatacara kudus untuk diri sendiri dan orang lain? Apakah tindakan yang kecil dan mudah yang boleh kita lakukan untuk menambahkan minyak rohani ke pelita persediaan kita?

Kita belajar dari Elder Richard G. Scott bahawa “kelayakan peribadi adalah penting untuk menikmati berkat bait suci. … Sifat yang layak paling baik ditubuhkan dari kehidupan yang konsisten, pilihan betul yang berpusat pada ajaran Guru.” 8 Saya suka kata konsisten. Untuk menjadi konsisten adalah untuk menjadi stabil, tetap, dan boleh diharapkan. Ini satu huraian prinsip kelayakan yang agung!

Kita diperingatkan dalam Kamus Alkitab, “hanya rumah boleh berbanding dengan bait suci dalam perihal kekudusan.”9 Adakah ini gambaran rumah atau flat kita? Seorang remaja puteri melawat rumah kita baru-baru ini. Saya tahu bahawa abangnya baru pulang dari satu misi, saya tanya dia jika dia berasa gembira ke atas kepulangannya. Dia kata dia gembira, tetapi abangnya minta dia untuk mendiamkan musik. Remaja puteri itu kata, “Musik itu bukan musik buruk!” Mungkin adalah baik untuk kita memeriksa diri sendiri dari masa ke masa untuk memastikan rumah kita ialah tempat di mana kita boleh merasa roh. Apabila kita menyediakan rumah kita menjadi tempat di mana kita sedia menerima Roh, kita akan bersedia untuk merasa lebih senang hati apabila kita pergi ke rumah Tuhan.

Apabila kita bersedia untuk berkelayakan untuk memasuki bait suci dan mematuhi perjanjian bait suci, Tuhan akan kurniakan kita “suatu perlipatan berkat.”10 Rakan rapat saya, Bonnie Oscarson ubahkan satu ayat suci apabila dia kata, “Apabila banyak diminta, lebih banyak akan dikurniakan. ”11 Saya memang setuju! Kerana kita pergi ke bait suci untuk menerima berkat abadi, kita tidak harus berasa hairan bahawa satu standard yang lebih tinggi diminta untuk menjadi layak untuk menerima berkat-berkat itu. Elder Nelson mengajar: “Kerana bait suci ialah rumah Tuhan, standard untuk dibenarkan masuk ditetapkan oleh Dia. Kita masuk sebagai tetamu-Nya. Untuk memegang satu surat rekomen ialah satu hak istimewa dan tanda kepatuhan kepada Tuhan dan para nabi-Nya.”12

Olahragawan yang terbaik dan pelajar-pelajar kedoktoran bersedia selama banyak hari dan minggu dan bulan dan mahupun tahun . Persedian harian diperlukan supaya mereka boleh berjaya. Begitu juga dengan orang yang ingin menjadi layak demi kemuliaan dalam kerajaan selesial. Mereka diminta untuk mengikut standard kepatuhan yang lebih tinggi yang datang dari kepatuhan setiap hari dan sedikit demi sedikit.

Semasa kita tambahkan minyak, setitik demi setitik, ke pelita kerohanian kita, dengan melakukan perkara yang kecil dan mudah, kita boleh memasang pelita kita dan nyala itu terus bakar13 dengan persediaan yang baik. Suami saya, seorang presiden pancang, baru-baru ini kata bahawa dia boleh tahu hampir setiap kali apabila seorang sedia dan layak untuk memasuki bai suci, kerana “mereka menerangkan biliknya” apabila mereka bertemu dengan dia untuk surat rekomen bait suci.

Dalam doa dedikasi Bait Suci Kirtlan, Nabi Joseph Smith minta kepada Tuhan “agar semua orang yang akan masuk ke ambang pintu rumah Tuhan boleh merasakan kuasa-Mu, agar mereka boleh tumbuh di dalam Engkau, dan menerima kegenapan Roh Kudus, … dan dipersiapkan untuk mendapatkan setiap hal yang dibutuhkan.”14

Saya berdoa, bahawa pergi ke bait suci bukan satu kejadian sekali sahaja. Semoga kita bersedia untuk menerima tatacara penyelamatan sedikit demi sedikit dan mematuhi perjanjian yang berkenaan. Apabila kita buat demikian, saya tahu kita akan menjadi layak untuk menerima berkat kegenapan Roh Kudus dan kuasa Tuhan dalam rumah kita dan kehidupan kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Nota peribadi dari Aydia Kaylie Melo kepada Linda K. Burton, Ogos 31, 2014.

  2. Russell M. Nelson, “Prepare for the Blessings of the Temple,” Ensign atau Liahona, Oktober. 2010, 41.

  3. Alma 49:8; tekanan ditambah; juga lihat ayat 6–7.

  4. Ajaran dan Perjanjian 52:14.

  5. Matius 25:1–2, 4–11; Joseph Smith Translation, Matius 25:12 (in Matius 25:12, nota kaki a).

  6. Marvin J. Ashton, “A Time of Urgency,” Ensign, Mei1974, 36.

  7. Spencer W. Kimball, Faith Precedes the Miracle (1972), 256.

  8. Richard G. Scott, “Receive the Temple Blessings,” Ensign, Mei 1999, 25; Liahona, Julai 1999, 29.

  9. Bible Dictionary, “Temple.”

  10. Ajaran dan Perjanjian 104:2.

  11. Bonnie L. Oscarson, “Greater Expectations,” (siaran satelit seminari dan institut agama, Ogos. 5, 2014); lds.org/broadcasts; juga lihat Lukas12:48; Ajaran dan Perjanjian 82:3.

  12. Russell M. Nelson, “Personal Preparation for Temple Blessings,” Ensign, Mei 2001, 33; Liahona, Julai 001, 38.

  13. Ajaran dan Perjanjian 33:17.

  14. Ajaran dan Perjanjian 109:13, 15.